cabaranguru21

17
 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dasar Pendidikan Negara Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Keraj aan dan Keme nteria n Pend idika n melal ui siste m Jawatank uasa. Tu juan nya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilaku kan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supay a ia tidak berlaku penyeleweng an. asar pe ndidikan meru pakan satu sistem rang kaian maklumat atau media yang men jel makan ide ali sme, !al sa! ah, mat lamat dan obj ekt i! pen didika n negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iai tu sos ial ,po liti k, ada t resam, agama, hak , ket ata sus ila an, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau "ariasi budaya, etn ik dan ked udu kan geo gra !i. #sa ha ini men jur us kep ada mat lamat men$ap ai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan !ormal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan ins!rastuktur. asar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan. 1

description

cabaran

Transcript of cabaranguru21

1.0 PENDAHULUAN1.1 Dasar Pendidikan NegaraPada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional.

Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.

Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.

Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.

1.2 Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, ia member penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan Negara. Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang kea rah pembentukan elemen pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah Perpaduan. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah Negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Ini bertujuan bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Jawatankuasa ini juga mencadangkan agar umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah pengangguran dan masalah sosial sekiranya murid-murid ini berhenti sekolah terlalu awal. Di samping itu juga, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961. Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun 1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan Negara pada tahun ini boleh dibahagijan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama dari tahun 1963 hingga 1965, Tahap ke dua dari tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga dari tahun 1971 hingga 1975. Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh tersebut. Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan social, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh Negara serta melaksannakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira kaum mahu pun agama. 1.3 KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dirancang untuk memenuhi atau untuk mencerminkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara, memberi sumbangan kepada kemajuan Negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa semangat perpaduan, pasti kemajuan dan pembamgunan negara akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini, prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis semestinya dikikis dan dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Malah, sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha merapatkan jurang perbezaan ini bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis dan sejahtera. Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan, lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah iaitu KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang baik dalam proses pendidikan serta murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional. Dalam situasi ini, pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah adalah contoh beberapa mata pelajaran yang menitikberatkan perpaduan dikalangan kaum di Malaysia.

2.0 Cabaran Dalam Profesion Perguruan Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan.

Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.

Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.

Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar.Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks.David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya.Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik.Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat ibu bapa kedua secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik.Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

2.1 Cabaran sebagai agen perubahan Sebagai agen perubahan, guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil dalam mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status kedudukan murid tersebut atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin, misalnya tidak berambut panjang, menepati masa datang ke sekolah atau menepati masa pengajaran dan mudah didampingi oleh murid atau pelajar, sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkahlaku guru sentiasa dilihat oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar atau luar Bandar. Oleh itu guru perlu sentiasa berwaspada dalam mengambil tindakan terhadap pelajar agar tidak melanggar tata etika profesion guru. Di dalam membentuk tingkahlaku pelajar, guru mestilah sikap yang sabar dalam mendidik pelajar menjadi manusia yang baik. Pelajar hari ini terdedah kepada banyak anasir yang tidak baik, misalnya terjebak kepada penagihan dadah, terlibat dalam kongsi gelap dan pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang dan agama. Gurulah yang menjadi mangsa di atas semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Di sini guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memberi pendidikan yang berkesan bagi mengelakkan atau menghindari pelajar dari terjerumus kepada anasir yang merosakkan diri pelajar. Di sini guru perlu menjadi model yang baik untuk diikuti oleh para pelajar.

2.2 Melahir modal insan yang berintegriti Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan menjadi amalan oleh setiap penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka. Dimana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru gagal dalam mendidik sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek semata-mata. Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi tidak bermoral, contohnya akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang selari dengan kehendak agama. Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untukmenjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia. Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai kemajuan yang seimbang dari segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik, kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika. Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.3.0 CADANGAN3.1 Bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan seterusnya mendapat PHD. Ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara ini. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang. Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani karenah pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat dikuasai oleh para guru. Ianya adalah satu aset yang berharga kerana teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Sekiranya perkara ini berlaku para pelajar akan lebih cenderung untuk belajar dari membuang masa yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas, melepak di pusat membeli belah dan lain-lain masalah yang menyalahi undang-undang negara.3.2 Melestarikan budaya penyelidikan Sebagai guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari segi akhlak dan kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata lain perlu menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak mencapai objektif yang dikehendakki. Seseorang perlu merefleksi diri atau bertanya pada diri mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar oleh guru. Guru tidak hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang diharapkan. Para guru perlu melihat kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar . Dimana guru perlu mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat pelajar terhadap pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan dalam mencari formula yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi. Dalam perkara ini guru semestinya mencari ramuan yang berkesan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Seandainya penyelidikan yang dilakukan oleh guru berkesan, mungkin formula tersebut boleh digunapakai oleh para pendidik lain di negara kita. Maka ia boleh memberi manfaat kepada guru-guru lain, bukan hanya untuk diri penyelidik bahkan boleh digunapakai oleh semua guru.Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi mencari penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat menjadikan sekolah yang cemerlang. Disamping itu dapat meningkatkan ilmu profesionalisme guru serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran guru.3.3 Sifat guru Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang mulia yang boleh dijadikan model kepada pelajar, rakan sekerja serta masyarakat sekeliling. Ciri-ciri peribadi yang mulia ialah bertanggungjawab, amanah terhadap kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai budaya penyelidikan, sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain lagi. Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, misalnya sanggup membuat kerja diluar masa bekerja sekiranya diperlukan. Para guru hendaklah membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, setiap program yang dilaksanakan memerlukan kerjasama semua guru dalam sesebuah sekolah barulah setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ini adalah penting bagi kepentingan pelajar, sekolah dan guru sekolah tersebut. Prestij sekolah tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan seterusnya dapat dibanggakan oleh setiap warganya.

PENUTUPSecara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan samada kepada pelajar, masyarakat, Negara dan nama baik profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah Negara mencapai tahap yang setanding Negara maju yang lain, ianya perlu dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar berminat untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen.

BIBLIOGRAFIKamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar BaktiMok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.

1