Cadangan

2
Cadangan Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, terdapat beberapa cadangan untuk mengeratkan hubungan sosial pelajar UTP dan pelajar UiTM melalui penggunaan telefon pintar. Antara cadangan tersebut adalah, ketika para pelajar meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka atau melepak di kedai makan, mereka haruslah meletakkan syarat pada awal waktu pertemuan mereka. Syarat tersebut adalah setiap orang diwajibkan meletakkan telefon pintar mereka di tengah-tengah meja makan atau di tengah-tengah tempat mereka berkumpul. Mereka hanya boleh menggunakan telefon pintar jika terdapat panggilan masuk atau ingin membuat panggilan keluar yang mustahak. Selain itu, seseorang pelajar itu haruslah mengambil inisiatif untuk membuat sebuah kumpulan Whatsapp ataupun Facebook yang dapat menggalakkan interaksi antara kalangan pelajar. Ahli-ahli kumpulan yang ditubuh itu haruslah memastikan kumpulan itu sentiasa aktif dengan menggunakannya sebagai platform untuk berkomunikasi. Di samping itu, pelajar-pelajar patutlah mengasingkan sedikit masa dalam seminggu untuk interaksi antara rakan- rakan. Masa yang diasingkan tersebut haruslah bebas daripada penggunaan telefon pintar yang tidak berkaitan hubungan sosial. Sebagai contoh, permainan-permainan dan aplikasi- aplikasi seperti “Clash of Clans”, “Angry birds” dan “Fun Run”. Bukan itu sahaja, para pelajar haruslah belajar mengubah persepsi diri sendiri terhadap rakan-rakan yang memiliki telefon pintar yang lebih murah. Hal ini demikian kerana, tidak semua pelajar mempunyai nasib yang sama , terdapat pelajar yang berasal daripada golongan kaya dan golongan sederhana. Oleh disebabkan itu, kita haruslah sentiasa bersikap rendah diri terhadap kelebihan atau keistimewaan yang kita miliki.

description

l

Transcript of Cadangan

Page 1: Cadangan

Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, terdapat beberapa cadangan untuk mengeratkan hubungan sosial pelajar UTP dan pelajar UiTM melalui penggunaan telefon pintar.

Antara cadangan tersebut adalah, ketika para pelajar meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka atau melepak di kedai makan, mereka haruslah meletakkan syarat pada awal waktu pertemuan mereka. Syarat tersebut adalah setiap orang diwajibkan meletakkan telefon pintar mereka di tengah-tengah meja makan atau di tengah-tengah tempat mereka berkumpul. Mereka hanya boleh menggunakan telefon pintar jika terdapat panggilan masuk atau ingin membuat panggilan keluar yang mustahak.

Selain itu, seseorang pelajar itu haruslah mengambil inisiatif untuk membuat sebuah kumpulan Whatsapp ataupun Facebook yang dapat menggalakkan interaksi antara kalangan pelajar. Ahli-ahli kumpulan yang ditubuh itu haruslah memastikan kumpulan itu sentiasa aktif dengan menggunakannya sebagai platform untuk berkomunikasi.

Di samping itu, pelajar-pelajar patutlah mengasingkan sedikit masa dalam seminggu untuk interaksi antara rakan-rakan. Masa yang diasingkan tersebut haruslah bebas daripada penggunaan telefon pintar yang tidak berkaitan hubungan sosial. Sebagai contoh, permainan-permainan dan aplikasi-aplikasi seperti “Clash of Clans”, “Angry birds” dan “Fun Run”.

Bukan itu sahaja, para pelajar haruslah belajar mengubah persepsi diri sendiri terhadap rakan-rakan yang memiliki telefon pintar yang lebih murah. Hal ini demikian kerana, tidak semua pelajar mempunyai nasib yang sama , terdapat pelajar yang berasal daripada golongan kaya dan golongan sederhana. Oleh disebabkan itu, kita haruslah sentiasa bersikap rendah diri terhadap kelebihan atau keistimewaan yang kita miliki.

Akhir sekali , kita juga boleh membantu rakan-rakan kita yang terlibat dengan sesuatu masalah dengan menggunakan telefon pintar. Contohnya, jika ahli keluarga rakan kita terlibat dengan kemalangan atau memerlukan bantuan, kita boleh menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain dan meminta tolong mereka untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa dari segi kewangan atau mental melalui “Whatsapp” atau applikasi komunikasi yang lain.

Page 2: Cadangan

Kesimpulan