Cadangan Aktiviti Sekolah

2
Cadangan Aktiviti Sekolah Antara aktiviti yang telah saya jalankan ialah pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Atas aktiviti ini, tujuan utamanya adalah menyeru para pelajar untuk menjaga kebersihan kelas, memupuk sifat bertanggungjawb dalam sanubari pelajar dan memupuk sifat kerjasama dalam kalangan pelajar. Pertandingan ini dijalankan setiap minggu bagi setiap kelas di sekolah ini. Cara pemarkahan aktiviti ini ditentukan dengan memberi markah dalam bentuk peratus kecantikan dari segi keceriaan kelas, susunan kelas, kekemasan pelajar, kreativiti serta kerjasama pelajar dalam menjaga kecantikan kelas. Setiap minggu semasa perhimpunan, guru bertugas akan mengumumkan keputusan pertandingan keceriaan ini. Piala johan dan naib johan akan diberikan kepada pemenang kelas mengikut tahap satu dan dua. 1. Lawatan Sambil Belajar Di sini, saya mencadangkan supaya aktiviti lawatan sambil belajar dijalankan oleh kelab atau persatuan yang lain, bukan sahaja pengakap yang menyertainya. Ini adalah kerana lawatan sambil belajar lebih menampakkan kesan atau hasil yang menonjollkan dalam usaha membentuk insan yang seimbang. 2. Pertandingan Menyanyi Selain itu, saya mencadangkan supaya aktiviti pertandingan menyanyi diadakan di sekolah. Aktiviti menyanyi ini melatih murid dari aspek emosi dan rohani. Ketiadaan emosi yang stabil tidak

description

Aktiviti

Transcript of Cadangan Aktiviti Sekolah

Cadangan Aktiviti SekolahAntara aktiviti yang telah saya jalankan ialah pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Atas aktiviti ini, tujuan utamanya adalah menyeru para pelajar untuk menjaga kebersihan kelas, memupuk sifat bertanggungjawb dalam sanubari pelajar dan memupuk sifat kerjasama dalam kalangan pelajar. Pertandingan ini dijalankan setiap minggu bagi setiap kelas di sekolah ini. Cara pemarkahan aktiviti ini ditentukan dengan memberi markah dalam bentuk peratus kecantikan dari segi keceriaan kelas, susunan kelas, kekemasan pelajar, kreativiti serta kerjasama pelajar dalam menjaga kecantikan kelas. Setiap minggu semasa perhimpunan, guru bertugas akan mengumumkan keputusan pertandingan keceriaan ini. Piala johan dan naib johan akan diberikan kepada pemenang kelas mengikut tahap satu dan dua.

1. Lawatan Sambil BelajarDi sini, saya mencadangkan supaya aktiviti lawatan sambil belajar dijalankan oleh kelab atau persatuan yang lain, bukan sahaja pengakap yang menyertainya. Ini adalah kerana lawatan sambil belajar lebih menampakkan kesan atau hasil yang menonjollkan dalam usaha membentuk insan yang seimbang.

2. Pertandingan MenyanyiSelain itu, saya mencadangkan supaya aktiviti pertandingan menyanyi diadakan di sekolah. Aktiviti menyanyi ini melatih murid dari aspek emosi dan rohani. Ketiadaan emosi yang stabil tidak akan melahirkan penyanyi yang hebat. Semasa membuat latihan, penyanyi perlu berdisiplin dan sentiasa bercita-cita maju untuk menjadi seorang penyayi yang hebat.

3. PerkhemahanDi bawah subjek Pendidikan Jasmani, aktiviti perkemahan amal digalakkan. Aktiviti lasak boleh dijalankan di bawah bimbingan guru dan ahli keselamatan. Dengan menjalani aktiviti ini, pelajar akan lebih kuat dari segi minda dan fizikalnya. Bukan sahaja pencapaian akademik sekolah, tetapi pencapaian kokurikulum penting bagi seseorang pelajar sekolah.

Dari segi prasarana sekolah, ia agak memuaskan. Kelas memang kondusif dan selesa untuk belajar. Namun, perpustakaan di sekolah ini berada di tingkat empat bangunan baru.