CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 2

4
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INTERNSHIP (PPG AMBILAN JUN 2011) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pertama sekali saya ingin menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya menyiapkan projek inovasi ini. Kita perlu menghargai usaha sendiri dan bersyukur kerana telah diberi peluang dan masa untuk melakukan sesuatu yang baru dalam diri kita. Bagi saya projek inovasi ini merupakan sesuatu yang baru dan telah banyak memberikan pengetahuan baru seperti cara menulis laporan dengan format yang betul dan cara untuk melakukan tinjauan masalah. Sebagai guru, ilmu ini amatlah penting dan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa proses mendapatkan ilmu akan sentiasa berlaku. Perubahan yang dilakukan boleh meningkatkan prestasi diri sendiri. Oleh yang demikian kesediaan di dalam diri perlu ada bagi memudahkan diri kita menerima ilmu yang baru dan mengaplikasikannya Terdapat beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan untuk menambah baik projek yang telah dijalankan. Cadangan saya ialah memberikan lebih banyak latihan tentang cara penyebaran dan ciri biji/buah yang disebarkan. Dalam kajian tindakan ini saya hanya memberikan empat set latihan individu semasa menjalankan tinjauan masalah dan satu set latihan individu selepas tindakan strategi dilakukan. Set-set latihan ini amat penting kerana ia dapat membantu mengesahkan bahawa murid itu betul-betul mengalami masalah dalam tajuk pembelajaran yang diajar. Selain daripada itu, latihan- 1

description

refleksi

Transcript of CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INTERNSHIP (PPG AMBILAN JUN 2011)CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pertama sekali saya ingin menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya menyiapkan projek inovasi ini. Kita perlu menghargai usaha sendiri dan bersyukur kerana telah diberi peluang dan masa untuk melakukan sesuatu yang baru dalam diri kita. Bagi saya projek inovasi ini merupakan sesuatu yang baru dan telah banyak memberikan pengetahuan baru seperti cara menulis laporan dengan format yang betul dan cara untuk melakukan tinjauan masalah. Sebagai guru, ilmu ini amatlah penting dan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa proses mendapatkan ilmu akan sentiasa berlaku. Perubahan yang dilakukan boleh meningkatkan prestasi diri sendiri. Oleh yang demikian kesediaan di dalam diri perlu ada bagi memudahkan diri kita menerima ilmu yang baru dan mengaplikasikannya

Terdapat beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan untuk menambah baik projek yang telah dijalankan. Cadangan saya ialah memberikan lebih banyak latihan tentang cara penyebaran dan ciri biji/buah yang disebarkan. Dalam kajian tindakan ini saya hanya memberikan empat set latihan individu semasa menjalankan tinjauan masalah dan satu set latihan individu selepas tindakan strategi dilakukan. Set-set latihan ini amat penting kerana ia dapat membantu mengesahkan bahawa murid itu betul-betul mengalami masalah dalam tajuk pembelajaran yang diajar. Selain daripada itu, latihan- latihan setelah strategi dijalankan pula penting untuk diberikan kepada murid-murid bagi memastikan mereka dapat mengaplikasi perkara yang telah difahami dan diperolehi daripada strategi yang dijalankan ke atas mereka. Contohnya, memberi latihan mengelaskan biji/buah tumbuhan lain mengikut cara penyebaran.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan ialah melakukan temubual dengan lebih kerap dengan murid. Temubual merupakan salah satu bentuk interaksi lisan yang boleh dijadikan satu medium untuk membentuk keyakinan diri murid-murid. Dalam projek yang saya telah lakukan ini saya hanya melakukan temubual dua kali sahaja iaitu semasa membuat tinjauan masalah dan selepas pembelajaran dijalankan. Kebanyakan murid-murid saya menjawab soalan temubual dengan keadaan yang malu atau takut dan ini mungkin telah menjejaskan data yang saya kumpul. Hal ini berlaku kerana mereka jarang melalui interaksi sedemikian dengan guru. Oleh itu, penambahbaikan dalam bilangan temubual mungkin boleh membantu kita membentuk keyakinan murid agar mereka berani memberitahu kita perkara yang mereka faham selepas interaksi dalam kelas.

Antara cadangan lain ialah menambah baik soalan-soalan yang terdapat dalam lembaran kerja. Dalam lembaran kerja yang telah saya tadbir untuk projek ini, saya tidak mengambil kira sama ada murid-murid saya pernah melihat biji/buah yang saya jadikan contoh dalam soalan tersebut. Faktor ini penting kerana sekiranya murid tidak pernah melihat biji/buah yang diberikan sebagai contoh maka secara tidak langsung dia tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Oleh yang demikian jika ujian ini ditadbir sekali lagi saya akan pastikan bahawa contoh- contoh biji/buah dalam soalan cara penyebaran dan ciri biji/buah yang disebarkan di ketahui dan pernah dilihat oleh murid-murid saya

Cadangan terakhir saya ialah, penggunaan kaedah Minda Warni dapat digunakan untuk tajuk lain dalam mata pelajaran Sains, di samping itu Kaedah ini juga boleh digunakan tidak mengikut tahun, tidak kira tahun mana sekali pun ia sangat sesuai digunakan sebagai contoh penngunaan dalam tajuk Tahun 2 iaitu tajuk Keperluan Asas Haiwan, Tajuk ditukar sebagai keperluan asas haiwan, cara penyebaran biji benih sebagai keperluan asas seperti udara, makanan,tempat tinggal dan air manakala bagi ciri-ciri pula ditukar kepada contoh bernafas, makan, rumah dan minum.Semoga kaedah ini dapat diaplikasi pada semua guru untuk dibuat rujukan bagi membantu mengatasi masalah untuk memahami murid dalam satu-satu tajuk di masa akan datang.

2