Cadangan Skrip Jaw Krts3

14
Konsep Nasionalisme / Latar belakang gerakan nasionalisme Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air, serta pembebasan ekonomi dan kebudayaan asing. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk tekanan atau penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan mereka didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan ini telah berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia dan merupakan reaksi spontan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan termasuklah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Kawasan yang dikuasai akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Semasa menguasai Melaka, British memaksa Naning mjd jajahan takluk serta membayar ufti. Ini menyebabkan Dol Said Penghulu Naning menentang kehendak British dan berlakulah peperangan. Penguasaan ekonomi tempatan dilakukan oleh British melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan. Saudagar dari Negeri-Negeri Selat menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah sehingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. British memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Rakyat di Terengganu menentang kerana British setiap tanah yang dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat izin British dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini berbeza dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang

description

Sejarah SPM 2015 : Bahan Kertas 3

Transcript of Cadangan Skrip Jaw Krts3

Page 1: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Konsep Nasionalisme / Latar belakang gerakan nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air, serta pembebasan ekonomi dan kebudayaan asing. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk tekanan atau penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan mereka didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.

Gerakan pemimpin tempatan ini telah berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia dan merupakan reaksi spontan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan termasuklah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh.

Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatanDasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk

mengukuhkan kedudukan politiknya. Kawasan yang dikuasai akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Semasa menguasai Melaka, British memaksa Naning mjd jajahan takluk serta membayar ufti. Ini menyebabkan Dol Said Penghulu Naning menentang kehendak British dan berlakulah peperangan.

Penguasaan ekonomi tempatan dilakukan oleh British melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan. Saudagar dari Negeri-Negeri Selat menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah sehingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

British memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Rakyat di Terengganu menentang kerana British setiap tanah yang dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat izin British dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini berbeza dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar cukai.

British campurtangan dalam adat resam tempatan dengan memaksa masyarakat menerima nilai-nilai mereka walaupun ia adalah bertentangan budaya masyarakat tempatan. Pemimpin dan masyarakat tempatan di Perak menentang kerana J.W.W Birch kerana campurtangan terhadap amalan menggunakan orang suruhan.

Pemimpin tempatan yang dilantik oleh sultan atau masyarakat tempatan hilang kuasa dan pengaruh pentadbiran. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mendorong mereka untuk menentang. Sokongan anak buah pembesar yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British di samping faktor kesetiaan mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

Page 2: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan

Penghulu Dol Said di Naning menentang British di Melaka kerana British meletakkan Naning sbg sebahagian wilayah takluknya. Dol Said telah mengingkari arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sbg ufti kpd Melaka. British menghantar tentera utk menakluki Taboh di Naning pd 1831. Penghulu Dol Said yg mendapat bantuan ketenteraan drpd Yam Tuan Ali dari Rembu, Syed Shaban, Dato’ Kelana Sungai Ujong dll telah berjaya mengalahkan 150 org tentera British.British kemudian menghantar 1200 org tentera pada 1832 utk menawan Naning. Penghulu Dol Said yg tidak dibantu sesiapapun pd kali ini berjaya dikalahkan. Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

James Brooke cuba menguasai beberapa buah daerah pedalaman. Keengganan pemimpin tempatan menyerahkan daerah mereka kpd James Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut. Linggir, pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke dgn menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar tetapi tewas. Rentap, pemimpin Iban menentang James Brooke kerana James Brooke cuba menghapuskn org Iban di Sg. Skrang yang dianggap sebagai lanun. Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir mereka. Tentera James Brooke kemudian bertindakbalas membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya yg berundur ke Bukit Sadok telah berjaya dikalahkan dan selepas itu penentangannya semakin lemah.

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapurmenentang James Brooke kerana menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang. Mereka hilang pengaruh dan kuasa memungut cukai terhadap penduduk tempatan. Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit kemudiannya di Kuching tetapi gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Mat Salleh pemimpin daerah Tambunan dan Sungai Sugut menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh, menduduki kawasan pengaruhnya, melaksanakan sistemcukai kepala dan surat perahu serta bersikap kasar terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang tetapi tidak dilayan. Mat Salleh terpaksa melarikan diri apabila Gabenor Beaufort menyerang dan membakar kampungnya.Mat Salleh kemudiannya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.SBUB menawarkan pelan damai kpd Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya tetapi ditipu.Mat Salleh menyerang kubu SBUB dan kemudian SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh.Mat Salleh akhirnya tewas.

Penentangan orang tempatan di Perak di ketuai oleh Dato’ Maharaja Lela. Penentangan berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan. Penentangan ini dilakukan kerana;Residen British memungkirinya fungsinyasebagai penasihat seperti yg termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.Pembesar Perak menolak sistem cukai dan penguasaan British di kawasan mereka serta campurtangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W Birch juga tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Page 3: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Dato’ Syahbandar (DS) dan Dato’ Kelana (DK) bersengketa kerana merebut kawasan sempadan utk mengenakan cukai kpd pedagng bijih timah.DK bersetuju menerima campurtangan British di Sg. Ujong melalui satu perjanjian dengan British tetapi DS enggan menandatangani perjanjian tersebut sebaliknya menentang tindakan DK mempelawa campurtangan British dalam pertikaian mereka.DK berjaya mengalahkan DS dgn kerjasama British utk menguasai Sg. Ujong.DS berundur ke Selangor tetapi kemudian kembali ke Sg. Ujong dan menandatangani perjanjian dgn British.Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. DK menguasai seluruh Sg. Ujong ttp tertkluk di bawah penguasaan British.Yam Tuan Antah Sri Menanti pula menentang British keranaBritish menduduki Sg. Ujong, menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi, menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi. Yam Tuan Antah kemudiannya telah menandatangani perjanjian damai dengan British

J.P Rodges dilantik sbg Residen Pahang.Dato’ Bahaman (DB) yang hilang pengaruh dan kuasa apabila undang2 British spt sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis dilaksanakan telah bangkit menentang.DB, Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatumenentang British selama 5 tahun.DB dan rakan-rakan mendapat perlindungan drpd penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.Tindakbalas British menyebabakan DB berundurkeHulu Kelantan dan akhirnya ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

Penentangan di Kelantan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan.Tok Janggut (TJ) membantah pelaksanaan systemcukai British dan enggan membayar cukai.Polis diarahkan menangkap TJ ttp gagal.Engku Besar Jeram serta rakyat tempatan telahmenyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Sebuah kerajan sementara dibentuk dgn Engku Besar Jeram sbg Raja dan TJ sbg Perdana Menteri.British membawa masuk tentera dr Negeri-NegeriSelat dan berjaya melumpuhkan perjuangan TJ setelah TJ terkorban.

Haji Abdul Rahman Limbong (HARL) menentangBritish kerana tidak bersetuju dgn pelaksanaansistem cukai dan undang-undang tanah British.HRL mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Penduduk sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. British berjayamenyuraikan pdk kampung yg berkumpuldengan jasa baik Tengku Nik Maimunah. Kemarahan penduduk tempatan menyebabkan merekamelancarkan penentanganbersenjata dgn menyerang dan menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.British menghantar 3 org pembesar yg membawaperintah sultan utk menawan semula Kuala Berang serta menangkap penentang2nya.HARL berjaya ditahan dan dibuang negeri keMakkah.

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme

Pengenalan Sistem Politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional. Perlantikan Residen British yang mengambil alih kuasa pentadbiran daripada pembesar tempatan menjatuhkan maruah mereka dan membangkitkan kebencian terhadap British.

Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakuler Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu yang telah memberikan idea untuk memajukan bangsa dan menolak penjajahan Barat.

Dasar British yg menggalakkan kemasukan buruh asing telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan. Mereka juga menguasai

Page 4: Cadangan Skrip Jaw Krts3

ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan sedangkan orang tempatan kekal dengan pertanian tradisi yang tidak dimajukan oleh British.

Wujud jurang taraf hidup antara penduduk bandar dengan luar bandar. Taraf hidup dibandar adalah tinggi kerana kemajuan serta kewujudan prasarana seperti elektrik, sekolah, hospital dan lain-lain. Orang Melayu yang tinggal di luar bandar serba kekurangan.

PendudukanJepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme. Kekejaman Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu seperti kekurangan makanan dan ubat-ubatan menyebabkan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajah sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari membangkitkan semangat menentang penjajahan. PKM memerintah dengan kejam, membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun. Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Berlaku konflik perkauman. Serangan PKM dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Gerakan Pan-Islamismesedunia merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama. Ini memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Kesedaran politik di Indonesia melalui karya-karya yang dihasilkan telah mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme Tanah Melayu. Kesedaran politik dan pendidikan yang lebih matang melahirkan ramai golongan intelektual. Penulis-penulis besar Indonesia telah menghasilkan karya yang telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Idea mereka tentang penentangan terhadap penjajahan tersebar dan dihayati masyarakat tempatan. Kemasukan orang Indonesia memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu

Kesatuan Melayu Singapura diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah. Bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British. Antara kejayaan KMS ialah berjaya memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura. Keberkesanan perjuangan kesatuan ini telah mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yang lain.

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang. Penubuhannya bertujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini menggalakkan perpaduan dan persaudaraan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaan telah mendapat sambutan hangat. Kegiatan sosialnya telah menjadi asas kesedaran perpaduan Melayu.

Persatuan negeri ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Objektif utamanya ialah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib org Melayu dalam ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

Page 5: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Penubuhan Persatuan Melayu Miridiikuti Persatuan Melayu Sarawak hasil pengaruh persatuan negeri di Semenanjung. Objektif penubuhannya ialah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran Islam. Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

Di Kota Kinabalu Sabah, terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggotanya terdiri daripada peniaga, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Objektif penubuhan KMM ialah menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan org Melayu. KMM juga berhasrat menghalau British dari Tanah Melayu dan menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya. KMM berkerjasama dgn Jepun utk menghalau British dari Tanah Melayu dgn cara menjadikan KMM sbg sebuah badanpropaganda Jepun dan membeli Warta Malaya utk dijadikan alat propaganda anti-British.KMM telah mengelilingi Tanah Melayu utk mencari sokongan. Cawangan KMM diperluaskan sebagai propaganda menentang British. Maahad II Ihya Assyarif menjadi penyokong dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.KMM tidak berjaya mencapai matlamat perjuangan politiknya keranaIbrahim Yaakob dan 150 orang penyokongnya telah ditangkap dan dipenjarakan oleh British. Kekalahan Jepun yang mendadak dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal. British telah kembali semula untuk menguasai Tanah Melayu.

Kongres Melayu yang diadakan pada tahun1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua. Kongres ini membincangkan soal kemunduran org2 Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British. Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar2 Melayu. Melaluinya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian selama ini.

Cara anda menunjukkan semangat nasionalisme terhadap negara. Ciri-ciri warganegara Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang

tinggi. Peranan anda memajukan negara sebagai seorang warganegara yang mempunyai

semangat nasionalisme yang tinggi. [Jika 10M tulis 10 isi]

Saya perlu meningkatkan ilmu pengetahuan seperti dalam bidang sains dan teknologi untuk membangunkan dan memajukan negara melalui sumbangan idea dan kepakaran. Pelbagai kemahiran juga perlu dipertingkat seperti kemahiran ICT untuk meningkatkan daya saing. Mengukuhkan perpaduan kaum supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat dapat dikekalkan. Ajaran agama perlu dipatuhi supaya menjadi saya dapat menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus.Taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara perlu diberikan agar kedaulatan negara dapat terus dipelihara. Semangat patriotik yang tinggi dan semangat sayang kepada negara perlu ditonjolkan. Ini boleh dilahirkan melalui sikap menjaga kebersihan persekitaran dan membeli barangan buatan Malaysia sebagai sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan. Menjunjung tinggi perlembagaan negara serta sentiasa berusaha menjadi seorang rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang negara supaya keamanan dapat

Page 6: Cadangan Skrip Jaw Krts3

diwujudkan.Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti bertoleransi, bertanggungjawab, bersikap amanah dan sebagainya.Membina jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif.Menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah berusaha membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pengorbanan mereka boleh dijadikan contoh tauladan. Berusaha gigih memajukan ekonomi negara agar kemakmuran dapat dinikmati bersama. Sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh luar dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Jika anda salah seorang pemimpin tempatan apakah strategi anda untuk menghalang kemaraan British [Jika 10M tulis 10 isi]

Jika saya salah seorang pemimpin tempatan, strategi yang saya gunakan untuk menentang British ialah merangka satu perlembagaan bagi menghalang campurtangan British di kawasan pentadbiran saya. Saya juga akan melaksanakan dasar berbaik-baik dengan British dan cuba mengelakkan pertentangan antara kedua-dua pihak. Sebarang masalah akan cuba diselesaikan melalui meja rundingan. Saya akan menjalankan pentadbiran yang berkesan dan mewujudkan suasana aman supaya kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan lancar. British tidak akan mempunyai alasan untuk campurtangan. Negara-negara Barat yang lain juga dijemput untuk sama-sama terlibat dalam ekonomi di kawasan pentadbiran saya. Penasihat-penasihat dari pelbagai negara Barat juga akan digunakan untuk mengetuai pelbagai jabatan dan seterusnya melatih penduduk tempatan. Kepelbagaian negara yang terlibat akanmenghalang mana-mana kuasa Barat yang cuba menguasai kawasan pentadbiran saya secara bersendirian. Jika usaha berbaik-baik ini gagal, saya akan melengkapkan tentera dengan peralatan senjata yang lebih moden. Perisik-perisik akan dihantar untuk mencari maklumat kekuatan dan kelemahan British. Rakyat akan diberikan pendidikan supaya mereka lebih bijak mengetahui tipu uslihat musuh. Pertempuran di laut dan pertempuran di darat secara terbuka akan cuba dielakkan kerana British memiliki kapal perang dan senjata yang lebih moden. Sebaliknya saya akan lebih banyak menggunakan serangan-serangan mengejut. Pembesar dari pelbagai negeri dan kawasan akandigabungkan supaya penentangan yang dilakukan adalah secara menyeluruh.

Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi dapat memajukan negara kita Kepentingan semangat nasionalisme [Jika 10M tulis 10 isi]

Dengan adanya semangat nasionalisme pemimpin-pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujurdan ikhlas. Program-program pembangunan negara akan dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna untuk kepentingan rakyat. Kepimpinan yang bertanggungjawab ini akan melahirkan hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan.

Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari kerana rakyat menyayangi negara dan mematuhi undang-undang. Oleh itu ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ini seterusnya dapat mengelakkan ketirisan dalam ekonomi.

Page 7: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Semangat nasionalisme akan menggalakkan pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Kesungguhan Ini akanmeningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara. Ahli-ahli sukan pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu pertandingan dan mengharumkan nama negara. Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.

Semangat toleransi dan berkerjasama dapat dipupuk kerana rakyat memahami pentingnya sebuah perpaduandalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan. Sistem politik negara akan lebih stabil dan ekonomi juga berkembang pesat. Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyumbang ideaserta kepakaranuntuk membangunkan negara. Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan kadar jenayah. Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain. Rakyat menjaga kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan negara. Imej negara juga akan meningkat.

Sebab-sebab kegagalan penentangan pemimpin tempatan [Jika 10M tulis 10 isi]

Antara sebab-sebab kegagalan penentangan pemimpin tempatan ialah penggunaan senjata tradisional untuk menentang British yang menggunakan senjata moden. Pemimpin tempatan kurang memiliki ilmu pengetahuan untuk berhadapan dengan sebuah kuasa besar dunia yang lebih maju. Tipu muslihat British dan strategi mereka tidak disedari pemimpin tempatan. Strategi yang digunakan pemimpin tempatan pulakurang berkesan manakala organisasi penentangan pula tidak wujud.Pemimpin-pemimpin tempatan juga tidak bersatu padu antara sesama mereka sebalik mereka sering bersengketa antara satu sama lain serta mudah diadu-domba oleh pihak British. Contohnya persengketaan antara Dato Syahbandar dan Dato Kelana di Sungai Ujong. Pihak British memahami sosio-budaya masyarakat tempatan yang memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada sultan. British menggunakan kesempatan ini dengan mempengaruhi dan mengugut Sultan supaya menyebelahi mereka. Contohnya mempengaruhi sultan Pahang untuk menghadapi penentangan Dato Bahaman dan Tok Gajah. Terdapat juga segelintir pemimpin tempatan yang bersekongkol dengan British untuk membolot kuasa. Contohnya tindakan Sultan Ismail dan Dato Kelana Sungai Ujong menjemput British untuk campurtangan dengan menandatangani perjanjian.

Cabaran membina masyarakat yang patriotik Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda kian terhakis

[Jika 5M tulis 5 isi]Antara cabaran bagi membina masyarakat yang patriotik ialah pegangan agama

masyarakatyang longgar sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas dan pembuangan bayi.

Tebalnya identiti perkauman mengurangkan semangat bekerjasama sehingga menyukarkan usaha bagi mewujudkan perpaduan. Masyarakat mudah tersentuh dan

Page 8: Cadangan Skrip Jaw Krts3

memberikan reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan perkauman. Pergeseran antara kaum mudah terjadi sehingga mampu mewujudkan konflik dan menjejaskan keamanan.

Pengaruh budaya luar yang masuk menerusi pelbagai media mendatangkan kesan negatif sehingga melunturkan jati diri masyarakat. Sikap mementingkan kebendaanmenyebabkan masyarakat mengenepikan nilai-nilai agama dan moral dalam mengejar keduniaan. Persaingan politik dalam negara semakin meruncing sehingga menggugat kestabilan seperti demonstrasi jalanan.

Sikap golongan muda yang mementingkan hiburan melampau menjadikan mereka lalai terhadap tanggungjawab sebenar untuk menimba ilmu pengetahuan di samping terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti dadah dan minuman keras.

Pengaruh media massa dan media sosial melalui konsep langit terbuka telah menimbulkan budaya fitnah dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Maklumat yang tidak tepat disebarkan dalam kalangan masyarakat sehingga menggugat kestabilan politik dan ekonomi. Peningkatan kadar jenayah menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat seperti ragut, pecah rumah dan pembunuhan.

Cadangan memperkasa semangat nasionalisme [Tulis 5 isi]

Bagi memperkasa semangat nasionalisme rakyat Malaysia, pegangan agama / nilai-nilai moral masyarakat perlu ditingkatkan melalui kurikulum sistem pendidikan. Kerajaan perlu mengurangkan rancangan-rancangan hiburan dalam media elektronik sebaliknya menambah rancangan-rancangan yang bersifat pendidikan atau keagamaan untuk memberi pedoman dan bimbingan kepada masyarakat. Institusi keluarga perlu dikukuhkan melalui khidmat kaunseling. Penguatkuasakan undang-undang secara lebih tegas dan berkesan hendaklah dilaksanakan bagi membanteras gejala rasuah. Kempen-kempen anti rasuah dan kesan buruk rasuah kepada negara dan masyarakat perlu dipertingkatkan. Rakyat perlu memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa melalui peti-peti undi. Bilangan anggota penguatkuasa bagi membenteras jenayah seperti polis, imigresen dan kastam perlu ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan pertambahan penduduk dan cabaran tugas. Program-program mengukuhkan perpaduan kaum boleh dilaksanakan seperti sambutan-sambutan perayaan dan kerjasama komuniti setempat. Kerajaan perlu menapis unsur-unsur negatif dari luar yang tersebar melalui media elektronik dan media sosial daripada terus mempengaruhi masyarakat. Kerajaan hendaklah membela kepentingan rakyat dengan berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan kemudahan seperti hospital, bekalan air dan elektrik. Ekonomi negara perlu ditingkatkan bagi mencetuskanpeluang-peluang pekerjaan. Keadaan ini dapat melahirkan masyarakat yang berbangga dengan pencapaian negara.

Page 9: Cadangan Skrip Jaw Krts3

Iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh gerakan nasionalisme di negara kita. [Tulis 5 isi]

Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga. Perebutan kuasaakan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.

RumusanPengetahuan yang diperoleh [Tulis 2 isi]

Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan yang bercorak setempat telah memulakan gerakan nasionalisme di negara kita. Gerakan ini timbul kerana dasar penaklukan British. Gerakan nasionalisme pada awal abad ke-20 pula lebih menyeluruh bagi mengangkat martabat bangsa.

Nilai-nilai murni [Tulis 1 isi]Semangat berkerjasama dalam kalangan masyarakat mampu mengatasi ancaman

daripada musuh-musuh luar.Kegigihan menimba ilmuakan menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.Semangat rela berkorban dari segi masa, harta, tenaga bahkan nyawa perlu ada bagi setiap anggota masyarakat bagi memastikan kejayaan dalam perjuangan.

Unsur patriotisme [Tulis 1 isi]Semangat cinta kepada negarayang kental mampu melindungi negara daripada

dijajah semula.Kemajuan negara hanya dapat dicapai jika masyarakat berusaha dengan gigih untuk menguasai ilmu pengetahuan.Kemerdekaan negara kita perlu dipertahankan. Kita perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab bagi mengisi kemerdekaan pada hari ini.

Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan terbilang[Tulis 2 isi]

Saya berharapkemakmuran dan keharmonian hidup masyarakat akanberkekalan dan terus dipertahankan.Rakyat Malaysia akan terus gigih berusaha untuk memajukan negara yang tercinta. Melalui kejayaan yang dicapai, Malaysia akan terus dihormati oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Page 10: Cadangan Skrip Jaw Krts3