Skrip Anugerah NILAM

26
PENGUMUMAN KEPADA TETAMU DAN HADIRIN Sahariddun: 1. Assalamualaikum wbth dan salam perpaduan. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Tetamu Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan- Puan, warga pendidik, penerima-penerima anugerah, hadirin dan hadirat sekalian, ke Pusat Kegiatan Guru Bidor, untuk mengikuti Majlis Anugerah NILAM Daerah Batang Padang, Tahun 2006. Untuk itu, mohon kerjasama para hadirin, untuk mengambil tempat duduk masing-masing. 2. Dipohon jua kerjasama sidang hadirin, agar dapat memberi perhatian akan perkara-perkara berikut :- a) Hadirin diminta bekerjasama, agar terus berada di tempat duduk masing-masing, sehingga majlis selesai dijalankan. b) Mohon kerjasama hadirin, agar memastikan telefon bimbit yang dibawa bersama, berada dalam keadaan mood senyap atau mood gegar sepanjang majlis ini berlangsung. c) Hadirin dan hadirat diminta mengurangkan pergerakan keluar masuk semasa majlis berjalan. 3. Kami amat menghargai atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para hadirin dalam memastikan kelancaran majlis kita pada pagi ini. Segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. Kelancaran majlis ini adalah kejayaan kita bersama. 1

Transcript of Skrip Anugerah NILAM

Page 1: Skrip Anugerah NILAM

PENGUMUMAN KEPADA TETAMU DAN HADIRINSahariddun:

1. Assalamualaikum wbth dan salam perpaduan. Pihak majlis mengalu-alukan

kehadiran Tetamu Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, warga pendidik,

penerima-penerima anugerah, hadirin dan hadirat sekalian, ke Pusat Kegiatan

Guru Bidor, untuk mengikuti Majlis Anugerah NILAM Daerah Batang Padang,

Tahun 2006. Untuk itu, mohon kerjasama para hadirin, untuk mengambil tempat

duduk masing-masing.

2. Dipohon jua kerjasama sidang hadirin, agar dapat memberi perhatian akan

perkara-perkara berikut :-

a) Hadirin diminta bekerjasama, agar terus berada di tempat duduk masing-

masing, sehingga majlis selesai dijalankan.

b) Mohon kerjasama hadirin, agar memastikan telefon bimbit yang dibawa

bersama, berada dalam keadaan mood senyap atau mood gegar

sepanjang majlis ini berlangsung.

c) Hadirin dan hadirat diminta mengurangkan pergerakan keluar masuk semasa

majlis berjalan.

3. Kami amat menghargai atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para

hadirin dalam memastikan kelancaran majlis kita pada pagi ini. Segala kerjasama

diucapkan ribuan terima kasih. Kelancaran majlis ini adalah kejayaan kita

bersama.

ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

1

Page 2: Skrip Anugerah NILAM

( 17 NOVEMBER 2006 )

Nur’aza:

09.15 pagi - Para jemputan / tetamu mengambil tempat

- Ketibaan Tuan Haji Razali bin Ismail, Pengetua SMK

Sheikh Abdul Ghani

- Bacaan Doa

- Ucapan Penolong Pengarah PSPN Perak

- Ucapan Perasmian

- Penyampaian Anugerah NILAM

Penyampaian Anugerah TOKOH NILAM

- Bersurai

SKRIP PENGACARA MAJLIS

2

Page 3: Skrip Anugerah NILAM

MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT BATANG PADANG 2006

Tarikh : 17 November 2006

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Bidor

Masa : 9.00 Pagi

MASA ATURCARA SKRIP PENGACARA TINDAKAN

8.55

pagi

Pengumuman

ketibaan Yang

Berusaha Tuan

Haji Razali bin

Ismail, Pengetua

SMK Sheikh Abdul

Ghani

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha, Tuan Haji

Razali bin Ismail, Pengetua

SMK Sheikh Abdul Ghani

Sahariddu

n

Ucapan Alu-Aluan

Pengacara Majlis

( Dimulakan sebaik

sahaja tetamu khas

mula menatap

buku cenderamata

Bismillahhirrahmanirrahim /

Assalamualaikum Warahmatullah

Hiwabarokatuh.

Salam bahagia, salam hormat, salam

sejahtera dan diucapkan Selamat Datang

ke Pusat Kegiatan Guru Bidor untuk acara

kemuncak Majlis Anugerah NILAM

Peringkat Daerah Batang Padang Tahun

2006.

Sahariddu

n

09.00 pagi Bacaan Doa

Selesai bacaan

Sebagai pembuka tirai bicara, marilah kita

bersama-sama menadah tangan bagi

memohon restu daripada Illahi terhadap

usaha murni yang kita lakukan.

Untuk itu, dijemput Yang Dihormati, Encik

Saiful Azmi bin Hashim Pegawai

Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan

Guru Tanjong Malim untuk memimpin

bacaan doa.

Majlis merakamkan penghargaan dan

Nur’aza

Nur’aza

3

Page 4: Skrip Anugerah NILAM

doa. terima kasih kepada Yang Dihormati,

Encik Saiful Azmi atas bacaan doa

sebentar tadi.

Majlis Dimulakan

Kata alu-aluan Pengacara Majlis.

09.05

pagi

1. Yang Berusaha, Tuan Haji Razali bin Ismail, Pengetua

SMK Sheikh Abdul Ghani mewakili Pegawai Pelajaran

Daerah Batang Padang

Sahariddu

n

2. Yang Berusaha, En. Zainori bin Abdul Raman

Penolong Pengarah PSPN Perak mewakili Ketua

Penolong Pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri

Perak.

3.. Pengerusi PKG Kelompok 3, Pegawai Teknologi

Pendidikan PSPN Perak, Pengetua-Pegetua, Guru Besar-

Guru Besar,Guru-guru, Warga PKG, penerima-penerima

anugerah dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

MASA ATURCARA SKRIP PENGACARA TINDAKAN

Dipanjatkan setingi-tinggi kesyukuran ke

hadrat Ilahi, lantaran dengan keizinan dan

keredhaanNya, kita sama-sama dapat

berkumpul, di Pusat Kegiatan Guru Bidor

ini, bagi mengikuti Majlis Anugerah NILAM

Peringkat Daerah Batang Padang 2006.

Bagi pihak jawatankuasa majlis anugerah,

kami mengalu-alukan kehadiran Yang

Berusaha, Tuan Haji Razali bin Ismail,

Pengetua SMK Sheikh Abdul Ghani, dan

hadirin sekalian ke majlis yang diadakan,

pada pagi yang berbahagia ini.

Nur’aza

09.10

pagi

Ucapan PP PSPN. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Negeri Perak aman Sentosa,

Sahariddu

n

4

Page 5: Skrip Anugerah NILAM

Pendidikan Gemilang Misi Utama,

Dengan tiada melengahkan masa,

Kita mulakan majlis pertama,

Bagi memulakan acara, majlis dengan

hormatnya mempersilakan Yang

Berusaha, En. Zainori bin Abdul Raman,

Penolong Pengarah Pusat Sumber

Pendidikan Negeri Perak mewakili Ketua

Penolong Pengarah, PSPN Perak

menyampaikan ucapan.

Dipersilakan…..

Sahariddu

n

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

Encik Zainori, Penolong Pengarah, Pusat

Sumber Pendidikan Negeri Perak atas

ucapan sebentar tadi.

Ucapan aluan pembuka acara,

Salam diberi tetamu dimulia,

Ucapan Tuan tersirat makna,

Dalam hati tersemat setia.

Sebagai tanda penghargaan majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan

Tuan Haji Razali bin Ismail

menyampaikan cenderamata kepada

Encik Zainori bin Abdul Raman, Penolong

Pengarah Pusat Sumber Pendidikan

Negeri Perak. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

Tuan Haji Razali bin Ismail atas

penyampaian cenderamata itu tadi.

Nur’aza

09.30

pagi

Ucapan

Perasmian.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Cempaka sari warisan sejati,

Menjadi kebanggaan seisi negeri,

Sahariddu

n

5

Page 6: Skrip Anugerah NILAM

Ucapan perasmi memang dinanti,

Berilmu tinggi bijak bestari.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh

hormatnya mempersilakan Yang

Berusaha Tuan Haji Razali bin Ismail,

Pengetua SMK Sheikh Abdul Ghani

mewakili Pegawai Pelajaran Daerah

Batang Padang untuk menyampaikan

ucapan dan seterusnya merasmikan

Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah

Batang Padang 2006.

Majlis mempersilakan…

Majlis mengucapkan setinggi tinggi terima

kasih dan penghargaan tidak terhingga

kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Razali

bin Ismail atas ucapan yang disampaikan

seterusnya merasmikan Majlis Anugerah

NILAM Peringkat Batang Padang 2006.

Nur’aza

Ucapan Tuan menyerikan majlis,

Warga Pendidik tampak ceria,

kesudian Tuan merasmikan majls,

Bangganya kami tidak terkira.

Kain Pelikat panjang sembilan,

Tersusun corak cantik warnanya,

Tuan Pemimpin disegani watan,

Kami menumpang sinar

cahayanya.

Nur’aza

Sahariddu

n

10.00

pagi

Penyampaian

cenderamata

Tuan-tuan, puan-puan dan penerima

anugerah yang dihormati sekalian,

Sebagai tanda penghargaan yang tidak

terhingga, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Encik Zainori

bin Abdul Raman, Penolong Pengarah

Sahariddu

n

6

Page 7: Skrip Anugerah NILAM

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak

menyampaikan cenderamata kenang-

kenangan kepada Yang Berusaha, Tuan

Haji Razali bin Ismail. Majlis

mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

En. Zainori bin Abdul Raman, Penolong

Pengarah Pusat Sumber Pendidikan

Negeri Perak atas penyampaian

cenderamata kenangan itu tadi.

Nur’aza

Budi tuan takkan dilupa,

Kekal tersemat di sanubari,

Pasti dikenang sentiasa,

Setiap sumbangan bakti dan budi,

Bagai terukir di atas batu,

Bagai takik pada kayu.

Nur’aza

Majlis

Penyampaian

Anugerah

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati

sekalian.

Khabar sudah bendang ke langit,

Khabar sudah rebak ke bumi,

Isik-isik dah berbunyi,

iyang-iyang dah menyiang,

yang jauh kami jemput dengan destar,

yang dekat kami jemput dengan tepak,

Berhimpun pepat kita di sini,

Majlis dengan hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Zakaria

bin Zainal Ketua PKG Daerah Batang

Padang menjemput dan mengiringi Yang

Berusaha Tuan Haji Khairudin bin Mohd

Jali untuk menyampaikan sijil dan lencana

kepada penerima anugerah. Dipersilakan.

Sahariddu

n

Anugerah NILAM Tahap Jauhari Nur’aza

7

Page 8: Skrip Anugerah NILAM

dimulakan dengan penerima-penerima

dari Kelompok PKG Temoh.

Dari SK Air Kuning :

Pemegang Rekod Bacaan Terbanyak

ialah :

Nurul Shazwani bt Nizamuddin – Thn 4

Rekod Bacaan Kedua Terbanyak:

Najuwa bt Suhanif – Thn 5

Rekod Bacaan Ketiga Terbanyak:

Nur Atisya Izma bt Kamaruzzaman – Thn

6 dan bagi 7 penerima yang lain dijemput

guru pengiring untuk menerima sijil dan

lencana bagi pihak.

Bagi SK Batu Masjid, hanya seorang yang

layak menerima anugerah dan dengan itu

dijemput:

Nur Aishah bt Mohamed

Berikut adalah penerima dari SK Batu

Tiga.

Dengan bacaan tertinggi dijemput Alia

Nadhira bt Tahir, murid Tahun 5A

Kedua tertinggi Nur Hanis Aqilah bt Rahim

murid Tahun 6A

Ketiga tertinggi Muhammad Syawal bin

Mohd Nizar murid tahun 4A.

Bagi 9 penerima anugerah yang lain

dijemput guru pengiring untuk menerima

sijil dan lencana bagi pihak.

Sahariddu

n

Seterusnya dari SK Sungai Lesong,

dijemput :

1. Nurin Jaslina bt Mohamad Yakob

2. Nur Syahirah bt Muhamad

Nur’aza

8

Page 9: Skrip Anugerah NILAM

3. Khairul Aini bt Abd. Khalil

Dijemput guru pengiring menerima sijil

dan lencana bagi pihak 8 penerima

anugerah yang seterusnya.

Penerima anugerah terakhir mengikut

Kelompok PKG Temoh dijemput Alvin

Dass murid Tahun 6A dari SK Temoh.

Sahariddu

n

Seterusnya penerima anugerah mengikut

Kelompok PKG Tapah Road.

Dari SK Satu, Tapah:

Nurul Ain bt Abu Mansor Maturidi

Reena Deep Kaur a/p Kalwant Singh

Nur Hazirah bt Zakaria

Dijemput juga guru pengiring untuk

menerima sijil dan lencana bagi pihak 2

penerima anugerah seterusnya.

Nur’aza

Dari SK Datuk Kelana, dijemput:

Nursyafeza bt Razali

Nurul Asshera bt Abdul Rashid

Nurul Najiha bt Tahir

dan bagi pihak 4 penerima anugerah

seterusnya dijemput guru pengiring untuk

menerima sijil dan lencana.

Sahariddu

n

Penerima anugerah dari SMK Seri Tapah

dimulakan dengan

Nor Amelia Adila bt Mahadi

Nor Jumatul Zulhijah bt Razali

Suhaila bt Abdul Malik

dan dijemput guru pengiring menerima sijil

dan lencana bagi pihak 2 penerima

anugerah yang seterusnya.

Nur’aza

Berikut penerima anugerah mengikut

Kelompok PKG Bidor.

Dari SK Kampung Poh dijemput:

Sahariddu

n

9

Page 10: Skrip Anugerah NILAM

……………………………………..

………………………………………

…………………………………………

Dari SJKC Choong Hua 1 dijemput:

Liew Jian Hoa

Chye Sin Yee

Tan Jia Qi

dan dijemput guru pengiring menerima sijil

dan lencana bagi pihak 8 penerima

anugerah yang lain.

Nura’za

Manakala dari SJKC Pekan Pasir pula

dipersilakan:

Choo Jia Hui

Khew Yan Ming

Chan Tian Shin

Sahariddu

n

Bagi SMJK Choong Hua penerima

anugerah terdiri daripada:

Toong Pak Khoon

Chin Yin Leng

Liew Hui Leng

dan 12 penerima anugerah seterusnya

dijemput guru pengiring menerima sijil dan

lencana bagi pihak.

Nura’za

Bagi Kelompok PKG Sungkai, dari SK

Changkat Sulaiman, dijemput:

Nurul Najihah bt Mohd Shokur

Fatin Nur Ain bt Ahmad Nordin

Nurul Shafiqa bt Mohd. Abdullah

dan dijemput guru pengiring menerima sijil

beserta lencana bagi pihak 6 penerima

anugerah yang seterusnya.

Sahariddu

n

Bagi SK Perlok, hanya dua orang

penerima anugerah dan dengan itu

dijemput:

Nur’aza

10

Page 11: Skrip Anugerah NILAM

Mastini bt Mohd Sufian dan

Ummu Hani Fathirah bt Faizul

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Tuan Haji Khairudin

bin Mohd Jali kerana sudi menyampaikan

anugerah kepada para penerima.

Seterusnya Majlis dengan segala hormat

mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji

Alias bin Mohamad, Pegawai Teknologi

Pendidikan PSPN Ipoh menjemput dan

mengiringi Yang Berusaha Encik Zainori

bin Abdul Raman untuk menyampaikan

sijil dan lencana kepada penerima

anugerah. Dipersilakan.

Bagi SK Sungkai, terdapat 7 penerima

anugerah dan dengan itu majlis

menjemput:

Bhagavadzini a/p Muniandy

Amira Natasha bt Mansor

Sharmila a/p Shatiaselan

dan guru pengiring untuk menerima sijil

beserta lencana bagi pihak 4 penerima

yang selebihnya.

Sahariddu

n

Seterusnya, senarai penerima anugerah

dari SMK Trolak diketuai :

Nur Syafiqah bt Harun

Marzila bt Ismail

Nor Suhada bt Wahid

dan bagi 13 penerima selebihnya dijemput

guru pengiring menerima bagi pihak

mereka.

Nura’za

Bagi Kelompok PKG Slim River, senarai Sahariddu

11

Page 12: Skrip Anugerah NILAM

penerima anugerah dimulakan dengan SK

Aminuddin Baki. Dengan itu dijemput :

Nor Rafidah bt Mohd Alias

Suhada bt Mohamad Waliullah

Siti Nur Hajar bt Amir Khairul Amar

dan guru pengiring untuk menerima bagi

pihak 7 penerima yang seterusnya.

n

Terdapat seorang penerima anugerah dari

SK Balun dan dengan itu dijemput Noor

Fadelah bt Yusof.

Diteruskan pula dengan 8 penerima

anugerah dari SK Slim Village iaitu:

Norazlina bt Habeeb Rahuman

Nurul Amira Shakila bt Zulkifli

Nurul Azwa bt Jamil

dan selebihnya dijemput guru pengiring

untuk menerima anugerah bagi pihak

mereka.

Nura’za

Seterusnya dijemput penerima anugerah

tunggal dari SK Seri Besout iaitu:

Fatimah Azzaharah bt Abd. Rahman

dan beralih kita ke SK Besout 3 :

Dengan itu dijemput:

Azri bin Baharuddin

Fatin Nabila bt Mohd Anuar

Norsyafikah bt Azhar

dan guru pengiring untuk menerima bagi

pihak 2 penerima anugerah yang lain.

Bagi SK Besout 5, hanya 2 penerima iaitu:

Nur Shapikah bt Alias

Nur Ain bt Mohd Bassiri

Sahariddu

n

Mendahului penerima anugerah dari SK Nur’aza

12

Page 13: Skrip Anugerah NILAM

Slim River seramai 60 orang, dijemput :

Akmal Zaman bin Shaharuddin

Amirah bt Abidin

Amirul Adli bin Shaari

dan guru pengiring untuk menerima sijil

berserta lencana bagi pihak penerima

anugerah yang seterusnya.

Penerima anugerah tunggal dari SMK

Slim, dijemput Kamalani a/p Kalaimany.

Manakala dari SMK Dato’ Zulkifli

Muhammad, dijemput:

Farah Nabilah bt Abd. Hisham

Vilaashini a/p Sandra

Navindran a/p Arumugam

dan dijemput juga guru pengiring untuk

menerima sijil berserta lencana bagi pihak

10 penerima anugerah yang lain.

Sahariddu

n

Beralih ke SMK (F) Besout, majlis

menjemput:

Nurul Husna bt Shamsul Kamal

Siti Nur Azizah bt Mahfuz

Nurul Amira Farhana bt Mohd Selidin

dan guru pengiring untuk menerima sijil

berserta lencana bagi 6 penerima

anugerah yang lain.

Nura’za

Akhir sekali bagi Kelompok PKG Tanjong

Malim, senarai penerima dimulakan

dengan SK Tanjong Malim. Dengan itu

dipersilakan:

Murni bt Noor Ariffin

Nur Syahirah Hanim bt Zulkifly

Nur Shamimi bt Mahfudz

dan dijemput juga guru pengiring untuk

menerima sijil berserta lencana bagi pihak

Sahariddu

n

13

Page 14: Skrip Anugerah NILAM

16 penerima yang lain.

Bagi SK Methodist, dijemput:

Leong Khin Fhoong

Sivagamy a/p Chandran

Sharif Ashbil bin Sharif Abdul Aziz

dan guru pengiring untuk menerima sijil

berserta lencana bagi pihak 13 penerima

anugerah selebihnya.

Nura’za

Dari SJKC Behrang Ulu, hanya 2 orang

penerima anugerah dan dengan itu

dijemput:

Noor Aranda bt Mohd. Yasin

dan Puteri Tiara Jasmin bt Yusaini

Begitu juga dengan SMK Methodist yang

diwakili oleh 2 orang penerima anugerah.

Majlis dengan itu menjemput:

Neera a/p Harikrishnan

dan Khirutikka a/p Suppiah

Sahariddu

n

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati

sekalian.

Bagi kategori Rakan Pembaca, hanya dua

buah sekolah yang berjaya melayakkan

diri iaitu SK Aminuddin Baki dan SK Slim

River.

Dijemput penerima anugerah dari SK

Aminuddin Baki :

Norhazwani Amirah bt Hamid

Siti Nurshahirah binti Shahalim

Mohamad Safwan bin Jamalus

dan guru pengiring bagi pihak dua lagi

penerima anugerah dari sekolah yang

sama.

Manakala dari SK Slim River dijemput:

Nabihah bt Mohd Asri

Nura’za

14

Page 15: Skrip Anugerah NILAM

Siti Nor Fadzlishah bt Zainal

Fatin Hannani bt Jaliluddin

dan diminta guru pengiring menerima bagi

pihak 2 lagi penerima anugerah.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Encik Zainori kerana

sudi menyampaikan anugerah kepada

para penerima.

Para hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara,

bagi menyaksikan yang terbaik antara

yang baik, yang terbilang antara yang

cemerlang. Justeru, majlis dengan besar

hati mempersilakan Tuan Haji Khairudin

bin Mohd Jali, Pengerusi PKG Bidor bagi

menjemput dan mengiringi Tuan Haji

Razali bin Ismail untuk menyampaikan

anugerah kepada penerima-penerima.

Diumumkan Naib Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Jauhari

Sekolah Rendah:

SJKC Choong Hua 1, Bidor

Dijemput Guru Besar atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Jauhari

Sekolah Rendah:

Sahariddu

n

Nura’za

Sahariddu

n

15

Page 16: Skrip Anugerah NILAM

SK Slim River

Dijemput Guru Besar atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Naib Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Jauhari

Sekolah Menengah:

SMK (F) Besout

Dijemput Pengetua atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Jauhari

Sekolah Menengah:

SMK Trolak

Dijemput Pengetua atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Naib Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Rakan

Pembaca Sekolah Rendah:

SK Slim River

Dijemput Guru Besar atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

Nura’za

Sahariddu

n

Nura’za

Sahariddun

16

Page 17: Skrip Anugerah NILAM

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Rakan

Pembaca Sekolah Rendah:

SK Aminuddin Baki

Dijemput Guru Besar atau wakil untuk

menerima hadiah.

Diumumkan Johan Anugerah

Penglibatan Sekolah Dalam Program

NILAM Peringkat Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Tahap Rakan

Pembaca Sekolah Menengah:

SMK Trolak

Dijemput Pengetua atau wakil untuk

menerima hadiah.

Bagi Anugerah Tokoh NILAM

dimaklumkan bahawa pemilihan tokoh-

tokoh berikut bukan berdasarkan bilangan

bacaan buku yang direkodkan semata-

mata tetapi melibatkan penglibatan aktif

mereka dalam aktiviti-aktiviti rakan

pembaca di peringkat sekolah, daerah

mahupun peringkat negeri.

Dengan itu diumumkan Tokoh NILAM

Sekolah Rendah Daerah Batang

Padang 2006 Kategori Luar Bandar:

Dipersilakan:

Alia Nadhira bt Tahir(SK Batu Tiga,

Temoh)

Nura’za

Sahariddun

Nura’za

Sahariddun

Nura’za

17

Page 18: Skrip Anugerah NILAM

Bagi Kategori Bandar Tokoh NILAM

Sekolah Rendah Daerah Batang

Padang 2006,

jatuh kepada:

Fatin Harnani bt Jaliluddin(SK Slim

River)

Tokoh NILAM Sekolah Menengah

Daerah Batang Padang 2006 Kategori

Luar Bandar:

Dipersilakan:

Nor Suhada bt Wahid (SMK Trolak)

Tokoh NILAM Sekolah Menengah

Daerah Batang Padang 2006 Kategori

Bandar:

Dijemput:

Farah Nabilah bt Abd. Hisham (SMK

Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Tuan Haji Razali bin Ismail kerana

sudi menyampaikan anugerah kepada

keempat-empat Tokoh sebentar tadi.

Sahariddun

Nuraza

Penutup Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati

sekalian.

Kalau kami silap dengan lupa,

kalau kami tersalah adab,

kalau kami tersalah cakap,

yang patut tak dipatutkan,

kami mohon ampun dan maaf.

Sahariddu

n

kami susun jari nan sepuluh,

kami tundukkan kepala nan sebuah,

itulah ucap kata kami,

Sahariddu

n

18

Page 19: Skrip Anugerah NILAM

itulah isi hati kami.

Terima kasih Terima kasih sekalung budi kepada

semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam

majlis yang penuh bermakna ini.

Ditamatkan majlis yang indah berseri,

menjunjung kasih menjunjung budi.

Nur’aza

Seni gubah indah bermadah,

Jambangan bunga sedia harum,

Rasmi sudah, penganugerahan pun

sudah,

Bersurai sahaja yang kita belum.

Nura’za

Nura’za

Sekian, sehingga kita bertemu lagi salam

bahagia / salam hormat dari kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh….

Sahariddu

n

Disediakan oleh :

1. En. Sahariddun bin A. RaniPegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tanjong Malim

2. Pn. Nur’aza bt HashimPegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tapah Road

19