Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
-
Upload
noorjaafar -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
-
8/10/2019 Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
1/5
[penilaian sejarah] 940
Cikgu Aina Jaafar/SMKMP
CARA BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH YANG CEMERLANG SEJARAH BAHARU
CARA PENILAIAN TERHADAP JAWAPAN ESEI MATA PELAJARAN SEJARAHSUKATAN BAHARU
TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR:
Tahap pencapaian pelajar atau calon STPM Baharu Mata Pelajaran Sejarah terbahagi kepada 5tahap pencapaian iaitu berdasarkan kepada peruntukkan markah sebanyak 20 markah bagi setiapsoalan:
TAHAP PENCAPAIAN MARKAH
Amat Cemerlang 18 - 20 markah
Cemerlang 14 17 markah
Baik 10 13 markah
Lemah 6 - 9 markah
Amat Lemah 0 - 5 markah
Jawapan pelajar akan dinilai melalui beberapa kriteria. Kriteria yang dinilai terbahagi kepada 3bahagian iaitu:
KRITERIA PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUKMENDAPAT MARKAH KATEGORI
AMAT CEMERLANG
Pengetahuan DanKefahaman
( Diperuntukkan markahantara 1 hingga 8 )
1-2 markah amat lemah2-3 markah lemah4-5 markah baik
6-7 markah cemerlang8 markah amat cemerlang
Mempunyai fakta iaitu pelajar perlumenguasai kehendak soalan dengan meluas dan
mendalam. Ini bermakna pelajar perlu memahamikehendak soalan dengan baik
Pelajar mestilah memberikan isi atau faktautama di ikut i dengan is i sampinganatausokongan.
Pelajar mesti menghuraikan fakta dengankemas, tepat, relevandan secara terperinci sertamendalam.
Pelajar harus memaksimunkan kesilapanfakta agar tidak mencacatkan ketepatan jawapanpelajar. Ini bermakna pelajar dilarang sama sekalimencipta fakta sendir i atau menul is jawapan
syok sendir i .
Taakulan
( Diperuntukkan markahantara 0 hingga 6 )
0-2 markah amat lemah2-3 markah lemah3-4 markah baik
5 markah cemerlang6 markah amat cemerlang
Pelajar mesti membina jawapan utamasecara logikal berdasarkan kepada kehendaksoalan dengan pengembangan idea yang baik.
Penghuraian isi atau fakta mesti disertakandengan banyak contoh yang relevan.
-
8/10/2019 Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
2/5
[penilaian sejarah] 940
Cikgu Aina Jaafar/SMKMP
Komunikasi
( Diperuntukkan markahantara 0 hingga 6 )
0-2 markah
amat lemah2-3 markah lemah3-4 markah baik
5 markah cemerlang6 markah amat cemerlang
Susunan fakta amat logikal atau tersusun,analitikal, teratur dan sesuai dengan kehendaksoalan yang ditanya.
Penyampaian fakta-fakta utama dalamjawapan mempunyai perkaitan antara satu faktadengan fakta yang lain.
Penulisan jawapan pelajar juga terfokuskepada kehendak soalan secara mendalam.
Pelajar juga perlu membuat rumusan dankesimpulan yang mantap berdasarkan soalan yangditanya.
**** Ini bermakna sekiranya pelajar menulis jawapan dengan tidak mengikut kehendak soalan danjawapan yang terlalu umum atau longgar akan memberi padah kepada pelajar iaitu akan mendapatmarkah yang lemah atau amat lemah
-
8/10/2019 Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
3/5
[penilaian sejarah] 940
Cikgu Aina Jaafar/SMKMP
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini dinyatakan satu panduan yang berguna pada calon Kertas Sejarah, agar esei yang ditulis
menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan.
Tuliskan sebanyak mungkin isi yang diingati agar calon lebih selamat. Jangan sesekali tidak cuba
menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Sentiasa wujudkanpersoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis jawapannya.
Cara Menulis Esei Yang Baik.
A. CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema
B. ISI:
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi IHC iaitu Fakta + Huraian + Contoh
FAKTA:
1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu.
2.
Satu soalan: biasanya perlu ada 7 isi (Jika ada lebih, tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum
mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
3.Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak
konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep)
4.
Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
5.Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
1. Menjadi penerangan kepada fakta
2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/
kesannya (Kaedah 5W 1H)
3.Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
1.Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
2.
Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. Bila (tarikh, tahun, abad)
ii. Siapa (nama, kaum,)
iii. Di mana (tempat)
iv. Banyak mana (kadar, bilangan)
v. Apa ( peristiwa )
C. KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
Peringatan:
-
8/10/2019 Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
4/5
[penilaian sejarah] 940
Cikgu Aina Jaafar/SMKMP
Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini
membantu mendapatkan markah untuk aspek komunikasi
Petua untuk membantu pelajar dalam peperiksaan:
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam,pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuansepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalamkeadaan menegak.
Preview soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandaikata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika andamembaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagaijawapan
Jawab soalan secara strategik.Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai
markah banyak.Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
-
8/10/2019 Cara Bagaimana Mendapat Markah Yang Cemerlang Sejarah Baharu
5/5
[penilaian sejarah] 940
Cikgu Aina Jaafar/SMKMP
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan
untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu
mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama.
Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk
membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas,
contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk
cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda
telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur
bahasa dan tanda baca.
Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk
peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana
yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk
peperiksaan akhir.
Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami
apa yang telah anda pelajari.Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran
anda.Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda
dalam peperiksaan