Cara Guna Ayat Syifa

download Cara Guna Ayat Syifa

of 2

Transcript of Cara Guna Ayat Syifa

  • 8/6/2019 Cara Guna Ayat Syifa

    1/2

    1 Ayat-ayat Syifa

    RAWATAN PENYAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAHPada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan

    telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak

    juga sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi

    oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu

    berkata : Di manakah kamu tentang ayat-ayat Syifa' dalam Al Quran

    Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati

    dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu

    bagi pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-

    bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.

    Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT,

    ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :

    AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )

    AYAT SYIFA' - Yunus ( surah 10 : ayat 57 )

    AYAT SYIFA' - An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )

    AYAT SYIFA' - Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )

  • 8/6/2019 Cara Guna Ayat Syifa

    2/2

    2 Ayat-ayat Syifa

    AYAT SYIFA' - Asy Syu'ara' ( surah 26 : ayat 75-80 )

    AYAT SYIFA' - Al Fushilat (ha Mim) ( surah 41 : ayat 44 )

    AYAT-AYAT SYIFA' - FAEDAH & CARA-CARA MENGGUNAKANNYARasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya : "Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yaknimadu dan Al-Quran." Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua inimerupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.

    Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya

    ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.

    CARA-CARA MENGGUNAKAN AYATUS SYIFA'Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit

    Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali

    sehari.

    Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.