Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim
description
Transcript of Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim
Cara Hidupan Melindungi Diri daripada Musuh dan Iklim
1. Tumbuhan
Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Berduri tajam Nanas, durian, pokok bunga ros Berbau busuk Buah petai, jering, bunga tahi ayam Bergetah Buah nangka, pokok keladi, pokok getah, pokok
betik Berkulit tebal dan keras Buah kelapa, buah durian, buah getah
2. Haiwan
Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Bercangkerang keras Penyu, kura-kura, ketam Berkuku tajam Helang, kucing, harimau, singa Badan bersisik keras Tenggiling, buaya Tanduk yang tajam dan keras Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan
3. Selain daripada mempunyai sifat-sifat khas dalam bentuk penyesuaian fizikal pada bahagian-bahagian tertentu pada badan, haiwan juga menunjukkan sifat-sifat khas dalam bentuk perlakuan tertentu.
4. Jadual berikut menunjukkan perlakuan haiwan tertentu sebagai perlindungan diri.
Sifat khas Contoh haiwan Penyamaran :
Warna atau corak pada badan yang hampir menyerupai keadaan sekeliling
Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas.
Menggulungkan diri :
Menggulungkan diri menjadi bebola yang sukar dibuka atau menggulungkan diri dan berpura-pura mati
Tenggiling, ulat gonggok
Mengeluarkan bau yang busuk :
Bau yang busuk akan menyebabkan
Pepijat, lipas, skunk
musuh lari Mempunyai sengat atau racun berbisa :
Sengat atau racun boleh menyakitkan atau membunuh musuh.
Ular, tebuan, lebah, lipan, kala jengking
Menyorok :
Menyembunyikan diri dalam lubang atau cankerang supaya tidak kelihatan oleh musuh
Siput babi, kura-kura, tikus
Deria penglihatan yang mempunyai medan yang luas iaitu hampir 360 atau pendengaran yang tajam : Membolehkan haiwan mengesan musuh dan melarikan diri
Arnab, ayam, rusa (medan penglihatan yang luas), kucing, anjing (pendengaran yang tajam)
4. Untuk melindungi diri daripada iklim yang tidak sesuai atau cuaca yang buruk haiwan mempunyai sifat-sifat khas tertentu seperti berikut:
Sifat khas Contoh haiwan Lapisan lemak yang tebal :
Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk
Ikan paus, singa laut
Bulu yang tebal :
Bulu yang tebal memerangkap lapisan udara yang akan menghalang haba terbebas ke persekitaran
Biri-biri, beruang kutub
Berhibernasi :
Tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan penggunakan tenaga
Tupai, beruang, ular
Mempunyai bonggol untuk menyimpan air :
Membekalkan air dalam iklim yang panas seperti gurun
Unta
Kulit berlipat-lipat dan berkedut : Gajah dan badak sumbu
Untuk menambahkan luas permukaan bagi membebaskan haba ke persekitaran dalam cuaca yang panas
LATIHAN
A. Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Pokok semalu apabila disentuh akan menguncupkan daunnya, ini menunjukkan daun pokok semalu
A bergerak balas terhadap cahaya. B bergerak balas terhadap sentuhan. C telah kering dan layu. D berbatang lembut.
2. Akar tumbuhan bergerakbalas terhadap A cahaya matahari. B serangga dalam tanah. C air dalam tanah. D tiupan angin.
3. Di antara berikut tumbuhan manakah yang beracun bagi mengelakkan diri dari serangan musuh?
A Paku pakis B Cendawan C Pokok betik D Pokok tebu
4. Pokok yang besar dan tinggi seperti pokok angsana mengelakkan diri dari tumbang apabila ditiup angin kencang dengan cara
A berbatang keras. B berdaun lebat. C berakar serabut. D berakar tunjang.
5. Haiwan berikut menyamar diri bagi mengelak serangan musuh kecuali I kerang. II belalang. III rama-rama. IV landak. A I sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II dan III sahaja
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Nyatakan empat cara haiwan melindungi diri dari musuh.
(a) _____________________________________________________
(b) _____________________________________________________
(c) _____________________________________________________
(d) _____________________________________________________
2. Nyatakan empat cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh.
(a) _____________________________________________________
(b) _____________________________________________________
(c) _____________________________________________________
(d) _____________________________________________________
3. Terangkan fenomena-fenomena yang berikut:
(a) Anjing menjelirkan lidahnya pada hari yang panas.
_____________________________________________________
(b) Kucing menjilat-jilat bulunya pada hari yang panas.
_____________________________________________________
(c) Cicak menanggalkan ekornya apabila diganggu oleh musuh.
_____________________________________________________