Cara Jawab Ulasan

1
Ulasan: Langkah 1: Membaca arahan soalan dan gariskan perkataan yang penting. Tulis empat nilai murni yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Langkah 2: Baca petikan yang diberikan lalu mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. Pada pagi itu, Haikal bangun awal. Selepas mandi, dia berpakaian lengkap untuk pergi berjoging. Dia telah berjanji dengan Kok Meng untuk pergi berjoging bersama-sama ditaman rekreasi. Sebelum pergi, dia bersalam dengan ibunya. Kemudian, dia menunggang basikal dengan berhati-hati. Sebaik-baik sahaja tiba di taman rekreasi itu, dia mendapati Kok Meng sedang menunggunya di bawah pondok rehat. Selepas itu, mereka berlari di sekeliling taman rekreasi itu. Semasa mereka sedang berlari melintasi taman permainan kanak-kanak, mereka terlihat seorang budak lelaki telah terjatu h. Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu. Ibu budak lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal dan Kok Meng. Langkah 3: Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan. menjaga kebersihan - selepas mandi, dia berpakaian lengkap. menjaga kesihatan - berjoging. menghormati - sebelum pergi, dia bersalam dengan ibunya. menjaga keselamatan - dia menunggang basikal dengan berhati-hati. baik hati - Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu. bersopan-santun - Ibu budak lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal dan Kok Meng. Langkah 4: Memilih salah 4 nilai murni yang disenaraikan tadi untuk membuat ulasan. menjaga kebersihan - selepas mandi, dia berpakaian lengkap. menjaga kesihatan - berjoging. menjaga keselamatan - dia menunggang basikal dengan berhati-hati. baik hati - Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu. Langkah 5: Mula mengulas. Kita harus menjaga kebersihan dengan mandi pada setiap pagi selepas bangun dari tidur. Selain itu, kita patutlah menjaga kesihatan diri dengan membuat senaman seperti berjoging. Di samping itu, kita hendaklah menjaga keselamatan diri semasa menunggang basikal di jalan raya agar tidak menimpa kemalangan. Akhir sekali, kita wajarlah berbaik hati seperti Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu.

description

321

Transcript of Cara Jawab Ulasan

Page 1: Cara Jawab Ulasan

Ulasan:

Langkah 1: Membaca arahan soalan dan gariskan perkataan yang penting.

Tulis empat nilai murni yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Langkah 2: Baca petikan yang diberikan lalu mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.

Pada pagi itu, Haikal bangun awal. Selepas mandi, dia berpakaian lengkap untuk pergi berjoging. Dia telah berjanji dengan Kok Meng untuk pergi berjoging bersama-sama ditaman rekreasi. Sebelum pergi, dia bersalam dengan ibunya. Kemudian, dia menunggang basikal dengan berhati-hati. Sebaik-baik sahaja tiba di taman rekreasi itu, dia mendapati Kok Meng sedang menunggunya di bawah pondok rehat. Selepas itu, mereka berlari di sekeliling taman rekreasi itu. Semasa mereka sedang berlari melintasi taman permainan kanak-kanak, mereka terlihat seorang budak lelaki telah terjatu h. Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu. Ibu budak lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal dan Kok Meng.

Langkah 3: Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.

menjaga kebersihan - selepas mandi, dia berpakaian lengkap.

menjaga kesihatan - berjoging.

menghormati - sebelum pergi, dia bersalam dengan ibunya.

menjaga keselamatan - dia menunggang basikal dengan berhati-hati.

baik hati - Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu.

bersopan-santun - Ibu budak lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Haikal dan Kok Meng.

Langkah 4: Memilih salah 4 nilai murni yang disenaraikan tadi untuk membuat ulasan.

menjaga kebersihan - selepas mandi, dia berpakaian lengkap.

menjaga kesihatan - berjoging.

menjaga keselamatan - dia menunggang basikal dengan berhati-hati.

baik hati - Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu.

Langkah 5: Mula mengulas.

Kita harus menjaga kebersihan dengan mandi pada setiap pagi selepas bangun dari tidur. Selain itu, kita patutlah menjaga kesihatan diri dengan membuat senaman seperti berjoging. Di samping itu, kita hendaklah menjaga keselamatan diri semasa menunggang basikal di jalan raya agar tidak menimpa kemalangan. Akhir sekali, kita wajarlah berbaik hati seperti Haikal dan Kok Meng segera menolong budak lelaki yang terjatuh itu.