Cara Mengatasi AIDS

5
Cara-cara Mengatasi Setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya. Tetapi lain pula dengan AIDS. Penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk mengatasinya. Oleh sebab masih belum ada penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk menangani penyakit ini adalah melalui usaha pencegahan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah mendidik orang ramai tentang AIDS. Mesej pendidikan AIDS perlu tertumpu kepada gaya tingkah laku seksual seperti menggunakan kondom, melakukan hubungan seks yang selamat, mengelakkan bertukar-tukar pasangan seks, atau mengelak daripada mengunjungi pekerja seks. Tambahan pula, perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah juga dapat dielakkan melalui pendidikan AIDS,.Tambahan lagi, usaha pendidikan AIDS membentukan nilai keperibadian dan kemujaraban yang akhirnya akan menjadi benteng yang kukuh untuk menangani jangkitan wabak. Langkah yang tidak boleh dikesampingkan untuk mencegah perebakan AIDS ialah mengelakkan terus seks luar nikah, setia kepada pasangan serta menjauhi hubungan homoseksual. Pelbagai langkah pencegahan telahpun dilaksanakan oleh banyak pihak untuk mengawal penyakit ini daripada merebak. Kerajaan mewartakan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang mensyaratkan supaya semua penyakit jangkitan HIV dilaporkan di klinik berdekatan. Seterusnya, kerajaan harus mewajibkan semua bakal pengantin untuk menjalani ujian HIV sebelum berkahwin. Syarat ini dikenakan kerana status

description

Cara Mengatasi AIDS

Transcript of Cara Mengatasi AIDS

Page 1: Cara Mengatasi AIDS

Cara-cara Mengatasi

Setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya. Tetapi lain pula dengan AIDS.

Penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk mengatasinya. Oleh sebab masih belum

ada penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk menangani penyakit ini adalah

melalui usaha pencegahan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah mendidik

orang ramai tentang AIDS. Mesej pendidikan AIDS perlu tertumpu kepada gaya

tingkah laku seksual seperti menggunakan kondom, melakukan hubungan seks

yang selamat, mengelakkan bertukar-tukar pasangan seks, atau mengelak daripada

mengunjungi pekerja seks. Tambahan pula, perkongsian jarum suntikan dalam

kalangan penagih dadah juga dapat dielakkan melalui pendidikan AIDS,.Tambahan

lagi, usaha pendidikan AIDS membentukan nilai keperibadian dan kemujaraban

yang akhirnya akan menjadi benteng yang kukuh untuk menangani jangkitan wabak.

Langkah yang tidak boleh dikesampingkan untuk mencegah perebakan AIDS

ialah mengelakkan terus seks luar nikah, setia kepada pasangan serta menjauhi

hubungan homoseksual. Pelbagai langkah pencegahan telahpun dilaksanakan oleh

banyak pihak untuk mengawal penyakit ini daripada merebak. Kerajaan mewartakan

Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang mensyaratkan

supaya semua penyakit jangkitan HIV dilaporkan di klinik berdekatan. Seterusnya,

kerajaan harus mewajibkan semua bakal pengantin untuk menjalani ujian HIV

sebelum berkahwin. Syarat ini dikenakan kerana status kesihatan pasangan adalah

sangat penting sebelum mereka berkahwin. Sesi kaunseling akan diberikan kepada

pasangan yang ingin meneruskan perkahwinan mereka walaupun setelah

mengetahui pasangannya adalah HIV positif .

Page 2: Cara Mengatasi AIDS

Secara ringkasnya :

1) Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah .

2) Tidak melakukan hubungan seks di luar nikah .

3) Tidak menerima transfusi darah yang tidak jelas status HIV-nya .

4) Pergunakan alat suntik, tindik atau tatto yang hanya sekali pakai .

5) Jauhi narkotik .

6) Hindari mabuk-mabukan yang bisa membuat lupa diri sehingga melakukan

perbuatan yang beresiko tertular HIV/AIDS .

7) Berani menolak ajakan yang beresiko tertular HIV/AIDS .

8) Mensterilkan alat-alat medis dan non-medis setiap sekali pakai, terutama yang

berhubungan dengan cairan tubuh manusia .

9) Menyebarkan informasi HIV/AIDS pada setiap kesempatan .

Page 3: Cara Mengatasi AIDS

Refleksi

LIM MING HUEI (821026-01-6165)

1MT1 PSM(MT) / 053 / 12 / 11

Saya amat bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini . Melalui kerja kursus

ini saya dapat lebih memahami tentang penyakit AIDS . Secara tidak langsung ianya dapat

mengajar saya dengan lebih mendalam tentang penyakit ini juga .

Sebaik sahaja saya menerima tugasan daripada pensyarah saya iaitu En Balu A/L

Subramaniam , saya mula mencatat maklumat yang diucapkan atau disampaikan oleh

pensyarah saya . Pada peringkat pertama , saya dan rakan kumpulan saya mula merancang

cara untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang tertentu . Saya dan rakan

kumpulan saya mula membahagi tugas dan mencari sumber bahan yang diperlukan . Selain

daripada perpustakaan , saya juga mendapat sumber rujukan daripada internet . Saya

membuat kerja dengan begitu berusaha , saling merujuk antara satu sama lain untuk

memantapkan lagi kerja kursus ini dengan jayanya .

Di sini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En

Balu A/L Subramaniam kerana beliau membimbing dan menerangkan maklumat secara

teliti dan sabar sepanjang tempoh tugasan ini . Beliau sentiasa mengambil berat tentang

kerja kursus kami . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan

saya yang sentiasa memberi tolak-ansur , bantuan dan kerjasama dalam tempoh

menyiapkan kerja kursus ini .

Page 4: Cara Mengatasi AIDS

Akhir sekali , proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan

teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini . Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini

kerana berjaya menyiapkannya dengan sempurna dan tepat pada masanya . Saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun

tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini . Semoga dengan bantuan anda semua

diberkati oleh Tuhan yang maha esa .

Sekian , terima kasih .