Power Point Aids

26
NAMA : NORAIDAWATI BT NOORZALI NO. K/P : 810228-12-5948 UNIT : PENGAJIAN PRASEKOLAH KDPM KDC AMBILAN MEI 2008 PENSYARAH : EN SYHIBIN BIN JAPAR

Transcript of Power Point Aids

NAMA : NORAIDAWATI BT NOORZALINO. K/P : 810228-12-5948UNIT : PENGAJIAN PRASEKOLAH

KDPM KDC AMBILAN MEI 2008PENSYARAH : EN SYHIBIN BIN JAPAR

PENGENALAN

Pada 5 Jun 1981 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran mengenai satu bentuk pneumonia luar biasa yang membabitkan komuniti lelaki homoseksual di Los Angeles.

Penyakit itu kemudian disahkan ada kaitan dengan Aids (Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit). AIDS mula diguna pakai CDC sejak September 1982 sebagai satu definisi seragam untuk penyakit tersebut yang berpunca daripada jangkitan virus kekurangan imuniti manusia (HIV).

SEJARAH

AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carini, mucosal candidiasis dan disseminated cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma.

Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR). Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama ditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan.

Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit AIDS ini. Virus tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV).

Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1. Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan HIV-2.

APA ITU AIDS?

AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Acquired bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan. Immuno  adalah keupayaan semulajadi badan melawan penyakit atau jangkitan. Deficiency ialah kurang atau lemah manakala Syndrome merupakan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala

TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS

AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian. Berikut adalah tanda-tanda Komplikasi HIV/Aids :

› 1. Pneumonia.

› 2. Mycobacterium aviumcomplex (MAC) - jangkitan pada sistem pernafasan dan berisiko menjejaskan organ dalaman termasuk hati dan limfa.

3. Batuk kering.

4. Jangkitan salmonella daripada makanan atau minuman tercemar. Semua orang berisiko pada jangkitan salmonella tetapi ia lebih kerap menyerang mereka yang positif HIV.

5. Hepatitis A, B dan C

6. Herpes simplex virus (HSV) - penyakit kelamin yang disebabkan seks tidak selamat melalui dubur atau vagina.

7. Human papillomavirus (HPV) - satu lagi penyakit kelamin menyebabkan peningkatan risiko barah pangkal rahim dan barah dubur (anal).

8. Progressive multifocal leukoencephalopathy (PML) - jangkitan otak yang sangat serius.

9. Candidiasis - radang dan lapisan putih tebal pada mukos membran mulut, lidah atau vagina.

10. Meningitis.

11. Toxoplasmosis - jangkitan membawa maut yang menyebabkan radang otak.

12. Kaposi's sarcoma - tumor pada dinding salur darah.

13. Wasting syndrome - dikesan pada 1980 dan bermula dengan penurunan berat badan, cirit-birit, demam dan tubuh yang menjadi sangat lemah.

14. Komplikasi neurologi - keliru, pelupa, murung, sukar untuk berjalan dan berubah sikap dan hilang fungsi mental.

CARA-CARA AIDS MEREBAK

Virus HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang belakang dan otak. HIV juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan.

Virus HIV boleh dipindahkan melalui:-

Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.

Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada  orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik  telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.

Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh di ambil bagi mengelak jangkitan AIDS ini,

Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.

Bersifat setia terhadap pasangan.

Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.

Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.

Amalkan cara hidup yang sihat.

Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui..

Berpegang tangan dan bersalaman.

Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.

Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.

Melalui makanan atau minuman.

Ciuman/pelukan.

Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.

Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.

Berkongsi buku (sekolah).

Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

SENARIO AIDS DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia mula melaporkan kes HIV/AIDS pada tahun 1986. Semenjak daripada itu, sejumlah 84,630 jangkitan HIV telah dilaporkan di Malaysia dan 11,384 orang telah meninggal dunia dari AIDS seperti dilaporkan sehingga 31 Disember 2008.

Majoriti jangkitan terbaru HIV telah dikesan di kalangan orang dewasa yang berumur 20 hingga 29 tahun (32.5% kes pada 2003 dan 24.9% kes pada 2008) dan mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun (41.8% kes pada 2003 dan 42.2% kes pada 2008)

Transmisi HIV kebanyakannya melalui penggunaan suntikan dadah (70% kes pada 2003 dan 53.2% kes pada 2008) dan bilangan jangkitan melalui hubungan seksual telah meningkat dari 19% kes pada 2003 ke 26.8% kes pada 2008.

Walaupun lelaki mewakili majoriti kes-kes baru HIV di Malaysia, jumlah wanita yang HIV+ semakin meningkat. Wanita mewakili 9.5% pada semua kes-kes baru pada tahun 2000, 10.8% kes pada 2004 dan 19.1% kes pada 2008.

PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN HIV/AIDS DI MALAYSIA

Pada tahun 1992, Dasar Baru diluluskan dan sejumlah RM218 juta di peruntukkan bagi memerangi masalah ini. Sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk menasihatkan Kabinet mengenai dasar, isu dan strategi berkaitan HIV dan Aids dibentuk. Pada tahun yang sama, Majlis Aids Malaysia (MAC) ditubuhkan sebagai badan yang menaungi Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi mempelopori usaha menyekat penyebaran HIV dan Aids

Ujian-ujian saringan dijalankan pada golongan berisiko tinggi iaitu di Pusat Serenti dan semua penjara di Malaysia. Pendidikan kesihatan secara meluas melalui semua jenis media massa serta risalah-risalah HIV /AIDS disebarkan, diikuti dengan tersergamnya papan tanda di setiap hospital kerajaan dan pusat kesihatan serta di tempat-tempat strategik bagi mengingatkan penduduk Malaysia terhadap ancaman HIV/AIDS

OBJEKTIF PROGRAM RAWATAN

Mencegah tranmisi HIV/AIDS dan mengawal agar penyakit ini tidak merebak

Mengurangi morbidity yang berkaitan dengan jangkitan HIV

Mobilisasi sumber-sumber sama ada dari kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan ke arah pencegahan penyakit tersebut.

STRATEGI PROGRAM

strategi ditujukan kearah pencegahan jangkitan HIV dengan mengawal cara tranmisi dan mencegah ianya dari merebak. Di antara strategi kawalan adalah seperti berikut :

Pendidikan kesihatan Ujian saringan Notifikasi dan penyiasatan epidemiologi Sistem surveilan

LAMPIRAN

Virus yang menyebabkan AIDS

Pneumocystis Carinii ( jangkitan paru-paru pesakit AIDS)

Kurang Berat Badan

Herpes zoster (Shingles), biasanya dikenali sebagai kayap, adalah sejenis penyakit bawaan virus di mana ia membentuk

ruam.

Karposi Sarcoma

Noraidawati Bt NoorzaliPrasekolah KDPM KDC / KEMAS 08

IPG Kent Tuaran