Cara Penyimpanan Bahan Kimia

4
Cara penyimpanan Bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. Cara Penyimpanan Bahan Kimia tak Organik Haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. . Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. . Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. . Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan Kimia Yang Menyerap Air Dari Udara Asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat. Alkali dan Asid

description

makmal sains

Transcript of Cara Penyimpanan Bahan Kimia

Page 1: Cara Penyimpanan Bahan Kimia

Cara penyimpanan Bahan Kimia

Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.

Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.

Gunakan stok yang lama dahulu.

Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

Cara Penyimpanan Bahan Kimia tak Organik

Haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.

. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.

. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.

. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.

Bahan Kimia Yang Menyerap Air Dari Udara

Asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat.

Alkali dan Asid

Bahan kimia cecair 9asid dan alkali) yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.

Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.

Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.

Page 2: Cara Penyimpanan Bahan Kimia

Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

Proses Pelupusan

Bahan-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak.

Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.

Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak.

Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang.

Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang.

Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.

Pelupusan Stok Bahan Kimia

1.Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi.

2.Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.

3. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;

Borang KEW PS-19

Surat dari Jabatan Alam Sekitar

Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

4. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-

kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.

Page 3: Cara Penyimpanan Bahan Kimia

Pelupusan Aset Alih Kerajaan

1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.

2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.

3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.

4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut.

5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.