Cara Permainan Program Linus 2015

3
PERMAINAN BOWLING Cara perlaksanaanpermainan bowling 1. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan disediakan satu set bowling, papan putih dan marker. 3. Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyusun 10 pin bowling. 4. Semua ahli dalam kumpulan akan membaling bola bowling. 5. Peserta yang melakukan balingan akan mengira jumlah pin yang jatuh dan akan membina ayat matematik berpandukan pada pin yang telah dijatuhkan. 6. Peserta tersebut akan mengira pin yang jatuh. Hanya peserta sahaja yang membuat pengiraan berapakah jumlah pin yang Berjaya dijatuhkan daripada 10 pin yang ada. Ahli kumpulan yang lain tidak boleh membantu. Peserta tersebut akan menyebut ayat matematik tersebut beserta jawapan. Contohbagigambardiatasialah 10 – 8 = 2. 7. Seorang peserta lain akan mengambil soalan daripada kotak soalan yang disediakan. Peserta ini akan menulis soalan yang disertakan jawapan pada kad yang telah disediakan. 8. Setelah selesai, ahli kumpulan yang lain pula melakukan perkara yang sama sehingga semua ahli kumpulan selesai. 9. Markah akan dikira berpandukan jumlah ayat matematik yang telah dibina dengan betul. PERMAINAN DOMINO

description

matematik

Transcript of Cara Permainan Program Linus 2015

Page 1: Cara Permainan Program Linus 2015

PERMAINAN BOWLING

Cara perlaksanaanpermainan bowling

1. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan disediakan satu set bowling, papan putih dan marker.

3. Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyusun 10 pin bowling.

4. Semua ahli dalam kumpulan akan membaling bola bowling.

5. Peserta yang melakukan balingan akan mengira jumlah pin yang jatuh dan akan

membina ayat matematik berpandukan pada pin yang telah dijatuhkan.

6. Peserta tersebut akan mengira pin yang jatuh. Hanya peserta sahaja yang membuat

pengiraan berapakah jumlah pin yang Berjaya dijatuhkan daripada 10 pin yang ada. Ahli

kumpulan yang lain tidak boleh membantu. Peserta tersebut akan menyebut ayat

matematik tersebut beserta jawapan. Contohbagigambardiatasialah 10 – 8 = 2.

7. Seorang peserta lain akan mengambil soalan daripada kotak soalan yang disediakan.

Peserta ini akan menulis soalan yang disertakan jawapan pada kad yang telah

disediakan.

8. Setelah selesai, ahli kumpulan yang lain pula melakukan perkara yang sama sehingga

semua ahli kumpulan selesai.

9. Markah akan dikira berpandukan jumlah ayat matematik yang telah dibina dengan betul.

PERMAINAN DOMINO

Cara perlaksanaan permainan Domino

1. Murid akan bermain dalam kumpulan. Murid akan bersama dalam kumpulan yang telah

dibahagikan sebelumnya.

2. Setiap kumpulan akan diberikan dua set domino.

3. Permainan ini menguji penguasaan nombor oleh peserta.

4. Peserta akan menyusun kad bermula dengan kad yang mempunyai perkataan MULA.

5. Setelah itu, peserta akan menyambung dengan kad yang seterusnya merujuk kepada

titik yang terdapat pada kad MULA tadi.

6. Peserta akan mencari nombor empat untuk di padankan dengan kad MULA.

7. Peserta akan meneruskan permainan sehingga dapat menyambungkan kesemua kad.

Page 2: Cara Permainan Program Linus 2015

8. Pemenang akan dikira berdasarkan kumpulan yang cepat menghabiskan susunan kad

dengan betul.

PERMAINAN DADU GERGASI

Cara perlaksanaan permainan dadu gergasi

1. Tiga kumpulan akan bermain serentak.

2. Peserta akan bersusun dalam satu baris.

3. Peserta yang paling hadapan akan membaling dua dadu dan menambah nombor

tersebut.

4. Peserta akan melangkah mengikut bilangan dadu yang dibaling.

5. Setelah itu, guru akan membacakan soalan tambah atau tolak untuk kumpulan tersebut

yang perlu dijawab dengan betul. Sekiranya jawapan salah, kumpulan tersebut akan

mengundur sebanyak tiga langkah ke belakang.

6. Kumpulan pertama yang sampai ke garis penamat akan dikira sebagai pemenang.