Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

download Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

of 4

Transcript of Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

  • 8/14/2019 Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

    1/4

    GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

    TUJUAN

    Tujuan garis panduan disediakan ialah:-

    1. Untuk memberi penerangan ringkas tentang wujudnya unit pusaka kecil diperingkat daerah di seluruh negeri di Semenanjung.

    2. Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutanpembahagian pusaka kecil;

    3. Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagiantuntutan pusaka itu dibuat secepat mungkin.

    UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

    Seksyen Pembahagian Pusaka mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiapunit mengawasi dua atau tiga daerah.Bagi daerah di mana tidak wujud unit

    pusaka kecil, urusan penerimaan permohonan (Borang A dan Borang P)adalah dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan.

    APAKAH HARTA PUSAKA KECIL?

    Harta Pusaka Kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yangmempunyai ciri-ciri berikut:1. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Will Ordinance 1959 );2. Harta itu terdiri daripada: Tanah dan lain-lain harta alih seperti wang tunai,

    saham, KWSP, ASN, ASB, ASJ dan sebagainya;3. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000.00 pada tarikh

    permohonan dibuat.

    CIRI-CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

    Di antara ciri-ciri istimewa dalam pembahagian pusaka kecil ialah:1. Borang permohonan (Borang A boleh didapati di tiap-tiap Unit

    Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Daerah;2. Pembicaraan boleh diadakan di Balai-Balai Raya/ Penghulu Dewan Orang

    Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;3. Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;

    4. Penyerahan/penerimaan hak/bahagian sesama waris boleh dibuatsemasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran;5. Pembicaraan boleh dibuat di daerah di mana wujudnya harta simati;6. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan

    suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu;

    CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

    Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalamborang khas iaitu Borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:1. Bukit kematian:

    i) Surat perakuan kematian/permit menguburkan; atau

  • 8/14/2019 Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

    2/4

    ii) Surat Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukanJepun/ sebelumnya); atau

    iii) Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh MahkamahTinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang

    semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragediMuassem, danperintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikhberlakunya kejadian.

    2. Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau PerakuanCarian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, suratperjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;

    3. Salinan dokumen harta-harta alih seperti salinan sijil saham, salinan bukusimpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada).

    SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON?

    Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:1. Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau

    perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dansebagainya;

    2. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;3. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;4. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir

    Tanah;5. Amanah Raya Berhad.

    MENGHADIRI PEMBICARAAN

    1. Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kadpengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan laindokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan

    2. Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di haripembicaraan.

    3. Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secarabersumpah atau berikrar.

    CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN

    1. Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.2. Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) bagi

    orang bukan Islam.3. Pembahagian secara muafakat boleh dibuat jika semua waris bersetuju4. Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan-

    kawasan Penempatan Berkelompok 1960 ) tidak boleh dibuat kepadalebih dari seorang. Jika lebih dari seorang yang berhak dan mereka tidakbersetuju secara muafakat memberi kepada seorang sahaja daripadamereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya

    dibahagikan di kalangan orang yang berhak.

  • 8/14/2019 Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

    3/4

    5. Jika simati meningggal tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau,Tampin dan Jempul dan ianya adalah ahli sesuatu suku di NegeriSembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.

    6. Perintah jualan secara tender dikeluarkan dalam keadaan tertentumengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

    JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN

    1. Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalahdalam tempoh 4 bulan.

    2. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis iaitu kematian waris-wariskepada simati dan harta berada di dalam daerah yang berlainanjangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.

    RAYUAN TERHADAP PERINTAH

    Mana-mana pihak yang tidak puashati dengan perintah yang dikeluarkan olehPenolong Pengarah Pembahagian Pusaka hendaklah membuat rayuanmelalui Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka ke Mahkamah Tinggidalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dibuat.

    PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN

    1. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklahmengemukakan hakmilik tanah/Geran ke Pejabat Tanah berkenaan untuktujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

    2. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklahmengemukakan perintah pembahagian kepada agensi/institusi yangbertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.

    PERMOHONAN YANG KEMUDIAN

    1. Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awaldiselesaikan.

    i) Permohonan yang kemudian boleh dibuat dalam keadaanberikut:

    Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal; Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;

    Apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru;

    Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagiandibuat secara terus kepada waris simati;

    Untuk menarik balik sesuatu kaveat pendaftar;2. Setiap permohonan yang kemudian boleh dibuat dengan menggunakan

    Borang P

  • 8/14/2019 Cara Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

    4/4

    BAYARAN-BAYARAN YANG DIKENAKAN

    1. Bayaran Pendaftaran:i) RM10.00 bagi permohonan baru (Borang A)

    ii) RM10.00 bagi permohonan yang kemudian (Borang P)

    2. Bayaran Selepas Pembicaraan:i) RM10.00 bagi bayaran perintah;ii) Bayaran mendaftarkan perintah dalam hakmilik tanah (geran)

    jumlahnya mengikut peraturan-peraturan tanah negeri;iii) Duti Harta Pusaka jika ada akan ditentukan di akhir

    pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yangdikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti HartaPusaka 1941;

    iv) Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi

    salinan pertama dan RM2.00 bagi tiap-tiap salinan yangdiperlukan seterusnya;

    v) Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-manaorang selain daripada pentadbir/waris dikehendaki membayarRM10.00 bagi salinan pertama dan RM5.00 bagi salinan keduadan setiap salinan seterusnya.

    3. Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakanadalah seperti berikut:

    i) RM50.00 bagi bayaran rayuan;ii) RM1,500.00 bagi bayaran pertaruhan rayuan (deposit)iii) Bayaran menyediakan salinan catatan pembicaraan dan

    dokumen lain yang berkaitan sebanyak RM5.00 setiap folioseratus perkataan atau sebahagian daripadanya bagi salinanpertama dan RM2.50 bagi salinan berikutnya.

    iv) Bayaran untuk mendapatkan salinan catatan pembicaraan dandokumen lain yang berkaitan sebanyak RM5.00 setiap folioseratus perkataan atau sebahagian daripadanya bagi salinanpertama dan RM2.50 bagi salinan berikutnya.

    MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA?

    1. Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematianberlapis.2. Memudahkan proses pembahagian pusaka.3. Membolehkan harta pusaka dimanfaat dengan segera bagi faedah semua

    waris4. Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.5. Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi

    kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkankepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.