MUAMALAT - islam.gov.my · PDF fileSkim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya 27 ......

170

Transcript of MUAMALAT - islam.gov.my · PDF fileSkim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya 27 ......

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    URNAL MUAMALATBIL. 1/2008/1429H

    J

    prelim.indd 1 2/12/70 2:41:02 PM

  • ii

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008Http://www.islam.gov.my

    Cetakan Pertama 2008

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 62519 Putrajaya. Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.

    Atur huruf dan Rekabentuk Berkomputer oleh:Visual Print Sdn. Bhd.

    A-1-7A, No. 2, Jalan 12/144ATaman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

    Dicetak oleh:Percetakan Nasional Malaysia Berhad

    Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala LumpurTel: 03-92212022 Faks: 03-9222 4773E-mail: [email protected]

    Diterbitkan oleh:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    prelim.indd 2 2/12/70 2:41:02 PM

  • iii

    PenasihatDato Hj. Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abd Aziz

    Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Ketua EditorHaji Razali bin Haji Shahabudin

    PengarahBahagian Penyelidikan

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    SetiausahaZawanah binti Muhammad

    EditorSyahnaz binti Sulaiman

    Hisral Zirhan bin Md ZahariHaji Munir bin Haji Md SallehAbdul Muhaimin bin Mahmood

    Abdul Halim bin JuraimiZainur Akmar binti Abdul Adi

    Penyumbang ArtikelProf. Dr. Ahmad Hidayat bin Buang

    Nadhirah binti Nordin & Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri bin HaronDr. Muhammad Yamin bin Ismail

    Zulfaqar bin MamatNaziree bin Md Yusof

    Syahnaz binti SulaimanMohd Zamerey bin Abdul Razak & Nurmaezah binti Omar

    Suhaimi bin Mohd Yusof & Ahmad Hazim bin Alias

    JURNAL MUAMALATBIL. 1 2008/1429H

    prelim.indd 3 2/12/70 2:41:03 PM

  • Pendekatan Membuat Keputusan Syariah Dalam Kewangan Islam

    v

    Sidang Pengarang iii

    Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Jakim vii

    Kata Pengantar Ketua Pengarang viii

    1. Membangun Ekonomi Ummah Menerusi Instrumen Faraid 1 dan Hibah YB. Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    2. Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swisscash Mutual Fund 9 Dr. Muhammad Yamin bin Ismail

    3. Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya 27 Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah Zulfaqar bin Mamat

    4. Penerimaan Komisyen Reinsurans Oleh Syarikat Takaful 35 Ahmad Hidayat bin Buang

    5. Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut 45 Perspektif Syarak Syahnaz binti Sulaiman

    6. Investment-link Menurut Hukum Islam 65 Dr. Muhammad Yamin bin Ismail

    7. Hukum Wisoyah & Realiti Permasalahannya 73 Dalam Konteks Perancangan Pusaka Islam Naziree bin Md Yusof

    8. Pensekuritian Bersandarkan Aset Secara Islam 103 Nadhirah binti Nordin & Mohamad Sabri bin Haron

    9. Audit Syariah Dalam Institusi Kewangan Islam Di Malaysia 135 Mohd Zamerey bin Abdul Razak & Nurmaezah binti Omar

    10. Pendekatan Membuat Keputusan Syariah 151 Dalam Kewangan Islam Suhaimi bin Mohd Yusof & Ahmad Hazim bin Alias Bank Negara Malaysia

    KANDUNGAN

    prelim.indd 5 2/12/70 2:41:04 PM

  • Pendekatan Membuat Keputusan Syariah Dalam Kewangan Islam

    vii

    Alhamdulillah, untaian kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah SWT Taala kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya Jurnal Muamalat dapat diterbitkan buat julung kalinya pada tahun 2008.

    Seiring dengan kepesatan dan kedinamikan landskap kewangan Islam di peringkat global serta ke arah merealisasikan inisiatif Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa, JAKIM telah mengorak langkah menyahut cabaran bagi memenuhi keperluan dan tuntutan semasa menerusi penerbitan Jurnal Muamalat.

    Penghasilan jurnal ini merupakan suatu wadah penyebaran ilmu pengetahuan yang secara khusus mengupas dan membahas aspek muamalat dan ekonomi Islam di samping berperanan mendorong pemupukan budaya penyelidikan yang berdaya maju dan berkualiti dalam bidang berkaitan. Garapan penghasilan karya dalam jurnal ini memaparkan pelbagai isu yang berkait rapat dengan akitiviti seharian umat Islam sebagai rujukan dan panduan bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan terhadap perbendaharaan syariat Islam.

    Pada hemat saya, usaha murni ini turut memberi nilai tambah dalam memacu pembangunan ekonomi ummah yang seimbang dan komprehensif melalui pem-bentukan modal insan yang berilmu, berkemahiran serta mempunyai kepakaran dalam bidang muamalat dari sudut teori dan aplikasi.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Bahagian Penyelidikan, JAKIM kerana segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan akhirnya membuahkan hasil yang dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan ummah. Pihak JAKIM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penulis dan pengkaji yang begitu tekun menabur usaha, menggarap pengalaman, idea dan buah fikiran sehingga penerbitanjurnal ini menjadi kenyataan. Harapan saya agar Jurnal Muamalat akan terus menjadi wasilah penyebaran ilmu dan maklumat dalam menyemarakkan lagi pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    DATO HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO SHEIKH ABD. AZIZKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Kata-kata Aluan KETUA PENGARAH JAKIM

    prelim.indd 7 2/12/70 2:41:05 PM

  • viii

    Alhamdulillah, segala pujian dan limpahan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya JAKIM telah melakar sejarah dengan menerbitkan Jurnal Muamalat buat pertama kalinya pada tahun 2008.

    Jurnal Muamalat tampil dengan mempersembahkan koleksi artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil penyelidikan dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Topik-topik yang dibentang meninjau dan membincangkan isu-isu semasa menurut perspektif hukum Islam meliputi takaful, pelaburan menerusi internet, wakaf, pengurusan harta amanah, pasaran modal dan sebagainya.

    Sejarah menyaksikan mata pena atau arena penulisan diibaratkan sebagai sebilah pedang yang mampu mencorak pemikiran masyarakat dan mengubah percaturan urusan dunia. Justeru, kelahiran Jurnal Muamalat diharap dapat merintis anjakan dan memberi impak positif kepada kemajuan ummah terutama sekali terhadap penguasaan khazanah keilmuan Islam dalam bidang muamalat.

    Penerbitan jurnal ini juga bukan sahaja berperanan sebagai wadah penyaluran dan penyebaran maklumat, bahkan dilihat sebagai medium untuk menjana percambahan idea yang dinamis di kalangan penyelidik dan cendekiawan Muslim. Segala permasalahan dan isu kontemporari dirungkai dan diperhalusi secara tuntas dan bersepadu berteraskan kepada ketetapan yang telah digariskan oleh Syariah.

    Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan jurnal ini. Kepada seluruh warga Bahagian Penyelidikan JAKIM, tahniah dan syabas diucapkan atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan dalam menjadikan penerbitan jurnal ini suatu realiti. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini diberkati oleh Allah SWT jua.

    Sekian, terima kasih.

    HAJI RAZALI BIN HAJI SHAHABUDINPengarah Bahagian PenyelidikanJabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Kata Pengantar KETUA EDITOR

    prelim.indd 8 2/12/70 2:41:06 PM

  • 1

    Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pelaksanaan faraid dan hibah dalam masyarakat merupakan langkah dan usaha yang baik bagi menyubur dan memperkasa sistem ekonomi dan pengurusan harta berlandaskan Islam.

    Pembangunan ekonomi umat Islam melalui instrumen faraid dan hibah merupakan salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi membasmi kemiskinan. Kerajaan sentiasa mencari pendekatan yang praktikal dan konkrit bagi memantapkan sistem ekonomi dan pengurusan harta ummah ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam menonjolkan kesyumulan Islam dalan hal ehwal perwarisan, pengurusan dan perancangan harta secara sistematik, adil dan saksama.

    Ruang pelaksanaan undang-undang Islam telah ditentukan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang diri dan undang-undang keluarga bagi orang-orang yang menganut Islam termasuk hukum syarak berhubung dengan perwarisan harta, wasiat, mas kahwin, nafkah, pemberian, pembahagian harta dan amanah dan khairat agama, pelantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi organisasi mengenai pemberian khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat. Begitu juga berkaitan dengan pentadbiran harta merangkumi perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat kuasa mentadbir pusaka dan sebagainya.

    Peruntukan undang-undang ini menunjukkan betapa pentingnya undang-undang dan peraturan-peraturan disediakan bagi memastikan

    Membangun Ekonomi Ummah Menerusi Instrumen Faraid dan Hibah1

    YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiMenteri Di Jabatan Perdana Menteri

    Jurnal Muamalat Bil. 1/2008

    Membangun ekonomi.(new).indd 1 2/12/70 2:44:24 PM

  • Jurnal Muamalat Bil. 1/2008

    2

    sistem dan aturan hidup manusia berjalan dengan lancar. Ini kerana manusia secara semulajadi hidup bermasyarakat dan saling memerlukan antara satu sama lain bagi meneruskan kehidupan.

    Demi menjaga kerukunan hubungan dalam masyarakat, manusia memerlukan kepada suatu sistem perundangan yang sistematik dan unggul bagi menjamin keadilan dan keharmonian. Kedatangan Islam kepada umat manusia merupakan satu rahmat kepada sistem kehidupan. Undang-undang Islam berjaya mengatur kehidupan masyarakat daripada hidup dalam kegelapan dan kezaliman kepada kehidupan yang lebih bermakna dan penuh kasih sayang.

    Syariat Islam diturunkan oleh Allah SWT melalui pesuruhNya kepada sekalian umat manusia. Syariat