Cara Tombol Pintu Berfungsi

4
Cara tombol pintu berfungsi Oleh Bennie Zie Fauzi [email protected] Motif kepala singa biasa ditemui di kediaman dan bangunan kolonial Eropah. Kerosakan dan masalah berkaitan pintu rumah perlu ditangani segera kerana mengundang bahaya TOMBOL, tangkai dan gelendong membentuk pemegang pintu. Cara ia berfungsi ialah tombol dimasukkan ke gelendong yang bertindak memutarkan selak dan kunci pintu. Tombol dipasang di kedua-dua belah permukaan pintu menerusi silinder gelendong dan diketatkan dengan skru. Apabila tombol diputar, gelendong akan menggerakkan selak untuk membuka pintu. Tombol pintu biasanya mempunyai ukuran diameter kira-kira dua atau tiga inci. Bahan membuat tombol pintu Kuman disebarkan melalui tangan yang memegang tombol. Disebabkan itu, material digunakan perlu berfungsi mengelak penyebaran kuman. Tembaga perak dan loyang paling

description

jk

Transcript of Cara Tombol Pintu Berfungsi

Page 1: Cara Tombol Pintu Berfungsi

Cara tombol pintu berfungsi

Oleh Bennie Zie [email protected]

Motif kepala singa biasa ditemui di kediaman dan bangunan kolonial Eropah.

Kerosakan dan masalah berkaitan pintu rumah perlu ditangani segera kerana mengundang

bahaya

TOMBOL, tangkai dan gelendong membentuk pemegang pintu. Cara ia berfungsi ialah tombol

dimasukkan ke gelendong yang bertindak memutarkan selak dan kunci pintu.

Tombol dipasang di kedua-dua belah permukaan pintu menerusi silinder gelendong dan diketatkan

dengan skru. Apabila tombol diputar, gelendong akan menggerakkan selak untuk membuka pintu.

Tombol pintu biasanya mempunyai ukuran diameter kira-kira dua atau tiga inci.

Bahan membuat tombol pintu

Kuman disebarkan melalui tangan yang memegang tombol. Disebabkan itu, material digunakan perlu

berfungsi mengelak penyebaran kuman. Tembaga perak dan loyang paling sesuai kerana mampu

membunuh kuman yang melekat pada logam. Meskipun mengambil masa, tembaga, perak dan loyang

Page 2: Cara Tombol Pintu Berfungsi

berupaya mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Tombol lama

Tombol tertua dan pertama dicipta pada 1800, diperbuat

daripada besi acuan yang dilindungi lapisan nipis loyang.

Sekarang, tombol pintu diperbuat daripada keluli dilengkapi kunci

spring yang terletak dalam gelendong. Untuk mengunci pintu,

butang di depan tombol perlu ditekan atau dengan cara

memutarkan kunci.

Bentuk tombol pintu seragam berciri mudah genggam, ini juga

punca ia berbentuk bulat. Kunci ditekan oleh butang di depan

tombol atau dengan memutarkan kunci.

Bentuk tombol pintu disyaratkan berciri mudah genggam, sebab

itu ia cenderung berbentuk bulat. Kunci di tombol pula boleh

ditekan dengan jari.

Tombol baru

Tombol pintu moden direka dengan komputer dan memfokuskan

kepada penampilan visual berbanding fungsi. Sebarang material

boleh diguna untuk membentuknya termasuk potongan kaca

yang mengutarakan rekaan canggih.

Menerusi teknologi, tombol pintu pintar dihasilkan. Misalnya, pintu

boleh dibuka dengan mendekatkan jari kepada mesin pengimbas

untuk dikenal pasti oleh rekod dalam cip komputer.

Komputer digunakan bagi menghasilkan lakaran untuk

menyediakan acuan bentuk. Acuan itu dibentuk dengan

kayu atau tanah liat. Cecair besi panas dituang ke dalam acuan logam untuk membentuk pelbagai

gaya tombol melainkan tombol loyang yang ditempa oleh tukang mahir.

Tombol alternatif

Sesetengah tombol pintu terutama di bangunan awam dan komersial digerakkan dengan tuil. Proses

pembuatannya sama dengan tombol biasa dan yang membezakan keduanya, ia mesra warga emas,

kanak-kanak serta golongan kurang upaya kerana berciri mudah pegang.

Membaiki set kunci dan tombol pintu.

Laman web http://www.hometips.com mengesyorkan kerosakan serta masalah berkaitan pintu rumah

perlu ditangani segera kerana mengundang bahaya tertentu. Puncanya apabila selak pintu dan

mekanisma kunci pincang tugas.

Tombol pintu logam.

Tombol harus berciri mudah genggam.

Page 3: Cara Tombol Pintu Berfungsi

Selak gagal berfungsi dengan baik disebabkan pemasangannya tidak dibuat dengan betul, manakala

mekanisma kunci tidak berfungsi mungkin kerana kunci itu kering dan berkarat sehingga memerlukan

ia diletak pelincir grafik (sejenis karbon).

Dapatkan khidmat pakar kunci atau ganti baru sekiranya kunci di pintu anda benar-benar bermasalah.

Agar lebih menjimatkan, anda disyor mengeluarkan kunci dan dibawa terus untuk bantuan profesional.

Cara ini tidak memerlukan anda membayar sebarang caj tambahan.

Jika selak kunci kerap tersangkut bermakna kancingnya dipasang tidak selari dengan lubang logam di

jenang pintu. Buat pemasangan baru dengan mengalihkan semula kedudukan selak di tempat

sepatutnya.

Selak tidak berkunci rapat diketahui dengan menutup perlahan pintu, kemudian perhatikan sama ada

kancing selak itu benar-benar masuk ke dalam lubang selak.

Kedudukan biasa selak ialah mungkin di atas, bawah atau dipasang sebelah-menyebelah lubang

logam. Jadi, jika selak gagal menembusi lubang berkenaan bermakna pintu sudah beralih sedikit

kedudukannya ke bawah. Mereka yang mengalami masalah ini, boleh mencuba;

Tombol pintu yang selalu digunakan lama-kelamaan menjadi longgar. Supaya ia ketat semula, yang

perlu dilakukan ialah longgarkan sekumpulan skru di tangkai tombol. Pegang tombol di sebelah lagi

dan longgarkan ia mengikut arah pusingan jam. Lakukan sehingga tombol kembali kemas dan rapat.

Tombol sepatutnya tidak tersekat sewaktu diputar. Jika ia susah dibuka, tanggal tombol itu untuk

diperiksa gelendongnya, kalau perlu ditukar, ganti saja dengan yang baru.

FAKTA: Tombol pintu

Menurut laman http://www.architecturalclassics.com, tombol;

Dianggap aksesori pintu paling menarik. Terdapat dua gaya iaitu;

- Bentuk bulat dan bujur telur paling popular.

- Berbentuk kepala haiwan dan pari-pari. Kepala singa biasa ditemui di kediaman dan bangunan

kolonial di Eropah.

Ketika era Georgian, kebanyakan tombol pintu diperbuat daripada besi tuang dicat hitam.

Penghujung abad ke 19 hingga awal abad 20, krom dan nikel dianggap membawa pembaharuan gaya.

Dua kemasan ini kembali popular dan digemari arkitek dan pereka dalaman dalam merencana

penataan serta seni bina.

Kebanyakan tombol pintu tertua di dunia boleh ditemui di London dan Dublin. Namun, yang

tercantik adalah tombol pintu pagar kediaman Duke of Devonshire di Piccadilly, London. Ia berbentuk

kepala dewi berambut panjang.

Kepelbagaian dan keaslian gaya tombol pintu bagaimanapun lebih banyak dilihat di Georgian

Squares of Merrion and Fitzwilliam di Dublin.

Tombol pintu diperbuat daripada loyang padu perlu dicuci dan digilap sebulan sekali. Gunakan kain

lembut supaya logam tidak calar di samping lebih gemerlap.

Page 4: Cara Tombol Pintu Berfungsi