Carta Pai

2
Carta Pai Carta pai merupakan suatu jenis perwakilan data yang menggunakan sektor bulatan untuk menunjukkan maklumat- maklumat tertentu. Maklumat- maklumat tersebut biasanya dikumpulkan dalam bentuk pecahan atau peratus dan setiap sudut sektor adalah berkadaran terus dengan pecahan atau peratus yang mewakili maklumat maklumat yang berkenaan. Carta pai lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan suatu kumpulan data dengan keseluruhan data. Kaum Bilangan Penduduk Peratus () Sudut Sektor () Melayu 10 012 100 50.6 182 Cina 5 373 800 27.2 98 India 1 521 200 7.7 28 Lain-lain 2 873 400 14.5 52 Jumlah 19 780 500 100 360

description

")

Transcript of Carta Pai

Page 1: Carta Pai

Carta Pai

Carta pai merupakan suatu jenis perwakilan data yang menggunakan sektor

bulatan untuk menunjukkan maklumat- maklumat tertentu. Maklumat- maklumat

tersebut biasanya dikumpulkan dalam bentuk pecahan atau peratus dan setiap

sudut sektor adalah berkadaran terus dengan pecahan atau peratus yang mewakili

maklumat maklumat yang berkenaan. Carta pai lazimnya digunakan untuk membuat

perbandingan suatu kumpulan data dengan keseluruhan data.

Kaum Bilangan Penduduk

Peratus () Sudut Sektor ()

Melayu 10 012 100 50.6 182Cina 5 373 800 27.2 98India 1 521 200 7.7 28

Lain-lain 2 873 400 14.5 52Jumlah 19 780 500 100 360  

Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kaum

Rajah 1.1

(Kemahiran Geografi : Carta Pai, 2001- 2007)

Page 2: Carta Pai

 Sebagai contoh, carta pai dalam rajah 1.1 menunjukkan taburan penduduk

Malaysia mengikut kaum. Carta pai digunakan untuk menunjukkan perwakilan data

tersebut kerana bilangan penduduk ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum.

Dengan menggunakan carta pai, data- data tersebut dibahagikan kepada empat

sektor mengikut kaum dan jumlah penduduk bagi setiap kaum dikira dengan

menggunakan peratusan. Seterusnya, peratusan tersebut ditukarkan kepada sudut

sektor. Hal ini adalah untuk memudahkan kita menganggarkan jumlah penduduk

bagi setiap kaum apabila kita mengkaji carta pai tersebut. Oleh itu, carta pai sesuai

digunakan dalam kehidupan harian untuk mewakili data data seperti jumlah

penduduk bagi setiap kaum di sesuatu tempat.