CERAMAH KEMERDEKAAN

10
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN SEMPENA KEMERDEKAAN KE-52  APIS:Mengumumkan ketibaan Encik Romli Bin Darus, Timbalan Pengarah IPGM Kampus KENT Tuaran diiringi oleh EnciK Amidy Malagob Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Kent,Tuaran,Sabah.  ANA Bagi memulakan majlis kita pada hari ini,marilah sama-sama kita menyany ikan dua buah lagu,lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu IPGM dibawah pimpinan Saudari Beatrice Bianus. Majlis mempersilakan. Hadirin dipersilakan duduk. Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan lagu sebentar tadi.

Transcript of CERAMAH KEMERDEKAAN

Page 1: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 1/10

TEKS PENGACARA MAJLISPERHIMPUNAN SEMPENA KEMERDEKAAN KE-52

 APIS:Mengumumkan ketibaan

Encik Romli Bin Darus,

Timbalan Pengarah IPGM Kampus KENT Tuaran

diiringi oleh EnciK Amidy Malagob

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 

IPGM Kampus Kent,Tuaran,Sabah.

 ANA Bagi memulakan majlis kita pada hari ini,marilah sama-sama kita menyanyikan

dua buah lagu,lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu IPGM dibawah pimpinan

Saudari Beatrice Bianus.

Majlis mempersilakan.

Hadirin dipersilakan duduk.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan lagu sebentar tadi.

Page 2: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 2/10

 ANA: BismilLahirRahmanir Rahim

 Assalamu ̀ Alaikum W.B.T.,Salam pendidikan dan Salam satu Malaysia.

Yang berusaha,

Encik Romli Bin Darus,timbalan pengarah

IPGM Kampus KENT tuaran,Sabah

Yang dihormati,

Encik Amidy Malagob.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 

Yang dihormati,

Encik Raimi Bin Haji Amir,

Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Yang dihormati,

Puan Zainab Binti Hashim

Tutor PPISMP Pengajian Melayu Ambilan Julai 2009.

Saudara Fredaus Bin Johari

Yang dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009

Saudara Mohd Annuar Taufik Jamain,

Ketua Unit PPISMP Pengajian Melayu,

Ketua-ketua Jabatan,

Para pensyarah,

Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Seterusnya warga IPGM Kampus Kent yang dikasihi sekalian.

Page 3: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 3/10

 APIS: Meraut muka di awal pagi

Menutup mata duduk bersila

Musim merdeka datang lagi

Semangat kita terus membara

ANA : SELAMAT DATANG KE PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA MENYAMBUT

HARI KEMERDEKAAN KE-52 ANJURAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

2009,PPISMP PENGAJIAN MELAYU AMBILAN JULAI 2008,PISMP

PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2007 DAN PISMP AMBILAN

JANUARI 2009.

 APIS:Bagi menambahkan keberkatan Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kitamenadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpim oleh Saudara

Muhammad Jaini Bin Salleh Jain.Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

(DOA)

 Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Saudara Mohammad Jaini Bin Salleh Jain atas bacaan doa itu tadi.

Page 4: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 4/10

 ANA :Warga dewan sekalian,

Sempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-52,

Perhimpunan pada hari ini diteruskan lagi dengan pembaharuan bacaan

Ikrar rukun Negara dibawah pimpinan Saudara Fredaus Bin Johari,Yang

dipertua Jawatan Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Kent Tuaran.

Dipersilakan.

Hadirin diminta bersedia

(IKRAR)

Hadirin dipersilakan duduk.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pembaharuan bacaan ikrar RukunNegara.

 APIS: Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu

menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak

ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia

terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan

suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan demi mengekalkan

kemerdekaan Negara kita dengan mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Untuk itu,marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan klip video yang

disediakan khas untuk tatapan hadirin sekalian sempena hari kemerdekaan

Malaysia ke-52.

Demikianlah persembahan sebuah paparan klip video yang padat dengan erti

kemerdekaan.

Page 5: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 5/10

 ANA: Pada malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, bendera Union

Jack diturunkan dan dinaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada pagi

31 Ogos 1957, peristiwa pemasyhuran kemerdekaan disaksikan oleh ribuan

rakyat di Stadium Merdeka. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington telah

menyerahkan dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan kepada  Yang Di-Pertuan

Agong.Penyerahan ini menandakan pemulangan kuasa politik negara ini kepada

pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir 446 tahun.

 APIS: Yang Mulia Tunku Abdul Rahman kemudiannya membacakan

pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan

nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara

yang demokratik dan Merdeka".Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak

bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir 

dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh

bererti, yang tidak akan dilupakan tersemat disanubari hingga akhir hayat.

Merdeka telah kita miliki.

 ANA: Seterusnya,marilah sama-sama kita mendengar ceramah kemerdekaan

sempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-52,untuk itu

dijemput Encik Raimi Bin Haji Amir 

Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sabah untuk memberikan ceramah

kemerdekaan Malaysia.

Majlis mempersilakan.

(CERAMAH)

Terima kasih di ucapkan di atas ceramah beliau tentang kemerdekaan

Malaysia ke-52.

Page 6: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 6/10

 APIS: Hadirin sekalian,

Bagi menyerikan lagi majlis sambutan kemerdekaan pada hari ini,marilah sama-

sama kita menyaksikan persembahan nasyid daripada kumpulan Tanak

Wagu.Mereka bakal mendendangkan dua buah lagu,lagu pertama “satu suara” 

dan lagu kedua,”Tautan Ukhwah Teras Kecemerlangan Ummah.” 

Majlis mempersilakan.

(NASYID)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Tanak Wagu yang membawa maksud

„Pemuda‟.Untuk pengetahuan warga dewan sekalian,kumpulan nasyid ini

merupakan Johan Pertandingan Nasyid Zon Sabah dan akan mewakili Zon

Sabah ke peringkat kebangsaan.

 ANA: Warga dewan sekalian,kita teruskan lagi hari sambutan kemerdekaan kita pada

hari ini dengan bersama-sama menyanyikan dua buah lagu patriotik,lagu „Jalur 

Gemilang‟ dan lagu „Cemerlang,Gemilang dan Terbilang‟ diiringi

persembahan dari Kumpulan Koir IPGM Kampus Kent dibawah pimpinan

Saudari Bronika Stephens

Majlis mempersilakan.

Hadirin diminta berdiri.

(KOIR)

Hadirin dipersilakan duduk.

Terima kasih kepada Kumpulan koir IPGM Kampus Kent dengan nyanyian lagu

patriotik sebentar tadi.

Page 7: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 7/10

Page 8: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 8/10

 APIS: Dengan ini berakhirlah sambutan kemerdekaan Malaysia ke-52 IPGM

Kampus Kent Tuaran.Diharap Apa yang disampaikan oleh Encik Raimi

Haji Amir berkaitan tentang kemerdekaan Malaysia memberi kesedaran

kepada kita untuk mengelakkan negara kita kembali dijajah oleh kuasa

luar.

 ANA: Klimaksnya ialah laungan keramat merdeka oleh Tunku Abdul Rahman.

Inilah hasil perjuangan suci para satria kemerdekaan pasca Melaka

dengan bermulanya kedatangan Portugis sehinggalah tarikh 31 Ogos

1957. Dahulu kita pernah membina negara bangsa yang bertamadun

kemudian diruntuhkan oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan

Bintang Tiga. Janganlah kita runtuhkan lagi. Sekali runtuh amat sukar 

untuk membinanya semula.Bukan mudah untuk mencapai

kemerdekaan.Bukan mudah untuk mempertahankan kemerdekaan.

Page 9: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 9/10

 APIS Langkah sumbang salahkan lantaiBinasa badan bicara tak kawalPinggirkan ketuanan negara tergadaiHilang maruah bangsa terjual.

 ANA Tanah ini Tanah MelayuPedagang datang ingin berniagaSerahkan budi bukan tanahmuPertahankan negara, pertahankan bangsa.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada

salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

 APIS Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin diminta berdiri.

(NEGARAKU)

 ANA: Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah

Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Mengumumkan Encik Romli Bin Darus untuk meninggalkan majlis.

hanahusein0522

Page 10: CERAMAH KEMERDEKAAN

7/21/2019 CERAMAH KEMERDEKAAN

http://slidepdf.com/reader/full/ceramah-kemerdekaan 10/10