Kemerdekaan Malaysia (Folio)

21
PENGENALAN Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah. Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara sebuah negara dengan negara yang lain. Perjuangan masyarakat tempatan menentang kemasukan kuasa asing telah bermula sejak pertengahan abad yang ke-16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula di Tanah Melayu dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), kemudian Belanda (1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli wilayah-wilayah berkenaan daripada pemerintah tempatan. Sesungguhnya kehadiran penjajah telah mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan masyarakat tempatan. Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh 1 | izzat aiman2015

description

sivik

Transcript of Kemerdekaan Malaysia (Folio)

Page 1: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

PENGENALAN

Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara berkenaan bebas

daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya

dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak

mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem

pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang

menjajah. Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai

pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara

sebuah negara dengan negara yang lain.

Perjuangan masyarakat tempatan menentang kemasukan kuasa asing telah

bermula sejak pertengahan abad yang ke-16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula

di Tanah Melayu dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511),

kemudian Belanda (1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya

menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri

Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negeri-

negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke

di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya

meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli

wilayah-wilayah berkenaan daripada pemerintah tempatan. Sesungguhnya

kehadiran penjajah telah mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan

masyarakat tempatan. Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir,

agama, dan rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh pihak penjajah akhirnya.

Sungguhpun perjuangan di peringkat awal menentang penjajah ini gagal, namun ia

tetap membuktikan bahawa masyarakat tempatan tidak menerima kedatangan dan

penglibatan kuasa asing dalam negeri mereka.

1 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 2: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

1. PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955

Perkembangan politik di antara tahun 1945 sehingga tahun 1955

memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak ansur.

Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih kurang

tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan yang mendalam sama

ada dari segi ekonomi, sosial mahupun psikologi kepada masyarakat

keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk anda fahami

ialah tempoh pemerintahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan

di kalangan orang Melayu dan menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa

Inggeris tidak dapat dikalahkan.

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Kerajaan British selepas

pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habis-habisan

oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang Melayu sedar akan

kerugian dan bencana yang akan mereka terima sekiranya Malayan Union

dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu,

akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan

Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948,

British telah menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri

akan dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin bersedia untuk memberikan

kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sungguhpun demikian, pada masa tersebut juga Kerajaan British turut

memberikan tumpuan menghapuskan keganasan komunis. Peristiwa darurat yang

berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia bukan sahaja

menyebabkan banyak nyawa yang terkorban, tetapi beribu juta ringgit terpaksa

dibelanjakan untuk menghapuskannya. Apabila keadaan menjadi semakin

bertambah baik menjelang tahun 1955, Kerajaan British telah menyakinkan rakyat

ke arah pemerintahan sendiri. Antaranya ialah mengambil beberapa langkah

membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti

memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya. Sehubungan

dengan itu, beberapa parti politik ditubuhkan seperti Malayan Chinese Association

(MCA) .

2 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 3: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

1.1 Perpaduan Kaum

Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah

menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih

dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. Ini bermakna soal

perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan

kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta

keamanan masyarakat dan negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh

rakyat.

1.2 Usaha ke Arah Perpaduan

Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal

telahpun dilaksanakan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan supaya

rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua

kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama

lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam,

Malcom Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah

dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

(Communities Liaison Committee). Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur

antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Ia

dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum

Melayu, Cina dan India. Penubuhan Jawatankuasa ini sangat besar ertinya kerana ia

dapat memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah

Melayu. Persefahaman yang dipupuk melalui perundingan dan perbincangan yang

diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh menyelesaikan sebarang permasalahan

yang timbul ketika itu.

3 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 4: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

2. PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan

kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan

parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah

Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh

reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British.

Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu

untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.

2.1 United Malays National Organization (UMNO)

Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor telah

mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh

masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres

Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,

Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.

Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei

1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan

Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin

pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian

parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh

ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato’ Onn meletakkan

jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku

Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada

‘Merdeka’. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan

segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti

politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh

UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama

pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

4 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 5: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

2.2 Malayan Indian Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang

pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat

India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan

penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil

daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal

perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India.

MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC

lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti

MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu

daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama

penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum

India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain

untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang

ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau

bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak

berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti

Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang

India di seluruh Tanah Melayu.

2.3 Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British

bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi

darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM)

merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden

MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk

melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah

Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan

untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada

kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah

5 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 6: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain

untuk memperoleh kemerdekaan.

2.4 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan

dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan

golongan Mokhtaruddin Lasso. PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran

politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan

dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM.

PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan

dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera,

PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-

ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya.

Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

2.5 Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-

Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja

oleh Jabatan Agama UMNO. Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis

agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah

ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam

sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta

mengetatkan peraturan kerakyatan.

2.6 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’

Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan

kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun

1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO

sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP

pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di

bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan

6 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 7: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah

mengecewakan Dato’ Onn Jaafar.

Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.

Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan

kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955

oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada

orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu,

IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan

persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.

2.7 Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas

nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di

Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk

Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang

untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat

sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan

komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan

memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu

mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat

kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk

menerima Parti Buruh.

Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP).

Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP

menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama

Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari

Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain

ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP)

dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung

pimpinan Haji Hashim Ghani.

7 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 8: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

3. PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN

SENDIRI

Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada

perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat

Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa

peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli,

Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.

3.1 Sistem Ahli

Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam

Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini

merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka

yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu

untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri.

Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa

jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang

menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada

sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.

Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar

British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah

Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di

Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya

berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa

Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

8 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 9: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

3.2 Pilihanraya Tahun 1951

Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih

perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown,

Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah

bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi

sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan

kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk

mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan

tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata

bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam

pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

3.3 Pilihanraya Tahun 1952

Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini

disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya

memperlihatkan Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara

IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon

bebas.

Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun

1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya

pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan

kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada

mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses

pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri

berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.

9 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 10: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

3.4 Pilihanraya Umum Tahun 1955

Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada

kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti

yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut

supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak

40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan

rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh

British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan

semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan.

Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British

kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis

Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli

yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak

bersetuju dengan keputusan British. British akhirnya bertolak ansur dengan

menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang.

Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka

berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan

pada 27 Julai 1955. Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi

dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun

yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali

yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga

buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju

bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti,

iaitu Perikatan.

10 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 11: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

4 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada

tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi

mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti

Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal,

walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil

daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja

Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di

Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha

mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

4.1 Rundingan ke Arah Kemerdekaan

Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh

yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.

Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis

Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British

bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.

Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana

Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada

kemusnahan Tanah Melayu.

Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku

Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga menimbulkan

masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan. Konflik ini

timbul kerana berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan, sama ada

di pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak

lagi mendapati pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi

wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya

bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja

Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

11 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 12: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

4.2 Misi Kemerdekaan ke London

Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil

yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul

Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai

usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perundingan kemerdekaan

berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil

daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8

Februari 1956. Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah

berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu

memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh

Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan

pemerintahan secara demokrasi.

Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga

mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini.

Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah

Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

Sementara itu, jawatan-jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan

akan digantikan dengan jawatan-jawatan Menteri Kewangan dan Menteri

Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. Kerajaan British juga akan

membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan

berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

12 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 13: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

4.3 Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh

Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri

daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul

Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu

perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam

persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah

meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat

menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan

dengan:

Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen;

Menjamin kedudukan Raja-raja;

Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu,

Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa banyak

menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.

Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang

sama.

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang

perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu.

Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap

penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo

Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama

Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan

bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara

bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.

13 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 14: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

4.4 Pengisytiharan Kemerdekaan

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai

tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab

Selangor. Upacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan

digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Penurunan bendera Union

Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui

pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu

Elizabeth.

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-

Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan

Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Di

samping itu, ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang

pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

14 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5

Page 15: Kemerdekaan Malaysia (Folio)

5. KESIMPULAN

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti

tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah

mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing.

Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak

Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling

maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau

bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang

ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957

sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian

perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu

kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai

satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam

tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan

hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat

Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

15 | i z z a t a i m a n 2 0 1 5