cerpen Isma Danial

download cerpen Isma Danial

of 17

Transcript of cerpen Isma Danial

REZEKI TUHAN DI PERTENGAHAN PERJALANANPagi itu indah seperti biasa. Burung berkicauan menandakan cuaca yang baik lagi menyenangkan. Adam, seorang lelaki yang mempunyai cita-cita tinggi. Namun, keluarganya yang susah, menyebabkan cita-citanya seolah-olah nampak kabur seperti mata yang memandang ketika baru bangun tidur. Sudah 2 bulan hidup Adam seperti itu. Bangun awal pagi, dan berkebun di belakang rumahnya. Tanah sekangkang kera itulah menjadi sumber rezeki mereka. Sawit yang seolah-olah mahu mati itulah kepunyaan mereka. Pokok betik yang ditepi perbatasan menjadi sumber rezeki mereka apabila berbuah nanti. Kelapa pandan yang pernah ditanam oleh ayahnya dulu itulah sedikit sebanyak dijual kepada Pak Ali di hujung kampungnya itu. Pak Ali merupakan pelanggan setia mereka kerana Pak Ali menjual air kelapa pandan. Sesekali Adam membantu Pak Jabit dan Mak Kiah menjual nasi lemak di lorong hadapan kampung mereka. Adam boleh dikatakan terkenal di kampungnya. Hal ini kerana, Adam selalu menolong orang pada setiap masa senggangnya. Begitu setianya Adam dengan pengakap di zaman persekolahanya, dia mengaplikasikan persetiaan pengakap menolong orang pada setiap masa sehingga sekarang. Adam membantu ibunya mengait kelapa pandan sebelum di berikan kepada pak Ali. Setelah selesai, Adam duduk di halaman rumah sambil termenung akan nasib hidupnya. Hai Adam, jauh termenung.Tak ada apalah mak, bosanla. Kalau kau bosan, esok pergi tolong Pak Jabit jual nasi lemak. Adam membiarkan kata-kata ibunya pergi begitu saja. Barangkali Adam memikirkan tentang kata ibunya itu. Hari telah pun malam dan Adam seperti biasa persiapkan diri untuk ke surau.Adam seperti biasa bangun awal pagi dan meneruskan aktiviti harianya ke warung Pak Jabit untuk membantu menjual nasi lemak. Seperti biasa sesampainya Adam ke warung Pak Jabit, dia terus menyusun meja dan kerusi. Setelah selesai, Adam melonggokan nasi lemak mengikut jenis. Ada nasi lemak sambal ikan bilis, ada nasi lemak sotong dan nasi lemak sambal udang. Setelah selesai kesemuanya, Adam membelek surat khabar Harakah yang dibeli oleh Pak Jabit. Tiba-tiba satu suara masuk ke dalam gegendang telinga Adam. Assalamualaikum.Adam menoleh ke kanan sambil menjawab waalaikumusalam. Adam terdiam sebentar kerana melihat kecantikan gadis yang menyapanya itu. Bibir mungil, mata bulat seperti panda, tudung labuh bawah paras dada menyebabkan Adam terkesima melihat kecantikan ciptaan Allah itu. Wanita muslimah yang diidamkanya seperti itulah telah ada di hadapan matanya. Erm, awak, saya nak beli nasi lemak sotong dua, nasi lemak udang satu. Adam masih berdiam diri seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Awak.Adam menyapa, Ya saya. Termenung apa awak ni?. Gadis bermata bulat itu berkata. Owh maaf, awak nak apa tadi?. saya ulang, sotong dua,udang satu. Ok saya tak mau ulang dah.. Adam pun membungkuskan nasi lemak yang di pesan sambil berkata, garang jugak ya kak long ni. Awak tu tak dengar saya cakap tadi, maaf ya,Adam membalas.Setelah selesai Adam memberikan baki, spontan Adam terus bertanya nama siapa. Damia Yuhanis, jawab Damia selamba. Belum sempat Adam memperkenalkan dirinya, gadis itu berlalu pergi.

Seharian pada hari itu Adam asyik teringatkan Damia. Pak Jabit pun menegur Adam yang seperti ayam berak kapur itu. Apa masalah kau Adam?. Pak Jabit tengok kau ni macam ada yang tak kena ja. Tak ada apalah Pak Jabit, saya duk menghitung hari untuk ambik keputusan SPM di sekolah. InsyaAllah kau boleh Adam, jawab Pak Jabit. Sebenarnya bukan SPM itu yang difikirkan sangat, tapi Damia Yuhanis yang sedang difikirkannya. Setelah selesai Adam mengemas warung Pak Jabit. Semuanya berada dalam keadaan kemas, Adam pun pulang dengan hati yang berbunga. Seperti biasa, Adam terus mencangkul belakang rumah untuk menanam pokok cili dan betik yang di pesan oleh ibunya tadi. Adam berehat sebentar di tepi pokok usang belakang rumahnya itu sambil memikirkan gadis itu. Sebenarnya Adam telah jatuh cinta pada gadis itu seperti kata orang cinta pandang pertama. Adam begitu tertarik pada gadis itu kerana pakaianya menunjukkan bahawa dia adalah wanita yang baik. Tudung labuh yang dikenakan begitu sesuai pada Damia Yuhanis yang baik itu. Namun Adam sedar dia hanya mampu simpan perasaan saja kerana dia adalah anak orang susah dan dia yakin tiada siapa yang meminatinya. Adam terus masuk ke dalam rumah dan mempersiapkan diri untuk menunaikan solat zohor di surau berhampiran rumahnya. Sungguh, Adam sangat menjaga solat di awal waktu. Pada waktu malam Adam menolong ibunya membasuh baju dan mengemas rumah.Keesokan harinya Adam terus mengait kelapa pandan dan mengumpulkan pada suatu tempat kerana Adam akan menghantar pada Pak Ali di hujung kampungnya. Semasa Adam menghantar kelapa pandan itu dengan menggunakan motor Honda Cup yang seumur dengan ayahnya itu, Adam terserempak gadis yang dia pernah temui sewaktu gadis itu ingin membeli nasi lemak di warung Pak Jabit. Eh, itu Damia, apa yang dia buat di sini. Kata Adam di dalam hatinya saja. Damia melihat Adam dan memberikan senyuman manisnya itu kepada Adam. Adam meneruskan kerjanya dengan meletakkan kelapa pandan itu di hadapan rumah Pak Ali itu. Setelah Pak Ali memberikan dua keeping RM 50, Adam pulang ke rumah dalam keadaan tanda tanya. Sebenarnya Adam ingin mengetahui apakah Damia itu anak Pak Ali?. Hal ini kerana Adam melihat Damia menggunakan jalan yang sama untuk ke rumah pak Ali. Setelah pulang, Adam berehat sebentar di ruang tamu rumahnya. Sambil menyandar di kerusi rotan itu, Adam membaca beberapa ayat Al quran yang di hafalnya sejak dulu lagi. Lalu Adam tertidur di buai mimpi yang indah. Pada malam hari Adam mengikuti kelas pengajian kitab di surau berhampiran dengan rumahnya. Pada hari itu ustaz mengajar kitab syamail Muhammadiyah bab yang ke 2 iaitu berkaitan dengan khatam an Nubuwwah iaitu satu tanda di bahagian belakang Nabi sebagai tanda kenabian. Adam begitu khusyuk mendengar kisah yang di ceritakan oleh Ustaz itu. Ustaz menyambung pengajiannya dengan menceritakan tentang seorang lelaki yang pencari kebenaran. Iaitulah Salman Al Farisi seorang lelaki yang menganut 3 agama. Pada mulanya Salman merupakan penganut agama bapanya iaitu majusi penyembah api. Diringkaskan cerita, Salman kemudian memeluk agama Nasrani iaitu Kristian setelah berjumpa dengan seorang paderi. Kemudian Salman diberitahu oleh seseorang bahawa akan ada seorang lelaki yang lahir di sebuah tempat yang terdapat banyak pokok kurma. Di situlah lahir seorang insan yang tidak menerima sedekah tetapi hanya menerima hadiah. Selain itu, tanda kenabiannya adalah ada seketul daging di belakang badannya seolah-olah seperti besarnya sebiji telur burung merpati. Lalu Salman pergi ke tempat yang dimaksudkan iaitu Madinah dan memberikan kepada Rasullulah kurma dengan mengatakan ianya adalah sedekah kepada tuan. Lalu Rasullulah tidak menerima sedekah itu dan keesokan harinya Salman memberikan kurma dan mengatakan ianya adalah hadiah kepada tuan, maka Rasullulah menerima hadiah tersebut. Kemudian salman mendapati di belakang Rasullulah terdapat ketulan daging iaitulah sebagai tanda kenabian. Lalu salman memeluk agama yang dianuti oleh Rasullulah iaitu agama islam. Tambah Ustaz itu lagi, beginilah kehidupan Salman yang mana lahirnya dia sebelum lahirnya nabi kita. Salman gigih mencari kebenaran dan akhirnya agama yang terakhir yang dianuti oleh Salman ialah islam.Kita jangan memberikan alasan untuk tidak mahu berusaha. Walaupun ada diantara kita lahir sebagai seorang keluarga yang susah, tetapi jika kita berusaha seperti Salman, sudah tentu kita akan berjaya. Sekian itu sahaja bacaan kitab pada hari ini dan InsyaAllah kita akan sambung kitab Riyadhus Shalihin pada minggu hadapan, Assalamualaikum.Adam tersentak mendengar penjelasan ustaz itu. Seolah-olah kata ustaz yang terakhir itu seperti kata kepada dirinya. Adam berasa semangat untuk berjaya!.Pada 23 March 2010 keputusan SPM hari ini keluar. Adam gelisah seperti cacing kepanasan. kenapa kau Adam, mak tengok macam orang putus cinta ja.tak ada apalah mak, Adam risau keputusan Adam ini.Apa yang kau nak risaukan sangat. Tenang aja Adam.Adam bergegas ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Setelah siap, Adam makan makanan yang disediakan ibunya itu dan Adam bingkas bangun mengambil kunci motor di paku lalu Adam terus bergegas ke sekolah. Sewaktu perjalanan, Adam berzikir supaya dia berasa tenang. Sesampainya Adam di sekolah, Adam menuju ke dewan untuk mengambil keputusan. Sesampainya Adam ke dalam dewan, guru-guru menyambut kedatangan Adam dengan ucapan tahniah. Adam kebingungan. Sewaktu mengambil keputusan, Adam terkejut kerana tertera di slip peperiksaan itu 9A+ dan 1A. Maknanya Adam mendapat 10 A secara keseluruhannya. Adam mengambil gambar bersama guru besar dan guru-gurunya. Adam pulang dengan hati yang gembira. Sesampainya Adam di rumah, Adam memanggil ayahnya dan ibunya untuk memberitahu keputusanya itu. Makkk,,,Abahhh,,,Kau ni kenapa Adam, macam ada kecemasan aja, kata ayahnya .Nah ayah Adam memberikan slip keputusannya.Ayahnya dan ibunya mengucapkan Alhamdulillah. Mereka tidak menyangka bahawa Adam mampu mencapai keputusan seperti itu. Keluarga mereka serba kekurangan. Rumah usang, kelengkapan serba kekurangan. Hendak memberikan Adam kelas tuisyen tambahan pun keluarga mereka tidak mampu. Mereka sangat bersyukur kerana mempunyai anak yang bertuah seperti Adam. "Adam, abah tak sangka kamu mampu mencapai keputusan sebaik itu, bertuah betul anak abah," Kata ayahnya sambil menghirup teh o suam yang sudah sejuk.Tengok la, Adam ni anak sapa?. Gurau Adam sambil membetulkan alas meja yang senget. Selesai saja Adam bergurau dengan ibu bapanya, Adam bingkas bangun untuk mengemas kawasan kebun di belakang rumahnya. Rutin inilah yang dilakukan Adam sejak kecil hingga dewasa. Tidak kenal erti penat, tidak kenal erti mengeluh. Adam tahu inilah sumber rezeki mereka. Adam tahu inilah rutin hariannya yang entah sampai bila. Hari yang dingin di sebabkan musim tengkujuh menyebabkan Adam rasa seperti mahu tidur sepanjang hari. Namun Adam mendapat panggilan entah dari siapa. Adam berjalan longlai kearah telefon rumahnya yang bordering itu. Setelah berbual panjang, rupanya Adam diberitahu bahawa dia diberi tawaran untuk belajar di University of Singapore. Adam seperti terkejut beruk kerana dia ditawarkan belajar ke sana. Apatah lagi dia diberi tawaran untuk belajar dengan pembiayaan penuh oleh biasiswa. Adam terus mencari ayah dan ibunya di belakang kebun untuk memberitahu perkara itu. Adam tahu bahawa ibu dan ayahnya pasti akan memaksa dirinya pergi belajar ke sana. Namun apa yang difikirkan Adam ialah, siapa yang mahu jaga pokok kelapa milik mereka?. Siapa pula mahu menebas semak di belakang rumah?. Siapa pula yang akan menghantar kelapa pandan pada Pak Ali?. Siapa pula yang akan menolong Pak Jabit menjual nasi lemak? Dan yang paling penting ialah siapa pula yang akan merampas Damia nanti? Sehingga kearah itu fikiran Adam. Adam beristighfar kerana dia tahu dia tidak layak memiliki Damia. Permata mana yang inginkan besi karat sepertinya. Adam tahu bahawa permata seperti Damia tidak mudah untuk dimiliki. Namun Adam tetap inginkan permata yang bernilai itu. Hati Adam diganggu dengan persoalan-persoalan seperti itu. Adam mula gelisah sehingga dia ingin rahsiakan tawaran yang diterimanya itu pada ibu bapanya. Namun Adam sedar bahawa kebenaran pasti akan diketahui juga. Adam tetap melangkah kearah ibu bapanya dengan membuat muka seperti tidak puas hati. Adam terus menceritakan kepada ibu bapanya seringkas yang mungkin. Setelah selesai berbincang,Adam, mari kita ke pekan untuk membeli barang-barang untuk kau bawa ke sana nanti, kata ayahnya sambil mengulung rokok daun yang entah kali ke berapa ayahnya hisap. Barang?. Kesana?. Apa benda abah?Kau tak payah buat-buat tak tahu Adam. Bulan depan kau dah nak pergi Singapura, Sekarang dah hujung bulan. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kau ke sana.Tapi ayah,,,Tak ada tapi-tapi.Adam terus masuk kebilik dan memakai baju lusuhnya itu. Kain pelikat yang dipakainya terus dilondehkan seperti kuih donut yang bulat, lalu disarungkan seluar. Adam memakai helmet dan naik terus keatas motor ayahnya itu. Sepanjang perjalanan Adam dan ayahnya tidak banyak bercakap. Kedua-duanya seolah-olah memikirkan sesuatu. Setelah selesai semuanya, Adam dan ayahnya terus pulang kerumah. Muka Adam muram.Kenapa dengan kau Adam?, Ayahnya memecah kesepian dengan soalan begitu.Tak ada apalah ayah, Cuma Adam risau kalau Adam belajar kesana, siapa yang mahu jaga pokok kelapa milik kita?. Siapa pula mahu menebas semak di belakang rumah?. Siapa pula yang akan menghantar kelapa pandan pada Pak Ali?. Siapa pula yang akan menolong Pak Jabit menjual nasi lemak?Itu bukan kerja kau Adam, kerja kau sekarang belajar, kata ayahnya tegas.Adam memberontak kerana jawapan ayahnya itu tidak dapat memuaskan hatinya. Namun Adam hanya simpan dalam hatinya sahaja. Dia taat akan perintah orang tuanya. Malam itu, Adam seperti biasa ke surau untuk menyambung pengajian kitab Riyadhus Shalihin. Sepanjang kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Nazrul, Adam teliti dan fahami setiap hadis yang dibacakan oleh ustaz. Dalam bab kelebihan menuntut ilmu dan mengajak kepada kebaikan ada terselit hadis yang dibacakan makna oleh ustaz Nazrul itukatakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?Sambung ustaz itu,Allah meninggikan darjat orang-orang beriman daripada kalangan kalian dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan sebanyak beberapa darjat.Adam pulang kerumah dengan berfikir kata-kata ustaz itu. Adam faham bahawa menuntut ilmu merupakan tanggungjawab pada dirinya. Namun,apa yang merungsingkan Adam ialah keluarganya. Adam risau seandainya keluarganya sakit,siapa pula yang akan menjaga keluarganya. Ayahnya makin tua. Ibunya pula asyik sakit lutut. Barangkali asyik ke kebun.Adam tahu dia akan merindui keluarganya. Tetapi itulah pengorbanan seperti ustaz Nazrul cakapkan.

Adam ke pekan sebentar untuk memotong seluarnya yang baru di beli itu kerana labuh. Sewaktu ke sana,Adam singgah sebentar di restoran masakan laut untuk menikmati tomyam kegemaranya itu. Adam terus memesan makanan yang di inginknnya itu. Ketika Adam sedang menunggu pesanannya sampai, dia melihat Damia sedang minum keseorangan tanpa di temani sesiapa pun. Adam terus memberanikan dirinya untuk mendekati Damia.

"Hye Damia" sapa Adam"Assalamualaikum," Damia memulakan perbualan."waalaikumsalam," jawab Adam serba salah kerana tidak memulakan perbualan dengan memberi salam.Boleh saya duduk, sambil Adam menarik kerusi.Silalah.Damia Yuhanis, nama saya Adam.maaflah, semasa saya membeli nasi lemak pada tempoh hari, saya kena cepat. Tak sempat nak berborak panjang.Tidak mengapa, its ok.Damia, awak buat apa kat sini?. Tanya Adam bersahaja.Saya makan kat sini la.owh, Awak tinggal dimana ya Damia?. Kita sekampung la, tapi rumah saya dekat dengan jalan besar nak masuk kampung tu.Owh, sekampung. Damia, saya sebenarnya akan berangkat ke Singapura minggu depan.Awak buat apa kat sana?sambung belajar.wow, dasyat juga awak ya. Tahniah Adam. Lepas ni awak terkenal la dalam kampung kita. Yela, awak kan sekarang belajar ke Singapura.ish, tak delah saya nak terkenal. Saya biasa ja. Cuma saya risau siapa yang nak jaga mak dan ayah saya.Saya tolong. Jawab Damia dengan nada bergurau.Awak ni kelakar la Damia. Makanan kita dah sampai. Jom kita makan. Damia, awak sekarang buat apa?saya buka butik pakaian ja.owh, banyak duit awak Damia.Ayah saya bantu.Lepas ni boleh la kita bincang pasal dunia perniagaan, saya di sana ambik kos ekonomi dan perniagaan.Boleh juga kita berkongsi pandangan. Kata Damia sambil menyuapkan nasi yang terakhir kedalam mulutnya.Boleh ja, sharing is caring. Kata Adam dengan guraunya itu.Oklah awak saya nak pulang dulu, jumpa lagiOk, hati-hati.

Tibalah masa Adam berangkat ke Singapura. Sebelum Adam keluar daripada rumah, Ibunya berpesan agar belajar bersungguh-sungguh supaya Adam mendapat kerja yang bagus dan boleh menjaga mereka dan yang paling penting pesan ibunya ialah agar Adam dapat menolong ayahnya untuk bayar hutang Datuk Radzeen yang banyak membantu keluarganya. Mereka terus menuju ke lapangan terbang Pulau Pinang. Setibanya sampai di sana, mereka sekeluarga terjumpa dengan keluarga Datuk Radzeen.Dah lama ke Datuk sampai sini?. Tanya Pak Mail ayah Adam kepada Datuk Radzeen.baru ja sampaiDamia ni nak jumpa sangat dengan Adam sebelum Adam ke sanaDamia?. Adam terus bersuara.ya Adam, Damia ni anak saya, kata DatukOwh, saya tidak tahu pun Damia ni anak datuk sekarang baru saya tahu.eloklah tu,nanti kamu berkenalan la dengan Damia ni. Adam seperti malu-malu kucing. Adam buat-buat tidak dengar kata datuk itu. Kini tibalah masa Adam masuk ke pintu perlepasan. Adam berjabat tangan dengan ibu dan ayahnya. Adam juga bersalaman dengan Datuk Radzeen. Sebelum Adam melangkah masuk ke dalam pintu perlepasan itu, Adam sempat berbisik pada Damia.Awak jangan menangis, nanti di sana saya akan hubungi awakSaya tak menangis la kata Damia malu-malu.Awak jaga diri baik-baik, pesan Adam sambil mengangkat beg galasnya yang lusuh itu.Setelah sampai di sana, Adam terus mendaftar. Sehari Adam mendengar taklimat daripada Encik Kiong pensyarah di Jabatan Ekonomi. Adam masuk kedalam bilik yang ditempatkannya itu.

Sudah setahun Adam belajar di sana. Hubungan Adam dengan Damia sudah akrab. Kini mereka banyak berbincang mengenai perniagaan. Adam pun sudah mula berkecimpung dengan perniagaan yang dilakukannya. Adam sudah memiliki mesin cetak untuk tempahan banner di Singapura. Adam juga banyak membuat tempahan pada Damia baju kurung melayu dan kebaya. Pasaran di Singapura sangat memberangsangkan terutamanya pakaian kebaya dan baju kurung moden. Beginilah kehidupan Adam dalam dunia perniagaan dan pelajaran. Adam seorang insan yang hebat. Hal ini kerana, dia mampu untuk belajar sambil berniaga. Adam berehat di rumah sewanya. Lalu menghubungi ibu dan ayahnya di kampung. Assalamualaikum mak, mak apa khabar?Khabar baik Adam, mak baru sahaja selesai berkebun dengan ayah kamu.Ayah khabar baik ka mak?Ayah kau pun sihat Adam. Kau macam mana sekarang Adam?. Ibunya memulakan pertanyaan.:Saya Alhamdulillah mak. Adam rasa nak balik Malaysia la mak. Rindu kat makKau rindu kat mak ka, atau Damia?ish mak ni, ke situ pulakDamia sekarang rajin datang ke rumah kita tanya khabar mak dan ayahbetul ke mak?, rajinya Damia tuCepatla kau bina masjid, mak teringin nak menimang cucu.Jauhnya mak fikir, nantilah saya fikir macam mana. Mak kirim salam kat ayah ya makBaiklah Adam. Jaga diri kamu tuYa mak. AssalamualaikumAdam terus bangun dan bersihkan dirinya. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan pelanggannya. Pelanganya Encik Tiong Lee Siat iaitu pengurus besar kilang kain mahu menempah lebih seratus banner untuk diletakkan di kawasan perumahan sebagai iklan. Setelah selesai berurusan dengan pengurus besar itu. Damia menghubungi Adam.Assalamualaikum Adamwaalaikumsalam Damia, kenapa Damia?Ada seorang sahabat Damia hubungi kata nak jual kedai di pekan Parit Buntar. Katanya dia perlu menggunakan duit. Harga kedai tu RM 230,000. Lebih baik awak beli. Lagi pun awak pernah sebut tentang nak berniaga di Malaysia. Awak boleh buka kedai cetakan di sini.Owh, kalau begitu saya akan beli. Awak tolong berurusan dengan tuan kedai boleh?. Saya akan masukkan dalam akaun awak malam ini. Kata Adam bersungguh. Baiklah,kalau begitu saya bantu awak. Jaga diri Adam, jangan sampai tidak rehat.Haha. Awak tu jangan risaukan saya. Saya okBaiklah Adam, saya nak basuh baju. Jumpa lagiAdam berehat. Keesokan harinya Adam pergi ke kelas seperti biasa. Encik Salman pensyarah akaun sedang mengajar mereka pada hari ini. Adam begitu bersungguh mendengar syarahan pensyarahnya itu. Adam pulang dan berehat kerana keesokan harinya Adam akan cuti panjang dan Adam akan pulang ke Malaysia.Pagi itu sebelum pulang ke Malaysia, Adam mendapat panggilan dari Ibu Pejabat Polis Parit Buntar. Berdasarkan perbualan, Adam mengetahui bahawa kedai yang dibuka untuk perniagaannya itu di rompak. Kesemua mesin cetakannya hilang. Adam terduduk seketika. Adam beristighfar panjang. Adam terus menuju ke lapangan terbang kerana tidak sabar pulang ke Malaysia. Moodnya hilang pada hari itu. Dia tahu kerugiannya hampir setengah juta hilang begitu saja. Adam terus memaklumkan pada Damia. Damia juga terkejut dan menangis kerana mendapat berita seperti itu. Selang 2 jam penerbangan, Adam tiba di Malaysia dengan wajah yang muram. Damia mendekati Adam dan menangis.kenapa awak menangis ni?Saya yang mencadangkan kat awak tentang kedai hari itu. Tapi awak pula diuji. Maafkan saya Adam. Awak jangan macam ni Damia. Saya ok ja awak. Jom kita ke balai sekarang.Adam dan Damia terus ke balai Parit Buntar. Kereta BMW milik Damia meluncur laju menuju ke sana. Setibanya mereka di sana, Sarjan Danial menerangkan keadaan kedainya dan Sarjan Danial berjanji untuk menolong mereka. Setelah selesai, Adam pulang ke rumah dengan dihantar oleh Damia. Ibu Bapanya menyambut Adam. Mereka melihat wajah muram Adam dan bertanya. Lalu Adam menceritakan segalanya kepada keluarga mereka. Adam bingung kerana tidak tahu untuk menyelesaikan hutang loan banknya. Damia tahu dan berusaha untuk menolong Adam. Adam hanya ada satu perniagaan sahaja di Singapura. Itu pun hasil pinjamannya dengan bank. Adam seperti jatuh ditimpa tangga. Itulah keadaan Adam sekarang. Setiap hari dia akan bangun awal dan memikirkan masalah yang sama. Ibu Bapanya juga terkesan dengan keadaan Adam, namun mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga tidak mempunyai wang sebanyak itu. Walaupun Adam mengirimkan wang kepada mereka, namun mereka masih belum dapat membantu Adam. Ketika mereka sedang berehat di ruang tamu, kereta Audi mewah milik Datuk Radzeen berhenti di hadapan rumah mereka.Assalamualaikum Pak Mail. Datuk Radzeen memberikan salam sambil mengarahkan anaknya Damia ikut sekali.Waalaikumsalam Datuk. Mari masuk.Pada ketika itu Adam dapat mengagak bahawa Damia telah menceritakan segalanya pada Datuk Radzeen. Adam berasa marah kerana Damia telah meminta bantuan ayahnya. Adam terpaksa menerima bantuan Datuk Radzeen setelah dipaksa. Selesai saja mereka berborak panjang. Datuk Radzeen meminta diri untuk pulang.Sejam kemudian, Adam terus menghubungi Damia.Damia, kenapa awak beritahu Datuk pasal Adam?. Adam terus bersuara tanpa memberi salam. Maaflah Adam, kenapa Adam?Awak tanya kenapa?, awak tau tak saya kalau boleh tak nak ayah awak tahu. Banyak dah Datuk tolong kami. Awak tau tak muka saya tebal?Adam, kenapa ni?, jangan la macam tu. Saya kesian tengok awak. Saya dapat bantu itu ja. Saya cuma malu nak berhadapan datuk. Lagi pun saya hubungi awak saya nak bincang berkaitan hubungan kita. Datuk pun dah tahu hubungan kita, lagipun saya tak nak benda seperti ini dilanjutkan. Adam cuba sembunyi kemarahannya pada Damia Awak boleh ka fikir dalam keadaan marah macam ni?Malam ini kita jumpa di restoran pekan baru. Kata Adam ringkas.Adam letih tetapi dia perlu percepatkan proses perkahwinan mereka. Sesampainya Adam di restoran yang dijanjikan, Adam terus menuju dimana tempat Damia menunggu. Damia menunggu di sebuah meja hujung yang agak sunyi dari kebisingan pelanggan. Sesuai untuk mereka berbincang. Lafaz salam oleh Adam kepada Damia pemula kata ketika mereka bertemu.Hye Damia, lama awak tunggu?Lama la juga, tak apalah duduk laErm, macam mana ni?. Awak sudah bersedia nak menikah Damia?. Saya rasa kita perlu percepatkan kerana nanti saya akan pulang ke Singapura. Perniagaan saya di sana seperti kura-kura. Sangat perlahan. Mujurlah ayah awak bantu saya ganti rugi perniagaan saya di sini. Cakap pada ayah awak, saya akan langsaikan hutang secepat mungkin. Hal ini kerana Sarjan Danial telah menjumpai tempat persembunyian perompak-perompak itu kurang 24 jam . Yang paling penting ialah mesin Adam telah diambil oleh Inspektor yang bertugas dan telah ada di balai polis. Cumanya Adam perlu menunggu beberapa hari untuk mengambil semula mesin kerana mesin cetakanya akan menjadi barang kes.Biar betul Adam?. Alhamdulillah. Erm, pasal perkahwinan tu saya ok ja. Cuma awak sudah bersedia ka nak jadi suami saya?Betul la, Sarjan Danial call tadi. Ya sudah bersedia. Kenapa tak percaya? Awak garang, saya takut, tadi pun awak marah-marah saya Dah kahwin hilang la garang saya, gurau Adam sambil ketawa. Boleh percaya ka. Jom makan, makanan awak tadi saya dah pesan,makan la Adam. Saya belanja.Bertuahnya dapat bakal isteri macam awakMereka terus makan sambil berbual kosong. Adam tahu, dia perlu percepatkan pernikahannya. Hal ini kerana dia tidak mahu lagi berjumpa dengan Damia dalam keadaan berdosa. Adam sedar perkara itu, dia perlu jaga pergaulannya sebelum menikah ini.Tibalah masa Adam dan Damia di satukan. 12 Sept 2018 adalah tarikh keramat bagi mereka. Tarikh itulah mereka bertunang dan bernikah. Adam dan Damia nampak seperti bagai pinang di belah dua. Damia pula seperti bagai bulan di pagari bintang. Itulah mereka. Jodoh tidak akan ke mana.Damia, abang tak percaya kita dah jadi suami isteri, kata Adam sambil memperbetulkan kedudukannya di pelamin.Abang ni, orang nak ambil gambar pun nak bercakap. Damia panas tau, baju ni tebal.. Kata Damia kepanasan.Rileks la Damia, kalau panas masuk bilik, dalam bilik ada aircondTak apa saya ok ja.Mereka terus bergambar sambil saudara mara yang datang berjauhan mengucapkan tahniah kepada mereka. Hari pun menjelang malam. Damia, esok awak tak payah pergi butik lah. Kita lepak kat rumah awak ja Malas la tu nak tengok kedai, Ok boss . Damia mengangkat tangan seperti hormat pada suaminya.Nakal juga awak Damia. Kata Adam sambil mencuit pipi isterinya itu. Awak lagi nakal, suka kacau saya dulu.Haha, biasa la. Ok jangan lupa esok subuh jemaah sekali. I nak tengok you bangun subuh pukul berapa. Kata Adam sambil tutup lampu.Ok boss, kata Damia. Mereka berdua tidur keletihan kerana seharian mereka melayan tetamu.Sudah seminggu mereka berumah tangga, kini tibalah masa Adam pulang ke Singapura. Sewaktu dia pulang ke Malaysia dulu, dia diuji dengan kedai cetakannya dirompak. Pada hari pemulangannya ke Singapura pula dengan hati yang gembira. Hal ini kerana, kedainya sudah dapat dijalankan seperti biasa dan hutangnya pada Datuk Radzeen berjaya di bayar dan yang paling penting dia dapat memiliki Damia. Begitulah aturan yang diciptakan Allah. Allah maha adil. Ketika Adam menunggu waktu berlepas, Adam sempat membuka buku nota kuliahnya dahulu yang dia pernah mengaji bersama Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dalam kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini, mestilah kita tanamkan azam bahawa kehidupan kita ini biarlah berjaya sampai ke syurga. Kalau kita berpengaruh, biarlah pengaruh kita itu sampai ke syurga. Kalau kita berpolitik, biarlah politik itu sampai ke syurga. Kalau kita nak berumah tangga, biarlah sampai ke syurga. Kalau kita bekerja, biarlah kerja itu sampai ke syurga. Apa pun kita nak hidup ni sampai ke syurga. Ada juga manusia yang kaya, tapi kayanya itu sampai dunia sahaja. Contohnya Firaun, hidupnya berjaya dunia, tapi akhirat dia tak berjaya sebab nama dia awal-awal lagi digazetkan dalam Alquran sebagai ahli neraka. Kita baca surah Al Masad iaitu surah tabbatyada, surah tu cerita berkaitan Abu Lahab keturunan Arab yang berbaka Quraisy, tetap masuk neraka. Orang yang berjaya dia fikir sampai ke syurga. Bukan setakat dunia sahaja. Tanpa disedari Adam menangis dalam keadaan membaca nota yang ditulisnya itu. Hal ini kerana Tuan Guru telah pun tiada kerana sudah 7 bulan Tuan guru meninggal dunia. Adam mengambil pen di dalam poket bajunya dan menulis pada bawah nota itu 12 Februari 2015 Tuan Guru telah meninggal. Adam bercita-cita untuk mengaji ke Pakistan dan India kerana tempat itulah tempat Tuan Guru mengaji kitab agama.