Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

14
CERPEN : SEBUTIR PASIR DI KAKI (Norhisham Mustafa) Peristiwa Utama Peristiwa Sampingan 1. Fuad marah apabila mengetahui emaknya telah menurunkan cap jari dan menyerahkan tanah pusaka mereka kepada Datuk Sukar. - Fuad menjelaskan bahawa dia tidak memarahi emaknya atas tindakan emaknya itu. - Emak Fuad menangis sambil menerangkan bahawa dia menyangkakan penjualan tanah itu adalah atas persetujuan Fuad. - Fuad tertanya-tanya akan sebab Datuk Sukar mahu mengambil tanahnya dan tidak tanah orang lain. - Fuad mempertikaikan tindakan Datuk Sukar yang mengambil cap jari ibunya ketika dia bercuti di Singapura. - Fuad sembahnyang Maghrib tetapi tidak khusyuk 2. Fuad bersiap-siap untuk ke rumah Datuk Sukar. - Fuad hendak mengambil geran dan membatalkan surat serah kuasa penyerahan tanah itu daripada Datuk Sukar. - Emak menyalahkan Fuad kerana tidak mahu menukar hak milik tanah itu kepada namanya. - Emak menasihati Fuad supaya tidak bertengkar dengan Datuk Sukar. - Emak mengingatkan Fuad tentang Junainah. 3. Fuad mengimbas kembali kenangannya bersama dengan Junainah. - Fuad mempersoalkan kedudukannya dibandingkan dengan kedudukan Junainah sebagai anak orang berada. - Fuad mengingat layanan baik Datuk Sukar dan Datin Sipah terhadapnya 4. Fuad tiba di rumah Datuk Sukar. - Fuad memberitahu Junainah bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Sukar. - Datin Sipah menerangkan bahawa Datuk Sukar pergi menghadiri jamuan. - Junainah memberitahu Fuad bahawa dia mendengar ayahnya menyebut tentang tanah dan tapak kilang. - Fuad memberitahu Datin Sipah masalahnya dengan Datuk Sukar. 5. Datuk Sukar balik - Fuad meminta penerangan Datuk Sukat

Transcript of Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Page 1: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

CERPEN : SEBUTIR PASIR DI KAKI (Norhisham Mustafa)

Peristiwa Utama Peristiwa Sampingan

1. Fuad marah apabila mengetahui emaknya telah menurunkan cap jari dan menyerahkan tanah pusaka mereka kepada Datuk Sukar.

- Fuad menjelaskan bahawa dia tidak memarahi emaknya atas tindakan emaknya itu.

- Emak Fuad menangis sambil menerangkan bahawa dia menyangkakan penjualan tanah itu adalah atas persetujuan Fuad.

- Fuad tertanya-tanya akan sebab Datuk Sukar mahu mengambil tanahnya dan tidak tanah orang lain.

- Fuad mempertikaikan tindakan Datuk Sukar yang mengambil cap jari ibunya ketika dia bercuti di Singapura.

- Fuad sembahnyang Maghrib tetapi tidak khusyuk

2. Fuad bersiap-siap untuk ke rumah Datuk Sukar.

- Fuad hendak mengambil geran dan membatalkan surat serah kuasa penyerahan tanah itu daripada Datuk Sukar.

- Emak menyalahkan Fuad kerana tidak mahu menukar hak milik tanah itu kepada namanya.

- Emak menasihati Fuad supaya tidak bertengkar dengan Datuk Sukar.

- Emak mengingatkan Fuad tentang Junainah.

3. Fuad mengimbas kembali kenangannya bersama dengan Junainah.

- Fuad mempersoalkan kedudukannya dibandingkan dengan kedudukan Junainah sebagai anak orang berada.

- Fuad mengingat layanan baik Datuk Sukar dan Datin Sipah terhadapnya

4. Fuad tiba di rumah Datuk Sukar.

- Fuad memberitahu Junainah bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Sukar.

- Datin Sipah menerangkan bahawa Datuk Sukar pergi menghadiri jamuan.

- Junainah memberitahu Fuad bahawa dia mendengar ayahnya menyebut tentang tanah dan tapak kilang.

- Fuad memberitahu Datin Sipah masalahnya dengan Datuk Sukar.

5. Datuk Sukar balik dari jamuan.

- Fuad meminta penerangan Datuk Sukat tentang tanahnya.

- Datuk Sukar menerangkan sebab tanah Fuad diambil dan projek yang sedang dirancang bersama dengan tauke Ban Heng.

- Fuad berkeras mahu Datuk Sukar mengembalikan geran dan surat serah kuasa tanah itu.- Datuk Sukar mengungkit pertolongan serta

keistimewaan yang telah diberinya kepada Fuad.

6. Fuad meminta Datuk - Datuk Sukar menjadi marah.

Page 2: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Sukar menyerahkan geran tanahnya.

- Datuk Sukar menyerahkan geran tanah kepada Fuad.

- Datuk Sukar menghalau Fuad.

7. Datuk Sukar pengsan. - Datin Sipah memanggil Junainah dan Fuad.- Fuad serba salah sama ada dia boleh masuk ke

rumah Datuk Sukar untuk membghulurkan bantuan kepada Datuk Fuad.

Persoalan (Jadikan ayat-ayat yang lengkap berserta dengan contoh yang sesuai)

- Penindasan golongan kaya terhadap golongan kurang berada/sederhana.- Perbezaan status/kedudukan / pelajaran tidak menghalang golongan

muda menjalin hubungan.- Usaha mempertahankan hak dan tanah pusaka.- Tanah milik orang Melayu yang tergadai oleh sikap bangsa sendiri.- Sikap tamak sehingga sanggup menipu/mengeksploitasi kelemahan

orang lain.- Wang dan pengaruh menjadikan manusia lupa akan dirinya.

Tema cerpen ini ialah ketegasan serta kesungguhan untuk mempertahankan hak terhadap tanah pusaka. Dalam hal ini Fuad telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada jatuh ke tangan Datuk Sukar. Akibat usahanya itu, Fuad telah sanggup berhadapan dengan risiko putus tunang dengan Junainah, anak Datuk Sukar, di samping menerima cemuhan daripada Datuk Sukar.

ZMA/zma/ppkomsas2001

Cerpen : Sebutir Pasir di Kaki

Pemetaan Isi Cerita + Latar + Watak + Persoalan

1

Latar : Di rumah Fuad. Masa : Maghrib

Page 3: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Watak : Emak Fuad dan Fuad

Persoalan : Emak menurunkan cap jari penyerahan tanah mereka kepada Datuk Sukar tanpa pengetahuan Fuad.

Tindakan : 1. Fuad menjadi marah dan mempersoalkan tindakan emaknya. 2. Emak menerangkan sebab dia menurunkan cap jari tanda bersetuju untuk menyerahkan tanah itu kepada Datuk Sukar.

3. Fuad mahu berjumpa dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan geran dan surat serah kuasa tanah itu.

Akibat : 1. Fuad berasa tidak tenteram.2. Fuad tidak khusyuk sembahyang Maghrib.

2.

Latar : Di atas beca. Masa : Waktu malam

Watak : Fuad dan Junainah

Persoalan : Perbezaan taraf dan kedudukan di antara Junainah dengan Fuad.

Tindakan : 1. Fuad mengingat kembali … - hubungannya dengan Junainah.

- peristiwa dia mempersoalkan perbezaan taraf di antara dia dengan Junaidah. - keistimewaan yang diberi dan penerimaan Datuk Sukar dan Datin Sipah terhadap dirinya.

Page 4: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Akibat : Fuad tertanya-tanya tentang reaksi Datuk Sukar apabila beliau mengetahui tujuan Fuad ke rumahnya.

3. Latar : Di banglo Datuk Sukar. Masa : Waktu malam

Watak : Fuad, Datin Sipah dan Junainah.

Persoalan : Datuk Sukar tidak ada di rumah untuk Fuad menyelesaikan urusannya dengan segera.

Tindakan : 1. Fuad menampakkan kemarahannya terhadap Datuk Sukar.2. Fuad menceritakan masalahnya kepada Datin Sipah.3. Junainah memberitahu Fuad tentang Datuk Sukar yang

berbincang tentang tanah dan tapak projek dengan pengusaha kilang dari Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Akibat : Fuad berasa bimbang sekiranya Datuk Sukar sudah menyerahkan tanahnya kepada pengusaha kilang itu.

4.

Latar : Di banglo Datuk Sukar. Masa : Malam, pukul 10.00 lebih

Watak : Fuad, Datuk Sukar, Datin Sipah dan Junainah

Persoalan : Datuk Sukar enggan menyerahkan geran tanah kepada Fuad.

Page 5: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Tindakan : 1. Datuk Sukar menerangkan sebab-sebab tanah Fuad dibeli olehnya. 2. Fuad menerangkan sebab-sebab dia tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Sukar.

4. Fuad meminta Datuk Sukar memulangkan geran tanahnya.5. Datuk Sukar mengungkit pertolongannya kepada Fuad.6. Fuad dan Datuk Sukar berbalah lagi tentang tanah itu.7. Datuk Sukar menyerahkan geran kepada Fuad.8. Fuad mengambil geran itu.

Akibat : 1. Fuad dihalau oleh Datuk Sukar dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah itu lagi.

2. Hubungan Junainah dan Fuad tergugat/ terputus.

ZMA/zma/Ppkomsas2001 Watak dan Perwatakan

WATAK SIKAP/PERLAKUAN CONTOH

1. Fuad-Fuad ialah anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Dia berusia 27 tahun. Dari segi fizikalnya, Fuad bertubuh tinggi jangkung, kulitnya hitam manis. Dia berkelulusan SPM dengan Pangkat 3. Dia adalah pekerja di kilang Datuk Sukar. Fuad ialah tunang kepada Junainah.

- Dia seorang yang tegas / tetap dengan pendirian.

Dia tetap dengan pendiriannya untuk menuntut geran dan surat serah kuasa tanahnya walaupun telah dipujuk oleh Datuk Sukar dengan pelbagai cara supaya dia menjual tanahnya itu.

- Fuad seorang yang tidak mementingkan diri sendiri / tidak tamak akan harta pusaka.

Dia tidak bersetuju emaknya menukarkan nama pemilik tanah pusaka itu kepada namanya kerana dia memikirkan hak abangnya yang juga merupakan anak ibunya.

- Fuad seorang pemuda yang kuat pegangan agamanya.

Fuad patuh menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama iaitu bersembahyang Maghrib walaupun ketika itu dia sedang marah.

- Dia juga seorang yang berpandangan jauh / memiliki semangat

Dia memikirkan kedudukan keluarganya serta orang Melayu yang lain pada masa akan datang

Page 6: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

kebangsaan yang tinggi. sekiranya tanah semua mereka terus diambil oleh orang-orang yang berkuasa dan kaya.

- Fuad seorang yang berani mempertahankan haknya.

Dia berani bersemuka dengan Datuk Sukar , seorang yang berpengaruh dalam masyarakatnya semata-mata untuk mempertahankan haknya terhadap tanah yang dipusakainya.

- Fuad seorang anak yang baik/ menghormati ibunya.

Dia meminta maaf daripada ibunyasebaik-baik sahaja menyedari bahawa dia telah meninggikan suara kepada ibunya.

2. Datuk Sukar

Berusia 50 tahun,Datuk Sukar ialah bapa kepada Junainah dan suami kepada Datin Sipah.Sebagai seorang usahawan yang berjaya, beliau merupakan seorang yang kaya dan berpengaruh .

- Beliau seorang yang cepat naik marah.

Beliau begitu marah apabila Fuad tidak mahu menjualkan tanahnya sehingga beliau sanggup menghalau Fuad dari rumahnya.

- Beliau suka mengambil kesempatan terhadap golongan yang kurang berada.

Beliau menawarkan harga yang tinggi kepada Fuad dalam usaha untuk mendapatkan tanah Fuad. /Beliau telah mengambil kesempatan terhadap Fuad dan orang-orang kampung yang miskin untuk mengambil tanah mereka dengan harga yang murah.

- Beliau seorang yang tidak cerewet dalam memilih menantu.

Beliau sanggup menerima Fuad yang berkelulusan SPM untuk dijodohkan dengan Junainah yang

- Beliau tidak mempunyai kesedaran terhadap nasib bangsanya.

Beliau telah membeli tanah orang-orang kampung untuk dijualkan kepada bangsa asing semata-mata untuk mendapat keuntungan/ wang.

- Beliau seorang yang tidak ikhlas

Beliau mengungkit-ungkit pertolongan yang diberikannya kepada Fuad apabila mendapati Fuad tidak mahu menyerahkan tanah pusaka itu untuk dijual.

Page 7: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

3. Datin Sipah - Beliau seorang yang tidak memandang rendah terhadap golongan yang kurang berada./ tidak sombong.

Beliau tidak memandang rendah terhadap Fuad walaupun Fuad berasal dari keluarga yang kurang berada.

- Datin Sipah seorang ibu yang penyayang dan memahami perasaan anaknya.

Beliau menyetujui pilihan Junainah walaupun Fuad tidak setaraf dengan mereka.

- Beliau juga seorang yang bertimbang rasa.

Beliau tidak menyetujui tindakan suaminya membeli tanah orang-orang kampung untuk dijualkan kepada bangsa asing.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang digambarkan dalam cerpen ini ialah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Selain itu terdapat juga masyarakat Cina . Dari segi status dan kedudukan, terdapat dua golongan masyarakat dalam cerpen ini. Golongan pertama ialah golongan kelas atasan atau golongan yang berada. Mereka tinggal di rumah yang mewah dan besar. Golongan ini diwakili oleh Datuk Sukar dan saudagar Ban Heng. Mereka merupakan golongan peniaga. Manakala golongan yang kedua ialah golongan bawahan yang hidup sederhana. Keluarga Fuad dan orang-orang kampung yang lain adalah termasuk dalam golongan ini. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi pendidikan. Golongan berada mempunyai anak yang berpendidikan tinggi . Hal ini dapat dilihat daripada watak Junainah , anak Datuk Sukar yang berpelajaran tinggi. Manakala Fuad, yang mewakili golongan sederhana hanya berkelulusan SPM Pangkat 3.

Masyarakat dalam cerpen ini tidak memandang darjat dan keturunan. Hal ini dapat dilihat daripada keluarga Datuk Sukar dan Datin Sipah yang berada, telah menerima Fuad yang datang dari keluarga sederhana sebagai bakal menantu mereka . Selain itu, golongan muda dalam cerpen ini kuat pegangan agamanya. Fuad, tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk menunaikan solat walaupun ketika emosinya tidak stabil.

Golongan berada dalam cerpen ini didapati menindas golongan yang kurang berada. Hal ini dapat dilihat daripada perbuatan Datuk Sukar yang mengambil tanah penduduk Melayu yang miskin dengan cara menipu mereka. Golongan muda digambarkan sebagai golongan yang menghormati orang tua. Nilai ini dapat dilihat daripada sikap Fuad yang cepat menyedari kesilapannya meninggikan suara kepada ibunya lalu dengan segera meminta maaf.

Page 8: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

ZMA/zma/2001

Pemetaan Cerita Sebutir Pasir di Kaki

Latar Cerpen

Tempat : Di rumah Fuad Masa : Malam

Watak 1. Fuad2. Datuk Sukar3. Ibu Fuad4. Datin Sipah5. Junainah

PersoalanFuad mahu mendapatkan geran dan surat kuasa penyerahan tanahnya daripada Datuk Sukar.

Tindakan1. Fuad pergi ke rumah Datuk Sukar2. Fuad menunggu Datuk Sukar pulang daripada

menghadiri jamuan.3. Fuad menceritakan tindakan Datuk Sukar

kepada Datin Sipah.4. Fuad berbalah dengan Datuk Sukar tentang

penjualan tanahnya sehingga menyebabkan Datuk Sukar menjadi marah.

KesimpulanFuad berjaya memperjuangkan haknya.Datuk Sukar mengembalikan geran dan surat penyerahan kuasa tanah milik Fuad sekeluarga.

KAEDAH PEMETAAN : NOVEL

Page 9: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Kategori Watak

__________________________________________

Watak utama Watak sampingan

PERWATAKAN

TUK KURA

TUK KURA

Page 10: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

Luaran Dalaman

PEMETAAN ISI CERPEN/NOVEL/DRAMA

TEMPAT WATAK PERISTIWA

Page 11: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

PEMETAAN ISI PUISI : SOALAN DAN PENYOALAN

Page 12: Cerpen-Sebutir Pasir Di Kaki

TUK KURA