Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

6
Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman Sinopsis Mira menerima kiriman surat daripada ibunya.Isi kandungan surat itu membuatkan dia menangis.Isi kandungan surat itu telah menjawab segala persoalan dan pertanyaan Mira selama ini.Mira teringat kembali akan peristiwa pada suatu hari setahun yang lalu.Ibunya memberitahunya bahawa dia dan adiknya akan tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.Mira tidak bersetuju dengan keputusan ibunya itu.Ibu Mira mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk kebaikan Mira dan adik- adiknya.Mira menuduh ibunya tidak menyayanginya dan adik-adiknya lagi. Adik-adik Mira tidak berasa sedih kerana mereka belum tahu akan erti perpisahan.Melihat gelagat Mira dalam kesedihan itu,nenek mengajak Mira menemaninya untuk pergi ke kedai.Menurut nenek,di kedai itu nanti Mira akan dapat berkenalan dengan banyak teman sebaya.Nenek menyuruh Mira memakai tudung semasa hendak keluar ke kedai,kerana menurut nenek,semua anak gadis itu memakai tudung.Di kedai,nenk memperkenalkan Mira dengan Suzana,anak Pak Imam Dolah.Sejak hari itu,Mira telah banyak megenali rakan sebaya dengannya.Rakan-rakan sekolahnya tekun belajar dan mengulangkaji pelajaran.Udara di kampung begitu menyegarkan dan bebas daripada pencemaran udara dan bunyi.Melalui surat itu,ibu memperjelaskan keadaan sebenar akan sebab Mira dan adik-adiknya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya.Antaranya,fator gejala sosial yang hebat malanda masyarakat kota.Inilah yang menghantui dan menakutkan ibu.Pengaruh rakan-rakan sebaya dalam pergaulan seharian,suasana persekitaran adalah antara sebab gejala sosial ini berlaku.Di kampung,corak pergaulan negatif seperti ini belum berlaku.Di kampung,Mira akan mengerti makna kesusahan dan bersyukur dengan apa yang ada.Keadaan ini akan menyebabkan Mira dapat merasai belas dan simpati terhadap orang yang susah.Semua ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah untuk menghadapi apa-apa jua dugaan Allah.Setelah setahun Mira berada di kampung ,ibu Mir berbangga kerana Mira telah menunjukkAN prestasi yang baik.Apa yang dihasratkan oleh ibu

description

Cerpen Warkah Daripada Ibu

Transcript of Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Page 1: Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Sinopsis

Mira menerima kiriman surat daripada ibunya.Isi kandungan surat itu membuatkan dia menangis.Isi kandungan surat itu telah menjawab segala persoalan dan pertanyaan Mira selama ini.Mira teringat kembali akan peristiwa pada suatu hari setahun yang lalu.Ibunya memberitahunya bahawa dia dan adiknya akan tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.Mira tidak bersetuju dengan keputusan ibunya itu.Ibu Mira mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk kebaikan Mira dan adik-adiknya.Mira menuduh ibunya tidak menyayanginya dan adik-adiknya lagi. Adik-adik Mira tidak berasa sedih kerana mereka belum tahu akan erti perpisahan.Melihat gelagat Mira dalam kesedihan itu,nenek mengajak Mira menemaninya untuk pergi ke kedai.Menurut nenek,di kedai itu nanti Mira akan dapat berkenalan dengan banyak teman sebaya.Nenek menyuruh Mira memakai tudung semasa hendak keluar ke kedai,kerana menurut nenek,semua anak gadis itu memakai tudung.Di kedai,nenk memperkenalkan Mira dengan Suzana,anak Pak Imam Dolah.Sejak hari itu,Mira telah banyak megenali rakan sebaya dengannya.Rakan-rakan sekolahnya tekun belajar dan mengulangkaji pelajaran.Udara di kampung begitu menyegarkan dan bebas daripada pencemaran udara dan bunyi.Melalui surat itu,ibu memperjelaskan keadaan sebenar akan sebab Mira dan adik-adiknya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya.Antaranya,fator gejala sosial yang hebat malanda masyarakat kota.Inilah yang menghantui dan menakutkan ibu.Pengaruh rakan-rakan sebaya dalam pergaulan seharian,suasana persekitaran adalah antara sebab gejala sosial ini berlaku.Di kampung,corak pergaulan negatif seperti ini belum berlaku.Di kampung,Mira akan mengerti makna kesusahan dan bersyukur dengan apa yang ada.Keadaan ini akan menyebabkan Mira dapat merasai belas dan simpati terhadap orang yang susah.Semua ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah untuk menghadapi apa-apa jua dugaan Allah.Setelah setahun Mira berada di kampung ,ibu Mir berbangga kerana Mira telah menunjukkAN prestasi yang baik.Apa yang dihasratkan oleh ibu terhadap Mira telah menjadi kenyataan,iaitu Mira telah hampir tamat mengaji al-Quran,menunaikan solat lima waktu,sopan dalam pergaulan,dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.Setelah selesai membaca surat itu untuk kali keduanya,baru Mira faham akan apa yang tersirat selama ini di balik tindakan ibunya menghantar dia dan adik-adiknya tinggal bersama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Page 2: Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Tema

Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa hadapan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.

Persoalan

1. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Contoh: Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.2. Kesediaan anak melepaskan kemewahan yang dikecapi.Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.3. Masalah sosial di bandar.Contoh: Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira diminta oleh nenek memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.

Watak Dan Perwatakan

Watak Utama

Amira

a)Anak sulung daripada tiga beradik.b)Kakak kepada Aidil dan Manja.c)Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.d)Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.e)Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.

Watak Sampingan

Ibu

a)Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.b)Seorang yang lemah lembut.c)Setia kepada suami.d)Merupakan anak tunggal.e)Seorang ibu yang penyayang.

Ayah

a)Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.b)Seorang yang memahami perasaan isteri.c)Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.d)Seorang bapa yang penyayang.

Page 3: Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Nenek

a)Prihatin terhadap anakya.b)Nenek penyayang.c)Nenek meniktiberatkan aspek keagamaan dalam hidupnya.

LatarMasa

1. Waktu malam

a)Ketika Mira dan ahli keluarga bermalam di rumah datuk dan neneknya.

2. Waktu siang

b)Hari ketika ibu Mira bersama-sama anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.

Selain itu, semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.

3. Waktu senja

c)Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.

Tempat

1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu.

a)Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.

2. Di rumah datuk dan nenek Mira.

b)Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.

3. Di kedai Pak Uda Usop.

c)Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.

Masyarakat

1. Masyarakat Bandar.

a)Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.

2. Masyarakat Kampung.

b)Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.

Nilai

1. Nilai kasih sayang

Page 4: Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.

2. Nilai pengorbanan

Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham betapa besarnya pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.

3. Nilai kepatuhan

Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.

Pengajaran

a)Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi.b)Kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan.c)Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Plot

Permulaan

Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.

Perkembangan

Mira dan keluarganya telah bersiap-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulang kaji pelajaran.

Klimaks

Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.

Peleraian

Page 5: Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.