CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek...
Transcript of CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek...
PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI
PEMANAH DI MALAYSIA
CHENG TYEN YEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/17)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI
PEMANAH DI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : CHENG TYEN YEE____ ______ ___ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: Alamat Tetap : 3, TINGKAT PUNGGOK 2, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR TAMAN RASA RIA, 14200 SG. BAKAP. S.P.(S). PULAU PINANG. Tarikh : 18 APRIL 2006 Tarikh : 18 APRIL 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR
Tarikh : APRIL 2006
PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI
PEMANAH DI MALAYSIA
CHENG TYEN YEE
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..............................................
Nama Penulis : CHENG TYEN YEE
Tarikh : APRIL 2006
iv
DEDIKASI
Buat Papa dan Mama yang disayangi dan diingati selalu.
Segala jasa, sokongan dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan.
Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.
v
PENGHARGAAN
Bersyukur yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Tuhan,
maka selesai jua saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, iaitu Dr. Mohad
Anizu Bin Mohd. Nor yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang
tempoh saya menyiapkan laporan projek ini. Berkat sokongan dari beliau maka segala
masalah dapat diatasi.
Ucapan terima kasih buat kesemua jurulatih-jurulatih dan pemanah-pemanah
semasa Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit III 2005 yang telah
memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Tanpa anda semua, projek ini mungkin tidak
akan berjaya.
Ribuan terima kasih juga dituju khas kepada keluarga yang disayangi di atas
sokongan dan galakkan yang tidak berbelah bagi. Dengan adanya semangat yang
diberikan, dapatlah saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, terima kasih di atas
sokongan dan tunjuk ajar anda semua.
Ribuan terima kasih semua.
vi
ABSTRAK
Ketinggian dan berat badan seseorang pemanah boleh mempengaruhinya dalam
mencapai kestabilan badan semasa memanah. Secara langsungnya, ini akan
mempengaruhi pencapaian prestainya. Oleh itu, kajian ini yang berbentuk penyelidikan
korelasi telah dijalankan untuk mengkaji perkaitan di antara “Body Mass Index” (BMI)
dengan pencapaian prestasi pemanah di Malaysia. Seramai 60 pemanah remaja dari
seluruh negeri telah dipilih secara rawak dalam Kejohanan Memanah Remaja
Kebangsaan Sirkit III yang telah diadakan di Penang Free School, Pulau Pinang dari 8
hingga 11hb Disember 2005. Mereka adalah dalam lingkungan umur 12-21 dan telah
melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun. Ukuran ketinggian,
berat badan dan skor prestasi pemanah dicatatkan serta pengiraan BMI juga dilakukan.
Data-data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for
Social Science 12.0” (SPSS). Analisis Korelasi Pearson telah digunakan untuk
menganalisis perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah. Berdasarkan
analisis yang diperolehi, terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor
prestasi. Korelasi adalah signifikan pada aras p≤0.05. Kajian ini telah membuktikan
bahawa wujudnya perkaitan yang positif di antara BMI dengan pencapaian prestasi
pemanah berdasarkan skor prestasi mereka. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini amat
memanfaatkan program “Talent Indentification” (TID) kerana BMI yang dapat
membantu dalam pencapaian prestasi pemanah boleh dijadikan sebagai panduan untuk
mencungkilkan bakat-bakat baru. Kajian ini boleh diteruskan lagi dengan mengkaji
faktor-faktor lain seperti kecergasan fizikal dan mental, daya ketahanan, serta VO2 max
bersama dengan BMI dalam pencapaian prestasi pemanah untuk memantapkan lagi
mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.
vii
ABSTRACT
Height and weight are the factors which can affect the stability of archers during
shooting. This will also affect the performances of the archers. The purpose of this
correlation research was to study the correlation between Body Mass Index (BMI) and
performances of the archers in Malaysia. Sixty young archers from all over the states
were randomly selected during the 3rd Circuit of National Youth Archery Championship
2005 which was held in Penang Free School, Penang, from 8th to 11th of December 2005.
They were in the age group of 12 to 21 years old and who had involved in archery not
more than 5 years. The measurements of the heights and weights were recorded. The
BMI of each archer also had been calculated. To analyze the data, researcher used the
“Statistical Package for Social Science 12.0” (SPSS) software. Pearson Correlation
Analysis was used to analyze the correlation between BMI and the scoring performances.
According to the analysis, there was a significant correlation at the level of p≤0.05. This
research had proven that there was a positive correlation between the BMI and the
archers’ performances according to their scores. As a conclusion, the results from the
research are benefit to the Talent Identification (TID) program because BMI which can
helps in the archers’ performances can be used as a guideline to select the talented
archers. This research can be continued to study more about other factors such as
physical and mental fitness, endurance and VO2 max together with BMI in archers’
performances to improve the qualities of the research in future.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PERNYATAAN TUJUAN TESIS ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Skop Kajian 11
1.6 Persoalan Kajian 12
1.7 Hipotesis Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
ix
1.9 Batasan Kajian 15
1.10 Definisi Operasional 16
1.11 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kajian-kajian Berkaitan 17
2.3 Hukum Pergerakan Newton 18
2.4 Prinsip Daya Melintang dan Menegak 22
2.5 Penutup 24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Pemilihan Subjek 27
3.4 Tempat Kajian 27
3.5 Insturmen Kajian 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisis Data 29
3.8 Penutup 30
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Skor Mentah Kajian 32
4.3 Analisis Deskriptif 34
4.4 Analisis Inferensi 41
4.5 Penutup 42
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan Kajian 43
5.3 Rumusan 47
5.4 Cadangan 48
5.5 Penutup 49
BIBLIOGRAFI 50
LAMPIRAN 52
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 “Body Mass Index” (BMI) 29
3.2 Skor Prestasi 29
4.2 Skor Mentah bagi Kajian yang Telah Dijalankan 32
4.3.1 Taburan Subjek dalam Kajian 34
4.3.2 Taburan Subjek Mengikut Jantina 35
4.3.3 Taburan Subjek Mengikut BMI 35
4.3.4 Taburan Subjek Mengikut Tahap BMI 38
4.3.5 Taburan Subjek Mengikut Skor Prestasi 38
4.3.6 Taburan Subjek Mengikut Tahap Skor Prestasi 41
4.4.1 Perkaitan BMI dengan Skor Prestasi 42
5.1 “Body Mass Index” (BMI) untuk Pemanah 47
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kitaran Memanah dengan Mengaplikasikan Hukum 20
Pergerakan Newton
1.2 Perhubungan Berkadar Langsung 23
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Maklumat Peribadi Pemanah 52
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Memanah merupakan satu aktiviti yang telah dimulai sejak dua pulah ribu tahun
dahulu. Lukisan busur dan anak panah telah dijumpai dalam gua di Valltorta Gorge di
Sepanyol. Busur dan anak panah pernah menjadi salah satu alat yang penting dalam
kehidupan manusia untuk mencari rezeki. Busur telah membantu manusia mahir dalam
memburu. Binatang yang diburu dapat membekalkan bahan mentah seperti kulit dan
tulang untuk perkakasan dan pemakaian serta daging untuk pemakanan. Busur yang
telah direka pada masa itu dapat membayangkan bahan-bahan mentah yang terdapat di
sesuatu kawasan geografik, alat-alat yang digunakan oleh pembuat busur dan tujuan
busur yang digunakan. Sebagai contohnya, busur pendek (short bow) adalah lebih
senang untuk digunakan oleh penunggang di atas kuda atau kereta kuda manakala busur
panjang (long bow) adalah lebih baik untuk panahan target yang berjarak.
Kebangkitan dan kemerosotan sesuatu empayar adalah berkait rapat dengan
busur dan anak panah yang digunakan sebagai senjata. Orang Mesir pertama
mengistiharkan busur sebagai senjata utama dalam peperangan kira-kira 3500 S.M.
Pada masa itu, busur yang digunakan adalah setinggi orang dan hujung anak panah
adalah dibuat daripada batu api atau gangsa. Kira-kira 1800 S.M., orang Asyria telah
memperkenalkan satu rekaan busur baru, iaitu busur yang lebih pendek yang diperbuat
2
daripada kulit binatang, tanduk dan kayu yang melengkung. Busur jenis ini adalah lebih
kuat jika dibandingkan dengan busur yang digunakan oleh orang Mesir dan ia adalah
lebih mudah untuk dikawal oleh penunggang di atas kuda. Penggunaan busur ini telah
memberi kelebihan kepada orang Asyria dalam persaingan timur tengah. Orang Hittite
juga menggunakan busur pendek yang melengkung dan kereta kuda yang cepat dalam
peperangan bergerak kira-kira 1200 S.M.
Kelebihan timur tengah dalam memanah telah berterusan kepada beberapa abad
dan telah menewaskan orang Eropah. Contohnya, walaupun orang Rom dikenali
sebagai askar yang kuat tetapi kemahiran mereka dalam memanah adalah jauh berbeza
daripada Parthian abad ketiga di Asia. Orang Mongol telah menakluki kebanyakan
kawasan Eropah dan peribumi Turki telah berjaya menentang kejahatan salibi kerana
busur melengkung dan teknik memanah yang lebih baik.
Dalam abad ke-11, bangsa Norman telah memajukan satu busur panjang yang
digunakan bersama strategi berperang yang baik untuk menewaskan orang Inggeris
semasa Peperangn Hastings pada 1066 T.M. Selepas itu, orang Inggeris telah
menggunakan busur panjang sebagai senjata utama mereka dan memingkirkan busur
gaya Saxon yang lebih lemah dan kurang ketepatan. Banyak balada telah wujud pada
abad ke-13 dan ke-14, seperti cerita mengenai Robin Hood yang telah membuktikan
kemahiran memanah Inggeris dalam menggunakan busur panjang.
Walaupun nilai busur sebagai senjata peperangan telah merosot dengan cepat
selepas ciptaan senjata api pada abad ke-16, tetapi keseronokan dan cabaran dalam
memanah telah meneruskan kewujudannya sebagai satu sukan. King Henry VIII telah
memajukan memanah sebagai satu sukan di England dengan mengarahkan Sir
Christopher Morris untuk menubuhkan satu persatuan memanah yang bernama “The
Guild of St. Geroge” pada tahun 1537. Rogers Ascham telah menerbitkan satu buku
bertajuk “Toxophilus” pada tahun 1545 untuk mengekalkan pengetahuan semasa dan
minat dalam memanah di kalangan orang Inggeris. Persatuan-persatuan memanah telah
ditubuhkan sepanjang abad ke-16 dan pertandingan yang telah dianjurkan telah
3
mengukuhkan lagi memanah sebagai satu sukan yang bersaing. “The Anciet Scorton
Silver Arrow Contest” merupakan pertandingan memanah yang pertama diadakan di
Yorkshire, England, yang telah diteruskan sehingga hari ini. Penglibatan wanita dalam
pertandingan pertama kali dibenarkan pada tahun 1787.
Di Benua Utara Amerika, orang India bergantung kepada busur dan anak panah
untuk memburu. Busur orang India adalah pendek dan lemah; pemburu terpaksa
mendekati buruan mereka untuk mencapai ketepatan. Sesetengah puak India memburu
dari atas kuda dan ini telah menjadi sejenis permainan mereka. Peneroka Eropah telah
membawa pengetahuan terbaru dalam pembuatan busur dari negara asal mereka dan
mengalakkan minat dalam memanah di Amerika Utara. Kelab memanah yang pertama
ditubuhkan di benua pada tahun 1828 adalah “The United Bowmen of Philadelphia”.
Perang Sivil telah menggiatkan lagi minat memanah di Amerika Syarikat.
Persekutuan yang menang telah melarang bekas askar persekutuan dari menggunakan
senjata api. Terdapat dua orang adik-beradik yang berpengalaman, iaitu Will dan
Maurice Thompson, telah mempelajari memanah di bawah bantuan orang India Florida.
Maurice telah menulis sebuah buku bertajuk “The Witchery of Archery” yang telah
banyak membantu dalam perkembangan memanah ke seluruh negara. Pada tahun 1879,
Persatuan Memanah Negara (National Archery Association) telah ditubuhkan dan
pertandingan peringkat kebangsaan telah mula dipertandingkan. Semangat dalam
memanah padang (field archery) dan memburu dengan menggunakan busur
(bowhunting) telah menggalakkan penubuhan Persatuan Memanah Padang Negara
(National Field Archery Association) pada tahun 1939.
Pada tahun 1900, memanah telah menjadi salah satu acara rasmi yang
dipertandingkan di Olimpik Paris. Ini dapat dikaitkan dengan mitos yang mengatakan
bahawa pengasas Olimpik kuno, Hercules, merupakan seorang pemanah. Memanah
adalah satu acara yang dipertandingkan pada tahun 1904 di Olimpik St. Louis dan di
Olimpik England pada tahun 1908. Walau bagaimanapun, memanah tidak lagi
dipertandingkan sehingga tahun 1920, apabila Olimpik diadakan di Belgium. Semenjak
4
itu, memanah gagal muncul lagi sebagai satu acara di Olimpik yang telah diadakan
selama 52 tahun.
Kegagalan dalam pertandingan memanah di peringkat awal adalah kekurangan
dalam penyelarasan dan penetapan undang-undang. Penganjuran pertandingan
memanah adalah bergantung kepada minat dan kepopularan sukan ini dalam sesuatu
negara. Bagi negara yang tidak minat sukan memanah, sukan ini tidak akan
dipertandingkan. Untuk penganjuran pertandingan memanah yang lebih baik, pemanah
Poland berusaha menubuhkan satu badan pentadbiran antarabangsa pada tahun 1930.
Dengan itu, “Federation Internationale de Tir A L’Arc” yang juga dikenali sebagai FITA
telah ditubuhakan. FITA telah membentukkan undang-undang universal dan
menetepkan pusingan tertentu yang akan dipertandingkan di pertandingan antarabangsa
termasuk Olimpik. Sebagai hasilnya, pertandingan antarabangsa semakin bertambah
dan mendapat sambutan yang baik. Ini telah menyebabkan sukan memanah diterima
semula di sukan Olimpik pada tahun 1972.
Teknikal yang maju dalam busur, rekaan anak panah dan bahan baru yang
tersedia telah meningkatkan ketepatan memanah dan secara lansungnya minat dalam
sukan ini turut ditingkatkan. Terdapat dua perkembangan mempunyai pengaruh yang
besar terhadap sukan memanah. Pada tahun 1946, Doug Easton mengembangkan satu
proses untuk membuat anak panah dengan menggunakan aluminium. Keseragaman
anak panah aluminiun dari segi berat dan kekerasan telah banyak meningkatkan
ketepatan dan minat memanah di kalangan ramai. Pada tahun 1966, H.W. Allen telah
mencipta “compound bow” di Missouri. Busur ini menggunakan takal atau sesondol
eksentrik yang dipasang di kedua-dua hujung busur untuk mengurangkan berat menahan
busur yang mempunyai berat menarik yang tertentu. Jenis busur ini adalah sangat
popular di Amerika Selatan sama ada untuk memanah target dan padang ataupun
memburu.
Memanah sasaran (Target Archery) telah mula popular sejak pemerintahan King
Henry Vlll di England. Pada hari ini, ramai pemanah minat memanah dengan
5
menggunakan “recurve bow” dan “compound bow”. Memanah sasaran dapat
dipertandingkan secara “indoor” atau “outdoor”. Bagi pertandingan “indoor”, biasanya
jarak panahan adalah lebih dekat seperti 30 meter pada satu saiz “target face” dan jarak
tertentu. Setiap pertandingan “outdoor” biasanya dipertandingkan dalam jarak yang
berbeza seperti 30m, 50m, 70m dan 90m bagi lelaki manakala 30m, 50m, 60m dan 70m
bagi wanita. Bagi jarak yang berbeza, saiz “target face” yang berbeza akan digunakan.
Sebanyak 144 batang anak panah harus dilepaskan dengan bilangan anak panah bagi
setiap jarak adalah 36 batang.
Busur “recurve” yang digunakan oleh pemanah dalam pertandingan terdiri
daripada satu pemegang menegak yang diperbuat daripada besi, kebanyakannya adalah
magnesium. “Limbs” busur pula diperbuat daripada komposisi kayu dan kaca gentian,
plastik atau karbon. Satu “sight” telah dipasang di busur untuk “aiming” dan satu atau
lebih “stabilizer” yang dapat mengurangkan kecenderungan busur untuk memusing
kepada paksi menegaknya apabila anak panah dilepaskan.
Anak panah untuk memanah sasaran adalah diperbuat daripada aluminium,
karbon ataupun gabungan kedua-dua bahan ini. Ia adalah dilengkapi dengan satu hujung
keluli yang berbentuk seperti peluru. Bulu burung yang sebenar atau “vanes” plastik
dilekatkan di belakang hujung anak panah. Dalam memanah sasaran yang moden,
semua anak panah pemanah harus sama dari segi saiz, berat dan panjang. Memanah
sasaran adalah dilengkapi dengan peralatan memanah yang canggih.
Walaubagaimanapun ketepatan pemanah baru yang sentiasa berubah adalah lebih
bergantung kepada gaya dan teknik asas daripada bergantung kepada peralatan. Oleh
itu, seorang pemanah yang baru harus sentiasa mementingkan gaya dan teknik asas
memanah untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.
Memanah pada hari ini telah diminati oleh beribu-ribu orang di seluruh dunia.
Malaysia merupakan salah satu negara yang maju dalam sukan memanah. Ini dapat
dibuktikan dengan pencapaian pemanah-pemanah Malaysia yang berjaya memenangi
pingat emas semasa Sukan SEA 2003 di Vietnam dan Sukan SEA 2005 di Filipina serta
6
mencapai prestasi yang membanggakan di pertandingan-pertandingan peringkat
antarabangsa yang telah diadakan di seluruh dunia. Badan kerajaan yang
bertanggungjawab untuk memajukan sukan memanah di negara kita adalah Persatuan
Memanah Kebangsaan Malaysia atau “National Archery Association of Malaysia”
(NAAM) yang dibawah “Federation Internationale de Tir A L’Arc” (FITA) di peringkat
antarabangsa. Usaha-usaha NAAM dapat kita lihat melalui prestasi pemanah-pemanah
Malaysia yang dapat mempersaingkan pemanah-pemanah antarabangsa negara lain dan
kelahiran tunas-tunas pemanah baru yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan di
pertandingan seperti Sukan Malaysia (SUKMA). Oleh itu, semangat positif ini harus
sentiasa diteruskan untuk meningkatkan lagi mutu sukan memanah di negara kita.
1.1 Latar Belakang Masalah
Masih terdapat ramai pemanah tidak sedar bahawa pengagihan dan peletakan
tekanan di bahagian kaki merupakan faktor penting dalam mengimbangi badan dan
boleh menyumbangkan tenaga dengan lakuan yang lebih efisien. Bahagian kaki kita
mengandungi satu per empat daripada jumlah bilangan tulang di badan manusia; setiap
kaki mengandungi 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kaki adalah terdiri
daripada lengkungan tengah, lateral, membujur dan melintang yang menyediakan satu
platform fleksibel untuk menyokong berat badan kita. Oleh itu, berat badan harus
diagihkan dengan sama rata di lengkungan tersebut untuk mengelakkan ketidakstabilan.
Pengagihkan berat badan dan tekanan di kaki yang dicadangkan adalah 60-70%
di bebola kaki dan lebih kurang 30-40% di tumit kaki. Pengagihan berat ini adalah
sangat penting kerana bebola kaki mengawal kestabilan badan dan yang lebih efektif
adalah posisi pusat graviti sedikit ke depan buku lali dan menjauhi tumit dalam cara
berdiri memanah yang betul. Dengan ini, ia dapat membenarkan penghasilan tenaga
yang lebih efisien.
7
Jarak antara kedua-dua belah kaki harus seluas bahu kerana ini dapat
mengagihkan berat badan dalam satu garisan yang lurus melalui sendi-sendi badan dan
mendorong kepada daya yang dimampat. Cara berdiri yang terlalu luas akan
menyebabkan peningkatkan daya pintal di bahagian sendi, di mana ia adalah tidak
efisien dan mempercepatkan lagi keletihan semasa memanah. Sebalikanya, cara
pembukaan kaki yang terlalu sempit akan menyebabkan kewujudan satu platform yang
tidak stabil. Dengan ini, badan pemanah akan bergoyang ke mana-mana arah dan
menghilangkan konsistensinya. Oleh itu, cara berdiri yang terlalu luas atau terlalu
sempit harus dielakkan untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan yang paling
optima semasa memanah.
Sendi lutut adalah pasif dan membentukkan satu hubungan yang kukuh antara
femur (tulang paha) dengan tibia (bahagian kaki di hadapan betis). Lutut merupakan
sendi jenis engsel, pergerakan utama adalah fleksi (membengkokkan) dan ekstensi
(meluruskan). Sebilangan kecil ekstensi berlaku di akhir untuk “menguncikan” lutut dan
di permulaan fleksi untuk “membuka kunci” lutut. Adalah digalakkan bahawa lutut
diekstensikan dengan sepenuhnya, kerana fleksi akan menyebabkan kehilangan
kestabilan dan otot-otot yang cuba mengatasi ketegangan tersebut akan menghadapi
keletihan. Walau bagaimanapun, otot di belakang kaki harus tidak ditegangkan dengan
menghasilkan tegangan yang berlebihan di otot bahagian betis atau paha. Untuk sukan
memanah, otot hamstring (di belakang bahagian atas kaki) yang membengkokkan lutut
dan otot quadriceps (di depan bahagian atas kaki) yang meluruskan otot akan membawa
kelebihan dengan mengimbangi sama rata di kedua-dua kaki untuk membentuk
kestabilan yang kukuh.
Bahagian atas badan harus sejajar dengan bahagian bawah badan. Untuk
mencapai 60/70% - 40/30% pengagihan tekanan di kaki, seluruh badan harus
mencondong sedikit ke depan. Pusat graviti harus ditetapkan di posisi yang sama dan
diletakkan lebih kurang di antara kekura kaki dan sedikit depan di tulang buku lali.
Sternum (tulang dada) harus sentiasa disimpan ke dalam dan turun untuk membenarkan
ruang yang lebih di depan. Bahagian punggung tidak harus dinaikkan kerana ini akan
8
menyebabkan belakang badan membongkok yang akan menolak bahagian dada ke
depan dan sebagai akibatnya pusat graviti akan diubah. Selain daripada itu, ia juga akan
mengurangkan ruang untuk pelepasan tali busur. Kolum vertebra (tulang belakang)
menyokong berat badan dan kepala, oleh itu semasa “anchoring”, tulang rusuk harus
sentiasa dalam keadaan natural. Dengan ini, konfigurasi yang paling kuat dan stabil
dapat disediakan.
Konsistensi segi tiga yang dibentuk oleh kedua-dua bahu dan dagu pemanah
adalah sangat penting untuk mencapai prestasi yang konsisten. Lokasi “bow hand”
(tangan yang memegang busur), dagu, mata, skapula dan siku “drawing arm” (tangan
yang menarik tali busur), jari yang menarik tali busur, pusat graviti dan posisi bahagian
kaki mesti dalam keadaan yang sama dalam setiap panahan untuk mewujudkan
konsistensi. Oleh itu, adalah sangat penting semua komponen badan dibentuk dengan
sekuat yang mungkin secara biomekanik. Ini akan membantu dalam mewujudkan
susunan yang stabil untuk membentuk asas dalam mencapai konsistensi yang penting.
Otot yang kuat terutamnya otot di bahagian atas tubuh badan adalah sangat
penting dalam memanah kerana peningkatan ketahanan otot dapat membenarkan
pemanah menggunakan busur yang mempunyai “poundage” yang lebih berat. Dengan
ini, trajektori anak panah yang dilepaskan adalah lebih lurus. Ketahanan otot yang
tinggi akan menyebabkan sesi latihan adalah lebih lama di mana teknik pemanah tidak
akan ubah dan lemah semasa penat. Walau bagaimanapun, dalam sukan memanah, otot
yang kuat di bahagian kaki juga sangat penting untuk mencapai kestabilan yang paling
maksima semasa pemanah melakukan pergerakan memanah. Otot bahagian kaki yang
kuat dapat menyediakan satu asas yang kukuh kepada setiap panahan.
Postur badan yang konsisten adalah berkait rapat dengan stabiliti. Stabiliti yang
optimum dapat dicapai apabila seseorang mempunyai komposisi badan yang lebih besar
dan lebih berat. Ini dapat dibuktikan melalui graviti. Benda yang lebih berat dan besar
akan mencapai satu stabiliti yang lebih tinggi berbanding dengan benda yang ringan atau
sederhana. Dengan mengaplikasikan konsep ini, seseorang yang lebih berat dapat
9
mencapai stabiliti yang lebih berbanding dengan orang yang mempunyai berat badan
yang rendah. Dalam sukan memanah yang sangat mementingkan kestabilan, secara
langsungnya, pemanah yang mempunyai komposisi badan yang lebih besar dan berat
badan yang lebih tinggi akan mencapai satu kestabilan yang tinggi dan memaparkan satu
postur badan yang lebih konsisten.
1.3 Pernyataan Masalah
Untuk meningkatkan prestasi sukan yang semakin maju di negara kita, pelbagai
usaha telah dijalankan. “Talent Identification (TID)” merupakan satu usaha untuk
pencungkilan bakat-bakat baru dan tunas yang berpotensi dalam sukan. Dalam TID,
calon-calon yang mempunyai kecergasan yang tinggi akan dipilih untuk sukan yang
diceburi masing-masing. Biasanya calon-calon ini mempunyai berat badan dan
ketinggian yang ideal. Seperti sukan lain, calon untuk bakat baru pemanah di negara
kita juga harus seseorang yang mempunyai komposisi badan yang ideal. Pakar-pakar
Kesihatan menggunaan pengukuran saintifik yang dikenali sebagai “Body Mass Index”
(BMI) untuk mengukur sama ada berat badan seseorang ideal atau tidak. Tahap BMI
seseorang dapat dikira dengan menggunakan formula ini:
BMI = Berat badan (kg)
-----------------------
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Buat masa ini, “Talent Identification” (TID) untuk memanah biasanya adalah
melalui Ujian Kecergasan. Walau bagaimanapun, sesuatu faktor penting telah diabaikan
oleh jurulatih-jurulatih dalam TID untuk pemanah, iaitu kestabilan semasa memanah.
Seseorang yang mempunyai BMI yang tinggi (berat yang berlebihan) biasanya akan
disingkirkan daripada dipilih kerana mempunyai kecergasan yang tidak begitu baik jika
dibanding dengan calon yang mempunyai kecergasan yang tinggi. Selain daripada itu,
10
mereka juga mempunyai komposisi badan yang besar dan lambat dari segi ketangkasan
mereka. Tetapi faktor-faktor ini tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk
menyingkirkan mereka daripada diberi peluang sebagai bakat baru kerana memanah
bukan satu sukan yang memerlukan ketangkasan dan golongan yang mempunyai BMI
yang tinggi mempunyai satu kelebihan dalam sukan memanah, iaitu kestabilan. Semasa
memanah, mereka adalah lebih stabil kerana berat badan mereka telah membantu
mereka mencapai keseimbangan dan tidak mudah berubah dari segi pusat graviti
mereka.
Ini dapat dibuktikan di pelbagai pertandingan memanah peringkat sekolah,
MSSM (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia), kebangsaan mahupun antarabangsa,
kita dapat lihat bahawa pemanah-pemanah yang berpontensi biasannya mempunyai BMI
yang lebih tinggi kerana berat badan yang tinggi dapat membantu pemanah untuk
mencapai kestabilan dan keseimbangan untuk setiap panahan. Walaupun pemanah yang
mempunyai BMI yang ideal atau pemanah yang mempunyai BMI yang rendah (kurang
berat) juga mempunyai peluang yang sama untuk menang tetapi pertandingan memanah
yang mewajibkan pemanah melepaskan 36 batang anak panah untuk setiap jarak telah
memberi kelebihan kepada pemanah yang mempunyai BMI yang tinggi kerana mereka
dapat memanah dalam keadaan yang lebih stabil dan konsisten untuk semua panahan
yang dilepaskan. Secara langsungnya, konsistensi setiap anak panah telah membantu
pemanah mencapai skor prestasi yang tinggi.
Konsep BMI yang melibatkan ketinggian dan berat badan seseorang dapat
dijadikan sebagai panduan untuk membuktikan bahawa ketinggian dan berat badan
adalah berkait rapat dengan prestasi pemanah dan dapat mempengaruhi skor prestasi
mereka. Dengan berpandukan BMI, satu panduan BMI yang baru dapat dihasikan khas
untuk pemanah. Dengan ini, jurulatih-jurulatih boleh mendapat satu panduan semasa
TID untuk memilih pemanah yang berpotensi dan sentiasa memastikan pemanah-
pemanah di bawah bimbingan mereka menyedari bahawa komposisi dan berat badan
memainkan peranan yang sangat penting dalam sukan memanah.
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Menguji perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah.
1.4.2 Mengenalpasti jenis perkaitan yang wujud di antara BMI dengan skor prestasi
pemanah.
1.4.3 Mengenalpasti BMI yang ideal untuk pemanah-pemanah di Malaysia.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini melibatkan 60 orang subjek yang merupakan pemanah remaja dari
seluruh negeri di Malaysia. Subjek yang dipilih secara rawak terdiri daripada pemanah-
pemanah remaja lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 12-21 yang telah
melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun. Ukuran ketinggian
dan berat badan serta skor prestasi mereka semasa Kejohanan Memanah Remaja
Kebangsaan Sirkit III 2005, akan dicatatkan. Pengiraan BMI dan penganalisis skor
prestasi akan dilakukan untuk mengkaji perkaitan di antara BMI dengan pencapaian
prestasi pemanah di Malaysia.
12
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah:
1.6.1 Sejauh manakah perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah?
1.6.2 Apakah jenis perkaitan yang wujud di antara BMI dengan skor prestasi
pemanah?
1.6.3 Adakah BMI dapat dijadikan sebagai satu panduan bagi pemanah-pemanah di
Malaysia?
1.7 Hipotesis Kajian
Dalam konteks kajian ini, hipotesis-hipotesisnya adalah seperti berikut:
1.7.1 Hipotesis Alternatif
Terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah.
13
1.7.2 Hipotesis Nul
Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor prestasi
pemanah.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh ketinggian dan berat
badan pemanah di Malaysia dalam pencapaian prestasi mereka. Ukuran ketinggian dan
berat badan boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengkaji tahap BMI yang ideal
untuk pemanah. Antara kepentingan-kepentingan kajian adalah seperti berikut:
1.8.1 Kepentingan Kajian untuk Negara
Kajian ini dapat membantu seseorang jurulatih dalam memilih pemanah yang
berpotensi semasa “Talent Indentification” (TID) atau juga boleh dikenali sabagai Sesi
Pencungkilan Bakat. Bakat-bakat baru yang mempunyai berat badan yang berlebihan
harus diberi peluang untuk dipilih kerana mereka telah dilengkapi dengan potensi yang
semula jadi, iaitu berat badan mereka yang sangat penting untuk kestabilan semasa
memanah. Ketangkasan dan kelajuan bukan satu faktor yang penting dalam pemilihan
bakat-bakat baru dalam sukan memanah kerana sukan memanah merupakan satu sukan
yang pasif dan memerlukan konsistensi sepanjang pertandingan. Dengan ini, kestabilan
dapat membantu seseorang pemanah dalam mencapai keseimbangan badan supaya dapat
melepaskan setiap anak panah dengan tepatnya. Oleh itu, jurulatih harus menyedari
bahawa berat badan juga merupakan faktor penting dalam sukan memanah.
14
1.8.2 Kepentingan Kajian untuk Negeri dan Universiti
Sebelum sesuatu pertandingan yang akan diadakan, setiap negeri atau universiti
akan mengadakan sesi pemilihan pemanah untuk memilih pemanah yang terbaik untuk
mewakili negeri atau universiti masing-masing ke pertandingan tersebut. Dalam sukan
memanah, sesi pemilihannya adalah single FITA, di mana pemanah akan melepaskan 36
batang anak panah untuk setiap jarak dan jumlah jarak yang perlu dilakukan adalah 90m,
70m, 50m dan 30m untuk lelaki manakala 70m, 60m, 50m dan 30m untuk perempuan.
Oleh itu, pemanah harus melakukan setiap panahan dengan tepat supaya dapat
memungut mata yang paling maksimum. Dengan ini, berat badan seseorang pemanah
yang berat dapat membantunya dalam mencapai kestabilan yang konsisten sepanjang
sesi dan secara langsungnya panahan yang dilepaskan adalah tepat untuk mencapai
jumlah markah yang tinggi.
1.8.3 Kepentingan Kajian untuk Pemanah
Sukan memanah merupakan satu sukan individu di mana setiap panahan adalah
dilepaskan oleh pemanah sendiri. Untuk melepaskan semua anak panah dengan
tepatnya, seseorang pemanah harus mencapai konsistensi yang maksimum. Faktor
utama dalam mencapai konsistensi adalah melalui kestabilan badan. Badan pemanah
tidak akan cepat bergoyang dan graviti tidak mudah berubah jika pemanah tersebut
dilengkapi dengan berat badan yang tinggi. Oleh itu, pemanah harus mengetahui
kepentingan BMI dalam mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan mereka dalam
pencapaian prestasi yang lebih tinggi.
15
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:
1.9.1 Kajian ini dilakukan ke atas pemanah-pemanah remaja dari seluruh negeri di
Malaysia untuk melihat perkaitan yang wujud di antara BMI pemanah dengan
pencapaian skor prestasi mereka.
1.9.2 Jadual BMI yang dirujuk adalah BMI khas untuk orang Asia yang disediakan
oleh ”World Health Organization” (WHO).
1.9.3 Segala penilaian adalah berdasarkan skor prestasi pemanah dalam Kejohanan
Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit III yang telah diadakan pada 8 hingga
11hb, Disember 2005, di Penang Free School, Pulau Pinang.
1.9.4 Perbezaan jantina tidak dikaji dalam kajian ini. Penyelidik telah memilih 60
orang subjek secara rawak. Mereka harus dalam lingkungan umur 12-21 dan
telah melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun.
16
1.10 Definisi Operasional
Definisi bagi istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.10.1 Body Mass Index (BMI)
Satu pengukuran saintifik yang digunakan untuk mengukur sama ada berat badan
seseorang ideal atau tidak berdasarkan ukuran ketinggian dan berat badan. Menurut
“World Health Organization” (WHO), tahap BMI yang sihat dan ideal untuk orang Asia
adalah antara 18.5 hingga 22.9. Untuk seseorang yang mempunyai tahap BMI kurang
daripada 18.5, kedudukan berat badannya adalah kurang berat. Untuk tahap BMI di
antara 18.5 hingga 22.9, kedudukan berat badan adalah ideal atau unggul. Seseorang
mempunyai berat yang berlebihan apabila tahap BMI di antara 23.0 hingga 27.4. Selain
daripada itu, obesiti (terlalu berat) berlaku, jika tahap BMI lebih daripada 27.4.
1.11 Penutup
Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan
yang wujud di antara BMI pemanah dengan pencapaian skor prestasi mereka. Perkatian
ini adalah penting untuk membantu dalam meningkatkan mutu sukan memanah di
negara kita. Selain daripada itu, BMI yang khas untuk pemanah juga dapat menjadikan
panduan dalam pemilihan bakat baru dan penyediaan program latihan untuk pemanah.
Dengan ini, secara langsungnya, prestasi pemanah dapat ditingkatkan lagi dan mencapai
pencapaian yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.