CHIA CHONG YANG A143398 - ifolio.ukm.my · Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan...

36
TAJUK: LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DISEDIAKAN OLEH: CHIA CHONG YANG A143398 DISEDIAKAN UNTUK: HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (SET 4) TARIKH: SEMESTAR 2 SESI 2013/2014

Transcript of CHIA CHONG YANG A143398 - ifolio.ukm.my · Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan...

TAJUK:

LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

DISEDIAKAN OLEH:

CHIA CHONG YANG

A143398

DISEDIAKAN UNTUK:

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

(SET 4)

TARIKH:

SEMESTAR 2 SESI 2013/2014

CHIA CHONG YANG A143398

1

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

I PENGENALAN 2

II PEMILIHAN PROJEK 4

III PERANCANGAN PROJEK 5

IV PELAKSANAAN PROJEK 10

V KESAN KEPADA KOMUNITI 15

VI KESAN KEPADA PELAJAR 17

LAMPIRAN I 19

LAMPIRAN II 27

LAMPIRAN III 28

LAMPIRAN IV 32

CHIA CHONG YANG A143398

2

BAB I

PENGENALAN

Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam program yang berasaskan

komuniti (community-based programme). Kursus ini melengkapkan pelajar UKM supaya

mereka mampu berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat. Selain itu, pelajar UKM

dilatih agar peka terhadap permasalahan masyarakat dari semasa ke semasa. Mereka turut

dilatih supaya aktif mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat melalui

kursus tersebut. Pelajar UKM diharap menjadi seorang individu yang mampu berperanan

sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

Kursus ini menyedari pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka kepada

masyarakat. Pelajar perlu sentiasa mengambilberat terhadap segala fenomeno yang berlaku

dalam sesebuah masyarakat di sekeliling mereka. Mereka perlu menjadikan ini sebagai

tanggungjawab mereka sendiri dan bertindak membawa perubahan yang baik terhadap

masyarakat. Selepas pembelajaran kursus ini, pelajar berkeupayaan menghayati dan

mengamalkan nilai-nilai murni secara bermasyarakat terhadap perkara atau orang di

sekeliling mereka. Pelajar perlu meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

dalam suasana pembelajaran yang luwes sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif

dalam masyarakat setempat selepas pembelajaran kursus tersebut.

Demi menyempurnakan projek ini, saya telah merancang aktiviti yang boleh

membawa perubahan dan memberi impak positif kepada masyarakat. Saya memilih dan

menyertai program Pesta Tanglung UKM Ke-34. Program Pesta Tanglung mempunyai misi

untuk memperkenalkan budaya-budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Program tersebut bermatlamat menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum melalui

persefahaman budaya serta memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM dalam kalangan

masyarakat luar. Selain itu, program juga bertujuan menyedari masyarakat kini mengenai

kepentingan untuk mengekalkan sesuatu tradisi kebudayaan yang diwarisi secara turun-

CHIA CHONG YANG A143398

3

temurun dalam kalangan masyarakat. Melalui anjuran pelbagai aktiviti-aktiviti di bawah

program ini, mahasiswa-mahasiswi didedahkan kepada aktiviti kebudayaan yang pelbagai

supaya dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan secara

aktif dalam aktiviti bersifat kebudayaan.

Sehubungan itu, saya telah ditugaskan sebagai AJK Penerbitan dalam program

tersebut. Sebagai ahli program, saya melibatkan diri dan memberikan bantuan dalam pelbagai

aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Contoh aktiviti ialah penyediaan majalah program,

menjadi penolong dalam Karnival anjuran S.J.K (C) Sin Ming, penyediaan Malam

Persembahan Pentas dan sebagainya. Melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut, saya

mampu memperkenalkan budaya Tiong Hua kepada masyarakat luar UKM. Selain itu, saya

berusaha menyampaikan mesej kepentingan mengekalkan tradisi kebudayaan pada zaman

kini kepada masyarakat melalui ajakan untuk menonton persembahan pentas yang diadakan.

Hal demikian disebabkan kami sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk

menanam semangat sebegini dalam kalangan masyarakat dan didapati bahawa cara yang

paling moden serta berkesan adalah melalui persembahan pentas yang diminati oleh

kebanyakkan ahli-ahli komuniti.

Dengan penyertaan program ini, kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban saya

dapat dipertingkatkan.

CHIA CHONG YANG A143398

4

BAB II

PEMILIHAN PROJEK

Nama projek : Program Pesta Tanglung UKM Ke-34 (PTUKM)

No. kelulusan : DN00441/2013

Anjuran : Sekretaria Pesta Tanglung UKM Ke-34

Dengan kerjasama : Pusat Kebudayaan UKM

Anjuran bersama : Artisukma UKM

Tarikh pelaksanaan : 13/06/2013 – 13/12/2013

Tema tahunan : ‘PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEBUDAYAAN’

Jawatan disandang : AJK Penerbitan

CHIA CHONG YANG A143398

5

BAB III

PERANCANGAN PROJEK

Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di Fakulti

Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi:

Memperkenalkan program kepada ahli

Ahli-ahli baru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi kumpulan

seperti bahagian penerbitan, bahagian protokol, bahagian pameran, bahagian kewangan dan

sebagainya. Ahli-ahli akan diperkenalkan maklumat berkenaan dengan program Pesta

Tanglung seperti misi, matlamat, logo, lagu program dan lain-lain.

Menerangkan peranan dan tugasan ahli

Ahli-ahli baru didedahkan kepada penerangan berkaitan dengan tugasan, tanggungjawab dan

peranan yang perlu mereka laksanakan berdasarkan kumpulan mereka. Dengan ini, ahli-ahli

sedar dan faham apakah komitmen yang mereka wajar berikan untuk menjayakan program

tersebut. Selain itu, ahli-ahli didedahkan bahawa mereka memainkan peranan dan

tanggungjawab yang penting dalam menanam semangat cinta akan tradisi kebudayaan dalam

kalangan masyarakat.

Mengeratkan hubungan ahli-ahli

Melalui perjumpaan mingguan, ahli jawatankuasa, ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama saling

berkenalan antara satu sama lain. Ini membantu menwujudkan dan mengeratkan hubungan

tali silaturahim antara mereka. Dengan ini, kerjasama yang berkesan dapat diwujudkan dan

tahap komunikasi antara ahli-ahli juga dapat dipertingkatkan. Ini membantu dalam menjamin

program supaya berjalan lancer dan sempurna atas kerjasama yang diberikan oleh ahli.

CHIA CHONG YANG A143398

6

PERANAN SAYA

Kehadiran

Mesyuarat bahagian diadakan sebanyak 8 kali sepanjang aktiviti dijalankan. Sehubungan itu,

saya telah menghadiri mesyuarat sebanyak 6 kali.

Sumbangan idea

Semasa mesyuarat bahagian dijalankan, saya membantu menjana idea-idea supaya aktiviti

dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sempurna.

Saya membantu mentaksifkan beberapa karangan Bahasa Cina kepada Bahasa

Malaysia. Karangan-karangan tersebut menceritakan pelbagai kaedah tradisi penyambutan

budaya yang berbeza dalam masyarakat Cina bagi Perayaan Pesta Tanglung. Masyarakat

Cina mengamalkan tradisi perayaan yang berbeza berdasarkan kawasan penempatan yang

berlainan. Karangan yang ditaksif akan digunakan dalam menghasilkan majalah cenderamata

dan diberikan kepada penonton-penonton semasa Malam Persembahan Pentas. Majalah yang

dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan Pesta Tanglung UKM kepada

masyarakat luar kampus. Di samping itu, dengan pelbagai karangan yang disertai dalam

majalah, kami berharap ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

untuk mengekalkan tradisi kebudayaan sendiri. Tradisi kebudayaan yang diwarisi oleh nenek

moyang kita amatlah berharga. Kita haruslah mengamalkan warisan dan semangat yang

diwarisi dalam kehidupan seharian kita supaya budaya tersebut dapat diperkembangkan dan

diperkenalkan kepada generasi yang seterusnya.

Saya memberikan idea papan untuk menghasilkan tunjuk jalan yang digunakan ketika

Malam Persembahan Pentas. Papan tunjuk jalan ini digantung di sekitar kawasan UKM sama

ada dalaman atau di luaran kampus untuk memudahkan para hadirin yang datang ke Malam

Persembahan Pentas sampai ke destinasi persembahan, iaitu Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR). Saya memberikan beberapa cadangan dan sokongan terhadap reka bentuk,

isi kandungan dan bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan papan tersebut.

Akhirnya, keputusan dibuat dengan penggabungan idea-idea bernas yang disumbangkan oleh

semua ahli-ahli projek.

CHIA CHONG YANG A143398

7

Penyelesaian masalah

Saya membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi ketika program dijalankan.

Saya bekerjasama dengan AJK lain dalam melaksanakan tugas mentafsirkan karangan

Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu. Semasa kami melakukan tugas, saya mendapati

bahawa rakan saya tidak berapa mahir dalam penguasaan bahasa Melayu. Sebahagian ayat

yang ditafsir mempunyai kesilapan tatabahasa dan sesetengah perkataan Bahasa Melayu yang

digunakan tidak sesuai dalam menyampaikan mesej yang ingin disampai. Oleh itu, saya

berperanan untuk menyemak semula karangan yang ditafsir oleh rakan AJK lain demi

memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan penggunaan perkataaan yang tidak sesuai dalam

karangan yang ditafsirkan. Perkara tersebut amat penting kerana mesej tidak dapat

disampaikan dengan betul dan berkesan jikalau ayat dan perkataan yang digunakan tidak

tepat dalam mesej yang hendak disampaikan.

Selain itu, saya diberikan tanggungjawab untuk bertugas sebagai petunjuk jalan bagi

pemandu kereta yang datang mengunjungi pada Malam Persembahan Pentas. Saya

ditempatkan di rumah pondok pengawai keselamatan yang berdekatan dengan DECTAR

pada Malam Persembahan Pentas. Tugas saya adalah memastikan pengunjung yang datang

menonton persembahan pentas memandu ke jalan yang ditentukan bagi meletakkan

kenderaan mereka dalam tempat letak kereta yang sudah ditetapkan. Perkara sebegini adalah

bagi memastikan kelancaran trafik semasa program dilaksanakan. Saya berusaha menjawab

soalan yang ditujukan oleh pemandu kereta dan menunjukkan jalan yang perlu mereka ikuti.

Komunikasi dengan komuniti

Komunikasi Dalaman

Komunikasi secara dalaman yang wujud dalam program ialah :

Saya didedahkan kepada pelbagai maklumat yang berkaitan dengan program seperti

misi, matlamat, lagu program, logo, peraturan dan sebagainya.

Saya memperkenalkan diri sendiri kepada ahli lain dan berkenal dengan ramai ahli

rakan yang berasal dari fakulti-fakulti yang lain.

CHIA CHONG YANG A143398

8

Saya berbincang dan memberikan sokongan terhadap idea yang disampaikan oleh

ahli-ahli.

Saya menyampaikan idea-idea semasa mesyuarat dijalankan.

Saya berkomunikasi dengan ahli-ahli dalaman kumpulan saya untuk berkongsi

maklumat antara satu sama lain semasa tugas perancangan dibuat.

Saya memberikan motivasi dan galakan kepada rakan kumpulan yang lain supaya

hubungan dieratkan dan tugas disempurnakan.

Saya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara perbincangan antara rakan

kumpulan.

Saya bertanya apabila manghadapi masalah yang sukar ditangani.

Komunikasi Luaran

Komunikasi secara luaran yang wujud dalam program ialah:

Saya berkomunikasi dengan ahli-ahli luaran kumpulan untuk mengkoordinasikan

tugasan yang diberikan.

Saya memberikan motivasi dan galakan kepada rakan kumpulan yang lain supaya

hubungan dieratkan dan tugas disempurnakan.

Saya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara perbincangan antara rakan

kumpulan.

Saya berhubung dengan pihak luar kampus dalam usaha memujuk mereka untuk

membeli tiket Malam Persembahan Pentas.

Saya mempromosikan makanan yang dijual oleh gerai yang saya tugaskan semasa

Karnival S.J.K. (C) Sin Ming kepada pihak luaran.

KERTAS KERJA

Sila rujuk kepada dokumen ‘KERTAS KERJA PTUKM-34’.

CHIA CHONG YANG A143398

9

PEMBUKTIAN

Sila rujuk Lampiran I.

CHIA CHONG YANG A143398

10

BAB IV

PELAKSANAAN PROJEK

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dianjurkan di bawah program tersebut. Antara aktiviti-aktiviti

ialah:

Aktiviti Utama: Malam Persembahan Pentas

Tarikh : 6 Disember 2013

Masa : 7pm -12am

Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR) dan Panggung Seni, UKM

Malam Persembahan Pentas ini juga merupakan aktiviti utama Pesta Tanglung UKM ke-34.

Segala persiapan dalam program ini adalah dilaksanakan oleh mahasiswa-mahasiswi UKM

seperti teknikal, hiasan pentas, pakaian peserta dan juga peserta-peserta persembahan pentas.

Persembahan pentas ini berdasarkan satu konsep yang berkaitan dengan budaya Tiong Hua.

Ini juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Tiong Hwa kepada kaum-kaum lain.

Majlis Pengenalan Pesta Tanglung Kolej Tun Syed Nasyid

Tarikh : 24 September 2013

Masa : 3pm - 9.30pm

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Pesta Tanglung UKM ke-34 kepada mahasiswa-

mahasiswi Kolej Tun Syed Nasyid yang baru memasuki UKM.

CHIA CHONG YANG A143398

11

Majlis Perlancaran Pesta Tanglung UKM ke-34

Tarikh : 27 September 2013

Masa : 7pm -11pm

Tempat : Dewan Gemilang, UKM.

Majlis perlancaran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pesta Tanglung UKM kepada

mahasiswa-mahasiswi yang baru memasuki UKM. Selain itu, program juga bertujuan untuk

mengumunkan penaja-penaja utama dan media-media utama Pesta Tanglung UKM ke-34

kepada masyarakat.

Sesi Temuduga Peserta dan Kem Peserta 1

Tarikh : 1 Oktober 2013

Masa : 8am -6pm

Tempat : Pusanika, UKM.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan minat-minat mahasiswa mahasiswi

dalam bidang lakonan dan tarian. Peserta-peserta yang berjaya dipilah melalui sesi temuduga

ini akan terlibat dalam persembahan pentas Pesta Tanglung UKM ke-34. Barisan jurulatih

adalah diupah daripada Tea Theather.

Temuduga Pengacara Majlis

Tarikh : 15, 16, 17 Oktober 2013

Masa : 5pm – 11pm

Tempat : Bilik kuliah FSSK, Bilik kuliah FEP

Sesi temuduga ini bertujuan untuk memilih Barisan Pengacara Majlis yang berbakat dan

berpotensi untuk menjadi Pengacara Maljis bagi program-program yang akan dijalankan.

CHIA CHONG YANG A143398

12

Kem Peserta 2

Tarikh : 18, 19, 20 Oktober 2013

Masa : 8am – 10pm

Tempat : Pusanika, UKM

Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari. Latihan ini adalah

bertujuan untuk membuat penyediaan untuk Malam Persembahan Pentas.

Kem Peserta 3

Tarikh : 1, 2, 3 November 2013

Masa :8am – 10pm

Tempat :Pusanika ,UKM.

Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari. Kem ini adalah

bertujuan untuk menjalankan Full Rehearsel untuk Malam Persembahan Pentas

Mesyuarat bahagian

Tarikh : 6, 13, 20, 27 Oktober 2013 ;

3, 10, 17, 24 November 2013

Masa :11pm – 2pm

Tempat :Bilik kuliah FEP, Bilik kuliah FSSK, Pusanika.

Mesyuarat Bahagian ini bertujuan untuk menyampaikan infomasi kepada ahli-ahli jawatan

kuasa dan juga menjalankan perbincangan serta Brainstorm

CHIA CHONG YANG A143398

13

Malam Penghargaan

Tarikh : 13 Desember 2013

Masa : 7pm -11pm

Tempat : Dewan Besar Kolej Keris Mas, UKM

Malam Penghargaan bertujuan untuk merayai Pesta Tanglung UKM ke-34 telah berjaya

menjalankan semua aktiviti dan mengenang jasa semua ahli jawatankuasa dan peserta Pesta

Tanglung UKM ke-34.

Karnival Sehati Sejiwa SJK (C) Sin Ming

Tarikh : 10 November 2013

Masa : 8 am – 2 pm

Tempat : SJK (C) Sin Ming

Pesta Tanglung UKM dijemput untuk menjadikan ahli kerja amal demi menjayakan program

Karnival Sehati Sejiwa yang diadakan di SJK (C) Sin Ming.

CHIA CHONG YANG A143398

14

PERANAN SAYA

Semasa pelaksanaan tugasan, saya memberikan sumbangan saya dalam:

Aktiviti Persediaan Malam Persembahan Pentas

Saya melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan bagi Malam Persembahan Pentas di Dewan

Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) selama 3 hari, iaitu dari 4 hingga 6 Disember 2013.

Pembuktian: Sila rujuk Lampiran II.

Aktiviti promosi

Saya memperkenalkan aktiviti-aktiviti PTUKM kepada masyarakat sama ada dalam ataupun

luar kampus dengan pelbagai poster melalui penggunaan media elektronik, Facebook.

Pembuktian: Sila rujuk Lampiran III.

Tugas Taksifan dan Terjemanah

Sebagai ahli kumpulan penerbitan, saya ditugaskan untuk mentaksifkan beberapa artikel

Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan penerbitan majalah program.

Pembuktian: Sila rujuk Lampiran IV.

Tugas Jualan Tiket

Saya membantu mempromosikan dan menjualkan tiket Malam Persembahan Pentas PTUKM

ke-34 yang bakal diadakan pada 6 Disember 2013 kepada pihak luar kampus.

Pembuktian: Sila rujuk Video I.

CHIA CHONG YANG A143398

15

BAB V

KESAN KEPADA KOMUNITI

Selepas pelbagai aktiviti yang dianjurkan, kami mendapati masyarakat kian berubah

dari segi sikap dan perangai mereka.

Masyarakat sedar akan kepentingan untuk mengekalkan tradisi kebudayaan yang

diwarisi. Tradisi kebudayaan yang diwarisi sejak dari zaman nenek moyang kita haruslah

dikekalkan dan diteruskan warisan tersebut kepada generasi muda yang seterusnya. Budaya

ialah asas identiti yang unik bagi sesebuah bangsa. Melalui jalan cerita yang menarik dalam

persembahan pentas, masyarakat sedar terhadap peranan mereka sendiri dalam usaha

mengekalkan tradisi kebudayaan tersebut. Tambahan pula, teknik lakonan yang bagus dan

tarian yang menarik memberikan kesan pengaruh yang amat kuat dalam kalangan penonton.

Mereka sedar, memahami dan mengetahui betapa pentingnya tradisi kebudayaan terhadap

sesebuah bangsa. Tanpa budaya, maka tiadalah bangsa.

Masyarakat lebih peka terhadap ibu bapa mereka. Cerita persembahan pentas

menyampaikan dan menggalakkan semangat taat setia kepada ibu bapa. Ibu bapa merupakan

pihak yang bersusah payah membela, mengasuh dan mendidik kita sejak dari kecil. Mereka

mengambilberat terhadap kita dan mengutamakan kita dalam setiap keputusan yang dibuat.

Oleh yang demikian, kita wajar membalas budi mereka ini selepas kita dewasa. Kita harus

menjaga mereka ketika mereka berusia tua. Taat setia senantiasa kepada ibu bapa sebelum

kita terlambat untuk berbuat demikian seperti yang ditunjukkan dalam cerita.

Selain itu, hubungan kalangan masyarakat dirapatkan dan dipertingkatkan. Pesta

Tanglung UKM telah dijemput untuk menjalankan kerja amal dalam program Karnival Sehati

Sejiwa anjuran SJK (C) Sin Bing. AJK dibahagikan tugas masing-masing seperti membantu

menjaga gerai, mengutip kupon, mengagihkan peralatan yang diperlu, pengerusi acara,

pembantu juri pertandingan dan sebagainya. Melalui program ini, Pesta Tanglung UKM

CHIA CHONG YANG A143398

16

menjalin hubungan yang baik dengan pihak luar. Nama UKM diharumkan dan imej UKM

turut dipertingkatkan.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti Pesta Tanglung memberikan kesan yang positif

kepada masyarakat.

CHIA CHONG YANG A143398

17

BAB V

KESAN KEPADA PELAJAR

Aktiviti-aktiviti Pesta Tanglung telah memberikan pelbagai kesan kepada pelajar,

terutamanya pelajar tahun satu yang baru memasuki ke UKM.

Pelajar yang menyertai program tersebut sedar bahawa semangat bekerjasama yang

baik dapat menjamin kerjayaan sesuatu program. Ahli-ahli baru dibahagikan kepada beberapa

kumpulan mengikut fungsi kumpulan seperti bahagian penerbitan, bahagian protokol,

bahagian pameran, bahagian kewangan dan sebagainya. Setiap kumpulan melaksanakan

tugasan yang diberikan masing-masing. Pembahagian tugasan sebegini menjamin ahli tidak

berasa kabur akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Koordinasi antara

bahagian diadakan melalui mesyuarat supaya tugas dilakukan tidak bertindih dan dapat

dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Kerjasama sebegini menjamin kelancaran

penjalanan program dan ia memang menjimatkan sumber, masa dan tenaga. Pelajar

didedahkan semangat bekerjasama ini semasa pelaksanaan kerja.

Pelajar mengetahui perancangan yang baik menyumbang kepada pelaksanaan

program secara cemerlang. Pelbagai rancangan perlu dilakukan sebelum sesuatu tugas mula

dilaksanakan. Tujuannya adalah bagi memastikan tindakan yang bakal dilakukan adalah

sesuai dan selari dengan matlamat yang ditetapkan. Dalam program yang dijalankan, pelajar

diberikan peluang untuk mengeluarkan cadangan, pendapat, sokogan dan bantahan. Mereka

dilatih supaya aktif dalam menjana dan mengeluarkan idea. Sedikit sedikit lama lama jadi

bukit. Idea-idea yang bernas digabungkan untuk membentuk idea yang terbaik.

Selain itu, pelajar mempelajari semangat tidak berputus asa dan berusaha gigih dalam

mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan. Pelbagai jenis masalah dihadapi oleh pelajar

semasa pelaksanaan program seperti kesuntukkan masa dalam penyediaan program, masalah

pengangkutan, kewangan dan sebagainya. Walaupun pelbagai masalah dihadapi, pelajar

CHIA CHONG YANG A143398

18

wajar menghadapinya secara positif, tidak berputus asas dan berusaha gigih untuk

menanganinya dengan kerjasama daripada rakan kumpulan yang lain. Masalah itu

memanglah bermasalah jika kita melihatnya sebagai masalah. Akan tetapi, jika kita melihat

masalah sebagai peluang atau cabaran dalam kehidupan kita, maka masalah tersebut dapat

diatasi dengan lebih mudahnya.

Aktiviti Pesta Tanglung UKM menyedari pelajar mengenai peranan yang

dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pelajar sedar akan bakat yang ada pada diri mereka

semasa pelaksanaan program. Pelajar perasan bahawa tanggungjawab mereka sebagai

mahasiswa/i perlu memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pelajar perlu bertindak

sebagai agen perubahan yang membawa impak yang positif kepada masyarakat. Di samping

itu, pelajar sedar akan kepentingan tradisi kebudayaan lama yang diwarisi terhadap bangsa

mereka sendiri. Pelajar didedahkan supaya sentiasa peka, mengambilberat dan taat setia

kepada ibu bapa mereka.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti Pesta Tanglung memberikan pelbagai kesan yang

positif kepada pelajar.

CHIA CHONG YANG A143398

19

LAMPIRAN I

Rekod kehadiran mesyuarat bahagian mingguan.

CHIA CHONG YANG A143398

20

Komunikasi Dalaman:

Perjumpaan kali pertama diadakan di Dewan Gemilang pada 24 September 2013 semasa

majlis pelancaran PTUKM ke-34.

Ahli-ahli memperkenalkan diri sendiri dalam kumpulan.

CHIA CHONG YANG A143398

21

Ahli-ahli baru didedahkan kepada lagu program dalam usaha mengenali program di samping

mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Mesyuarat bahagian penerbitan diadakan pada setiap hari Jumaat di FSSK.

CHIA CHONG YANG A143398

22

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program.

Sesi fotografi untuk penyediaan majalah program. Kami berkomunikasi bagi menentukan

bentuk pose yang perlu dibuat semasa sesi penggambaran dilakukan.

CHIA CHONG YANG A143398

23

Komunikasi Luaran:

Saya juga membantu menjual tiket Malam Persembahan Pentas PTUKM kepada pihak luar

kampus. Kami berusaha menyedari masyarakat luaran mengenai semangat yang ingin

disampaikan melalui persembahan, iaitu kepentingan mengekalkan tradi kebudayaan pada

zaman kini.

Saya mempromosi dan menjual ticket bersama dengan rakan sekumpulan saya.

CHIA CHONG YANG A143398

24

Saya beratur di bahagian pendaftaran untuk melaporkan diri semasa Karnival S.J.K.(C) Sin

Ming diadakan.

Saya membantu mempromosikan makanan gerai yang saya tugaskan kepada pihak luar

kampus semasa Karnival S.J.K (C) Sin Ming.

CHIA CHONG YANG A143398

25

Penonton yang datang menyaksi semasa Malam Persembahan Pentas.

Para pelakon yang berusaha menyampaikan semangat dan nilai murni yang baik kepada

penonton melalui lakonan mereka.

CHIA CHONG YANG A143398

26

Penari-penari menyampikan semangat yang ingin disampaikan melalui tarian yang dilatih.

Interaksi antara penari dan pelakon memberikan mampu memberikan pengaruh yang kuat

kepada penonton atas semangat dan mesaj yang ingin disampaikan.

CHIA CHONG YANG A143398

27

LAMPIRAN II

Saya membantu menghasilkan ‘bumbung’ bagi buatan rumah hiasan yang akan dpamerkan

semasa Malam Persembahan Pentas.

Rumah hiasan yang dihasilkan untuk kegunaan pameran semasa Malam Persembahan Pentas.

CHIA CHONG YANG A143398

28

LAMPIRAN III

Bahan promosi bagi Majlis Pelancaran Pesta Tanglung UKM Ke-34.

CHIA CHONG YANG A143398

29

Bahan promosi bagi aktiviti ‘cycling promotion’ untuk PTUKM ke-34.

CHIA CHONG YANG A143398

30

Bahan promosi bagi Malam Persembahan Pentas.

CHIA CHONG YANG A143398

31

Bahan promosi bagi Malam Persembahan Pentas.

CHIA CHONG YANG A143398

32

LAMPIRAN IV

Artikel Bahasa Cina (1):

中秋节: 团圆节之说

中秋节有许多別称:因节期在八月十五,所以称“八月节”、“八月半”;又因主要

活动都是围绕“月”进行的,所以又俗称“月节”、“月夕”;中秋时节月亮圆滿,

象徵团圆,因而又叫“团圆节”。

《西湖游览志余》中说:“八月十五谓中秋,民间以月饼相送,取团圆之意”。《帝

京景物略》中也说:“八月十五祭月,其饼必圆,分瓜必牙错,瓣刻如莲花。……其

有妇归宁者,是日必返夫家,曰团圆节也。”中秋夜,中国大部分地区还有烙“團圓”

的习俗,即烙一种象徵团圆、类似月饼的小饼子,饼内包糖、芝麻、桂花和蔬菜等,

外压月亮、桂树、兔子等图案。

中秋为花好月圆之时,“海上生明月,天涯共此时”,人们由天上的月圆联想到人事

的团圆,因此中秋在古代被视为特别的“团圆节”。宋人的团圆意识已与中秋节令发

生关联,前述宋城市居民阖家共赏圆月,就是体现了这一伦理因素。明清时期,由于

理学的浸染,民间社会乡族观念增强,同时也因为人们在世俗生活中更加认识到家族

社会的力量,因此人们在思想情感上,对家庭更为依恋,并更加重视中秋的团圆意义。

CHIA CHONG YANG A143398

33

Ditaksifkan kepada bahasa Malaysia:

Perayaan Kuih Bulan: Perayaan yang melambangkan semangat ‘Tuan Yuan’ (Reunion)

Dalam erti bahasa Cina, perkataan ‘Perayaan Kuih Bulan’ mempunyai pelbagai jenis sebutan

atau panggilan yang berbeza. Oleh sebab perayaan tersebut diadakan pada 15hb bulan Ogos

mengikut kalender Cina, perayaan tersebut juga dipanggil sebagai ‘Festival Pertengahan

Musim Gugur’. Selain itu, aktiviti-aktiviti perayaan yang dijalankan tersebut amat berkaitan

dengan bulan. Jadi, ia juga boleh disebut sebagai ‘Festival Bulan’. Semasa festival Kuih

Bulan, bulan adalah berada dalam keadaan bulan purnama dan ia menandakan semangat

‘Tuan Yuan’ yang bererti semangat kesepakatan dan kemasyarakatan dalam kekeluargaan.

Oleh yang demikian, perayaan ini juga ditaksif sebagai ‘Perayaan Tuan Yuan’ dalam

kalangan kaum Cina.

Pelbagai penyajak daripada dinasti yang berbeza memberikan erti yang berlainan terhadap

perayaan Kuih Bulan. Akan tetapi, dalam erti-erti yang dikemukakan, kebanyakkan

membawa maksud yang sama, iaitu semangat ‘Tuan Yuan’ perlu diberikan penekanan yang

kuat. Semasa festival Kuih Bulan, kebanyakkan kawasan di negara China mempunyai tradisi

untuk membuat kuih bulan yang menandakan semangat ‘Tuan Yuan’. Kuih bulan dibuat

dengan kandungan gula, bijan, osmanthus, sayur dan sebagainya. Kuih tersebut akan diproses

dalam reka bentuk bulan, cinnamon, arnab dan bentuk-bentuk lain.

Dari zaman dahulu, semangat ‘Tuan Yuan’ dipertekankan sehingga hari ini. Semasa Dinasti

Song, semua ahli dalam sesebuah keluarga akan berkumpul bersama untuk beriadah dan

menikmati suasana perayaan tersebut. Semasa dinasti Ming, dengan pengaruh pelbagai

falsafah, semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan amat dipertekankan pada masa itu.

Masyarakat menyedari akan kekuatan semangat tersebut. Oleh yang demikian, manusia pada

dinasti ini amat menekankan semangat ‘Tuan Yuan’, terutamanya dalam kalangan

kekeluargaan.

CHIA CHONG YANG A143398

34

Artikel Bahasa Cina (2):

烧斗香

“烧斗香”是旧时流行于中国江南地区的“中秋节”斋月礼数。所谓的“斗香”,各

地的习俗不一。有的地方人们糊纸成斗状,灶香于其中,在中秋拜月时设置于香案之

上,用以祀月;有的地方集市的香店用线香扎成斗形,斗中放有香屑,人们买回家中,

于中秋之夜焚于月下,用以祀月;有的地方则以水果及各种食品堆成塔状,或四五层,

或六七层。最上一层裁纸围成斗形,斗旁插两面小旗,内贮香灰,将燃着的线香插入,

以之祀月。

烧塔

中国南方广泛流传着烧瓦子灯(或称烧花塔、烧瓦塔、烧番塔)的习俗。塔高 1 米到

3 米不等,多用碎瓦片砌成。大的塔还要用砖块砌成,顶端留一个口,供投放燃料用。

中秋晚上便点火燃烧,燃料有木,竹,谷壳等,火旺时泼松香粉,引焰助威,场面霎

时四野火红,照耀如昼,极为壮观。广东潮州的烧瓦塔,也是以砖瓦砌成空心塔,填

入树枝烧起火来。同时还燃烟堆,就是将草柴堆成堆,在拜月结束后烧燃。而在广西

边疆一带的烧番塔,亦类似这种活动,但民间传说是为了纪念清代抗法名将刘永福将

逃入塔中的番鬼(法国侵略者)烧死的英勇战斗。

瓦塔形状有“圆形塔”、“方形塔”、“多角形塔”等等,且各有其吉祥寓意,如圆

形塔寓意为“中秋月圆人也圆”,一般有亲人旅外的人家多砌设圆形塔;方形塔状似

田丘,成四方形,寓意四通八达;多角形塔寓意生财多道,生意兴隆。砌塔的工艺也

相当讲究,有密封形,开窗形。开窗形的塔身上的“窗”有方形、菱形、梅花形等等,

千姿百态。塔的顶端是开放式的,像大烟囱,其大小高低也不一而足,矮的有两米多

高,高的有四五米高的,直径从几十厘米到一米多。为了使塔身通风透气和造型美观,

大的瓦塔常是两片瓦片合在一起按“品”字形架放。

至于为什么要烧塔,有各种说法。一种是补天,“至夜炼之达旦,火焰燃烧,火气上

属,无为之赤,是谓之补天”;一种是驱魔,《白蛇传》里小青烧塔驱魔,雷峰塔倒

塌了,白娘子获救;还有驱瘟疫说,逢瘟疫流行年间,民间举行送瘟神出海的活动。

这些都比较可信。另有传说烧塔这种习俗与反抗元兵的义举有关。元朝确立后,对汉

人进行了血腥的统治,于是汉人便进行不屈的反抗,各地相约中秋节起事,在宝塔的

顶层点火为号。类似于峰火台点火起事,这种反抗虽被镇压下去,却遗存了烧宝塔这

一习俗。

CHIA CHONG YANG A143398

35

Ditaksifkan kepada bahasa Melaysia:

Tradisi Menyala Colok ‘Dou Xiang’

Sejak zaman lepas, masyarakat Cina di kawasan Jiangnan mengamalkan suatu tradisi, iaitu

menyala colok ‘Dou Xiang’ semperna perayaan Kuih Bulan. ‘Dou Xiang’ diproses dalam

bentuk yang berbeza mengikut kawasan yang berlainan di negara China masing-masing.

Sebagai contoh, colok diletakkan ke dalam kertas yang dilipat dalam bentuk silinder dalam

pedupaan ketika sembahyang. Selain itu, terdapat kawasan yang mengikat colok dalam

bentuk silinder dan menyalanya ketika sembahyang. Di sesetengah kawasan, ‘Dou Xiang’

diproses dengan menyusun buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dalam bentuk menara

yang bertingkat 4 hingga 7. Semasa sembahyang. colok dinyala di dalam kertas yang

berlipatan bentuk silinder di bahagian tingkat teratas ‘menara’ tersebut.

Tradisi ‘Menara Bakar’

Masyarakat di kawasan selatan negara China mengamalkan tradisi membina ‘menara bakar’

semperna perayaan Kuih Bulan. Menara dibina dengan menggunakan jubin dalam ketinggian

1 hinngga 3 meter. Batu-bata turut digunakan dalam pembinaan menara yang lebih tinggi dan

besar. Satu lubang dibina pada bahagian tertinggi menara tersebut bagi memudahkan bahan

api dimasukkan. Semperna perayaan, menara akan dinyalakan dengan membakar bahan api

seperti kayu, buluh, jerami padi dan sebagainya. Semasa menara membakar, serbuk rosin

ditambah untuk menjadikan api lebih besar. Suasana yang berwarna merah-merahan

menimbulkan suasana yang amat meriah dan terang.

Menara dibina dalam pelbagai jenis reka bentuk yang berlainan seperti bulan, segi empat,

poligon dan lain-lain. Bentuk yang berbeza membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh,

bulat mewakili maksud semangat ‘Tuan Yuan’ (Reunion), segi empat membawa maksud

semoga berjaya manakala poligon bermakna kekayaan. Tingkap menara turut dibina dalam

bentuk yang pelbagai seperti segi empat, poligon, bunga cinquefoil dan sebagainya. Tingkat

teratas menara adalah dalam keadaan terbuka seperti cenrobong.

Kenapa tradisi tersebut diwujudkan? Terdapat beberapa erti pandangan yang berlainan. Ada

pihak yang menyatakan tradisi tersebut diwujudkan pada asalnya adalah bertujuan untuk

menghalau syaitan-syaitan dengan menggunakan api. Ada pula masyarakat dahulu yang

mempercayai bahawa tradisi sebegini dapat membantu membasmi wabak penyakit. Di

samping itu, tradisi tersebut dipercayai berkaitan dengan peristiwa pemberontakan tentera

Yuan.