Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik...

34

Transcript of Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik...

Page 1: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.
Page 2: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

PERSIAPAN HARI RAYA√ Baju kebaya tiga pasang√ Selendang untuk ke kubur dan masjid√ Beg tangan baru√ Kasut baru yang sangat cantik lagivogue

Dsiaah

tearjase

mny

eulimha

stamse

pnaairaniapmeprsaikap

gaunsi

hbailrai

raya semuanya serba sempurna. Baju-baju kebaya sudah siap digantung dalamalmari. Selendang warna putih berlabuci

Cinderella diAidilfitri

Page 3: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

2

itu pula boleh dipadankan dengan warnaketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semuatidak sehebat merenung lama kasut rayatahun ini. Kasut yang diperolehi denganberkat usaha memujuk semanis mulutserta merayu sepenuh jiwa. Hampir satubulan dia menabur kata-kata pujuk rayu.

Segala penat lelah berjaya jugabilamana kasut idaman jenama GUESS byMarciano sudah sah jadi miliknya! Nantibolehlah dia berbangga-bangga sampaikembang-kembang hidung depan ahli TheWannababes yang lain! Ah! Seronoknyaraya kali ini!

Diana merenung lama ke arah wajahibunya, Puan Suraya. Mata pantang

Page 4: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

3

selang lima saat, akan menjeling tajambarang sekali dua. Tak cukup dengan itu,mulutnya muncung boleh disimpul jadiriben hadiah krismas. Wajah Diana benar-benar menunjukkan riak tak puas hati lagimemendam rasa sakit hati!

“Mama…. adik tak mahu ikut!” Buatkali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakanprotes hatinya.

Puan Suraya yang sedang membetul-betulkan selendang di hadapan cerminjadi terkaku seketika. Dia menjeling Dianadaripada biasan imej cermin.

“Adik jangan nak mengada-ngada!Mama kata ikut, ikut sajalah!”

“Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni adasiaran langsung konsert raya Akademi

Page 5: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

4

Fantasia! Please mama!” Diana mencubanasib lagi memujuk.

Diana memang sudah hafal benardengan semua senarai rancangan programTV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00petang ada Chit Chat Istimewa RayaAzwan Ali. Itu salah satu rancangankegemaran Diana.

Pukul 4.00 petang pula ada konsertreunion khas Akademi Fantasia. Semuapelajar dari musim pertama hingga musimkelima akan beraksi. Diana betul- betultak mahu ketinggalan mellihat keletahVince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila.Semua johan pertandingan AkademiFantasia dari musim pertama hinggamusim ke lima akan beraksi. Lebihmenggamatkan suasana, pengacara kekalAF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak

Page 6: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

5

mahu kalah. Aznil sudah mengumumkanmahu menyanyikan dua lagu raya! Mestiketawa tak kering gusi melihat telatahAznil!

Tetapi dalam banyak-banyak, Dianaamat ternanti-nanti kemunculan Dafi yangsangat cute-mute. Diana memang gilakanDafi sejak bermulanya musim kelimaAkademi Fantasia. Malah Diana seringmengingatkan rakan-rakan TheWannababes yang lain supayamemanggilnya dengan nama gelaran baruiaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana- Dafi).Menggedik sungguh!

Diana juga mati-mati tak mahudipanggil dengan gelaran biasanya iaitu‘Di’ seperti kelaziman. Begitulahkroniknya minat dan angau Dianaterhadap Dafi!

Page 7: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

6

Diana terlalu tertunggu-tunggu siarankhas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan diadapat menonton dengan tenang keranasejak mula takbir raya sampai ketengahari, Diana akur dengan semuarencana aktiviti beraya bersama keluarga.Tetapi Diana bagai terkena serangan sakitjantung bila Puan Suraya membuatpengumuman mahu menyambung lagilawatan beraya di rumah datuk dan neneksaudara pula pada sesi petang!

“Adik….dengar cakap mama. Rayacuma setahun sekali. Inilah masanya nakmelawat saudara-mara kita.”

“Tapi mama…. konsert reunion AF punsetahun sekali!” Bibir Diana kelihatansetiap saat makin muncung ke hadapan.

Page 8: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

7

“Kenapa adik asyik pentingkan TV?Sampai di kampung pun ingat nak tengokTV saja!” Puan Suraya menjeling anakbongsunya itu.

“Pagi tadi adik dah ikut lawat ke kubur.Adik pergi semua rumah pakcik-makcik.Petang ni adik nak duduk rumah. Pleasemama.” Diana mencuba nasibnya lagi.

Puan Suraya menghentikan seketikaaktiviti mengoles pemerah pipi pada keduabelah tulang pipinya. Dia merenung lamawajah Diana.

“Adik nak kasut raya mahal, mama dahbelikan. Harga kasut GUESS adik lebihmahal dari harga kasut raya mama. Adikingat lagi janji-janji adik pada mama?”

Diana mengangguk lemah. “Ingat.”

“Apa janjinya?”

Page 9: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

8

“Sepanjang tahun mesti jadi anak yangmendengar kata.”

Puan Suraya tersenyum menang. “Hah!Ingat pun! Mama dah tunaikan permintaanadik nak kasut raya mahal tahun ni. Adikpula mesti tunaikan janji jadi anak yangmendengar kata. Sekarang dengar arahanmama, pergi bersiap. Kita nak ke rumah TokAlang Mat Win.”

Diana mengeluh perlahan. Nampak- nyaDafi kesayangannya terpaksa dikorbankansemata-mata kerana janji- janji terdahuluDiana yang terlalu mahukan kasut GUESS!

Sebenarnya kasut GUESS itu bukanlahdibeli kerana mahu digayakan sewaktu hariraya. Lagipun Diana tahu sangat sepupu-sepupu di kampung semua jenis

Page 10: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

9

tak pandang jenama. Asal cantik di mata,mereka pasti ikhlas memuji. Mereka jugatakkan bersusah payah mahu melihat labeljenama kasut yang letaknya pun di bawahkaki.

Tujuan sebenar Diana mahukan kasutGUESS itu kerana mahu memastikandirinya tidak kalah bergaya jikadibandingkan dengan ahli TheWannababes yang lain. Dia yakinFasharina bt Tan Sri Hisham, ketua TheWannababes akan menggayakan sesuatuyang unik lagi mahal. Shasha naibpresiden The Wannababes juga pastitampil hebat dengan kasut berjenama.Maklum sahaja, Shasha anak bekasmodel terkenal Singapura iaitu Datin RinaKirana. Mudah sahaja bagi Shasha mahumendapatkan segala barangan

Page 11: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

10

berjenama yang dikehendakinya. Linda,Sazzy, Fazura dan Nana juga pastinyamasing-masing bergaya hebat raya tahunini. Diana tidak boleh ketinggalan! Diasalah seorang ahli kumpulan palingpopular di Sekolah Menengah Sri Bangsar.Penampilannya mesti stylo dan setandingahli The Wannababes yang lain!

Ah! Sedihnya terasa menusuk jiwa!

Situasi Diana kini bagaikan ditelan matimak, diluah mati bapak. Jika dia memilihDafi, maka kasut GUESS pasti dalambahaya. Mama mungkin akan menarikbalik kasut tersebut dengan serta-merta.

Jika Diana memilih menyelamatkankasut GUESS, maka hilanglah peluangmahu menyaksikan Dafi beraksi.

Page 12: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

11

Aduh! Pening betul!

“Kenapa adik termenung lagi?Cepatlah siap. Lepas Zohor kita terussambung beraya ke rumah saudara-mara.” Lamunan panjang Diana digangguoleh suara arahan Puan Suraya.

Diana memandang sayu ke arah PuanSuraya. Dia mahu mencuba nasib buat kaliterakhir. “Mama…. adik nak dudukrumah. Nak tengok ASTRO. Bolehlahmama.”

Puan Suraya sekali lagi terhenti darimenyolek wajah. Kali ini matanya lebihtajam merenung. Bibirnya diketap geram.“Asyik-asyik nak tengok ASTRO, naktengok ASTRO…..nak tengok ASTRO!Hari raya pertama pun tak mahu ziarahsaudara-mara sebab nak tengok ASTRO.Jangan sampai balik KL

Page 13: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

12

nanti mama buang kuali ASTRO rumahkita!” Puan Suraya mula mengugut gayamerbahaya.

Diana makin menunduk. Dia tahuharapannya amat tipis. Dia perlumenerima ketentuan takdir, tidak akandapat melihat rancangan TV yang sekianlama dinanti-nanti!

Rumah Tok Ngah dan Nek Senah menjadidestinasi ketiga lawatan hari raya. Rata-rata semua rumah menghidangkan lauk-pauk cap boria belaka. Ketupat, rendang,biskut raya dan sirap.

Diana mengerling ke arah jamtangannya. Sudah pukul 3.45 petang!Bermakna tinggal 15 minit sebelum konsertAF bermula! Keluhan maha berat

Page 14: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

13

dilepaskan. Sudah terikat lagi tersimpulkaki dan tangannya, tidak mampuberbuat apa-apa. Terpaksa membiarkanminit-minit terakhir sebelum rancanganyang dinanti dipancarkan secara langsungke kaca TV. Diana memandang ke arahmama dan papa. Rancak sekali PuanSuraya dan Encik Naimi beramah mesra.Setahun sekali berjumpa, macam-macamgosip jadi topik perbualan.

“Dulu mak kamu tu, bila disuruhmengaji macam-macam alasan diberi.Sakit perutlah, sakit gigilah, sakit kukulah.Liat betul!” Nek Senah mengimbaskembali kisah-kisah lama zaman TokKaduk.

Encik Naimi yang mendengar tergelakbesar. Dia turut menyampuk mengataisteri sendiri. “Sampai sekarang pun

Page 15: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

14

tak berubah, Nek! Bila nak memasak,masa itu jugalah tangan rasa lenguh, lututrasa nak tercabut, badan rasa nakdemam!”

Puan Suraya tersipu-sipu malu bilarahsianya didedahkan. Kakak dan abangDiana turut tergelak kuat. Siapa sangkamama mereka juga kaki putar belit alamwaktu zaman muda remaja! Namun gelaktawa serta gurau senda itu tidak sedikitpun mampu mencairkan muncung kebaltanda tak puas hati Diana. Sesekali diasedar mata Puan Suraya menjelingnyatajam. Bagai memberi peringatan supayamenjaga tingkahlaku ketika di rumahorang. Pasti mama mahu dia berlakonmemaniskan muka di hadapan saudaramara. Diana rasa nak menjerit geram! Dianak balik tengok TV! Membuak-

Page 16: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

15

buak betul kemarahan hinggakan Dianatidak langsung mengucap sepatah kata dirumah saudara-mara yang dilawatinya.Yang penting padanya, hanyalah mahumenyaksikan konsert AF! Memang Dianabetul-betul kena demam kemaruk AF!

4.45 petang. Sudah 45 minit konsertberlangsung. Diana rasa nak tercabutjantung dan sesak nafas bila teringatkanbetapa dia sudah terlepas menyaksikantelatah mencuit hati Aznil Hj Nawawi.Adam mungkin sudah selesai berjogetlambak dengan penuh gaya. Mawimungkin sudah habis menyanyi merdu.Dafi pula sudah pasti tersenyum manismengalahkan madu sepanjang beraksi diatas pentas. Aduh, seksanya!

Page 17: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

16

“Mama….. ada berapa banyak rumahlagi kita nak pergi?” Diana bertanyadalam nada suara bosan yang terlebihdos.

Puan Suraya memandang ke kerusipenumpang bahagian belakang. Dengannada menyindir dia menjawab. “Adabanyak lagi….. dalam 30 buah rumah.”

Terbeliak terbelalak mata Dianamendengar jumlah itu! Takkan sampai 30buah rumah! Dia menjangka mereka akanselesai melawat semua rumah saudarasebelum Maghrib. Paling-paling tidak,sempat juga Diana menonton detik-detikterakhir konsert. Ini tidak! Jika ada 30buah rumah lagi dalamsenarai menunggu, pasti sampai kemalam mereka beraya!

Page 18: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

17

“Mama….kenapa banyak sangatrumah nak dilawat? Adik penatlah!”

“Ini hari raya. Setahun sekali kita jumpasaudara.”

“Tapi adik nak tengok konsert AF!”

“Adik, mana lebih penting…. saudaraatau AF?”

“AF!”

“Adik!” Satu kereta bertempik.

“What?” Selamba sahaja Diana buatmuka tak bersalah. Dia hanyamenyatakan kebenaran. Dia memilihmenonton AF berbanding melawatsaudara-mara pada hari raya pertama.Apa yang salah besar sangat?

Page 19: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

18

Di rumah Pak cik Razak dan Mak cikBibah, Diana tetap keras kepala denganperangainya. Tak peduli langsung nakbermesra. Muka masam macamkedondong. Dia rasa nak mengamukkerana secara rasmi konsert AkademiFantasia sudahpun tamat tepat pukul 6.00petang…. dan Diana tidak dapatmenonton walau sesaat pun rancanganyang dinanti-nantinya itu!

Pak cik Razak dan Mak cik Bibah yangberpangkat dua pupu dengan ibubapaDiana jadi tak menang tangan melayantetamu. Penuh rumahnya diserbu tigakeluarga yang kebetulan datang serentak.Makin seronok Puan Suraya dan EncikNaimi bercerita. Lama sungguh merekaterlekat di rumah Pak cik Razak hinggakantiga keluarga yang datang

Page 20: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

19

sebelum mereka sudahpun beredarpulang.

Akhirnya Puan Suraya mencuit jugapaha Diana ajak meminta diri. Dianabagai robot yang menurut perintah.

Disuruh bangun, dia bangun.

Diperintah bersalam, dia bersalam.

Diana betul-betul macam zombikampung pisang! Dia jadi tidakberperasaan langsung! Sesungguhnya,semangat Diana sudah punah danmusnah.

“Datang KL, singgahlah pula rumahkami di Bangsar.” Puan Suraya denganmanis mulut mengajak hormat. EncikNaimi tidak lupa menyerahkan duit rayakepada anak-anak tuan rumah. Abangdan kakak Diana iaitu Daniel dan Dinaz

Page 21: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

20

juga sempat bersembang pendek dengantuan rumah sebelum meminta diri.Hanya Diana sudah turun ke tanah danmencari kasutnya di balik tangga kayurumah kampung itu.

‘Eh? Mana kasut aku?’

Puas Diana tercari-cari. Namun kasutbaru yang disayangi lagi dibangga-banggakan berjenama GUESS tetap tidakkelihatan langsung!

Dicuba-cuba melihat di belakangtangga. Tiada.

Di laman rumah. Tiada.

Di sebalik semak. Tiada.

Di dalam longkang. Tiada.

Mana pula menghilangnya kasut itu?

Page 22: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

21

“Mama! Kasut adik hilang!” SuaraDiana menjerit kuat! Dia sudah menangisterduduk bawah tangga!

Kasut Diana memang tidak berjayadikesan. Jangkaan awal adalah kasutDiana sudah tertukar dengan kasut tigaahli keluarga lain yang datang berayaserentak di rumah Pak cik Razak. Jikatadi Diana sibuk bising-bising nak balikrumah tengok konsert AF, kali ini Dianasibuk merayu-rayu pula agar ibubapanyapergi ke rumah tiga saudara mara mereka.Dia mahu mendapatkan semula kasutnya.

“Mama….please mama. Jomlah kitapergi cari kasut adik.” Matanya tak henti-henti mengalirkan airmata.

Page 23: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

22

“Nak pergi rumah siapa?” KakaknyaDinaz tiba-tiba menyoal.

“Manalah adik tahu siapa keluargayang beraya dengan kita di rumah Pakcik Razak tadi!” Diana membentakgeram. Kakaknya langsung tak tunjuk rasasimpati, malah macam sengajamenambahkan sakit hati.

“Itulah! Tadi waktu semua orangberkenal-kenalan dan beramah mesra,adik buat tak peduli. Muka muncungmacam tenuk tak cukup makan.” Denganmulut laser, abangnya Daniel pulamenyindir Diana.

“Tadi adik asyik ingat nak tengok AF.”Diana menjawab lemah.

“Hari raya setahun sekali nak kenal-kenal dengan saudara, dia pula asyik

Page 24: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

23

pentingkan AF! Macamlah tak ada siaranulangan.” Kali ini ayah Diana pula iaituEncik Naimi menghulurkan sebutir bomnasihat bercampur sindiran.

“Mama… adik tetap nak cari kasutadik. Adik nak tanya tiga keluarga tadi.Mungkin mereka yang terambil kasut tu.”Diana tahu dia bersalah. Kakaknya Dinazserta abangnya Daniel sudah berkali-kalimenegur sikapnya yang asyik teringat TVdan tak mahu melayan saudara-mara.Ayahnya Encik Naimi pula jenis orangyang jarang membuka mulut mahumenegur, tetapi jika sudah melampaupasti Diana teruk ditegur!

“Sekarang mama nak tanya adik. Siapatiga saudara kita yang terserempak sama-sama beraya di rumah Pak cik Razak tadi?Kalau tak ingat, kita tak payah cari kasut

Page 25: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

24

tu.” Soalan Puan Suraya mirip soalan kuiz.Tidak langsung menunjukkan belas jugakasihan.

“Adik tak ingat! Ramai sangat!” SuaraDiana kedengaran panik.

Memang terlalu ramai manusia yangberaya di rumah Pak cik Razak. Mukamemang tak cam. Nama langsung takingat. Riuhnya tadi di rumah Pak cikRazak macam ada pasar borong. MustahilDiana boleh mengingat kembali nama-nama saudaranya!

“Tiga keluarga pun takkan tak bolehingat!” Puan Suraya mengasak danmendera lagi dengan sindiran.

Diana menggeleng lemah. Dia memangtak ingat langsung nama tiga keluarga itu.

Page 26: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

25

“Tadi macam kera sumbang. Sombongsangat. Dengan saudara mara taknakbertegur sapa. Sekarang…. bila dahtersepit, baru terkial-kial nak carisaudara!” Encik Naimi pulamenghadiahkan satu das lagi semburansindiran pedas cap cili padi!

Diana terkebil-kebil. Tiada jawapanmahu membela diri. Itu memang silapnya.Seharian beraya ke rumah saudara mara,mulut Diana macam ada emas. Berat benarnak bertegur sapa apatah lagi mahumeramah mesra dengan saudara. Padahalhari raya setahun sekali. Balik kampungjarang sekali. Diana buat tak peduli dengansemua itu. Yang dipentingkan sangatadalah rancangan TV kegemarannya itu.Rancangan yang pasti akan ada siaran

Page 27: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

26

ulang tayang. Dan kini mahukah saudaramaranya menolong mencari kasut Dianasetelah senyuman yang dihulur, jelingansombong yang dibalas?

Puan Suraya dan Encik Naimi tidaklangsung boleh dipujuk-pujuk. Merekatetap dengan keputusan tidak akanmembantu mencari kasut Diana. Jikamahu, Diana perlu mencarinya sendiriesok hari. Itupun Diana disuruh mencarinama-nama saudara mereka.

Nampak gaya, esok pagi-pagi lagiDiana perlu membuat kajian dantemuramah eksklusif dengan Pak cikRazak. Dia perlu tahu siapa tiga keluargayang mungkin tertukar kasut dengannya.

Page 28: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

27

Mulut Diana senyap sunyi sepanjangperjalanan balik ke rumah. Jika kasutGUESS itu hilang, tidak dapatlah dia nakbuat sesi tunjuk-menunjuk dengan kawan-kawan di Sekolah Menengah Sri Bangsar.Dia juga tidak dapat menayang-nayangpada Fasha, Shasha, Sazzy, Linda, Fazuradan Nana… enam geng kamcengnyadalam kumpulan The Wannababes! Sedihsungguh!

Kereta yang dipandu ayah Dianaperlahan-lahan memasuki laman rumahkampung milik moyang mereka. Ketika itukelihatan seorang lelakiduduk di atas tangga kayu di hadapanrumah.

“Siapa pula tu, bang?” Puan Surayamemuncungkan bibir menunjuk ke arah

Page 29: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

28

objek yang jadi macam penunggu depanrumah.

Encik Naimi menggeleng. “Entahlah.Setahu abang, semua orang keluarberaya.”

Sebaik sahaja kereta diberhentikan,budak lelaki itu terus datang mendekati.

“Assalamualaikum Mak cik Suraya. SayaDani. Anak Pak cik Razak.”

“Oh! Dani! Buat apa di sini? Nak datangberaya di rumah kami pula?” Puan Surayatersenyum mesra menyambut kedatangantetamu tak diduga itu.

“Sebenarnya, saya datang bawakankasut Diana yang tertinggal.” Tanganlelaki itu menjimbit sepasang kasutjenama GUESS milik Diana. Diana

Page 30: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

29

terlopong terkejut beruk memandanglelaki itu.

“Minta maaflah kalau Diana tercari-cari kasut ni. Tadi saya tolong basuhkan.Terkena tahi ayam. Maklumlah, ayamkampung ni tak berdisiplin. Bukan bolehbezakan kasut mahal dengan seliparjepun! Itu yang merata dibelasahnyasemua kasut-kasut tak kira mahal ataumurah! Maafkan ayam saya ya?” Danidengan hormat menghulurkan kasutkesayangan Diana.

Diana jadi terkaku. Tak sangka betullelaki seperti Dani sanggup mahumembasuh kasutnya. Sudahlah Dani yangberdiri di hadapan itu sungguh drop deadhandsome! Pendek kata Dani itu seirasbenar dengan Dafi…. penyanyi AF yangdiminatinya separuh mati!

Page 31: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

30

Bertuahnya Diana! Dani remajakampung di hadapannya itu lebih kacakdari Fahrin dan lebih manis dari TengkuAffin, dua pelajar lelaki paling popular diSekolah Menengah Sri Bangsar! Geng TheWannababes lain mesti pengsan-pengsancemburu bila melihat Diana dapatberkenalan dengan Dani…. lelaki yangkacaknya setaraf Dafi peserta AkademiFantasia!

Siapa sangka, berkat kasutnya Dianadapat bertemu dengan hero kampungyang kacak lagi sasa. Macam nasib siCinderella yang bertemu putera idaman dimajlis tari menari, Diana pulaberjumpa bakal cinta hati di hari raya!Mujur juga Diana ikut beraya ke rumahPak cik Razak. Jika Diana duduk rumahmenonton konsert Akademi Fantasia,

Page 32: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Cinderella di Aidilfitri

31

pasti tidak dapat kesempatan berkenalandengan Dani!

Diana bernekad dalam hati tidak mahusombong-sombong lagi dengan saudara-mara di kampung lebih-lebih lagi dengankeluarga Pak cik Razak. Maklumlah Pak cikRazak ada potensi jadi bakal bapa mertuadi masa hadapan.Diana juga sudah berura-ura mahumenukar nama gelaran semasanya iaituDiFi menjadi DiNi (gabungan namaDiana-Dani)

“Awak? Awak taknak ambil kasut nisebab takut masih ada bau tahi ayam ya?Janganlah risau, saya dah basuh bersih-bersih.” Pertanyaan Dani mengacauangan-angan indah Diana.

“Eh! Taklah! Saya nak kasut ni….walaupun dah terkena tahi ayam.” Diana

Page 33: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.

Ain Maisarah

32

cepat-cepat menyambut kasut yangdihulur.

Dani tersenyum memandang ke arahDiana. Lama mata mereka bertaut.Bagai prince charmingyang jatuh cintapandang pertama kepada Cinderellanya.

~ TAMAT ~

Page 34: Cinderella di Aidilfitri rev - BLINK BLINK...mama dan papa. Rancak sekali Puan Suraya dan Encik Naimi beramah mesra. Setahun sekali berjumpa, macam-macam gosip jadi topik perbualan.