Cintai Sg Padas

3
UCAPAN YB TAN SRI CHONG KAH KIAT, MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SEMPENA PELANCARAN KEMPEN CINTAI SUNGAI PADAS PADA 18 JANUARI 2006 JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI NANGKABANGAN, TENOM (TEKS UCAPAN AKAN DISAMPAIKAN OLEH YB DATUK RADIN MALLEH, ADUN N.35 MELALAP MERANGKAP PEMBANTU MENTERI KEPADA KETUA MENTERI) Salutations:- Salam sejahtera dan Selamat pagi kepada para hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa sukacita dan bertuah kerana dapat bersama- sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang mulia ini sempena dengan Majlis Pelancaran Kempen Cintai Sungai Padas. Saya juga merakamkan setinggi- tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur, khususnya kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) selaku penaja utama kempen, ke atas usaha menganjurkan kempen ini. Penganjuran kempen Cintai Sungai Padas, iaitu satu program kemasyarakatan yang bertujuan untuk memulihara dan menjaga kebersihan Sungai Padas, hasil kerjasama antara SESB dengan Pejabat Daerah Tenom serta jabatan/agensi kerajaan dan pihak swasta lain di daerah Tenom, amat tepat masanya. Saya juga amat gembira dan terharu melihat kehadiran saudara-saudari sekalian dalam majlis ini kerana saya yakin kehadiran saudara-saudari bukan sahaja melambangkan keprihatinan tetapi melambangkan komitmen kita semua kepada kepentingan pemeliharaan alam sekitar, khususnya penjagaan kebersihan sungai-sungai di negeri ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Isu alam sekitar, khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai adalah antara cabaran-cabaran alam sekitar yang perlu dihadapi dan ditangani oleh generasi masa kini dan akan datang. Pencemaran sungai merupakan satu isu kritikal yang seringkali diperkatakan dan menjadi masalah bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara dan kawasan serantau. Kerajaan memang sentiasa berusaha mengambil pelbagai langkah dan tindakan wajar untuk memastikan keadaan persekitaran, khususnya kebersihan sungai, terjaga. Namun akibat sifat sesetengah golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab, kita masih menghadapi pelbagai masalah pencemaran sungai. Pencemaran bukan sahaja berpunca daripada aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian dan pembalakkan yang tidak mesra alam tetapi pencemaran juga berpunca daripada aktiviti-aktiviti penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sepanjang sungai yang masih menjadikan sungai sebagai tempat pelupusan sampah-sarap. Pencemaran sungai bukan sahaja mengakibatkan ketidak selesaan tetapi boleh memudaratkan kesihatan, khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal disepanjang sungai yang tercemar. Ini disebabkan masih banyak kawasan perkampungan yang bergantung kepada sungai-sungai bukan sahaja untuk sumber air tetapi untuk sumber makanan dan pendapatan.

description

artikel

Transcript of Cintai Sg Padas

Page 1: Cintai Sg Padas

UCAPAN YB TAN SRI CHONG KAH KIAT, MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SEMPENA PELANCARAN KEMPEN CINTAI SUNGAI PADAS PADA 18 JANUARI 2006 JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI NANGKABANGAN, TENOM

(TEKS UCAPAN AKAN DISAMPAIKAN OLEH YB DATUK RADIN MALLEH, ADUN N.35 MELALAP MERANGKAP PEMBANTU MENTERI KEPADA KETUA MENTERI)

Salutations:-

Salam sejahtera dan Selamat pagi kepada para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa sukacita dan bertuah kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari yang mulia ini sempena dengan Majlis Pelancaran Kempen Cintai Sungai Padas. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur, khususnya kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) selaku penaja utama kempen, ke atas usaha menganjurkan kempen ini.

Penganjuran kempen Cintai Sungai Padas, iaitu satu program kemasyarakatan yang bertujuan untuk memulihara dan menjaga kebersihan Sungai Padas, hasil kerjasama antara SESB dengan Pejabat Daerah Tenom serta jabatan/agensi kerajaan dan pihak swasta lain di daerah Tenom, amat tepat masanya. Saya juga amat gembira dan terharu melihat kehadiran saudara-saudari sekalian dalam majlis ini kerana saya yakin kehadiran saudara-saudari bukan sahaja melambangkan keprihatinan tetapi melambangkan komitmen kita semua kepada kepentingan pemeliharaan alam sekitar, khususnya penjagaan kebersihan sungai-sungai di negeri ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Isu alam sekitar, khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai adalah antara cabaran-cabaran alam sekitar yang perlu dihadapi dan ditangani oleh generasi masa kini dan akan datang. Pencemaran sungai merupakan satu isu kritikal yang seringkali diperkatakan dan menjadi masalah bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara dan kawasan serantau.

Kerajaan memang sentiasa berusaha mengambil pelbagai langkah dan tindakan wajar untuk memastikan keadaan persekitaran, khususnya kebersihan sungai, terjaga. Namun akibat sifat sesetengah golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab, kita masih menghadapi pelbagai masalah pencemaran sungai. Pencemaran bukan sahaja berpunca daripada aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian dan pembalakkan yang tidak mesra alam tetapi pencemaran juga berpunca daripada aktiviti-aktiviti penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sepanjang sungai yang masih menjadikan sungai sebagai tempat pelupusan sampah-sarap. Pencemaran sungai bukan sahaja mengakibatkan ketidak selesaan tetapi boleh memudaratkan kesihatan, khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal disepanjang sungai yang tercemar. Ini disebabkan masih banyak kawasan perkampungan yang bergantung kepada sungai-sungai bukan sahaja untuk sumber air tetapi untuk sumber makanan dan pendapatan.

Page 2: Cintai Sg Padas

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk menangani masalah pencemaran sungai ini, pendekatan bersepadu serta penglibatan semua pihak dalam mengadakan program-program pemuliharaan sungai dan alam sekitar adalah dialu-alukan dan diperlukan. Justeru itu, usaha SESB, sebagai sebuah badan korporat dalam pemuliharaan sungai di negeri ini amat dihargai.

Kempen Cintai Sungai Padas adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat umum tentang pentingnya memelihara kebersihan dan kualiti air sungai. Kempen ini yang bertemakan “Sungaiku Terangi Hidup ku” juga amat bertepatan dan dialu-alukan kerana sungai Padas merupakan salah satu sungai yang amat penting kepada negeri Sabah dan rakyatnya, khususnya sumbangan sungai ini dalam pembangunan sosio ekonomi negeri Sabah.

Saya difahamkan seramai 46,833 orang penduduk dari lapan (8) buah mukim menggunakan sungai ini sebagai sumber air dan tempat mencari rezeki. Sungai Padas juga bukan sahaja habitat kepada pelbagai spesis ikan air tawar yang menjadi makanan dan sumber pendapatan penduduk kampung di sepanjang sungai ini tetapi sungai Padas juga merupakan sumber air kepada kawasan ini. Selain daripada itu, sungai Padas juga bukan sahaja merupakan sumber bekalan tenaga letrik hidro untuk beberapa daerah di Sabah tetapi ia juga merupakan destinasi pelancongan yang amat popular khususnya dikalangan pelancong yang mengemari aktiviti lasak seperti white water rafting

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Tanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan kualiti air sungai-sungai di negeri ini adalah tanggungjawab kita bersama. Justeru itu, saya berharap keprihatinan dan usaha SESB dalam menaja program Kempen Cintai Sungai Padas akan dicontohi oleh golongan korporat yang lain agar pemeliharaan alam sekitar, khususnya penjagaan dan pemuliharaan kualiti sungai, dapat dilaksanakan secara berterusan. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar ianya dapat dilaksanakan secara berterusan demi kepentingan dan kesejahteraan hidup generasi masa kini dan akan datang.

Saya yakin banyak isu-isu alam sekitar akan dapat ditangani dengan berkesan melalui pendekatan mewujudkan serta meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat setempat. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan dan perlindungan alam sekitar tetapi juga dapat mengurangkan ataupun mengelakkan perbelanjaan kerajaan untuk pemulihan kerosakan atau pencemaran ke atas alam sekitar kita. Untuk memastikan usaha-usaha tersebut berkesan dalam jangka masa panjang, program kesedaran ini perlu diadakan secara berterusan serta melibatkan masyarakat setempat. Selain daripada itu, perkongsian bijak dengan pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) juga boleh membantu kita dalam menangani isu-isu alam sekitar. Ini kerana banyak perkara yang sukar dilaksanakan oleh pihak kerajaan boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta dan NGOs memandangankan mereka ini berkemampuan dari segi tenaga dan kewangan.

Page 3: Cintai Sg Padas

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, atas usaha menganjurkan kempen ini. Saya berharap kempen ini akan dijadikan sebagai landasan bukan sahaja untuk menyedarkan masyarakat setempat akan pentingnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai tetapi ia juga akan dapat memantapkan lagi pengurusan alam sekitar di Sabah amnya dan di daerah Tenom khasnya.

Dengan kata-kata demikian, saya dengan segala sukacitanya melancarkan Kempen Cintai Sungai Padas. Sekian terima kasih.