CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN...

11

Click here to load reader

description

CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

Transcript of CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN...

Page 1: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

OLEH :

JAMES ANAK DUYUN

PISMK KPM - OUM

Page 2: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

PENGENALAN Apa yang hendak dikaji ?

Ciri – ciri reaksi pelajar terhadap penggunaan komputer untuk subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.

Soalan kajian ?

Apakah ciri – ciri reaksi pelajar yang paling menonjol mengenai penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4 ?

Kepentingan kajian ?

Membuka mata serta minda pihak kementerian atau pihak kerajaan mengenai kepentingan penerapan komputer ke atas mana – mana subjek yang minor atau elektif.

Batasan kajian ?

Tertumpu kepada subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4 sahaja.

Page 3: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

TINJAUAN LITERATURA. Kajian-kajian Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Massoud ( 1991 ) menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara sikap dan penggunaan komputer pelajar – pelajar. Pelajar yang mempunyai literasi komputer yang tinggi akan bersikap lebih positif terhadap penggunaan komputer.

B. Kesan - Kesan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Patterson dan Patterson ( 2000 ) menyatakan bahawa PBK memberi kesan positif kepada pelajar. Antaranya ialah pembelajaran melalui PBK berlaku dengan lebih cepat dan pencapaian pelajar adalah lebih baik. Selain itu, pelajar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap PBK dan ekoran daripada itu, motivasi, tumpuan dan kehadiran pelajar semakin meningkat.

Gleason ( 1999 ) melaporkan bahawa terdapat beberapa kelebihan dan kesan positif PBK iaitu PBK dapat digunakan dengan jayanya untuk membantu pelajar dalam mencapai beberapa objektif pelajaran. Kedua, PBK dapat membuatkan pelajar merasakan keseronokkan di dalam subjek yang di ajar dan ketiga pelajar dapat menyimpan dan mengingat maklumat, konsep atau bahan pembelajaran dengan lebih baik selepas menggunakan PBK.

Bass, Ries dan Sharpe ( 1986 ) merumuskan bahawa CAL ( Computer Assissted Learning ) adalah sama atau lebih baik daripada menggunakan pengajaran tradisional, dan sikap positif yang lebih tinggi telah dibentuk seperti minat terhadap pembelajaran dan reaksi – reaksi pelajar.

Page 4: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian

Berbentuk kajian kualitatif

Sampel

Murid – murid Tahun 4 yang terdiri daripada 1 kelas sahaja

Seramai 51 peserta sahaja

• Instrumen kajian

Terbagi kepada 3 bahagian iaitu :

Bahagian A : Maklumat peribadi peserta

Bahagian B : Borang refleksi berskala

Bahagian C : Borang pemerhatian

Page 5: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

HASIL KAJIAN Hasil dapatan berdasarkan borang refleksi berskala

Berdasarkan borang refleksi berskala yang telah diedarkan oleh pengkaji kepada peserta, pengkaji mendapati bahawa seramai 47 peserta yang menandakan skala 5 (SS – Sangat Setuju) pada soalan nombor 1(a), 1(b) & 1(c) iaitu :

“1(a) Saya berasa amat seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan diajar dengan menggunakan komputer.”

“1(b) Saya seronok kerana grafik, animasi serta perisian yang digunakan oleh guru amat menarik.”

“1(c) Saya mahu penggunaan komputer di dalam subjek ini diteruskan di kelas yang akan datang.”

Menggunakan peserta yang sama seramai 51 peserta, seramai 2 orang peserta sahaja menandakan jawapan pada skala 5 ( SS – Sangat Setuju ) pada soalan nombor 2 iaitu :

“2(a) Saya berasa amat bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan diajar dengan menggunakan komputer”.

“2(b) Saya berasa bosan kerana penggunaan grafik, animasi serta perisian yang digunakan oleh guru tidak menarik dan terlalu biasa.”

“2(c) Saya tidak mahu penggunaan komputer digunakan di dalam subjek ini di kelas yang akan datang.”

Page 6: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

Menggunakan peserta yang sama juga iaitu seramai 51 peserta, didapati 2 peserta menandakan jawapan berskala 5 ( SS – Sangat Setuju ) pada soalan nombor 3 yang berbentuk:

“Saya rasa pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dengan menggunakan komputer atau tidak menggunakan komputer tidak memberi masalah kepada

saya.”

Berdasarkan borang refleksi berskala tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti terdapat 3 kelompok yang berbeza yang menunjukkan ciri – ciri reaksi yang berbeza. Dari 51 peserta, hanya 47 peserta yang berasa seronok menggunakan komputer. Manakala hanya 2 orang peserta sahaja yang berasa bosan dengan penggunaan komputer sewaktu proses P&P dijalankan oleh pengkaji dan terdapat 2 peserta juga yang bersifat neutral terhadap penggunaan komputer sewaktu proses P&P di dalam kelas.

Page 7: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

Hasil dapatan berdasarkan borang pemerhatian berskala

Pemerhatian pengkajian berdasarkan aspek penglibatan pelajar di dalam kelas sewaktu penggunaan komputer digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji dapat mengenalpasti bahawa hampir separuh daripada kelas melibatkan diri dengan sesi P&P secara aktif. Majoriti daripada peserta terlibat secara ligat semasa proses P&P iaitu mereka memberi kerjasama dari segi menjawab soalan, mendengar arahan atau memberi respon kepada soalan pengkaji. Pemerhatian ini merujuk kepada 47 peserta yang memilih skala 4 iaitu ‘Sangat Setuju’ iaitu mereka berasa seronok dengan penggunaan komputer sewaktu sesi p&p.

Seramai 2 orang peserta berasa bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran subjek PSK diajar dengan menggunakan komputer dan peserta tidak mahu penggunaan komputer digunakan lagi di sesi pengajaran dan pembelajaran di masa yang akan datang. Berdasarkan pemerhatian melalui aspek respon terhadap soalan guru, dapat dilihat bahawa majoriti daripada peserta menjawab soalan pengkaji, manakala hanya segelintir daripada peserta tidak menjawab soalan pengkaji dengan duduk secara diam.

Page 8: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

Sebanyak 2 orang peserta bersifat neutral dengan penggunaan komputer ketika sesi pengajaran dan pembelajaran PSK dilaksanakan di dalam kelas.Berdasarkan pemerhatian pengkaji melalui aspek pemberian lembaran kerja didapati hampir semua para peserta terlibat dengan penghasilan lembaran kerja yang diedarkan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang tidak terlibat sama iaitu mereka tidak menjawab soalan – soalan yang telah disediakan di dalam lembaran tersebut.

Page 9: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

RUMUSAN & KESIMPULAN Kesimpulan

1. Terdapat 3 ciri – ciri reaksi pelajar ke atas penggunaan komputer oleh guru untuk subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4 iaitu reaksi seronok, bosan dan neutral.

2. Seramai 47 orang peserta bersetuju bahawa penggunaan komputer sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru menyeronokkan mereka.

3. Seramai 2 orang peserta menyatakan bahawa mereka berasa bosan dengan penggunaan komputer sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran PSK dijalankan.

4. Seramai 2 orang peserta bersifat neutral mengenai penggunaan komputer sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran PSK dijalankan oleh guru di dalam kelas.

Page 10: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

IMPLIKASI Dapatan kajian membuktikan bahawa reaksi pelajar adalah positif iaitu pelajar berasa seronok

dengan penggunaan komputer di dalam subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, pendidik harus menggunakan kemudahan ICT seperti komputer secara konsisten dan sentiasa diterapkan di dalam P&P.

Walaupun ciri – ciri reaksi yang telah ditonjolkan oleh pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer di dalam subjek PSK semasa proses P&P, pihak sekolah haruslah menyediakan kursus atau kelab komputer agar mereka dapat meningkatkan tahap literasi komputer supaya mereka lebih bersedia dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Para pelajar mempunyai reaksi yang positif iaitu mereka berasa seronok terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Jadi pihak Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan sama ada di peringkat negeri, bahagian atau daerah, dan pihak sekolah harus menyediakan pelbagai bentuk dan jenis kursus komputer kepada guru - guru PSK sekerap dan sebanyak yang mungkin.

Page 11: CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 4

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Respon pelajar terhadap penggunaan komputer bagi subjek Pendidikan

Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4.

Persepsi pelajar terhadap penggunaan komputer bagi subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 5.

Ciri – ciri reaksi pelajar terhadap penggunaan komputer berdasarkan jantina bagi subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4.

Satu kajian kualitatif tentang pandangan para pelajar berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 5.