Ciri Guru Cemerlang

8
Ciri-Ciri Guru Cemerlang Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Prol guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu! Ciri-ciri personaliti seperti! menepati masa, berupaya me"ujudkan suasana kecindan atau humorous #jenaka$ dan tegas. %spek kemahiran pedagogi seperti! komunikasi berkesan #bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang$& kreati'iti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. (erdapat lima #)$ aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia #KPM$ menurut seorang penyelidik iaitu Md. *asir Masran #+ $ dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang! Personaliti dan Kemahiran #Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan + . / 0ktober + , 1ahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 23 234$! 2. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut! *ilai kendiri yang positif 1erakhlak mulia %dil 1ertimbang rasa %manah 1ertanggung ja"ab Kreatif 5no'atif Kemas Sikap sedia berkongsi 1ersikap terbuka 1erpemikiran positif

description

nota

Transcript of Ciri Guru Cemerlang

Ciri-Ciri Guru CemerlangProfesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

PELAKSANAAN Pakej Kerjaya Guru baru yang dicadangkan Kementerian Pelajaran bakal melalui tiga gelombang dalam mentransformasi keguruan menjadi profesion pilihan.Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme serta penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia ada.Katanya, empat langkah yang akan diambil adalah meningkatkan standard kemasukan, mengukur pretasi berdasarkan kecekapan, meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan dan mengurangkan bebas tugas pentadbiran guru."Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan," kata laporan awal itu.Selain itu, tambah laporan awal tersebut, bagi gelombang kedua (2016-2020) pula, Pakej Kerjaya Guru baru akan dibina atas kejayaan gelombang pertama dan akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada minat guru.Kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi manakala guru yang konsisten pada prestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula.Semua kerja awal perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan gelombang pertama bagi membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.Bagi gelombang ketiga, laporan awal itu memaklumkan, menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baru diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion itu akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan.Jelas laporan awal itu, sepanjang tempoh itu, kementerian akan menumpukan kepada usaha memastikan semua guru memanfaatkan keadaan fleksibel dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu kurikulum dan susunan pengajaran, pendekatan kaedah dan prinsip pengajaran serta pentaksiran berasaskan sekolah.''Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional."Kementerian juga mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan skim pensijilan berdasarkan penguasaan kecekapan keguruan seperti ditetapkan dalam gelombang pertama selain mewujudkan jalinan bekerjasama dengan wakil kesatuan guru untuk mencapai semua matlamat ini," katanya.Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120912/pe_12/Transformasi-profesion-keguruan#ixzz3ShKwivXK

Utusan Melayu (M) Bhd

Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional.Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilaiperanan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telahdikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta carabagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zamandatuk nenek kita dahulu.Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuandan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina dayapemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan 2perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihansamada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggapproses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar.Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal,informal atau nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luarprofesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagaiteknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapiperubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad SaniIbrahim & Zuraidah Majid, 2002).Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikandi sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guruterutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lamadalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah lama mengajarlebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang memberi fokuskepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut.Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkanpenglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk pengajaran matematik misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik,lebih komunikasi antara guru matematik dengan pelajar dan mencari hubungkait antara ideamatematik dan aplikasi. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di universitiperlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmudan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan profesional para guru (Wu, 1999).Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran,pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusandengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh terbangun?Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan,sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000).Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga sepatutnyamelibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita.Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang disarankanoleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki ketrampilan,menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik pangkat, membina pengetahuanprofesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan peribadinya, menghargai sumbangan guru, 3memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangkadan bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru perlu dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana,kita tidak mahu usaha kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yangsepatutnya.TUJUAN KERTAS KONSEPTujuan kertas konsep ini ialah untuk melihat cabaran-cabaran yang menyebabkan guru lemah dalamperkembangan profesionalisme dan cadangan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru.Ini adalah penting memandangkan perkembangan profesional seseorang guru itu sangat berpengaruhdalam pembinaan kemahiran, pengetahuan, strategi pengajaran dan pembelajaran dan ketrampilanguru yang lebih baik.OBJEKTIF KERTAS KONSEPObjektif kertas konsep ini ialah untuk :1. Melihat cabaran-cabaran yang dihadapi guru-guru sehingga mempengaruhi perkembanganprofesional mereka.2. Memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan perkembangan profesional dalamkalangan guru.PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURUPerkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Iamelibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempatatau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihandalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day(1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dantindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula,pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuanpengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dansistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner,1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yangmembawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002). 4Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yangmembina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia jugamembolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luarsekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang membanggakan(AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan gurudalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagaiahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka danmasyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesionalguru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diriguru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskinipengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar danmenambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusandan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah.Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan inidiharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.PEMBANGUNAN MODAL INSANPembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbangsecara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh,2007). Bahkan, menurut Al- Namiy (1994), manusia sebagai insan yang disempurnakan sifatnyadengan akal, potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu danmenonjolkan keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan marabahaya dari menimpanya. Mendapatkan modal insan yang berkualiti sangat diperlukan oleh negaradalam mencapai matlamatnegara maju sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato SeriAbdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satukemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akanmemastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaranserta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kianmeningkat.