Ciri Kebudayaan Melayu

7
CIRI KEBUDAYAAN MELAYU DISEDIAKAN OLEH:- GVITHAMALAR SUBRAMANIAM THANAPAKIAM VASANTHI MARIMUTHU

description

kebudayaan melayu

Transcript of Ciri Kebudayaan Melayu

CIRI KEBUDAYAAN MELAYU

CIRI KEBUDAYAAN MELAYUDISEDIAKAN OLEH:-GVITHAMALAR SUBRAMANIAMTHANAPAKIAMVASANTHI MARIMUTHU

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing masing.Kebudayaan ini berbeza- beza mengikut masyarakat yang mengamalkannya. Masyarakat merupakan pendukung bagi sesuatu kebudayaan. Ciri ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan negara Malaysia. Ciri- ciri kebudayaan dianggap sebagai ciri ciri kebudayaan Melayu itu sendiri, yang antara lain adalah seperti berikut:

Bersifat Dinamik Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat. Kebudayaan yang bersifat statik, iaitu kebudayaan yang tidak mengalami sebarang perubahan.Kebudayaan Melayu dikatakan bersifat dinamik kerana masyarakat tersebut dapat menerima perubahan. Sebagai contoh, semasa kedatangan Islam dahulu, orang Melayu menerimanya dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama kelamaan, budaya Hindu dan Buddha terpinggir dan semakin dilupakan. Kemudian, datang Inggeris dengan budayanya yang amat berbeza daripada penduduk Tanah Melayu. Ada sebahagian masyarakat yang menerima budaya pendatang ini, tetapi sebahagian besarnya masih mengekalkan budaya yang sedia yang ada.

Menerima dan Menolak Unsur Tertentu Sesuatu kebudayaan yang bersifat dinamik atau statik sekalipun tidak lari daripada faktor menerima dan menolak. Gerak kuasa pertama ialah gerak kuasa menolak dan menentang perubahan. Keadaan ini dianggap sebagai salah satu unsur konservatisme dalam kebudayaan, iaitu terdapat segolongan yang mahu mempertahankan dan mengekalkan nilai nilai dan carahidup lama. Gerak kuasa kedua ialah gerak kuasa yang menarik kemasukan ideaidea yang baharu dalam kebudayaan. Anggota masyarakat yang bersikap liberal terhadap perubahan dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran zaman. Perubahan ini selalunya dicaci pada peringkat awal, tetapi akhirnya diterima setelah perubahan tersebut mendatangkan kebaikan.

Kebudayaan Diwarisi Ciri ini bermaksud bahawa kebudayaan itu diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi.Perubahan itu berlaku setelah melalui fasa menerima dan menolak. Kebudayaan itu merupakan persefahaman yang dikongsi bersama. Apabila kebudayaan itu dikongsi bersama bermakna kebudayaan itu akan diwarisi. Kita dapat mengenali sesuatu masyarakat itu kerana mereka dilingkungi oleh kebudayaan yang sama yang diturunkan kepada anak. Sebagai contoh, adat perkhawinan masyarakat Melayu yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan.

Proses Kesinambungan Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya. Sebagai contoh, budaya seni bina rumah dahulunya dalam bentuk sederhana. Setelah mengalami proses kesinambungan yang berterusan, maka muncullah rumah yang ada berbagai bagai bentuk seni bina.

TERIMA KASIH