con soalan & jwpn Geo1

download con soalan & jwpn Geo1

of 19

Transcript of con soalan & jwpn Geo1

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    1/19

    Soalan:

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Hidrologi?.(10Markah)

    b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif.(15 Markah)

    Pendekatan Jawapan:

    a) Konsep Imbangan Hidrologi.

    Imbangan hidrologi atau imbangan air boleh dikaji daripadapelbagai skala samada skala makro atau skala mikro. Pada asasnyaimbangan hidrologi adalah jumlah air yang diterima di satu-satukawasan (INPUT) adalah sama banyaknya dengan yang disimpan(STORAN) dan yang dikeluarkan dari kawasan tersebut (OUTPUT).Secara formula imbangan air boleh ditulis seperti berikut:

    IA : I = O S.

    Dimana;

    IA = Imbangan Air.I = Input Air yang masuk di sesebuah kawasan.

    O = Output air yang keluar dari kawasan tersebut.S = Perubahan storan atau simpanan yang dialami.

    Pada skala makro atau skala global input air yang diterima olehseluruh permukaan bumi datangnya daripada kerpasan seperti hujantermasuk hujan batu,salji, embun dan lain-lain. Outputnya pula adalahwap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasiantara sejatan di permukaan air, sejatan dari lembapan tanih dan jugapepeluhan oleh tumbuhan di samping air yang diguna oleh manusiadan haiwan. Manakala storannya adalah yang disimpan di dalamakuifer sebagai air bawah tanah dan juga simpanan permukaanseperti di dalam tasik,sungai,kolam serta simpanan terbesar iaitu laut.

    Dalam konteks skala mikro, konsep imbangan air boleh dikajiseperti di sebuah kawasan lembangan saliran atau di satu kawasantadahan hujan. Dalam hal ini input air juga datangnya daripada hujanatau dari lembangan saliran yang bersebelahan dengannya. Airtersebut akan disimpan di dalam sistem saliran

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    2/19

    (sungai),tasik,kolam,paya,empangan dan lain-lain takungan yang adadi dalam kawasan tadahan berkenaan selain daripada simpanan kekalsebagai air bawah tanah. Outputnya pula dikeluarkan oleh prosessejat-peluhan, diguna oleh tumbuhan serta haiwan,diluahkan (discas)oleh sungai ke laut di samping yang diguna oleh manusia. Di antara

    contoh-contoh kawasan tadahan yang popular pada masa kini ialahseperti kawasan tadahan Langat dan kawasan tadahan Semenyihyang terletak di Selangor. Imbangan air pada skala mikro ini sentiasaberubah-ubah. Oleh sebab itu konsep keseimbangannya dipanggilsebagai Keseimbangan Dinamik bukannya statik. Ini bermaknadalam jangkamasa tertentu nilai Input (I), Storan (S) dan Output (O)akan berubah-ubah hasil daripada perubahan semulajadi atau diubaholeh manusia atau kombinasi antara kedua-duanya.

    b) Faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif.

    Imbangan air negatif boleh ditakrifkan sebagai kekurangan air ( fenomenakemarau) iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun. Faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kemarau atau kekurangan air di sesuatu tempat ini

    boleh ditinjau dalam konteks faktor semulajadi dan juga tindakan manusia . Antaranya:

    Faktor Semulajadi:

    1. Fenomena El-Nino . El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhulautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikantiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat diSemenanjung Malaysia. Hujan telah turun di lautan dan bukannya dikawasan yang sepatutnya iaitu di daratan. Akibatnya kemarau yangberpanjangan melanda negara semenjak september 1997 lagi. Suhuyang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering (dry air),lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasitumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus kelembapanudara dan kebarangkalian untuk turunnya hujan adalah amat tipissekali. Hal ini akan menyebabkan simpanan air di kawasan tadahanakan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air/krisisair. Sebagai contoh boleh dilihat pada jadual di bawah berkaitandengan kekurangan hujan akibat El-Nino di kawasan EmpanganLangat dan Klang Gates, Selangor semasa tempoh El-Nino di Malaysia1997 1998.

    Perbandingan Purata Taburan Hujan (Jan - Mac) Antara Tahun 1997dengan 1998 dalam Unit (mm) Di Empangan Langat dan Klang Gates.

    Empangan Purata Taburan Hujan (Jan - Mac) Dalam Unit mm.1997 1998 % Berkurang

    Langat 123.46 40.9 67%Klang Gates 148.60 90.0 39%

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    3/19

    P engurangan input hujan di kawasan tadahan Langat dan Klang Gatesini jelas sekali telah mempengaruhi kapasiti storan air bawahtanahnya sehingga sungai-sungai yang mengalir di kawasan tersebuttidak mempunyai bekalan air yang mencukupi. Keadaan ini pastinyaakan menurunkan simpanan air di kedua-dua buah empanganberkenaan hingga ke paras kritikal.

    Faktor Tindakan Manusia:

    W alaupun El-Nino sering dipersalahkan dalam kes kekuranganair/kemarau di Malaysia pada tahun 1997, tetapi tindak tandukmanusia juga tidak boleh diketepikan. Sebagai contoh dalam kesnegeri Selangor. Memang tidak dapat dinafikan negeri Selangoradalah sebuah negeri yang paling pesat pembangunannya diSemenanjung Malaysia. Tuntutan pembangunan yang terlalumendesak telah menyebabkan hutan-hutan diteroka dengan rakus,bukit-bukit digondolkan untuk pembinaan petempatan,industri danlain-lain sehingga manusia terlupa tentang peri pentingnyakeseimbangan air dan kitar hidrologi dikekalkan. Dengan perkataanyang mudah pada peringkat ini manusia telah menolak konsepPembangunan Lestari. Sebagai contoh di dalam kes kegiatanpembalakan di Hutan Simpan Sungai Lalang, Semenyih Selangor yanghanya terletak dalam lingkungan 3.5 kilometer dari kawasan tadahanSemenyih. Akviti pembalakan tersebut jelas mempengaruhipenurunan air di empangan Semenyih. Menurut Prof.Madya Dr.MohdAli Hassan, Pensyarah Jabatan Geologi Universiti Malaya Sekitar 10 kmdari kawasan tadahan sebenarnya bertindak sebagai zon penampan (Buffer Zone) untuk menjamin bekalan air yang berterusan kepada kawasan tadahandan seterusnya kepada sungai dan empangan. Pembalakan seharusnyadijalankan di luar daripada zon 10 km ini. Di negara Maju seperti Perancissebarang pembalakan hanya dibenarkan pada zon 20 km dari kawasantadahan . Zon penampan ini amat penting dan sensitif kerana iabertindak sebagai tempat penyelamat, menakung dan menyimpan airbawah tanah untuk dibekalkan secara tetap kepada sungai menerusiedaran air bawah tanah. Hutan-hutan di kawasan ini berfungsi untukmemintas dan menyusupkan air hujan ke dalam tanah lalu disimpandi dalam sistem akuifer. Sistem akuifer juga bertindak sebagai konduituntuk membolehkan air mengalir menuju ke sungai,tasik,kolam danempangan yang ada dalam kawasan tadahan tersebut. Justeru apabilapembalakan dijalankan di dalam zon penampan ini ia akanmemusnahkan sistem akuifernya sekaligus menggangu kapasitistoran air bawah tanah.

    S elain daripada itu pokok-pokok di dalam kawasan ini jugamenjalankan proses transpirasi membebaskan wap-wap air ke udara,menjamin kelembapan udara berterusan bagi membentuk awan gunauntuk menurunkan hujan di kawasan tadahan tersebut. Tegasnya

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    4/19

    jarak 3.5 km dari kawasan tadahan bukanlah satu keluasan yangselamat untuk memastikan larian air permukaan mahupun sumber airbawah tanah tidak terganggu. Sebenarnya zon penampan (10 km darikawasan tadahan) tidak boleh diusik untuk sebarang pembangunanbagi menjamin keseimbangan hidrologi dan ekologi tidak terjejas. Jika

    tidak empangan-empangan di Selangor akan terus menghadapimasalah kekurangan sumber airnya.

    K adar pembandaran yang terlalu pesat juga telah menjanakepada imbangan air negatif/kemarau. Kajian kes boleh dibuat diLembah Kelang. Dalam hal ini Lembah Kelang sebagai satuLembangan Saliran sudah tidak berfungsi lagi. Pembangunanpesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan hutan semulajadikepada hutan batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt danbitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air berkurangan seterusnyasimpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit.

    Kesannya input air kepada sungai-sungai seperti SungaiGombak,Sungai Kelang serta tasik-tasik di sekitarnya semakin susut.Selain itu keadaan pulau haba di Lembah Kelang menjadi fenomenaberkala untuk menghasilkan udara kering (dry air). Peratuskelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan tebal untukmenurunkan hujan tidak terbentuk yang sekaligus menyebabkaninput air dalam persamaan hidrologi semakin berkurangan.

    Kekurangan bekalan air di Selangor juga berpunca daripadapengeluaran dan penggunaan yang berlebihan tanpa kawal-selia yangcekap dan tidak sejajar dengan keupayaan pengeluarannya(Permintaan melebihi penawaran). Hal ini terjadi akibat pertambahanpenduduk dan pekembangan industri yang begitu pesat di Selangor.Pertambahan penduduk akibat migrasi ke Selangor adalah seiringdengan pembangunan perindustriannya. Permintaan air untukdomestik dan perindustrian terus meningkat tidak sepadan dengankemampuan penawarannya, malah sesetengah kilang telah lamamenggunakan air bawah tanah sebagai langkah penjimatan kos.Selain itu akibat kecuaian manusia penawaran air bersih semakinberkurangan . Sebagai contoh Loji Air Sungai Langat terpaksadiberhentikan operasinya beberapa kali dalam tempoh akhir 1997hingga awal 1998 akibat pencemaran amonia yang dibuang olehkilang-kilang yang berdekatan. Kualiti air mentah di SungaiLangat,Sungai Cheras dan Sungai Labu pernah mengandungi amoniahingga ke paras 9 Mg/Liter berbanding dengan had yang dibenarkanhanya sebanyak 0.5 Mg/Liter sahaja. Hal ini bukan sahajamengurangkan bekalan kuantiti air malah kualiti air juga terjejas.

    Akhir sekali fenomena imbangan air negatif/kemarau yangdihadapi oleh Malaysia khususnya negeri Selangor pada tahun 1997

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    5/19

    juga berpunca daripada beberapa kelemahan dalam pengurusan danpengagehan air serta sikap pengguna air itu sendiri. Sistem perpaipanbawah tanah yang berselirat dengan teknologi era 1960-an telahmemungkinkan berlakunya kerosakan,kebocoran dan pembaziran airsebagai satu perkara biasa. Kekurangan kakitangan dan sikap sambil

    lewa Jabatan Bekalan Air Selanggor (JBAS) menyebabkan air terbuangdan dibazirkan begitu sahaja. Dismping itu sikap pengguna yangmenggunakan air tanpa efisyen,kes-kes kecurian air sedikit sebanyakmenjadi punca memudaratkan lagi krisis air di Lembah Kelang.

    R umusannya air adalah satu khazanah semulajadi yangdianugerah dan diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia.Manusialah yang bertanggungjawab untuk mengurus danmentadbirkannya dengan bijaksana. Krisis air yang berlaku kinisebahagian besarnya datang daripada tangan-tangan manusia yangmungkin tidak memahami dan mengerti Apa itu Imbangan

    Hidrologi.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    6/19

    Soalan:

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan Sumber Air BawahTanah.

    (5 Markah)

    b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasimasalah kekurangan sumber dan bekalan air di sesuatu kawasan.

    (20 Markah).

    Pendekatan Jawapan:

    a) Maksud Sumber Air Bawah Tanah

    S umber air bawah tanah adalah merujuk kepada sumber airyang ditakung di dalam sistem akuifer. Sumber ini datangnyadaripada susupan air hujan ke dalam tanah yang kemudiannyadisimpan di dalam formasi batuan yang tak telap air. Terdapat dua

    jenis sistem akuifer yang dikenali sebagai AKUIFUG dan AKUIKLUD .Formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air tetapi tidakmembenarkan air yang disimpannya mengalir dipanggil sebagaiAkuifug. Sebagai contoh air di dalam tanah yang disimpan di dalamformasi batuan granit. Manakala formasi batuan yang bolehmenyimpan dan bertindak sebagai konduit untuk air tersebutmengalir sebagai aliran air bawah tanah dinamakan sebagai Akuiklud,misalnya air yang tersimpan di dalam lapisan tanah liat dan jugabatuan Syal. Sistem akuifer di Malaysia sememangnya berpotensikerana kapasiti airnya yang banyak dan sehingga kini belum lagidigunakan dengan optima oleh manusia. Dianggarkan simpanan airbawah tanah di negara ini berjumlah 63 juta meter padu.

    b) Langkah-langkah mengatasi kekurangan sumber dan bekalan air -kajian kes Malaysia.

    1. Memajukan sumber air bawah tanah . Penggunaan air bawah tanahamat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenalpasti hanyaperlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke lojipembersihan (perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    7/19

    melalui sistem perpaipan JBA yang sudah sedia ada. Prosespenggerudian akan menggunakan campuran bertonit dan air yangdigerakkan oleh engin. Campuran bertonit ini berfungsi untukmengangkut keluar tanah yang telah dikorek disamping menstabilkandinding telaga yang dibina, seterusnya air dipamkan keluar oleh

    mesen pengepam. Kos pembinaannya jauh lebih murah berbandingdengan kos pembinaan empangan yang bernilai jutaan ringgit. Setiapperigi yang digerudi dan digali lengkap dengan sistem salirannyahanya melibatkan kira-kira RM: 30,000 sahaja dan ia dapatmembekalkan air kepada 60,000 hingga 100,000 pengguna. Manakalamesen gerudi itu pula berharga RM: 2 juta dan ia boleh menggalitelaga tanpa had.

    Walaupun pengambilan air bawah tanah adalah mudah danmurah tetapi ia mestilah sistematik dan terkawal. Jika air diambil darisumber Akuifug mungkin tidak begitu memberikan kesan yang besarkerana geologi granit yang mendasarinya adalah kukuh dan stabil

    tetapi jika pengambilan air secara berlebihan daripada sumberAkuiklud ianya amat merbahaya dan beresiko tinggi khususnya dalam jangka masa panjang. Selain itu kita juga haruslah memahamibahawa sistem akuifer terutamanya daripada jenis akuiklud adalahpenyumbang air yang tetap kepada sistem saliran khususnya sungaidan tasik. Sifatnya yang konduit membenarkan air di atasnyamengalir sebagai aliran air bawah tanah yang amat penting untukmenjamin air sungai yang ada berterusan mengalir. Mengharapkan airhujan dan air larian semata-mata adalah tidak mencukupi bagimenambahkan kuantiti air sungai dan juga empangan. Air tanahlahyang sebenarnya membekalkan aliran dasar (Base Flow) kepada

    sungai. Justeru itu penggunaan air bawah tanah adalah satu langkahpenyelesaian jangka pendek sahaja.

    2. Melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menurunkanhujan tiruan di kawasan tadahan. Di Selangor usaha ini dilakukan olehPuncak Niaga (M) Sdn.Bhd dengan kerjasama Jabatan Kaji Cuaca.Dengan menggunakan pesawat Dornier Skyvan larutan garam (SilverIodide) disemburkan ke atas awan Kumulusnimbus yang terletak padaketinggian 800 - 6,000 meter. Larutan garam tersebut berfungsisebagai Nukleus Kondensasi untuk menarik wap-wap air di dalamawan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik

    air akhirnya mencapai ke tahap tepu dan hujan akan turun. Sebagaicontoh setiap kali pembenihan awan dilakukan sebanyak 50 Kg garamkapur yang dilarutkan ke dalam 1000 liter air digunakan dandisembur ke atas awan dengan menggunakan Mesen Pengesan KadarAliran (Flow Rate Indicator) yang mampu menentukan kadarsemburan samada perlahan atau kuat. Proses semburan mengambilmasa kira-kira 15 minit. Selepas satu jam, titisan hujan akan turun.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    8/19

    Tetapi langkah ini amat mahal dan ianya membabitkan kos kira-kiraRM: 50,000 setiap kali usaha pembenihan dilakukan .

    3. Langkah membina laluan air atau terowong air untukmemindahkan air antara lembangan. Teknologi ini pernah digunakan

    kira-kira 30 tahun yang lalu apabila pada tahun 1970-an terowong airyang pertama dibina menghubungkan Empangan Pedu dan EmpanganMuda di Kedah yang dikenali sebagai Terowong Saiong. Terowong inidibina kerana kapasiti takungan air di Empangan Pedu lebih besardaripada Empangan Muda. Luas kawasan empangan yang bolehmenakung air di Empangan Pedu ialah 40 kilometer persegisedangkan luas takungan air di empangan muda hanya 16 kilometerpersegi sahaja. Bagaimanapun sumber air di Empangan Muda lebihbanyak kerana kawasan tadahannya lebih luas meliputi 480 Kmpersegi berbanding dengan Empangan Pedu cuma 105 Km persegisahaja. Dengan pembinaan terowong Saiong ini air di empangan Muda

    yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapaiparas tertentu. Dalam kes lembah Kelang, konsep yang sama bolehdigunakan untuk mengalirkan air dari Sungai Benus Pahang keEmpangan Kelang Gates melalui kawasan Janda Baik. Sungai Benusyang terletak di Bentong dipilih kerana kedudukannya berdekatandengan Selangor selain daripada memiliki kawasan tadahan yangluas. Sungai Benus dijangka mampu membekalkan tambahan air kira-kira 68 juta liter sehari kepada penduduk Lembah Kelang jikalau ia disalirkan ke Empangan Kelang Gates melalui konsep terowong air tadi.Namun begitu langkah ini di peringkat cadangan sahaja. Iamemerlukan kajian EIA yang teliti untuk melaksanakannya kerana ia

    akan merentasi kawasan yang berbukit bukau disamping ia akanmenelan kos yang tinggi.

    4. Langkah memproses air dari sumber-sumber tasik ataukolam tinggalan perlombongan bijih timah yang berselerak di LembahKelang. Dengan menggunakan teknologi dari Perancis alat ULTRA-SOURCE akan digunakan untuk memproses air dari tasik yang akandipam,dirawat dan disalirkan kepada penduduk melalui sistemperpaipan JBA yang sedia ada. Alat ini berupaya memproses 440,000liter air sehari bagi menampung keperluan antara 400 - 1000keluarga. Projek ini pula diusahakan oleh Transwater Corperation Bhd

    dengan kerjasama Puncak Niaga dan juga JBA Selangor. Denganmenggunakan alat ini kapasiti air bersih ke kawasan yang bermasalahakan ditingkatkan . Pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan 10 lojiUltra-Source bagi menampung keperluan air kepada kira-kira 7000keluarga di Lembah Kelang.

    5. Seterusnya sistem pengurusan dan pengagehan air mestilahdiperkemaskan . Program penggantian paip-paip lama haruslah

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    9/19

    dipercepatkan agar pembaziran air akibat kebocoran paip tidakdibiarkan begitu sahaja. Sistem kawal-selia dan pemantauan daripadapihak JBA terutamanya JBAS haruslah cepat dan pantas denganpegawai dan pekerjanya disematkan sikap prihatin danbertanggungjawab. Di pihak pengguna pula haruslah lebih

    bertanggungjawab menghargai air,tidak membazir dan berhemat.Malah pihak kerajaan negeri juga harus peka kepada alam sekitaragar tidak terlalu mengejar pembangunan semata-mata sehinggaterlupa tentang kelestarian alam sekitar yang amat penting dalammenjamin bekalan air yang tetap dan berterusan sepanjang masa.

    Soalan:

    Pilih sebuah ekosistem pertanian yang telah anda jalankan kajian ke

    atasnya;a) Nyatakan komponen-komponen fizikal yang membentuk ekosistemtersebut. (5 Markah).

    b) Terangkan bagaimana aliran tenaga berlaku dalam ekosistempertanian yang anda pilih itu. (8 Markah).

    c) Jelaskan bagaimana faktor fizikal dan manusia boleh merosakkanekosistem pertanian tersebut. (12 Markah).

    Jawapan Lengkap:

    a) Ekosistem pertanian yang dipilih ialah : Ekosistem SawahPadi . Komponen-komponen fizikal yang membentuk ekosistem sebuahsawah padi ialah:

    1. Komponen biotik: Yang terdiri daripada hidupan akuatik seperti ikan, siputsawah, gondang, lintah dan hidupan daratan seperti ular, tikus, belalang, pelbagai jenis

    seperti burung bangau, burung pucung, burung lang termasuk juga pokok padi itusendiri.

    2. Komponen abiotik : Yang terdiri daripada air, udara, selut/Lumpur, pelbagai jenis mineral tanih yang diperlukan oleh pokok-pokok padi seperti Nitrogen,Fosforus Kalsium dan sebagainya.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    10/19

    b) Bagaimana aliran tenaga berlaku dalam ekosistem sawah padi.

    Dalam ekosistem sawah padi aliran tenaga boleh diterangkan melalui rantaianmakanannya. Ia melalui beberapa aras trofik berikut:

    1. Tahap pertama . Aliran tenaga berlaku dari matahari terus kepada pengeluar yang terdiri daripada tanamam/pokok padi dan juga tumbuhan-tumbuhan lain yang

    biasanya hidup bersama dengan pokok padi seperti rumpai air, keladi, telipot, kiambangdan sebagainya. Pokok padi dan tumbuhan-tumbuhan ini menggunakan tenaga matahariuntuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosistesis. Dalam konteks initenaga suria ditukarkan kepada tenaga kimia yang disimpan dalam klorofil/sel-sel daun,

    bunga,buah dan sebagainya.

    2. Tahap ke dua . Aliran tenaga berlaku apabila pengguna pertama memakan pengeluar untuk mendapatkan makanannya. Antara pengguna pertama yang beradadalam ekosistem ini ialah seperti belalang, pelbagai jenis serangga perosak sepertikumbang dan api-api termasuk juga tikus. Bagi hidupan air pula pelbagai jenis siput dangondang mungkin menggunakan tumbuhan/pokok padi sebagai makanannya. Antaracontoh yang paling popular ialah siput gondang emas yang dianggap sebagai antara

    perosak utama tanaman padi. Apabila pengguna primer ini memakan tumbuhan/pokok padi maka tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan/pokok padi berkenaan akan berpindah ke sel-sel badan haiwan tersebut bagi membolehkan haiwan berkenaanmemiliki tenaga untuk membesar, bergerak dan membiak.

    3. Tahap ke tiga . Aliran tenaga seterusnya akan berpindah dari pengguna primer ke pengguna sekunder yang menjadikan pengguna primer ini sebagai makanannya. Antara

    contoh pengguna sekunder dalam ekosistem sawah padi ialah pelbagai jenis burung pucung, wak-wak,burung ayam-ayam yang memakan belalang dan serangga perosak.Termasuk juga dalam kategori sekunder ini ialah ular yang memakan tikus. Seperti tahapke dua, tenaga kimia dalam badan pengguna primer akan berpindah ke sel-sel badan

    pengguna sekunder untuk membolehkan haiwan tersebut membesar, bergerak danmembiak.

    4. Tahap ke empat . Sirkit ke empat ini melibatkan pemindahan tenaga dari pengguna sekunder ke pengguna tertier yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan pemangsa yang terdiri daripada burung Lang atau burung pungguk yang menjadikan ular dan tikus sebagai makanannya. Di sesetengah kawasan sawah padi burung pungguk adalah dipelihara khas sebagai pemangsa kepada tikus dan ular. Dengan itu tenaga kimiadari haiwan sekunder akan berpindah ke haiwan tertier.

    5. Tahap akhir . Pada peringkat ini semua tenaga yang disimpan oleh pengeluar dan pengguna akan berpindah ke pada pereput dan pengurai apabila pengeluar dan penggunatersebut mati, reput dan terurai untuk menjadi mineral-mineral tanih. Pengurai terdiridaripada pelbagai jenis bacteria dan protozoa, misalnya bakteria nitrosomonas yang

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    11/19

    bertanggungjawab menguraikan bahan organik dan menukarkannya kepada mineralnitrogen. Semua mineral akan dikembalikan kepada tanih sawah untuk digunakan semulaoleh pengeluar/padi sawah bagi memulakan rantaian makanan yang baru serta alirantenaga yang baru.

    Soalan:

    a) Mengapakah terdapatnya gunung berapi yang beraneka rupa bentukdan saiznya?. (13 Markah)b) Jelaskan kepelbagaian bentuk bumi yang terhasil akibat prosesgelinciran kerak bumi. (12 Markah).

    Skema Jawapan:

    a) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanekaan bentuk dan saizgunung berapi.

    1. Jenis bahan yang diletuskan . Keanekaan bahan yang diletuskan akanmenghasilkan kepelbagaian rupa gunung berapi. Lava bes akan membentuk gunung

    berapi perisai yang bercerun landai dan lilitannya yang sangat besar. Ini kerana lava bessangat cair dan boleh mengalir jauh selepas keluar dari lohongnya. Contoh gunung berapi

    perisai ialah Mauna Loa dan Mauna Kea di Pulau Hawaii. Bagi lava asid pula akanmenghasilkan sifat gunung berapi berbentuk kubah yang mempunyai cerun-cerun yangsangat curam. Ini kerana lavanya sangat likat, tidak mampu mengalir jauh dan cepatmembeku. Setiap letusan yang baru akan menimbun dan menebalkan lava asal sehinggagunung berapi itu semakin cembung. Lava perantaraan pula akan menghasilkan kongunung berapi serbaragam. Lava ini berkeadaan sederhana cair dan ia boleh mengalir lebih jauh daripada lava asid tetapi tidak sejauh lava bes. Kesannya ia membentuk cerun-cerun gunung berapi yang sederhana curam. Biasanya lapisan-lapisan lava dalam kon ini

    berselang-seli dengan lapisan bahan piroklastik. Oleh itu kon ini juga dinamakan sebagaigunung berapi berlapis. Seterusnya bagi bahan-bahan piroklastik seperti

    piroklast,lapili,pumis,tuf dan abu pula akan menghasilkan kon piroklastik atau kon abu.

    Bahan-bahan ini tidak mudah mengalir kerana sifatnya yang pejal. Apabila bahan-bahanini diletuskan keluar ia hanya terhimpun disekitar kawahnya sahaja. Penimbunan yang berterusan akan membentuk kon gunung berapi yang lebih curam sifatnya. Contohgunung berapi berkon abu ialah Gunung Vulcan.

    2. Sifat Lohong . Faktor ini menghasilkan kepelbagaian rupa gunung berapi keranasifat lohong gunung berapi yang ada akan menentukan cara dan arah aliran lava. Sebagaicontoh, lohong linear akan menghasilkan dataran lava manakala lohong tengah/tunggalakan menghasilkan kon. Sekiranya terdapat beberapa lohong yang berdekatan antara satu

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    12/19

    sama lain maka kon-kon gunung berapi yang terbentuk akan bercantum. Sekiranyagunung berapi mempunyai satu lohong utama dan banyak lohong cawangan maka iaakan menghasilkan kon serbaragam. Contoh kon serbaragam ialah gunung berapi Etna diSicily. Terdapat juga gunung berapi yang mempunyai beberapa kon utama. Gunung

    berapi ini dikenali sebagai gunung berapi berganda seperti Gunung Raupehu di NewZealand. Bagi lohong yang berkeadaan horizontal/mendatar maka lava juga akan keluar secara mendatar, menimbus muka bumi asal untuk menghasilkan dataran lava ataudataran tinggi basalt yang luas seperti dataran tinggi Deccan di India.

    3. Sifat dan Jenis Letusan . Letusan yang senyap dan berterusan akanmewujudkan gunung berapi atau kon yang sekata. Sekiranya magma membeku dalamlohong utama dan menyumbatkannya maka lava terpaksa mencari jalan keluar yang lain.Justeru itu tekanan dari dalam gunung berapi boleh mewujudkan lohong-lohongcawangan yang baru melalui starata lapisan geologi yang lemah sepertimana dalam konserbaragam. Dengan itu terjadilah kon parasit di sisi gunung berapi berkenaan. Bagiletusan yang kuat akan menghasilkan kawah/kaldera yang besar di puncak gunung

    berapi. Ini kerana letusan yang kuat akan mampu memusnahkan puncak gunung berapilalu membentuk lekukan-lekukan yang luas dan dalam.

    4. Kuantiti lava dan bahan piroklastik yang keluar . Saiz gunung berapiamat bergantung kepada kuantiti lava yang keluar. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan

    bererti lebih besar saiz gunung berapi yang terbentuk. Letusan juga boleh mempengaruhisaiz, ini kerana letusan yang besar mungkin boleh mengecilkan/memusnahkan sesebuahgunung berapi yang telah terbentuk.

    5. Proses gondolan yang dialami . Sifat gunung berapi yang telah terbentuk juga tidak kekal ia boleh berubah akibat proses-proses geomorfologi yang dialami di permukaannya. Misalnya hakisan yang berterusan di cerun-cerun gunung berapi boleh

    meruntuhkan cerun-cerun tersebut lalu mendedahkan magma yang telah membeku dankeras di dalam lohongnya. Magma yang keras ini seolah-olah muncul dari kemuncak gunung berapi yang dipanggil sebagai Palam Gunung Berapi.

    b) Kepelbagaian bentuk bumi yang terhasil akibat proses gelincirankerak bumi .

    Proses gelinciran yang dialami oleh lapisan kerak bumi adalah pelbagai dan kesan/bentuk muka bumi yang terhasil juga adalah pelbagai. Antaranya ialah:

    1. Cerun Curam Gelinciran . Sekiranya berlaku gelinciran biasa dan gelinciransongsang maka ia boleh menghasilkan cerun-cerun curam/cenuram yang sesetengahnyahampir tegak. Ini adalah kerana sebahagian kerak/bongkah bumi adalah menurun ataumeninggi berbanding dengan kerak/bongkah bumi sekitarnya. Cenuram sebenarnyawujud di satah gelinciran tersebut. Air terjun mungkin terjadi sekiranya ada sungai yangmelintasi cenuram ini. Sebagai contoh air Terjun Niagara.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    13/19

    2. Lurah Gelinciran . Lurah gelinciran terbentuk apabila terdapatnya dua garisgelinciran di sebelah kiri dan kanan bongkah. Akibat regangan/kuasa tarikan yangmenarik bongkah kiri dan kanan maka bongkah tengah akan menurun/jatuh ke bawah.Lurah gelinciran akan terbentuk di antara bongkah kiri dan kanan tersebut. Sekiranya

    jatuhan bongkah tengah meliputi kawasan yang luas maka lembangan sungai bolehterbentuk seperti Lembangan Turfan di China. Selain itu lurah gelinciran boleh jugaterbentuk akibat satu siri gelinciran di kedua-dua belah bongkah kiri dan kanan

    berkenaan. Gelinciran-gelinciran ini seolah-olah berlaku dalam satu siri yang berurutandan bertangga untuk menghasilkan lurah gelinciran bertingkat . Lurah gelinciran terbesar daripada jenis ini ialah Lurah Gelinciran Afrika Timur yang menganjur sejauh 5000kilometer bermula di Syria, melalui Lembah Jordan ke laut Merah dan Timur Afrikahingga ke Zambesi.

    3. Gunung Bongkah . Sepertimana kejadian lurah gelinciran, gunung bongkah juga terjadi apabila adanya 2 garis gelinciran/satah gelinciran di kiri dan kanan bongkah.Ia terhasil apabila bongkah tengah terangkat lebih tinggi berbanding dengan bongkah dikiri dan kanannya. Kenaikan bongkah tengah ini disebabkan oleh adanya daya julangandan kuasa tolakan/mampatan yang menekan di kiri dan kanan bongkah. Sisi gunung

    bongkah biasanya sangat curam dan mungkin juga tegak sementara bahagian atasnyahampir rata sebelum ianya mengalami proses gondolan. Gunung-gunung sepertiHunsruck, Vosges dan black Forest di kawasan Rhine German merupakan contoh-contohgunung bongkah yang popular di dunia. Selain itu sebuah kawasan dataran tinggi akanterbentuk sekiranya satu kawasan dataran yang luas terangkat seperti ini akibatgelinciran.

    Soalan:

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    14/19

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran air tanah . (5 Markah) .

    b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keporosansesuatu tanah. (10Markah).

    c) Bagaimana tumbuh-tumbuhan mempengaruhi proses transpirasidalam kitar hidrologi. (10 Markah).

    Skema Jawapan:

    a) Maksud edaran air tanah .

    Edaran air tanah merupakan satu komponen penting di dalam kitar hidrologi. Ia merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya(bahan antaranya) seperti aliran sub - permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer/edaran air bawah tanah. Semua pergerakan air ini

    berlaku dalam bentuk cecair.

    b) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keporosan sesuatu tanah.

    Keporosan merujuk kepada kebolehupayaan air untuk menyusup masuk melalui liang-liang pore (rongga-rongga) yang wujud dalam partikel-partikel tanah. Kebolehupayaanair untuk menyusup ini amat bergantung kepada;

    1. Jumlah liang pore yang terdapat dalam sesuatu jenis tanah. Tanah yangmempunyai peratus liang pore yang tinggi seperti tanah kapur/batu kapur maka ia adalahamat poros (banyak menyusupkan air) berbanding dengan tanah yang peratus liang

    porenya rendah seperti tanah liat (banyak menakung air).

    2. Struktur/susunan partikel tanah . Partikel tanah yang tersusun longgar sepertitanah pasir adalah lebih poros berbanding dengan susunan partikel yang lebih padat. Inikerana wujudnya ruang-ruang udara yang lebih besar/luas antara partikel-partikel yangtersusun longgar tadi.

    3. Komposisi dan saiz partikel tanah. Tanah yang partikelnya pelbagai jenis dansaiz seperti campuran bongkah batuan, kerikil dan pasir adalah lebih poros berbandingdengan tanah yang homogeneus komposisinya seperti tanah liat. Begitu juga dengan saiz

    partikel. Semakin besar saiz partikel tanah maka semakin tinggi kadar keporosannya.

    4. Lembapan tanih . Tanih yang kering seperti tanah di kawasan gurun panasadalah lebih poros berbanding dengan tanah yang lembab seperti tanah di kawasan

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    15/19

    tropika lembab. Tanah yang lembab bermakna peratus simpanan wap airnya adalahtinggi berbanding dengan tanah yang kering. Lembapan tanih ini amat bergantungkepada kelembapan udara sekitar.

    5. Tumbuhan litupan . Kawasan yang tebal tumbuhan seperti hutan primer makakadar susupannya adalah tinggi. Ini kerana akar-akar pokok menyebabkan tanah porosdisamping sistem akar yang timbul dipermukaan (akar banir) mengurangkan pergerakanlarian air permukaan sekaligus meningkatkan kadar susupan.

    6. Ciri-ciri batuan yang menjadi asas pembentuk sesuatu jenis tanah. Ciri-ciri initermasuklah tekstur dan struktur, sifat rekahan batuan dan kepadatan rekahan dan jugaciri-ciri minerologi samada mudah atau sukar terluluhawa/tergondol.

    c) Bagaimana tumbuhan mempengaruhi proses transpirasi.

    Transpirasi adalah proses pepeluhan tumbuhan wap-wap air terbebas melalui liangstomata daun. Tumbuhan mempengaruhi proses transpirasi melalui;

    1. Saiz dan kelebaran daun . Tumbuhan yang berdaun besar dan lebar semakincepat mengalami kadar transpirasi kerana luas permukaan dan liang stomatanya adalah

    banyak.

    2. Orientasi daun . Samada mengadap matahari atau terlindung daripada matahari.Dedaun yang mengadap matahari lebih tinggi kadar pepeluhannya. Ini kerana ia akanmempengaruhi jumlah tenaga yang diterima.

    3. Jenis dan ketebalan litupan (Kanopi). Tumbuhan yang tebal, lebat daunnya

    dan berlapis-lapis maka kadar transpirasinya adalah tinggi kerana ia memiliki banyak liang stomata berbanding dengan tumbuhan yang jarang. Hutan hujan khatulistiwa lebih banyak membebaskan wap-wap air berbanding dengan tumbuhan Pokok kaktus yanglebih banyak menyimpan air.

    Soalan:

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan Hujan Asid . (5Markah).

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    16/19

    b) Huraikan punca-punca yang menggalakkan fenomena hujan asid.(8 Markah)

    c) Jelaskan kesan fenomena hujan asid ke atas persekitaran fizikal danmanusia setempat. (12 Markah).

    Skema Jawapan:

    a) Maksud hujan asid.

    Iaitu air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi (pH kurang dari 5) sepertiair hujan yang mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapatdengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara sepertisulfur dioksida, nitrus dioksida,karbon monoksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan

    pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, tepu dan akhirnya turun sebagai hujan berasid.

    b) Punca-punca yang menggalakkan fenomena hujan asid.

    1. Punca perindustrian punca utama masa kini yang banyak membebaskan bahan-bahan pencemar ke udara (pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida,sulfur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya.

    2. Punca kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkapoleh sistem enjin menyebabkan banyak gas-gas pencemar terbebas ke udara.

    3. Punca dari stesyen janakuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang juga banyak membebaskan

    pencemar ke udara.

    4. Punca semulajadi khususnya letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gassulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfurik seperti dalam kesletupan gunung berapi Pinatubo di Filipina .

    c) Kesan fenomena hujan asid ke atas persekitaran fizikal danmanusia .

    1. Memusnahkan ekosistem hutan fenomena waldstrabeen/dedaun pokok keguguran meninggalkan hutan berangka. Kerosakan rantaian makanan pengeluar

    pengguna - pengurai, kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesis fauna dan flora.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    17/19

    2. Kerosakan ekologi air (Akuatik). Meningkatkan nilai keasidan air sungai,tasik,paya yang akan mematikan plankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadihabitat pelindung kepada hidupan air. Mengurangkan bekalan makanan hidupanair/menjejaskan ekosistem air.

    3. Meningkatkan keasidan tanah . Tanah menjadi kurang subur Ini menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.

    4. Kerosakan harta benda. Seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta,mempercepatkan proses pengkaratan kepada besi seperti di bangunan tinggi, di jambatandan sebagainya yang memerlukan kos yang besar untuk membaik-pulihnya.

    5. Gangguan kesihatan seperti penyakit kulit juga kerosakan tisu badan manusiayang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepadahujan asid.

    Soalan:

    a) Terangkan ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami Pulau Haba(8 Markah).

    b) Mengapakah fenomena Pulau Haba terjadi?. (8Markah).

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    18/19

    c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkanfenomena pulau haba di bandar. (9 Markah).

    Skema Jawapan:

    a) Ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami Pulau Haba.

    1. Suhu yang lebih tinggi/cuaca yang lebih panas di bandar berbanding dengan pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di pusat bandar kemudian semakinmenurun menghala ke pinggirnya.

    2. Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering (dry air) di bandar berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembab/lebih nyaman.

    3. Kekerapan hujan yang lebih tinggi di bandar yang berpunca daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di bandar.

    4. Tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat bandar tiupanangin lebih kencang bertiup masuk ke bandar/badai.

    5. Komposisi udara/lapisan udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan pencemar(pollutions) khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering.

    b) Sebab-sebab terjadinya pulau haba di bandar.

    1. Kekurangan litupan tumbuhan/pokok-pokok peneduh yang mampu bertindak menyederhanakan suhu. Perubahan landskap yang ketara hutan semulajadi bertukar kepada hutan batu.

    2. Adanya banyak bahan yang boleh menyerap dan menyimpan bahangan mataharisebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt dan sebagainya.Bahangan matahari yang tersimpan di waktu siang akan dibebaskan di waktu malam.

    3. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbonmonoksida dan hidrokarbon-hidrokarbon daripada sumber-sumber kenderaan, industridan sebagainya yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.

    4. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari sumber janakuasakilang, sumber kenderaan bergerak dan juga dari metabolisme badan manusia sendiriyang ramai tinggal di bandar.

  • 8/8/2019 con soalan & jwpn Geo1

    19/19

    c) Langkah mengurangkan fenomena Pulau Haba.

    1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar/penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan danlain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disampingmenyederhanakan suhu sekitar.

    2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnyadari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi kawalan undang-undang.

    3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang jelas banyak membebaskan haba dan gas-gas rumah hijau sebaliknya menggunakan/memajukansumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidroelektrik.

    4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskanKloroflorokarbon (CFC) seperti alat hawa dingin, peti sejuk, alat-alat semburan dansebagainya yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhikemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan

    peralatan yang telah disahkan bersifat Mesra alam (Enviromental Friendly).

    5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar sepertikempen berkongsi kereta, menggunakan sistem pengangkutan awam seperti Komuter danLRT yang sudah pasti mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.