Contoh 1 latihan nilai

2
Contoh 1 Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Jalan raya agak sesak ketika itu. Najihah sedang melalui jejantas yang merentas jalan utama itu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang pengemis menadah tangan kepadanya. Dia berasa kasihan. Dia menyeluk sakunya. Ada beberapa keeping syiling baki wang sakunya hari ini. Pengemis itu mengucapkan terima kasih apabila Najihah menghulurkan wang tersebut. Najihah meneuruni jejantas itu. Dia lihat ramai orang menunggu bas di situ. Dia menunggu dengan sabar. Dia membaca majalah yang baru dibelinya sambil menunggu bas. Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Najihah beratur menunggu gilirannya menaiki bas. Nasibnya agak baik kerana mendapat tempat duduk. Dia meneruskan bacaannya. Di pertengahan jalan, bas itu berhenti. Seorang wanita mengandung dan anak kecilnya menaiki bas tersebut. Najihah berasa kasihan. Dia segera bangun lalu mempelawa wanita tersebut duduk di tempat duduknya. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Najihah. Contoh Jawapan Kita sewajarnya baik hati seperti Najihah yang memberikan baki wang sakunya kepada pengemis. Selain itu, kita mestilah menghargai masaseperti Najihah yang membaca sementara menunggu bas. Tambahan pula, kita sepatutnya berdisiplin seperti beratur ketika menaiki bas. Kita hendaklah perihatin seperti Najihah yang memberikan tempat duduknya kepada ibu yang mengandung. Kita perlulah menghargai orang lainseperti pengemis dan ibu mengandung yang mengucapkan terima kasih . Contoh 2 Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Ibu menyuruh Amni pergi ke kedai Pak Azman untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Amni segera pergi ke kedai Pak Azman

Transcript of Contoh 1 latihan nilai

Page 1: Contoh 1   latihan nilai

Contoh 1

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jalan raya agak sesak ketika itu. Najihah sedang melalui jejantas yang

merentas jalan utama itu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang pengemis menadah tangan

kepadanya. Dia berasa kasihan. Dia menyeluk sakunya. Ada beberapa keeping syiling

baki wang sakunya hari ini. Pengemis itu mengucapkan terima kasih apabila Najihah

menghulurkan wang tersebut.

Najihah meneuruni jejantas itu. Dia lihat ramai orang menunggu bas di situ. Dia

menunggu dengan sabar. Dia membaca majalah yang baru dibelinya sambil menunggu

bas.

Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Najihah beratur

menunggu gilirannya menaiki bas. Nasibnya agak baik kerana mendapat tempat duduk.

Dia meneruskan bacaannya.

Di pertengahan jalan, bas itu berhenti. Seorang wanita mengandung dan anak

kecilnya menaiki bas tersebut. Najihah berasa kasihan. Dia segera bangun lalu

mempelawa wanita tersebut duduk di tempat duduknya. Wanita itu mengucapkan

terima kasih kepada Najihah.

Contoh Jawapan

Kita sewajarnya baik hati seperti Najihah yang memberikan baki wang sakunya

kepada pengemis. Selain itu, kita mestilah menghargai masaseperti Najihah yang

membaca sementara menunggu bas. Tambahan pula, kita

sepatutnya berdisiplin seperti beratur ketika menaiki bas. Kita

hendaklah perihatin seperti Najihah yang memberikan tempat duduknya kepada ibu

yang mengandung. Kita perlulah menghargai orang lainseperti pengemis dan ibu

mengandung yang mengucapkan terima kasih .

Contoh 2

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu menyuruh Amni pergi ke kedai Pak Azman untuk membeli tepung dan gula.

Tanpa membantah dan membuang masa, Amni segera pergi ke kedai Pak Azman

Page 2: Contoh 1   latihan nilai

dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikalnya berhati-hati kerana jalan ke

kedai itu kurang baik. Lagipun, ada sesetengah anak muda di kampungnya itu suka

menunggang motosikal dengan laju.

Setibanya di kedai, diapun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut

selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Apabila sampai di rumah, dia

menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Amni kerana

cepat pulang dengan membawa bersama-sama barang yang dipesan.

Ibunya juga memberikan wang baki itu kepada Amni. Amni mengucapkan terima

kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Amni tersenyum

keriangan kerana duit tabungnya semakin bertambah.

Contoh Jawapan.

Kita perlulah menghargai masa seperti Amni yang terus ke kedai Pak Azman

apabila disuruh oleh ibunya. Selain itu, kita hendaklahberwaspada seperti mengayuh

basikal berhati-hati. Kita mestilahamanah sepeti Amni yang menyerahkan tepung, gula

dan wang baki kepada ibunya. Kita sewajarnya bersikap pemurah seperti ibu Amni

yang memberinya duit .Kita sepatutnyah bersikap menghargai seperti Amni yang

mengucapkan terima kasih kepada ibu