contoh analisis.docx

14

Click here to load reader

Transcript of contoh analisis.docx

Page 1: contoh analisis.docx

1.1 PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu. Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk “Mengenal Negara Kita” yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit

Page 2: contoh analisis.docx

Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada murid – murid tahun 5 di sekolah tersebut. Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun – tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian..1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU ) Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua – hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 seperti mana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk ‘Mengenal Negara Kita’ kepada 3 topik kecil iaitu ‘Lokasi Negara Malaysia’, ‘Negeri-negeri dalam Malaysia’ dan ‘Identiti Negara Malaysia’. Daripada topik – topik ini kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan – soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.  1.5 JADUAL ANALISIS Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini. Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan.

Page 3: contoh analisis.docx

Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja. Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.  1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut : p = Bilangan calon yang memberi jawapan betulJumlah calon yang menjawab Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item. 

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu Sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana Sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu Mudah

 Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan. 

Page 4: contoh analisis.docx

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3 berikut :  

No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item

1 0.90 Terlalu Mudah

2 0.60 Sederhana Sukar

3 0.55 Sederhana Sukar

4 0.95 Terlalu Mudah

5 0.40 Sukar

6 0.40 Sukar

7 0.45 Sederhana Sukar

8 0.60 Sederhana Sukar

9 0.55 Sederhana Sukar

10 0.35 Sukar

11 0.25 Sukar

12 0.40 Sukar

13 0.60 Sederhana Sukar

14 0.10 Terlalu Sukar

15 0.20 Terlalu Sukar

16 0.40 Sukar

17 0.25 Sukar

18 0.75 Mudah

19 0.30 Sukar

20 0.40 Sukar

Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran 0.90 – 0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah. Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.  Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya.

Page 5: contoh analisis.docx

Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu. Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah yang paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.  Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua – dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini. 1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut : Indeks Diskriminasi (d) = (RU – RL)(1/2 T (L+U) ) Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item : 

Nilai ( d ) Pengkelasan Item

0.00 – 0.10 Tidak Baik

0.11 – 0.20 Kurang Baik

0.21 – 0.30 Sederhana Baik

0.31 – 0.40 Baik

0.41 – 1.00 Sangat Baik

 Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana

Page 6: contoh analisis.docx

ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai. Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang – bidang tertentu.

N0.SOALAN Nilai (d) / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item

1 0.33 Baik

2 0.33 Baik

3 0.00 Tidak Baik

4 0.16 Kurang Baik

5 0.66 Sangat Baik

6 0.33 Baik

7 0.66 Sangat Baik

8 0.50 Sangat Baik

9 0.83 Sangat Baik

10 -0.33 Tidak Baik

11 -0.16 Tidak Baik

12 0.33 Baik

13 0.50 Sangat Baik

14 -0.16 Tidak Baik

15 0.00 Tidak Baik

16 0.66 Sangat Baik

17 0.16 Kurang Baik

18 0.50 Sangat Baik

19 0.50 Sangat Baik

20 0.66 Sangat Baik

Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah : Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orangMarkah Rendah (RL) = 4 orang

Page 7: contoh analisis.docx

½T(L+U) = 6 orang (RU-RL) = 6 – 4 = 0.33 ½T(L+U) 6  ANALISIS ITEM

Soalan/Item 1- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 2- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 3- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai. Soalan/Item 4- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid darikumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaanrendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalampengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Soalan/Item 5- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid darikumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 6- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. 

Page 8: contoh analisis.docx

Soalan/Item 7- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid darikumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 8- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid darikumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 9- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 10- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai. Soalan/Item 11- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan norma.- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain. Soalan/Item 12-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 13- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian

Page 9: contoh analisis.docx

Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 14- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 15- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai Soalan/Item 16- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 17- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Soalan/Item 18- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 19- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.

Page 10: contoh analisis.docx

- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 20- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid darikumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Pasted from <http://kemahiranhidupsk.blogspot.com/2011/07/tugasan-oum-semester-2-hbef3203.html>