Contoh Bias Yang Berlaku Semasa Mengumpul Data Dalam Penyelidikan Tindakan
Transcript of Contoh Bias Yang Berlaku Semasa Mengumpul Data Dalam Penyelidikan Tindakan
CONTOH BIAS YANG BERLAKU SEMASA MENGUMPUL DATA DALAM
PENYELIDIKAN TINDAKAN
1. BIAS PEMERHATI
Risiko penyelidik hanya melihat atau mendengar apa yang penyelidik
berminat sahaja dan maklumat yang kritikal / berguna kepada kajian
sebenar tidak diperolehi.
Protokol pemerhatian ( perkara-perkara yang hendak diperhatikan / fokus
pemerhatian ) dan panduan membuat pemerhatian tidak distruktur dengan
baik.
2. BIAS MAKLUMAT ( INFORMATION BIAS )
Maklumat itu sendiri mempunyai kelemahan – tidak lengkap, kurang
terperinci dan sebagainya.
Rekod seperti kerja murid / temubual mungkin mempunyai jawapan yang
tidak boleh dibaca / didengar dengan jelas.
Boleh jadi juga pemberi maklumat tidak ingat jawapan untuk soalan yang
ditanya ( called memory or recall bias ).
3. BIAS SUKARELA ( VOLUNTEER OR REFERRAL BIAS )
Dimana pelajar yang bijak secara sukarelawan menjadi responden dan
seterusnya mempengaruhi dapatan kajian terhadap kejayaan atau kesan
sesuatu tindakan yang dijalankan di dalam p&p.
4. BIAS PENGUMPULAN DATA
Ianya berlaku apabila teknik pengutipan data yang dipilih oleh penyelidik
bertujuan untuk mendapatkan jawapan dan data yang menyebelahi objektif
kajian dan soalan kajian telah dibina oleh penyelidik.
5. INSTRUMEN CACAT ( DETECTIVE INSTRUMENTS )
Arahan untuk menjawab soalan kurang jelas.
Soalan distrukturkan kurang jelas / tepat ( vaguety phrased question ), tidak
menguji isu yang dikaji.
Soalan disusun dalam urutan tidak mengikut tahap kesukaran ( illogical
order ).
‘ leading questions ’ yang menyebabkan responden mempercayai satu
jawapan akan diutamakan atas yang lain.
6. KESAN TEMUBUAL KE ATAS PEMBERI MAKLUMAT
Pemberi maklumat ( murid ) mungkin tidak mempunyai kepercayaan
terhadap penemubual.
Akan memberi maklumat / jawapan yang tidak benar / tidak jujur.
Penemubual ( guru ) boleh mempengaruhi hasil temubual disebabkan oleh
peranan mereka. Contoh : murid akan menjawab semua soalan ditanya
sebab mereka yang bertanya adalah guru mereka atau takut markah mereka
rendah kalau tidak menjawab dan sebagainya.
7. Bias terjadi kerana penyelidik hanya bergantung kepada satu cara untuk
mengumpul data tanpa membuat proses triangulasi atau rujuk silang ( cross-
check ) iaitu tidak menggunakan tiga atau lebih kaedah pengumpulan data serta
menggunakan lebih daripada satu punca sumber data.