Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Senaman Asas Kesihatan
Click here to load reader
-
Upload
cathlyn-li -
Category
Documents
-
view
89 -
download
0
description
Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta- Senaman Asas Kesihatan
-
4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1
Fakta: Senaman Asas KesihatanSenaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan
kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal,
berenang dan lain-lain lagi.
Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi
kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu
menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi.
Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan
diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan
lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.
Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.
Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita.
Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran. Oleh itu, jadikan
senaman sebagai amalan hidup kita seharian.