Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Perbincangan

1
Perbincangan: Kerajinan Tulis sebuah karangan yang membincangkan tentang “Kerajinan”. Tulislah karangan tersebut kira-kira 120 patah perkataan. Sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan, orang yang rajin berusaha akan lebih berjaya manakala yang malas atau berat tulang pula akan ketinggalan. Sehubungan dengan hal ini, kita mestilah rajin menimba ilmu pengetahuan kerana orang tua-tua pernah berkata bahawa orang yang tidak berilmu ialah orang yang tidak berjaya. Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita kecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan kerajinan. Oleh sebab itu, jangan biarkan kemalasan menjadi penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup kita. Bakat semula jadi dan ilmu yang ditimba perlulah digilap dan diasah dengan kesungguhan, kecekalan dan kerajinan agar kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi. Bak kata peribahasa “belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”. Oleh itu, kita haruslah senantiasa bersikap rajin untuk mengejar cita-cita atau impian kita. Jika kita suka membaca serta menjadikannya budaya hidup, sudah tentu ini akan mematangkan fikiran kita. Akhirnya, kematangan itu dapat kita gunakan dalam menempuh gelombang kehidupan yang mencabar demi memperoleh kejayaan hidup. Sikap rajin juga akan mendorong kita agar senantiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kegagalan pula bukanlah bermaksud kita akan terus gagal dalam kehidupan kita. Soalnya, kita hendaklah terus mencuba dan mencuba lagi walaupun laluan yang kita lalui itu sukar dan mencabar. Sesungguhnya, tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini dan kerajinanlah penawarnya yang paling mujarab bagi kegagalan seseorang. Ingatlah, “Rajin berusaha tangga kejayaan”.

description

karangan perbincangan

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Perbincangan

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Perbincangan

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Perbincangan: KerajinanTulis sebuah karangan yang membincangkan tentang Kerajinan.

    Tulislah karangan tersebut kira-kira 120 patah perkataan.

    Sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan, orang yang rajin berusaha akan lebih berjaya manakala

    yang malas atau berat tulang pula akan ketinggalan. Sehubungan dengan hal ini, kita mestilah rajin

    menimba ilmu pengetahuan kerana orang tua-tua pernah berkata bahawa orang yang tidak berilmu ialah

    orang yang tidak berjaya.

    Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita kecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan kerajinan. Oleh

    sebab itu, jangan biarkan kemalasan menjadi penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup kita.

    Bakat semula jadi dan ilmu yang ditimba perlulah digilap dan diasah dengan kesungguhan, kecekalan dan

    kerajinan agar kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi. Bak kata peribahasa belakang parang,

    kalau diasah lagikan tajam. Oleh itu, kita haruslah senantiasa bersikap rajin untuk mengejar cita-cita atau

    impian kita.

    Jika kita suka membaca serta menjadikannya budaya hidup, sudah tentu ini akan mematangkan fikiran

    kita. Akhirnya, kematangan itu dapat kita gunakan dalam menempuh gelombang kehidupan yang

    mencabar demi memperoleh kejayaan hidup.

    Sikap rajin juga akan mendorong kita agar senantiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam

    mengejar cita-cita. Kegagalan pula bukanlah bermaksud kita akan terus gagal dalam kehidupan kita.

    Soalnya, kita hendaklah terus mencuba dan mencuba lagi walaupun laluan yang kita lalui itu sukar dan

    mencabar.

    Sesungguhnya, tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini dan kerajinanlah penawarnya yang paling

    mujarab bagi kegagalan seseorang. Ingatlah, Rajin berusaha tangga kejayaan.