Contoh Jawapan Surat Rasmi

8
Contoh jawapan surat rasmi. Lin Cheng Heng, No.6, Jalan Limau Purut 3, Taman Cheras Perdana, 52400 Kuala Lumpur . _________________________________________________________________ Ketua Balai, Balai Polis Cheras, Jalan Ikan Emas 2, 53000 Cheras, Kuala Lumpur…… …………………………………………………… 6 JULAI 2008 Tuan, Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana , ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami . Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini. 2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini. 3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan

description

jhghjhkb

Transcript of Contoh Jawapan Surat Rasmi

Page 1: Contoh Jawapan Surat Rasmi

Contoh jawapan surat rasmi.

Lin Cheng Heng,No.6, Jalan Limau Purut 3,Taman Cheras Perdana,52400 Kuala Lumpur._________________________________________________________________

Ketua Balai,Balai Polis Cheras,Jalan Ikan Emas 2,53000 Cheras,Kuala Lumpur…… …………………………………………………… 6 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak

Page 2: Contoh Jawapan Surat Rasmi

menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Linchengheng

(LIN CHENG HENG)Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

Page 3: Contoh Jawapan Surat Rasmi

Di kawasan tempat tinggal anda, masalah bekalan air sering berlaku. Hal ini banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa bekalan air.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Sivaji Ram22, Lorong Pahlawan 29,Bandar Botanik,41200 Klang,Selangor Darul Ehsan.____________________________________________________________

Tuan Pengarah

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

Menara SYABAS

Jalan Sultan Ibrahim,

41000 Klang,

Selangor Darul Ehsan. 10 SEPTEMBER 2011.

Tuan,

Masalah Bekalan Air di Taman Perumahan

Berdasarkan perkara di atas, saya Sivaji Ram selaku wakil penduduk menulis surat ini kepada pihak tuan. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyuarakan kesulitan akibat masalah bekalan air yang kami hadapi sejak 6 bulan yang lalu. Masalah yang belum diatasi ini membawa pelbagai kesulitan kepada kami.

2. Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan perumahan kami telah membawa banyak kesulitan kepada penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air sering terputus tanpa diberikan sebarang notis daripada pihak SYABAS. Masalah ini menyebabkan kami tidak dapat menyimpan air yang secukupnya untuk menghadapi keputusan bekalan air yang berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh hal yang demikian, banyak aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk dan membersihkan diri tidak dapat dijalankan. Masalah ini memberikan ketidakselesaan kepada kami. Kami berharap agar notis atau surat pemberitahuan disampaikan kepada kami supaya kami dapat sediakan payung sebelum hujan.

3. Selain itu, kami turut menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi sehingga masalah tekanan air rendah berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana tangki air di taman perumahan kami tidak cukup untuk menampung bilangan penduduk yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila bekalan air terputus. Apabila bekalan air pulih seperti biasa, tekanan air adalah rendah sehingga kami terpaksa membeli pam air

Page 4: Contoh Jawapan Surat Rasmi

untuk mempertingkatkan tekanan air di rumah kami. Oleh hal yang demikian, permohonan kami supaya tangki air tambahan dibina haruslah diberikan perhatian oleh pihak tuan.

4. Kami turut menghadapi masalah bekalan air yang kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air paip yang kami peroleh terus daripada tangki berwarna kekuning-kuningan walaupun sudah melalui tapisan. Kami berasa bimbang bahawa hal ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terganggu. Pada masa yang sama, beberapa kes bayi yang mengalami masalah cirit-birit telah berlaku akibat meminum air susu yang sumber airnya daripada air paip yang telah dididih. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, kami berharap agar rawatan bekalan air yang dilakukan oleh pihak tuan dapat menepati ciri-ciri keselamatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar kesihatan kami terjamin.

5. Di samping masalah di atas, kami juga sering menghadapi masalah kecurian bekalan air paip. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan perumahan kami masih baharu dan projek perumahan masih dijalankan oleh pemaju perumahan di kawasan tempat tinggal kami. Hal ini menyebabkan pekerja kontrak pembinaan rumah yang tinggal di kawasan perumahan kami mencuri bekalan air paip dengan membuat sambungan haram tanpa kebenaran pihak SYABAS. Kami berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara ini supaya kami tidak akan terus mengalami masalah bekalan air. Siasatan yang terperinci perlu dilakukan oleh pihak tuan agar sikap pemaju perumahan yang bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing ini dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

6. Masalah seterusnya yang menghantui kami ialah bil bekalan air yang sangat membebankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pegawai bertugas yang datang dari rumah ke rumah untuk mendapatkan bacaan meter air bersikap melepaskan batuk di tangga. Pegawai yang bertugas sering tidak mendapatkan bacaan sebenar dan juga sering membuat bacaan anggaran lalu mengenakan bil yang tidak tepat. Kami berharap agar masalah ini akan mendapat perhatian daripada pihak tuan. Bayangkanlah, sebuah rumah yang didiami oleh tiga orang penghuni terpaksa membayar bil air sebanyak RM180 sebulan ekoran daripada sikap pegawai bertugas yang bena tak bena.

Kami berharap semua rintihan dan keluhan hati kami di atas akan diperhatikan oleh pihak SYABAS. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas segala bantuan dan perkhidmatan yang kami terima setakat ini. Selain itu, kami berharap agar masalah bekalan air di kawasan tempat tinggal kami dapat diselesaikan secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________

(SIVAJI RAM)Wakil Penduduk Bandar Botanik

Page 5: Contoh Jawapan Surat Rasmi

Pasukan Badan Beruniform Pengakap Sekolah anda bercadang untuk mengadakan perkhemahan di sebuah kem milik persendirian.

Tulis sepucuk surat kepada pemilik kem tersebut untuk memohon kebenaran.

Badan Beruniform Pengakap,

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putrta,

78300 Masjid Tanah,

Melaka.

__________________________________________________________________________________

Pengurus,

Kem Rekreasi Alor Gajah,

78500 Alor Gajah,

Melaka. 13 Mac 2012.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Minggu Perkhemahan.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pasukan pengakap sekolah kami akan mengadakan minggu perkhemahan sebagai satu daripada aktiviti tahunan persatuan. Kami bercadang untuk mengadakan program tersebut di kem rekreasi tuan memandangkan kem tersebut terletak berhampiran dengan sekolah kami. Butir-butir tentang perkhemahan tersebut adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 23 hingga 26 Mac 2012

Hari : Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin

Bilangan Peserta : 60 orang

Bilangan Guru Pengiring : 6 orang

Page 6: Contoh Jawapan Surat Rasmi

3. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan bagi minggu perkhemahan ini. Antara aktiviti tersebut ialah aktiviti meredah halangan, bermalam di hutan, ikhtiar hidup, berkayak, serta ceramah motivasi kepimpinan. Atur cara bagi aktivit yang akan dijalankan disertakan bersama-sama surat ini untuk rujukan tuan.

4. Oleh hal yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan tapak bagi perkhemahan kami ini serta khidmat pegawai atau jurulatih untuk membantu kami, terutamanya dalam menyelia aktiviti meredah hutan. Hal ini bertujuan mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti sesat di dalam hutan dan seumpamanya memandangkan kami kurang arif akan kawasan tersebut.

5. Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat maklum balas segera daripada tuan. Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti badan beruniform kami amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………….

(SALIM BIN ABU)

Setiausaha,

Badan Beruniform Pengakap,

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra,

Melaka.