CONTOH JURNAL

4
Bilangan Jurnal : 12/12 Minggu Praktikum : Kedua belas Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 21 hingga 25 April 2014 Tajuk Jurnal : Idea Kreatif Guru 1. Masalah/ Peristiwa Pada minggu kedua belas ini, masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pada saya, penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran (brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru. Hasil akhir ini semua akan merangsang perkembangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid kelas pemulihan saya untuk minat dan tertarik kepada pengajaran saya. Pemerhatian saya terhadap aktiviti guru-guru lama menunjukkan banyak kelemahan yang dilakukan. Mereka kurang menekankan aspek kepelbagaian sumber pengajaran. Hal ini banyak berlaku, terutamanya bagi kelas arus perdana. Pengajaran yang ditunjukkan hampir sama setiap hari dan guru tidak banyak membuat perubahan aktiviti melalui bahan bantu belajar dan startergi yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya fleksibel dan tidak bergantung kepada satu-satu pendekatan dan kaedah sahaja. Hal ini juga berlaku dan tidak banyak membantu saya dalam proses

description

PRAKTIKUM

Transcript of CONTOH JURNAL

Bilangan Jurnal : 12/12Minggu Praktikum : Kedua belasTarikh Peristiwa/ Kejadian : 21 hingga 25 April 2014Tajuk Jurnal : Idea Kreatif Guru

1. Masalah/ PeristiwaPada minggu kedua belas ini, masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pada saya, penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran (brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru. Hasil akhir ini semua akan merangsang perkembangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid kelas pemulihan saya untuk minat dan tertarik kepada pengajaran saya. Pemerhatian saya terhadap aktiviti guru-guru lama menunjukkan banyak kelemahan yang dilakukan. Mereka kurang menekankan aspek kepelbagaian sumber pengajaran. Hal ini banyak berlaku, terutamanya bagi kelas arus perdana. Pengajaran yang ditunjukkan hampir sama setiap hari dan guru tidak banyak membuat perubahan aktiviti melalui bahan bantu belajar dan startergi yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya fleksibel dan tidak bergantung kepada satu-satu pendekatan dan kaedah sahaja. Hal ini juga berlaku dan tidak banyak membantu saya dalam proses menjalankan pdp praktikum bagi subjek major dan minor.

2. AnalisisMasalah ini menyebabkan saya mengalami ketidakpuasan dalam melaksanakan pdp. Penjanaan idea stratergi pengajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam menggerakkan pdpyang menarik serta dapat membantu guru dan murid dalam menjalani proses ini. Permasalahan ini perlu diatasisegera memandangkan pdp perlu diteruskan walau apa jua keadaan. Apa yang penting, langkah mengatasi perlu dicipta dan dieksploitasi.1) Apakah startergi yang perludigunakan agar pengajaran dan pembelajaran sepanjang 3 bulan praktikum tidak terganggu dan sentiasa berjalan dengan teratur dansempurna?2) Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini denganberkesan?3) Sumber dan rujukan apakah yang boleh membantu penjanaan idea menarik yang berterusan?Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah sayasenaraikan:1) Murid cepat bosan dan hilang minat belajar andai pdp dijalankan mengikut aktiviti yang sama setiap hari.2) Murid lebih suka bermaindaripada belajar dan ini perlu diselaraskan agardapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka.3) Guru menghadapi masalah untuk menjalankan pdp yang baik kerana kekurangan idea yang menarik dan sesuai.

3. Cadangan Tindakan SusulanUntuk memastikan masalah penjanaan idea kreatif ini selesai, saya mencadangkan langkah-langkah berikut:1) Melakukan sumbangsaran (brainstorming) bersama rakan iaitu pasangan praktikum saya, saudari Rohazila binti Abdul Rahman. 2) Membuat pemerhatian (observation) pdp guru-guru lain dan melakukan inovasi baru sekiranya dapatan tersebut mempunyai kesesuaian dan kemampuan yang boleh menarik minat murid. Kaedah ini juga digunakan dan diubah suai supaya nampak lebih menarik dan memberi kesan menarik. 3) Membuat draf awal (peta minta) tentang strategi yang ingin digunakan sepanjang minggu sebelum pdp dijalankan pada hari tersebut, membuat penggabungjalinan aktiviti yang sedia ada dan menambahkan idea-idea baru.4) Meminta pendapat, idea dan pandangan daripada guru pembimbing, guru lain

5) dan rakan-rakan guru pelatih bagi menyediakan RPH. Saya juga melihat contoh-contoh penulisan RPH yang baik yang terdapat di internet dan daripada rakan-rakan sebagai panduan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Guru perlu memperbanyakkan pembacaan dan perbincangan dalam mencari idea-idea baru yang boleh digunakan sebagai senjata pdp mereka. Siapa yang sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri akan mencapai kepuasan kerja yang sebenar

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :