contoh kajian amali jahitan.pdf

11
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013 74 PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI JAHITAN MAMPU MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU MURID-MURID LEMAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP Wan Nur Afiqah Binti Wan Azahar & Norma Binti Bajuria Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku realitinya sukar menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan selalunya keadaan ini mewujudkan keadaan muridnya, menjejaskan keupayaan untuk belajar dan hubungannya dengan orang lain. Pengajaran secara teori yang dijalankan sewaktu mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat menarik minat murid lemah pembelajaran atau Slow Learner sehingga megakibatkan mereka menunjukkan tingkah laku bermasalah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid- murid lemah pembelajaran melalui pengajaran berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup. Melalui kajian ini juga, pengkaji mahu melihat sejauh mana keberkesanan empat (4) aktiviti amali jahitan yang dirancang mampu mengubah tingkah laku murid dari sangat teruk kepada lebih baik. Seramai dua orang murid yang bermasalah lemah pembelajaran dari kelas Pintar Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah dipilih menjadi responden kajian ini. Antara masalah tingkah laku utama yang sering ditonjolkan oleh mereka ialah, keluar dari kelas tanpa izin, cepat hilang fokus, memencilkan diri, mengacau orang lain dan tidak mendengar arahan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian secara kualitatif. Instrumen yang digunakan ialah, pemerhatian berstruktur, temu bual dan analisis dokumen (rakaman video). Dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan bagi masalah tingkah laku yang sering ditonjolkan bermula dari aktiviti amali jahitan 1 sehingga aktiviti 4. Kadar pengurangan masalah tingkah laku paling tinggi bagi peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 di akhir aktiviti 4 ialah masing-masing sebanyak empat (4) dan tiga (3). Secara keseluruhannya, pengajaran berteraskan amali jahitan mampu mengurangkan masalah tingkah laku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) dalam subjek Kemahiran Hidup. Kata kunci: Masalah Tingkah Laku, Teori, Lemah Pembelajaran (Slow Learner), Amali Jahitan, Kemahiran Hidup

Transcript of contoh kajian amali jahitan.pdf

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    74

    PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI JAHITAN MAMPU

    MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU MURID-MURID

    LEMAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) DALAM SUBJEK

    KEMAHIRAN HIDUP

    Wan Nur Afiqah Binti Wan Azahar & Norma Binti Bajuria

    Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail

    [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku realitinya sukar

    menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan selalunya keadaan ini

    mewujudkan keadaan muridnya, menjejaskan keupayaan untuk belajar

    dan hubungannya dengan orang lain. Pengajaran secara teori yang

    dijalankan sewaktu mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat menarik

    minat murid lemah pembelajaran atau Slow Learner sehingga

    megakibatkan mereka menunjukkan tingkah laku bermasalah. Kajian ini

    dijalankan bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid-

    murid lemah pembelajaran melalui pengajaran berteraskan amali jahitan

    dalam subjek Kemahiran Hidup. Melalui kajian ini juga, pengkaji mahu

    melihat sejauh mana keberkesanan empat (4) aktiviti amali jahitan yang

    dirancang mampu mengubah tingkah laku murid dari sangat teruk kepada

    lebih baik. Seramai dua orang murid yang bermasalah lemah

    pembelajaran dari kelas Pintar Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan

    Kuala Terengganu telah dipilih menjadi responden kajian ini. Antara

    masalah tingkah laku utama yang sering ditonjolkan oleh mereka ialah,

    keluar dari kelas tanpa izin, cepat hilang fokus, memencilkan diri,

    mengacau orang lain dan tidak mendengar arahan. Reka bentuk kajian ini

    adalah kajian secara kualitatif. Instrumen yang digunakan ialah,

    pemerhatian berstruktur, temu bual dan analisis dokumen (rakaman

    video). Dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan bagi masalah

    tingkah laku yang sering ditonjolkan bermula dari aktiviti amali jahitan 1

    sehingga aktiviti 4. Kadar pengurangan masalah tingkah laku paling

    tinggi bagi peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 di akhir aktiviti 4 ialah

    masing-masing sebanyak empat (4) dan tiga (3). Secara keseluruhannya,

    pengajaran berteraskan amali jahitan mampu mengurangkan masalah

    tingkah laku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) dalam

    subjek Kemahiran Hidup.

    Kata kunci: Masalah Tingkah Laku, Teori, Lemah Pembelajaran (Slow

    Learner), Amali Jahitan, Kemahiran Hidup

    mailto:%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%20%[email protected]:[email protected]

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    75

    PENDAHULUAN

    Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan dalam kalangan

    masyarakat umum. Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di

    antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga

    memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di

    sekolah. Berdasarkan pemerhatian semasa memasuki Kelas Pintar untuk sesi pengajaran

    dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Kemahiran Hidup, saya mendapati bahawa seramai

    dua orang murid lelaki di dalam kelas tersebut telah memperlihatkan masalah tingkah

    laku yang agak serius dari aspek gemar keluar dari kelas tanpa izin, cepat hilang fokus,

    memencilkan diri, mengacau rakan dan tidak mendengar arahan. Hal ini telah

    mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran khususnya dari segi pengurusan

    masa dan pelaksanaan aktiviti. Situasi ini juga sering menggugat kesabaran saya

    sehinggakan kadang kala terpaksa meninggikan suara dan menjerit-jerit supaya mereka

    duduk di tempat masing-masing dan tidak membuat bising. Keadaan ini telah

    membuatkan saya menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas dan tidak dapat

    mengajar dalam keadaan yang tenang dan kondusif.

    Dalam pada itu, objektif pengajaran saya pada waktu itu adalah untuk memperkenalkan

    alatan asas untuk menjahit kepada murid-murid dan pada akhir PdP dengan harapan agar

    murid akan dapat mengenal alatan jahitan asas. Sebagai permulaan, saya telah mengajar

    mereka secara teori berkaitan alatan asas jahitan seperti jarum, benang, gunting dan kain

    cross-stitch. Namun, hampir kesemua murid kelihatan tidak dapat menumpukan

    sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran dan telah memperlihatkan riak kebosanan

    pada wajah masing-masing. Apabila saya menyuruh mereka untuk mengeja nama alatan

    menjahit seperti jarum, benang dan gunting, terdapat murid yang mengikut mengeja

    tetapi dalam keadaan terpaksa dan ada juga murid yang enggan mengeja dan lebih

    gemar mengganggu kawan serta menconteng papan putih tanpa saya sedari. Saya telah

    cuba menarik perhatian mereka dengan menggunakan kad bergambar berserta bahan

    maujud alatan jahitan yang mungkin akan dapat menarik minat mereka, akan tetapi

    menemui kegagalan. Murid-murid tetap berkelakuan negatif malah adakalanya mereka

    seolah-olah hilang kawalan. Hal ini telah mengakibatkan saya hampir-hampir berputus

    asa dan merasa agak tertekan kerana bimbang objektif pembelajaran tidak akan dapat

    dicapai.

    Menurut Gary Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti,

    aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang

    melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada

    dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh

    individu.

    Manakala mengikut Rabven (1977), apabila murid-murid tidak berminat dalam mata

    pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut

    akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran

    mereka. Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura (1986) yang menyatakan

    pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian

    penting dalam pembelajaran sosial.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    76

    Dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Cik Wan Kamarul Fariza Bt Wan

    Kamaruzaman dari Jabatan Kemahiran Hidup berkaitan dengan Keberkesanan

    Pelaksanaan Kerja Amali Melalui Kaedah Projek Dalam Membezakan Litar Selari dan

    Litar Siri telah memaparkan peratus minat murid terhadap pelaksanaan amali ini pula

    berada pada tahap yang tinggi di mana sebanyak 91.6% murid menunjukkan minat

    dalam kaedah amali dan hanya 8.4% murid yang memberi respon tidak berminat

    terhadap kaedah amali projek ini berdasarkan soal selidik yang telah dibuat.

    FOKUS KAJIAN

    Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid-

    murid lemah pembelajaran (Slow Learner) melalui pengajaran berteraskan amali jahitan

    dalam subjek Kemahiran Hidup. Melalui pelaksanaan kajian ini adalah diharapkan

    murid-murid lemah pembelajaran akan dapat mengubah tingkah laku bermasalah dari

    sangat teruk kepada lebih baik sewaktu mereka sesi mengikuti sesi pengajaran dan

    pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah kelak.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian terdiri dari dua jenis, iaitu objektif umum dan objektif khusus. Melalui

    kajian ini, diharapkan agar pengkaji dapat mengurangkan masalah tingkah laku yang

    dikaji. Berikut merupakan objektif umum dan objektif khusus yang telah dirangka oleh

    pengkaji:

    1) Objektif umum: Mengurangkan masalah tingkahlaku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) melalui pengajaran berteraskan amali jahitan dalam

    subjek Kemahiran Hidup.

    2) Objektif khusus: Menunjukkan peningkatan tingkahlaku murid-murid dari sangat teruk kepada lebih baik dengan pelaksanaan aktiviti amali jahitan dalam subjek

    Kemahiran Hidup.

    KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan seramai dua orang murid lelaki kategori lemah pembelajaran

    (Slow Learner) bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

    (PPKIBP) di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu sebagai

    responden. Umur bagi kedua-dua responden adalah dalam lingkingan 9 hingga 10 tahun.

    Kedua-dua responden berada dalam kelas yang sama iaitu di Kelas Pintar yang

    berjumlah seramai lima orang. Namun, pengkaji hanya mahu memberikan tumpuan

    kepada dua orang responden sahaja memandangkan kedua-dua responden mempunyai

    masalah tingkah laku yang sangat kritikal dan perlu diberikan perhatian dari semasa ke

    semasa.

    TINDAKAN

    Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kemmis & Mc Taggart (1988) dalam

    menjalankan kajian tindakan ini.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    77

    Prosedur 1: Mereflek

    Proses kajian tindakan bemula dengan proses membuat refleksi secara individu yang

    telah dilaksanakan di dalam bilik darjah sewaktu pengkaji mengajar di Sekolah

    Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu (SK MPKT). Refleksi yang

    dilakukan oleh pengkaji meliputi penilaian dari sudut kekuatan dan kelemahan terhadap

    tugasan yang dilaksanakan serta mencadangkan cara untuk mengatasi kelemahan dan

    kekuatan terhadap masalah yang berlaku. Pengkaji telah cuba untuk menyenaraikan

    sebarang permasalahan yang dilihat sewaktu proses pengajaran dan pengajaran (PdP)

    dengan menggunakan beberapa instrumen bagi mengenalpasti fokus masalah yang

    dihadapi oleh murid. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pemerhatian dan

    temubual secara berstruktur bersama guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) bagi

    mengumpul maklumat yang berkaitan. Pengkaji telah dapat mengesan masalah utama

    yang dihadapi oleh murid lemah pembelajaran (Slow Learner) di sekolah tersebut

    selepas melakukan analisa iaitu masalah tingkah laku seperti keluar dan masuk kelas

    tanpa izin, menganggu rakan, memencilkan diri, cepat hilang fokus dan tidak mendengar

    arahan. Pengkaji mendapati bahawa perlakuan negatif tersebut seringkali ditunjukkan

    oleh murid sewaktu pengajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid kelihatan sukar untuk

    mengikuti pembelajaran secara teori dan tidak dapat memberikan tumpuan yang

    sepenuhnya.

    Prosedur 2: Merancang

    Pengkaji telah merancang beberapa langkah yang boleh membantu untuk mengurangkan

    masalah tingkah laku negatif yang sering ditunjukkan oleh murid setelah dianalisis data

    serta pengenalpastian masalah utama. Dalam proses merancang tindakan, pengkaji telah

    memilih dan mengenalpasti latar belakang murid yang sesuai untuk dijadikan responden

    kepada kajian dan memilih objektif yang relevan. Pengkaji telah merancang untuk

    mengaplikasikan pembelajaran secara amali di dalam subjek Kemahiran Hidup bagi

    membantu mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid lemah pembelajaran

    (Slow Learner). Pengkaji telah merancang untuk mengkaji kesan pengajaran berteraskan

    amali jahitan yang dapat membantu mengawal perlakuan negatif semasa murid berada

    di dalam bilik darjah. Pada peringkat perancangan, pengkaji telah menyediakan alatan-

    Mereflek

    Melaksana

    TindakanMemerhati

    Tinjauan Awal

    Merancang Tindakan

    Rajah 5.1 Gelung Model

    Kemmis & Mc Taggart (1988)

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    78

    alatan asas untuk menjahit yang akan digunakan dalam setiap aktiviti. Pengkaji

    menyediakan alatan seperti jarum besar, benang berwarna-warni, gunting dan kain

    cross-stitch yang secukupnya untuk keperluan dua orang responden yang telah dipilih

    supaya setiap aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

    Prosedur 3: Bertindak

    Bagi prosedur bertindak ini, pengkaji bersetuju untuk mengaplikasikan pengajaran

    berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup dalam menangani masalah

    tingkah laku murid lemah pembelajaran (Slow Leraner). Pengkaji telah menyediakan

    bahan bantu belajar maujud iaitu alatan asas untuk menjahit seperti jarum, benang

    berwarna-warni, gunting dan kain cross-stitch yang bersesuaian dari segi saiz dan warna

    untuk menarik minat murid di samping memudahkan mereka sewaktu proses menjahit.

    Pengkaji telah merancang empat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan

    kemampuan murid yang berupaya membantu mereka untuk mengawal tingkah laku dari

    semasa ke semasa. Setiap aktiviti adalah berbeza dari aspek pengendalian masa

    berikutan terdapat aktiviti yang hanya mengambil masa selama 15 minit bagi setiap sesi,

    manakala aktiviti pengukuhan pula mengambil masa sehingga sejam untuk

    menyiapkannya. Berikut merupakan langkah pelaksanaan pengajaran yang telah

    dijalankan pengkaji:

    Aktiviti 1: Memperkenalkan Teori Asas Alatan Jahitan Menggunakan Alatan

    Maujud

    1. Guru memperkenalkan tajuk Asas Alatan Jahitan kepada murid. 2. Guru menunjukkan beberapa alatan jahitan maujud seperti jarum, benang,

    gunting dan kain cross-stitch kepada murid.

    3. Murid memegang setiap alatan jahitan tersebut dan menamakannya dengan betul.

    Aktiviti 2: Memasukkan Manik Ke Dalam Benang Membentuk Seutas Gelang

    1. Guru memberikan seurat benang dan manik yang pelbagai warna dan bentuk kepada murid.

    2. Guru menunjukkan cara untuk memasukkan manik ke dalam benang mengikut bilangan dan warna yang betul.

    3. Murid perlu melakukan langkah yang sama sehingga mereka berjaya menghasilkan seutas gelang.

    Aktiviti 3: Menghasilkan Jahitan Jelujur Halus Dan Jelujur Kasar Di Atas Kertas

    1. Guru mengedarkan alatan asas untuk menjahit seperti benang, jarum, gunting dan kertas kepada murid.

    2. Guru menunjukkan cara untuk menjahit jahitan julujur halus dan kasar di atas kertas kepada murid.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    79

    3. Murid menjahit sendiri di atas kertas yang mempunyai garisan putus-putus sebagai panduan.

    Aktiviti 4: Menghasilkan Jahitan Jelujur Jalus Dan Jelujur Kasar Dengan

    Menggunakan Papan Ram Empat Segi

    1. Guru memperkenalkan papan ram empat segi kepada murid dan memberitahu fungsinya dalam aktiviti menjahit.

    2. Guru menunjukkan cara untuk memasukkan kain cross-stitch ke dalam papan ram tersebut dengan betul.

    3. Murid perlu menjahit jahitan asas yang telah dipelajari iaitu jelujur halus dan jelujur kasar dengan menggunakan papan ram.

    Latihan Pengukuhan: Menghasilkan Beg Cerut Dengan Menggunakan Jahitan

    Jelujur Halus Dan Jelujur Kasar

    1. Guru menunjukkan cara untuk menghasilkan beg cerut menggunakan kain cross-stitch yang telah dijahit dengan jahitan jelujur halus dan jelujur kasar kepada

    murid.

    2. Murid perlu menghasilkan satu beg uncang setiap seorang dengan bantuan guru. Murid perlu mengaplikasikan kemahiran menjahit dengan menggunakan jahitan

    jelujur halus atau jelujur kasar pada beg uncang tersebut.

    Kelima-lima aktiviti ini telah dijalankan secara berturutan bagi membantu murid untuk

    menguasai kemahiran menjahit jahitan asas iaitu jelujur halus dan jelujur kasar dengan

    baik dari semasa ke semasa supaya mereka berupaya untuk menghasilkan satu kraf

    tangan iaitu beg uncang. Dalam pada masa yang sama, pengkaji mahu melihat sejauh

    mana masalah tingkah laku negatif responden dapat dikurangkan semasa setiap aktiviti

    amali dijalankan.

    Prosedur 4: Memerhati

    Pada peringkat ini, pengkaji perlu memerhatikan semula sama ada teknik yang

    digunakan berhasil atau tidak dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid-

    murid lemah pembelajaran (Slow Learner). Pengkaji telah memerhatikan setiap aktiviti

    yang berjalan sepanjang sesi rawatan. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian

    senarai semak masalah tingkah laku, temu bual dan juga analisis dokumen (rakaman

    video) bagi mengumpul data dan bagi menjawab persoalan kajian yang telah dirangka.

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    1) Bagaimanakah keberkesanan pengajaran berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup mampu mengurangkan masalah tingkahlaku murid-

    murid lemah pembelajaran (Slow Learner)?

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    80

    Bagi menjawab persoalan yang pertama, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis

    dokumen (rakaman video).

    Analisis Keseluruhan Kadar Pengurangan Masalah Tingkah Laku Responden

    Pertama

    MASALAH TINGKAH

    LAKU (MTL)

    RESPONDEN 1

    A1 A2 A3 A4

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    1. Keluar kelas tanpa izin

    1 2 2 3

    2. Cepat hilang fokus 2 2 1 1

    3. Memencilkan diri 0 2 2 2

    4. Mengacau orang lain 1 2 2 2

    5. Tidak mendengar arahan

    2 2 2 3

    Jadual di atas menunjukkan kadar pengurangan bagi kelima-lima masalah tingkah laku

    yang dikaji bagi Responden Pertama. Pengkaji dapat meyimpulkan di sini bahawa kadar

    pengurangan masalah tingkah laku bagi setiap aktiviti amali jahitan yang dijalankan

    adalah agak positif walaupun Responden Pertama tidak menunjukkan penurunan bagi

    tingkah laku memencilkan diri pada Aktiviti 1. Hal ini dapat diperjelaskan lagi apabila,

    responden masih belum dapat menyesuaikan diri semasa Aktiviti 1 kerana

    berkemungkinan belum tertarik untuk mempelajari alatan asas untuk menjahit dengan

    hanya menggunakan bahan maujud. Namun, pengurangan tingkah laku telah dapat

    dilihat semasa responden menjalani aktiviti amali yang seterusnya. Selain itu, dapat

    dinyatakan di sini bahawa pengurangan masalah tingkah laku yang paling tinggi adalah

    sebanyak tiga (3) penurunan pada Aktiviti 4 untuk item masalah keluar dari kelas tanpa

    izin dan item tidak mendegar arahan. Manakala, pengurangan yang paling sedikit adalah

    hanya satu pengurangan yang dicatatkan.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    81

    Analisis Keseluruhan Kadar Pengurangan Masalah Tingkah Laku Responden

    Kedua

    MASALAH TINGKAH

    LAKU (MTL)

    RESPONDEN 1

    A1 A2 A3 A4

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    KADAR

    PENGURANGAN

    MTL

    1. Keluar kelas tanpa izin

    1 2 2 3

    2. Cepat hilang fokus 2 2 1 1

    3. Memencilkan diri 0 2 2 2

    4. Mengacau orang lain 1 2 2 2

    5. Tidak mendengar arahan

    2 2 2 3

    Jadual di atas menunjukkan analisis keseluruhan kadar pengurangan bagi setiap masalah

    tingkah laku yang dikaji untuk Responden Kedua. Kadar pengurangan paling tinggi

    yang telah dicatatkan oleh responden adalah sebanyak empat (4) penurunan semasa

    Aktiviti 4 bagi item masalah cepat hilang fokus dan juga item tidak mendengar arahan.

    2) Bagaimanakah aktiviti amali jahitan dapat mengubah tingkah laku murid-murid dari sangat teruk kepada lebih baik?

    INDIVIDU TEMUBUAL KOD

    TEMA

    GURU A

    Nama cikgu?

    Puan Siti Salbiah bt Hj. Mat Rebin

    Subjek yang diajar?

    Akak ajar subjek Kemahiran Hidup (KH)

    Dah berapa lama cikgu mengajar kelas Pintar untuk subjek KH?

    Dah lama la jugak..sejak tahun lepas lagi..

    Sepanjang cikgu mengajar subjek KH di kelas Pintar ni, apa yang

    boleh cikgu kongsikan?

    Sepanjang akak mengajar subjek ni la kan, akak boleh kata yang murid-

    murid kelas ni kalau kita mengajar pakai mulut dengan papan putih je,

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    82

    memang diorang cepat bosan la, tambah-tambah si Aiman. (bukan nama

    sebenar) Aiman tu akan buat endah tak endah je kalau akak bagi

    penerangan misalnya nak ajar tentang cara nak lipat baju. Dia tak boleh

    nak bayang kalau akak cakap je, kena tunjuk guna kain betul-betul, lipat

    depan dia.

    BM

    Masalah tingkah laku yang selalu ditimbulkan oleh Aiman (bukan

    nama sebenar)

    Selalunya, Aiman kadang-kadang keluar dari kelas masa akak tengah

    mengajar, tak boleh nak bagi tumpuan yang lama, tak dengar kata dan

    ade jugak yang tak ade hujan tak ade ribut, tiba-tiba je asingkan diri.

    Padahal tak ade orang kacau pun. Tiba-tiba tak ade mood nak belajar.

    Akak pun tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

    BM

    Adakah pengajaran secara teori tidak dapat menarik minat Aiman

    untuk belajar?

    Kalau akak ajar secara teori atau guna papan putih, memang si Aiman tu

    tak akan bagi tumpuan. Sebab tu la dia asyik nak keluar kelas dan mula

    memencilkan diri dari akak dan kawan-kawan yang lain.

    BLBK

    Selepas aktiviti amali jahitan dijalankan semasa subjek Kemahiran

    Hidup, apakah yang dapat cikgu perhatikan pada tingkah laku

    Aiman?

    Akak dapat tengok perubahan Aiman yang sekarang ni lebih fokus

    semasa akak mengajar di dalam kelas bagi subjek Kemahiran Hidup. Dia

    akan ambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akak jalankan dan

    penglibatan di dalam kelas juga semakin memberangsangkan. Apa-apa

    juga aktiviti yang berkaitan amali macam mendobi, pemeliharaan haiwan

    dan memasak, Aiman akan ambil bahagian sebab dia seronok nak buat

    dan rasai pengalaman tu sendiri.

    BB

    Adakah masalah tingkah laku berjaya dikurangkan?

    Ye, sudah semestinya. Alhamdulillah.

    BK

    Berdasarkan Jadual 6.6.1 di atas, Temu bual yang dijalankan jelas memberi maklumat

    tentang masalah tingkah laku bagi Responden Pertama yang dikaji oleh pengkaji ketika

    menjalankan sesi PdP. Bagi persoalan berkaitan dengan masalah tingkah laku yang

    sering ditonjolkan oleh Responden Pertama semasa Guru A mengajar mata pelajaran

    Kemahiran Hidup (KH) di Kelas Pintar apabila guru mengajar secara teori adalah,

    Aiman (bukan nama sebenar) tidak menunjukkan sebarang minat ke atas pengajaran

    guru dan buat endah tidak endah sahaja serta tidak memberikan tumpuan yang

    sepenuhnya. Pengkaji dapat melihat bahawa Guru A mempunyai masalah dalam

    menangani masalah tingkah laku Responden A yang cepat hilang tumpuan serta

    memencilkan diri secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang agak lama berikutan tidak

    mahu mengambil bahagian di dalam PdP yang dijalankan.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

    Bagi melihat sama ada pengaplikasian amali jahitan berupaya mengurangkan masalah

    tingkah laku dalam kalangan murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner) yang

    dipilih, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian senarai semak tingkah laku

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    83

    sebelum dan semasa aktiviti dijalankan. Item yang terdapat di dalam borang senarai

    semak adalah melibatkan masalah tingkah laku yang telah dikenal pasti sering

    ditonjolkan oleh murid-murid lemah pembelajaran bagi Program Pendidikan Khas

    Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan

    Kuala Terengganu.

    Melalui analisis pemerhatian menggunakan borang senarai semak tingkah laku, pengkaji

    dapat melihat pengurangan dalam tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh

    responden. Sebelum pengaplikasian aktiviti amali jahitan, pengkaji mendapati

    responden kerap kali menonjolkan tingkah laku bermasalah sewaktu pengajaran secara

    teori bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Namun, semasa sesi aktiviti amali

    dijalankan, beberapa masalah tingkah laku negatif telah menunjukkan penurunan.

    Jumlah kekerapan masalah tingkah laku sebelum aktiviti amali adalah tinggi

    berdasarkan item yang telah disasarkan. Setelah pengkaji menjalankan aplikasi aktiviti

    amali jahitan bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan responden

    yang dipilih, terdapat penurunan bagi jumlah kekerapan tingkah laku kedua-dua

    responden. Pengurangan tingkah laku yang paling tinggi sepanjang sesi aktiviti amali

    jahitan dijalankan bagi Responden Pertama adalah bagi item tidak mendengar arahan

    manakala pengurangan yang paling sedikit adalah bagi item keluar dari kelas tanpa izin

    kerana responden Pertama tidak menunjukkan masalah yang ketara melalui item

    tersebut berbanding item yang lain. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa sesi aktiviti

    amali jahitan yang dijalankan berjaya mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam

    kalangan murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner). Sekiranya tempoh aktiviti

    amali bertambah, kemungkinan besar tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh

    kedua-dua responden akan dapat dikurangkan lagi.

    Hasil dapatan data ini menyokong kenyataan yang dipetik dari Bahagian Perancangan

    dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006 yang menyatakan bahawa pengajaran dan

    pembelajaran secara amali yang dijalankan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

    membantu murid untuk memperoleh pengalaman sebenar dan mudah untuk mengingati

    isi pelajaran dengan lebih efektif. Kaedah ini amat bertepatan dengan fokus

    pembangunan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan

    keupayaan dan minat murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran di

    samping dapat membantu ketrampilan dan keperibadian murid.

    Berdasarkan analisis data yang dilakukan, dapatlah dilihat di sini bahawa pengajaran

    berteraskan amali jahitan dalam subjek Kemahiran Hidup mampu mengurangkan

    masalah tingkah laku murid-murid lemah pembelajaran (Slow Learner). Hal ini dapat

    dibuktikan dengan berlaku pengurangan kekerapan masalah tingkah laku berdasarkan

    analisis dokumen (rakaman video) yang dilakukan. Analisis yang disertakan dengan

    catatan yang dibuat oleh pengkaji membuktikan berlaku pengurangan masalah tingkah

    laku bagi kedua-dua responden. Persoalan pertama ini terjawab melalui analisis yang

    dilakukan oleh pengkaji serta dikukuhkan dengan pemerhatian senarai semak tingkah

    laku yang ingin diberi tumpuan.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

    84

    RUJUKAN

    Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan Edisi

    Kedua. Freemind Horizons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    Chow Fook Meng (PhD), & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &

    Amalan

    dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan

    Penyelidikan Tindakan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Fatin Binti Md. Ghazali (2012) Terapi Permainan Musical Carpet Dalam Menangani

    Masalah Murid Attention Deficit Hyperactive Disorder. Degree thesis, IPG Kampus

    Dato Razali Ismail.

    Norshafika Mazmieza Binti Mazlan (2012) Meningkatkan Kemahiran Komunikasi

    Interpersonal Murid Bermasalah Pembeljaran melalui Permainan Pin Boling

    Keluarga. Degree thesis, IPG Kampus Dato Razali Ismail.