Contoh Kajian Tindakan
-
Upload
rohani-salam -
Category
Documents
-
view
109 -
download
6
Transcript of Contoh Kajian Tindakan
Contoh Kajian Tindakan (masalah penulisan)MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
BENTUKDALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID
TAHUN 1
OLEH:CIK.MARIAYEE A/P SUPPIAHSJK TAMIL SUNGAI SALAK
71010 LUKUT, NSDK
PANITIA BAHASA MALAYSIA 2011
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kajian tindakan yang
bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK HURUF DALAM BAHASA
MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 1 dapat disempurnakan.
Saya memilih tajuk ini diatas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah membentuk displin
penulisan. Kebanyakan guru Bahasa Malaysia kurang memberikan perhatian dalam perkara ini.
Melalui kajian ini semua pihak memahami tentang bentuk huruf adalah sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
Sepanjang proses pelaksanaannya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah yang telah memberikan kepercayaan kepada Panitia Bahasa Malaysia bagi menjalankan
kajian ini untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
Saya sangat berhutang budi kepada Encik M.Krishnamoorthy (Guru Besar), Cikgu
A.Manoharan dan Puan R.Paramewari yang telah membantu saya dalam segala aspek kajian.
Selain daripada itu, mereka juga menjadi fasilitator dalam kelas serta menyampaikan laporan pada
saya dalam waktu yang ditetapkan.
Semoga dengan adanya kajian tindakan ini dapatlah ia dijadikan panduan dan rujukan kepada
pihak yang memerlukannya pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
SJK TAMIL SUNGAI SALAK, LUKUT
AHLI JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN 2011
PENASIHAT : EN. M.KRISHNAMOORTHY (GB)PENGERUSI : EN.A. MANOHARAN (GPK1)PENYELIDIK : CIK.S.MARIAYEE (KETUA PANITIA B.MALAYSIA)
AJK : PN.R.PARAMESWARI (GURU B.MALAYSIA TAHUN 2)
PN.M.PARIMALA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 3)
PN. PM.SHIELA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 4)
CIK.K.SARALA (GURU B.MALAYSIA TAHUN 5)
EN.K.SATHYA PRABU(GURU B.MALAYSIA TAHUN
6)
CIK. R.PAVITRA DEVI(GURU B.MALAYSIA TAHUN
1)
1.0 ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan tidak kemas seorang murid
pemulihan yang bernamaTumresh. Beliau merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas
Pemulihan Khas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian
terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Saya telah
melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel dengan betul, menulis
dengan postur badan yang betul, serta menyediakan banyak latihan menulis.
Saya menfokuskan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Tinjauan awal yang dibuat melalui
pengumpulan data menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap kepentingan bentuk semasa
menulis sesuatu ayat. Oleh itu, saya menggunakan sistem tiga garisan untuk mensifarkan kesalahan
bentuk semasa menulis. Saya dengan bantuan AJK telah merancang beberapa langkah. Pelaksanaan
langkah-langkah tersebut dapat memberikan satu keputusan yang baik berbanding sebelumnya.
Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya seorang guru Bahasa
Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Salak, Lukut. Sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah Gred B yang mempunyai kira-kira 150 orang murid. Terdapat seramai 12 orang guru di
sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 7 buah kelas biasa.
Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
untuk kelas Tahun 1. Bagaimanapun untuk kelas Bahasa Melayu Tahun 1, masalah yang menjadi
fokus saya adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun kebanyakan murid telah
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang agak ramai sehingga mencecah 25
orang dalam sekelas menyebabkan saya tidak dapat memberikan tumpuan kepada setiap murid.
Murid-murid yang tidak mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses
pembelajaran.
Dalam kajian ini, saya menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid dari
kelas Tahun 1. Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam. Tulisan mereka
buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz
antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya
penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak
betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang
antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas
Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid
mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas
dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran
menulis. Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan
murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian
dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah
ansur maju mempunyai kesan dalam membaiki tulisan murid. Kebanyakan murid berpandangan
kaedah ansur maju yang dipilih sesuai dalam membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas
dan teratur.
3.0 Fokus kajian
Kajian ini bermula apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun 1. Terdapat lima
orang murid dari kelas Tahun 1 yang bermasalah tulisan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya
mendapati murid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi bermasalah dengan
tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan sebagai murid berpotensi kerana kesemua mereka boleh
membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru-guru lain untuk menyemak hasil
kerja murid- murid ini. Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan
menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan
selalunya marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang
susah hendak dibaca.
4.0 Tinjauan awal masalah
Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk
memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan
pembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian
terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir tahun, murid-murid ini dapat memperbaiki tulisan
mereka. Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada murid yang bernama Tumresh.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan Tumresh pada 13 Jan 2011 iaitu sebelum pelaksanaan tindakan
saya.
Tumresh, seorang murid kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa
proses p&p berlangsung. Tumresh juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Semasa dalam
kelas, dia suka bertanya dan menjawab soalan. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka
membaca. Kebanyakan masa di dalam kelas pemulihan, Tumresh amat suka membaca buku-buku
cerita yang terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya, Tumresh adalah murid yang sangat bijak
dan amat rugi apabila beliau dihantar ke kelas pemulihan kerana tulisannya yang tidak kemas. Oleh
kerana itu, saya bertekad untuk membantunya memperbaiki tulisannya, agar dia dapat kembali belajar
di dalam kelas biasa.
Tinjauan awal saya mendapati cara Tumresh memegang pensel adalah salah. Menurut Levin
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.
Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang
pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine,
1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel
secara stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan
tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu
dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987),
semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.
Pemerhatian saya mendapati Tumresh sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik
memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu,
Tumresh juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang dia
kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman
yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari
di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis
kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.
Di samping itu, saya mendapati Tumresh suka menggunakan pensel yang amat pendek
menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan
pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan
semasa menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.
Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis
di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang
betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak
sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-
kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan
yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-
murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar
celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk
huruf mengikut pergerakan yang betul.
5.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memastikan Tumresh memegang pensel dengan betul semasa menulis;
dan memperbaiki tulisan Tumresh agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis
yang kerap.
6.0 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) Tumresh
dengan kekemasan tulisannya?
Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegangpensel dengan betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan Tumresh ?
7.0 .Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
7.1 Perancangan tindakan
Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti bimbingan untuk Tumresh .
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran
tulisan yang betul dan kukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat
pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah
tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-
huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari awal-awal lagi.
Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas
dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti
pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang
dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang
bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara,
meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar
dan kecil juga boleh dilakukan.
Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari,
menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam
aktiviti- aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya
melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan
membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari
kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara
bebas. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam
fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan
sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun
murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah
lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau
krayon. Untuk kes Tumresh , saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya
menulis dengan betul. Oleh kerana Tumresh adalah murid yang cepat belajar,
saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekali sahaja dan dia dapat
melakukannya dengan baik. Beberapa langkah-langkah yang telah dijalnkan:
8.0 LANGKAH YANG DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang
dijalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya
sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah
penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada
permulaan ayat sahaja.
AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:
i. Bentuk huruf salah di warnakanii. Menulis di atas huruf yang dicetakiii. Latihan melukisiv. Cara dudukv. Menulis di atas pasirvi. Latihan kordinasivii. Mencontengviii. Melukis bentukix. Melukis dan mewarna bentuk geometrix. System tiga garisanxi. Menulis perkataan dari bawah ke atas
9.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN
9.1 Pelaksanaan Aktiviti
Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia bermula dari
bulan Januari.
Langkah 1
Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara
memegang pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang
telah ditunjuk cara.
Rajah 1: Cara memegang pensel yang betu
Cara memegang pensel yang betul
Langkah 2:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang
sesuai dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis.
Kemudian, saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki
mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis
Langkah 3
Menulis di atas huruf yang berputus dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf-huruf yang
selalu mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan dengan saiz
yang besar dan kecil. Murid-murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensil menulis atas huruf
berkenaan mengikut arah jam. Cara ini dapat mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi.
Murid digalakkan membuat latihan ini di rumah.
Langkah 4
Latihan melukis dan mewarna. Fotostatkan gambar-gambar yang menarik. Murid digalakkan
melukis mengikut bentuk gambar tersebut. Bandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan
coraknya. Cara ini menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak latihan pada saraf tangan.
Langkah 5
Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus
menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap
atas meja. Tambahan pula, pastikan cara pegangan pensil ltu betul. Perkara-perkara diatas adalah
sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti
pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa selama-lamanya.
Langkah 6
Menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Pastikan bentuk
tulisan hendak dihasilkan gunakan batu kecil, biji-biji manik dan lidi supaya menghasilkan bentuk
yang betul.
Langkah 7
Menulis di atas permukaan pasir. Ini adalah satu aktiviti tradisional amat berkesan.
Murid menggunakan jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis
supaya murid-murid dapat mendalami bentuknya.
Langkah 8
Memberikan latihan kordinasi tangan, jari dan mata. Ini menambahkan tumpuan murid.
Langkah 9
Menconteng secara bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam
mengikut citarasa murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid –murid menghasilkan
banyak bentuk. Guru menerangkan dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh dijadikan
huruf.
Langkah 10
Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan melintang.
Guru mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.
Langkah 11
Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di
atas garisan itu. Latih tubi dijalankan.
Langkah 12
Menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja
mereka. Aktiviti ini juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian.
10.0 Metodologi
10.1 Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar
gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk
tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan
iaitu:
10.1.1 Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan
teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat,
mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa yang
berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan murid di samping
memerhati cara Nur menulis.
10.1.2 Temu Bual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara
saya dengan guru pemulihan serta Tumresh untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan
kajian. Dalam kajian ini, saya adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual
Tumresh tentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran penulisan yang dilaluinya.
10. 1.3 Bukti Dokumen
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada dokumen.
Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan
memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual.
Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain
menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian
ini, dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
11.0 Teknik Menganalisis Data
Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam bentuk tulisan, saya
analisis berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in
Handwritng. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan
berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut adalah seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca
31. i tanpa titik32. k seperti h33. l tertutup34. m seperti w35. n seperti v36. n seperti s37. o seperti a38. o seperti r39. o tidak tertutup40. o seperti u41. r seperti s42. r seperti i43. r terlalu kecil44. r seperti n45. r seperti u46. r seperti e47. s tidak jelas48. s seperti r49. s sperti c50. t seperti l51. t tangkai jauh52. t tiada tangkai53. t tangkai di kanan54. t tangkai di kiri55. u seperti oi56. ur seperti w57. v seperti n58. v seperti r59. w seperti v60. w seperti m61. wr seperti ur62. d tidak ditutup63. I seperti cI64. T seperti I
Kesalahan tulisan Semak1. Perkataan terlalu rapat2. Terlalu condong
3. Perkataan berpecah4. Huruf-huruf terlalu dekat5. Barisan terlalu dekat6. a seperti u7. e tertutup8. a seperti o9. a seperti oI10. b seperti Ii11. b seperti I12. b seperti k13. b seperti f14. n seperti u15. c seperti e16. c seperti i17. c seperti a18. d seperti cI19. d sepeti l20. d seperti a21. e seperti o22. e terlalu tinggi23. e seperti c24. f seperti b25. g seperti y26. h seperti li27. h seperti p28. h seperti b29. h seperti l30. i seperti c
Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untuk menganalisis
tulisan Tumresh . Beberapa huruf didapati sering menimbulkan kerumitan, sebagai contohnya, huruf
kecil ‘r’, ‘n’, ‘e’, ‘a’, ‘o’, ‘s’ dan ‘t’ menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50 peratus (%). Huruf
yang paling menimbulkan kerumitan ialah ‘r’, diikuti dengan huruf ‘n’. Kesilapan yang sering berlaku
ialah menulis ‘r’ seperti ‘I’; ‘n’ seperti u; menutup ‘e’; membuat ‘d’ seperti ‘cl’; ‘o’ seperti ‘a’; dan ‘a’
seperti ‘u’. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf ‘L’. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan
satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran
pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik
seperti ini telah menyebabkanTumresh menghasilkan tulisan yang memuaskan.
12.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut langkah yang ditetapkan telah dijalankan. Pencapaian dapat
dilihat. Murid memahami konsep sebenar kepentingan bentuk sesuatu huruf. Guru dinasihatkan
supaya sebelum memberikan sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan peringatan tentang
kepentingan huruf. Disamping itu, AJK telah menjalankan satu aktiviti tulisan untuk mengesan
keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
KEPUTUSAN:
PERINGKAT JUMLAHBaik 20%
Memuaskan 60%Kurang memuaskan 20%
Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Murid lain pun dapat menguasai
kemahiran penulisan huruf dengan baik.
13.0 RUMUSAN PEMERHATIAN
Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan
betul, teratur, dan kemas. Dari segi pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya
berbual-bual dengan mereka, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi
dimarahi oleh guru-guru lain kerana tulisan mereka cakar ayam. Malah, ada yang dipuji kerana
berjaya menulis dengan baik.
Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar
berbanding dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada
menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah
rendah. Saya sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu
mereka menguasai kemahiran membaca, mengira, dan sebagainya.
Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan
kemas, teratur dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat
terhadap pengajaran dan pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan
sikap mereka dahulu.
BIbliografi
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.
Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat
turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-
pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun
daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/
html pada 20 Oktober 2009.
Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the
Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI
(13).
Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun
daripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=
RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20
Oktober 2009.
Stout, K. L. (1998). How to teach handwriting. Dimuat turun daripadahttp://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html pada 13 Ogos2008.