contoh kajian tindakan

13
Kajian Tindakan ~ Mengatasi Masalah Murid Tidak Mengenal Huruf Mazita bt. Bahari Sekolah Kebangsaan Betau Peti surat 26, Pejabat Pos Sungai Koyan, 27650 Sungai Koyan, Pahang Darul Makmur ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 10 orang murid dari Tahun 1 SK Betau bagi mengenal huruf a-z agar mereka dapat menggunakan pengetahuan asas ini dalam pembelajaran mereka yang akan lebih mencabar di masa hadapan. Seramai 10 orang pelajar dari tahun 1 telah dipilih sebagai sampel bagi menggunakan modul pembelajaran alphabet “I Know You” yang saya hasilkan. Setelah menjalankan sesi penggunaan modul selama dua bulan, saya dapati beberapa orang murid yang dibimbing telah dapat mengenali huruf dengan baik. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan modul ini boleh diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan mengenali huruf. LATAR BELAKANG KAJIAN Masalah pembelajaran murid adalah bertitik tolak dari kebolehan murid tersebut secara individu menguasai kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis yang merupakan satu asas dalam membentuk seorang individu murid yang berjaya dalam pembelajarannya. Kegagalan murid mengenali huruf adalah sangat kritikal dalam usaha murid menggarap maklumat dan ilmu yang bakal dilangsungkan terhadap mereka oleh para guru. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, cara memegang pena dan menulis (penmanship) adalah sangat penting kearah seorang pendidik dapat menyampaikan segala maklumat pembelajaran dengan lebih efektif dan memuaskan. Dalam usaha sebagai seorang pendidik yang ingin berjaya, seorang guru perlu memastikan tahap kebolehan murid dalam menerima input yang diberikan kepada setiap murid yang dibimbingnya. PERNYATAAN MASALAH Objektif utama pembelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun satu sekolah rendah adalah menjurus kepada kebolehan murid menguasai asas Bahasa Inggeris dari segi kemahiran mendengar,

description

contoh kajian tindakan

Transcript of contoh kajian tindakan

Page 1: contoh kajian tindakan

Kajian Tindakan ~ Mengatasi Masalah Murid Tidak Mengenal Huruf

Mazita bt. BahariSekolah Kebangsaan Betau

Peti surat 26, Pejabat Pos Sungai Koyan,27650 Sungai Koyan,Pahang Darul Makmur

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 10 orang murid dari Tahun 1 SK Betau bagi mengenal huruf a-z agar mereka dapat menggunakan pengetahuan asas ini dalam pembelajaran mereka yang akan lebih mencabar di masa hadapan. Seramai 10 orang pelajar dari tahun 1 telah dipilih sebagai sampel bagi menggunakan modul pembelajaran alphabet “I Know You” yang saya hasilkan. Setelah menjalankan sesi penggunaan modul selama dua bulan, saya dapati beberapa orang murid yang dibimbing telah dapat mengenali huruf dengan baik. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan modul ini boleh diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan mengenali huruf.

LATAR BELAKANG KAJIANMasalah pembelajaran murid adalah bertitik tolak dari kebolehan murid tersebut secara individu menguasai kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis yang merupakan satu asas dalam membentuk seorang individu murid yang berjaya dalam pembelajarannya. Kegagalan murid mengenali huruf adalah sangat kritikal dalam usaha murid menggarap maklumat dan ilmu yang bakal dilangsungkan terhadap mereka oleh para guru.Dalam pendidikan awal kanak-kanak, cara memegang pena dan menulis (penmanship) adalah sangat penting kearah seorang pendidik dapat menyampaikan segala maklumat pembelajaran dengan lebih efektif dan memuaskan. Dalam usaha sebagai seorang pendidik yang ingin berjaya, seorang guru perlu memastikan tahap kebolehan  murid dalam menerima input yang diberikan kepada setiap murid yang dibimbingnya.

PERNYATAAN MASALAHObjektif utama pembelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun satu sekolah rendah adalah menjurus kepada kebolehan murid menguasai asas Bahasa Inggeris dari segi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, dan pada masa yang sama menyediakan murid untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris bagi dua kelas tahun satu di Sekolah Kebangsaan Betau, iaitu sebuah sekolah murid orang asli di dalam daerah Lipis, Pahang, saya mendapati seramai 10 orang murid saya dari kedua-dua kelas tersebut tidak dapat mengenal huruf yang diajukan kepada mereka ketika saya mengajar topik "Things In The Classroom". Saya sangat terkejut dengan masalah ini sedangkan rakan mereka yang lain telah dapat mengenali semua huruf dengan baik. Dari perbualan saya dengan guru kelas mereka, saya mendapati murid-murid ini adalah dari golongan murid yang baru sahaja menghadirkan diri ke sekolah mulai akhir bulan Februari 2009. Oleh itu mereka telah banyak ketinggalan dalam pelajaran peringkat awal seperti yang dilalui oleh rakan-rakan sekelas yang lain.

Page 2: contoh kajian tindakan

Pencapaian murid dalam ujian pertama (P1) tahun ini (2009) juga menunjukkan hasil yang sangat tidak memberangsangkan bagi beberapa orang murid tahun satu di sekolah saya. Dengan tahap soalan yang saya anggap sangat rendah itu terdapat seramai 10 orang murid hanya memperolehi markah di bawah 10 % . Situasi ini telah membuat saya resah dan bimbang dengan pencapaian mereka. Saya cuba mendekati murid-murid tersebut dan menilai akan kebolehan mereka ketika saya mengajar. Saya mendapati murid-murid ini tidak dapat mengenal huruf dan lebih parah lagi mereka tidak tahu menggunakan pensil dengan cara yang betul ketika melakukan tugasan penulisan ( copying) yang saya berikan di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya telah menghasilkan satu modul khas bertajuk ”I Know You” bagi membantu mengatasi masalah murid buta huruf tersebut.

TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk membantu mengatasi masalah 10 murid dari tahun satu SK Betau yang tidak mengenal a-z dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF KAJIANSaya merancang suatu tindakan untuk membantu:

1.          mengurangkan kadar buta huruf yang dialami oleh murid.2.          murid menulis sesuatu huruf yang disebut dengan betul.3.          murid mengenal huruf dalam mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris.

SOALAN KAJIANAntara soalan kajian adalah:

1.          Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu murid mengatasi masalah mengenal huruf?

2.          Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya membolehkan murid dapat menulis huruf dengan cara yang betul?

3.          Bagaimanakah saya boleh membawa murid yang telah kenal huruf agar dapat mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris?

KESIGNIFIKAN KAJIAN1            Dengan menggunakan modul "I Know You" (LAMPIRAN A), murid akan dapat

mengenal huruf dengan lebih pantas dan dapat mengikuti P&P bagi topik-topik yang dipelajari oleh kumpulan murid lain dalam kelas yang sama.

2            Kaedah bimbingan secara individu (“personal-coaching”) , akan dapat membantu murid menjadi lebih yakin akan potensi mereka menguasai  celik huruf dan dapat bersaing dengan rakan-rakan lain di dalam bilik darjah.

METODOLOGI KAJIANReka bentuk penyelidikanPenyelidikan ini mengaplikasikan model kajian tindakan  oleh Kemmis dan Taggart,(1992) seperti dalam gambarajah berikut:

Page 3: contoh kajian tindakan

Sasaran kajian

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. (       LAMPIRAN 1)

Page 4: contoh kajian tindakan

Batasan kajianKajian ini adalah terhad kepada objektif pembelajaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran :1. Mengenali huruf (recognising letters of the alphabets)2. Menulis huruf (writing letters of the alphabets)Instrumen kajianData dikumpulkan dengan menggunakan 4  kaedah iaitu:

i.       Ujian pra : lisan dan bertulisii.      Ujian pasca : lisan dan bertulisiii.    Data kehadiran muridiv.    Senarai semak huruf-huruf yang dikuasai

Analisis kajiani.       Data dari ujian pra dan ujian pasca secara lisan akan digunakan sebagai kayu ukur

tahap celik huruf murid yang terlibat.ii.      Data bertulis dari ujian pra dan ujian pasca pula akan memberikan gambaran akan

kolaborasi kognitif dan psychomotor murid yang terlibat.iii.    Peratus kehadiran murid dapat mengukur keberkesanan modul yang digunapakai

dalam waktu yang telah dirancangkan.iv.    Senarai semak akan dapat menunjukkan progress murid dalam mengenal huruf dari

masa ke semasa.TINJAUAN AWAL

Antara instrumen yang digunakan dalam mengesan dan mengenalpasti masalah adalah melalui:

i.       Penelitian hasil tugasan muridii.      Mengadakan ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis

Analisis hasil tugasan muridTugasan yang diberikan oleh guru adalah dari segi kemahiran menyalin (copying)  huruf, perkataan dan ayat.Analisis ujian pra lisan dan bertulisUjian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis bertujuan mengenalpasti tahap kenal huruf bagi setiap murid yang terlibat. Murid mesti menyebut huruf yang ditunjukkan kepada mereka dan menulis huruf yang disebutkan di atas kertas.

PERANCANGAN TINDAKANBerdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati murid yang terlibat perlu diberikan bantuan secara peribadi dalam mengenali setiap huruf dan membantu mereka menulis setiap huruf dengan betul. Dengan itu penghasilan modul khas untuk kalangan murid lemah iaitu “I Know You” (LAMPIRAN 2) dihasilkan bagi membantu mereka dengan cara:

i.       Modul digunakan setiap kali guru memasuki kelas terhadap 7 orang murid yang terlibat.ii.      Modul berkenaan menggunakan kaedah ‘iqra’  tetapi dalam tulisan “rumi”.iii.    Murid menyebut huruf yang disenaraikan dalam modul secara tersusun dari muka surat

ke mukasurat .iv.    Murid yang tidak menguasai sesuatu huruf tidak akan berganjak dari mukasurat yang

tidak dapat dikuasainya itu.v.     Murid diberikan “tracing task sheets” bagi setiap huruf yang telah dikuasai dari segi

lisan.

Page 5: contoh kajian tindakan

vi.    Guru memberikan “personal coaching” bagi murid menggunakan pena mereka (penmanship).

vii.  Guru memberikan ujian pasca lisan dan bertulis bagi semua alphabet yang perlu dikuasai oleh murid.

PELAKSANAAN TINDAKANPelaksanaan tindakan akan dilaksanakan mengikut skala masa yang telah ditetapkan:

1       Minggu 1 – 4:murid mengenal setiap huruf a – z  menggunakan modul yang disediakan. Dilaksanakan secara lisan. Guru juga menyediakan senarai semak bagi huruf-huruf yang telah dapat di kuasai oleh murid-murid tersebut. Murid juga diberikan latihtubi penulisan menggunakan "tracing task sheets" di dalam bilik darjah.

2       Minggu 5 – 8 : murid diberikan “personal coaching” bagi “penmenship” murid bagi semua huruf yang telah dapat dikenali.

3       Minggu 9 : Melaksanakan ujian pasca lisan dan bertulis untuk melihat keberkesanan penggunaan modul yang dihasilkan.

PENGUMPULAN DATAData  dikumpulkan dengan menggunakan 3 kaedah iaitu

i.       Menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran lisan dan bertulis setiap murid dalam mengenali huruf a – z.

ii.      Membuat senarai semak bagi tahap mengenali huruf di kalangan murid.iii.    Membuat tinjauan umum dengan mendapatkan refleksi guru-guru matapelajaran lain

akan prestasi murid pada masa terkini.Ujian Pra1.  Show me the lettersTelah dilaksanakan pada 6 April 2009. Dalam ujian ini, murid diberikan papan alphabet untuk menunjukkan huruf yang disebutkan kepada mereka. Hasil ujian awal adalah seperti di bawah;Oral :Pupils to say out the letters aloud correctly.Date: 6 April 2009

Name a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u

HAFIZAM

ROBELDO

ROHAN / / / / / / / / / / /

LOKMAN

SHAHRIN / / /

MARINA

NORASIKIN

NORYANI

Page 6: contoh kajian tindakan

SARINA /

SUHAIRI

Pupils should be able to recognize the letters within 4 weeks:Week 1 :  letter a – fWeek 2 :  letter g – lWeek 3 : letter m – sWeek 4 : letter t – z** teacher should  tick the letters pupils had recognized.

2. Tell me what it isTelah dilaksanakan pada 9 dan10 April 2009. Dalam ujian ini, murid menyebut huruf dalam perkataan-perkataan yang diberikan.Contoh: This is my book.Hasil ujian ;

Bil Nama murid Hasil ujian

1 HAFIZAM A/L ATAN Semua huruf tidak dikenali

2 ROBELDO Semua huruf tidak dikenali

3 ROHAN Ada huruf yang telah dikenali

4 LOKMAN Semua huruf tidak dikenali

5 SHAHRIN Kenal huruf a,b,c sahaja

6 MARINA Semua huruf tidak dikenali

7 NORASIKIN Menyebut huruf mengikut urutan lagu “A B C D E F G”

8 NORYANI Semua huruf tidak dikenali

9 SARINA Kenal ‘a’ sahaja

10 SUHAIRITidak kenal huruf, malah menyebut “four” bagi huruf yang tidak dikenali

3. Ujian bertulisDilaksanakan pada 13 April – 15 April. Ini kerana kehadiran murid adalah berubah-ubah. Murid telah diberi satu lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan.Hasil ujian secara keseluruhan; murid meniru huruf yang sedia ada di dalam kertas. Beberapa contoh hasil kerja murid adalah seperti LAMPIRAN.

4. PemerhatianSepanjang masa P&P saya dengan murid, saya dapati kehadiran mereka adalah tidak memuaskan. Tidak pernah walau sehari pun semua murid yang terlibat dalam Kajian Tindakan saya hadir semuanya. (LAMPIRAN 3). Namun begitu, setelah mengadakan soal selidik tidak formal dengan guru-guru yang terlibat dengan Tahun 1, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan murid-murid ini secara individu.

Page 7: contoh kajian tindakan

Bil Nama murid Hasil pemerhatian1 HAFIZAM Tidak dapat mengikuti P&P seperti rakan lain kerana masih

sukar menyalin semua huruf. Malah masih tidak tahu menulis nama sendiri. Saya tidak pasti apakah huruf yang ditulis oleh Hafizam.

2 ROBELDO Hanya boleh menulis nama. Tidak dapat menulis dengan cepat. Boleh menyalin perkataan. Sangat lambat.

3 ROHAN Ada huruf dapat disalin dengan perlahan dan betul. Masih banyak huruf yang sukar ditulis sendiri. Rohan menulis / menyalin tulisan dari belakang.

4 LOKMAN Tidak dapat menyalin dari papan hitam. Boleh menyalin dari buku. Namun banyak kesilapan huruf.

5 SHAHRIN Seorang yang baik tingkahlaku. Sukar melakukan tugasan yang diberikan kerana tidak mahir huruf. Bersedia melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Baik dan menurut kata.

6 MARINA Tidak dapat dikenalpasti huruf yang Marina tulis.7 NORASIKIN Rekod kehdiran  adalah baik. Sentiasa lambat dalam

membuat tugasan yang diberikan contohnya “matching activities”. Kawan-kawan selalu tolong Sikin membereskan kerjanya. Pemalu, tidak nakal. Amat suka tersenyum bila diajukan soalan oleh guru.

8 NORYANI Sedikit pemalu. Baik sikapnya di dalam kelas. Jarang hadir ke sekolah.

9 SARINA Tidak dapat menulis nama. Sikap malas yang ditunjukkan kepada saya menyukarkan lagi keadaan. Sarina suka tidur di dalam kelas. Tidak minat untuk mengikut / bersuara ketika P&P dijalankan. Lebih suka jika guru membantunya secara peribadi. Hanya Norasikin yang menjadi kawannya. Prestasi sosialnya juga kurang baik, walaupun dia tinggal di asrama. Kehadiran adalah baik kerana Sarina tinggal di asrama.

10 SUHAIRI Saya jarang jumpa Suhairi di kelas. Dia jarang datang ke sekolah. Pendiam, tidak nakal. Pasif. Tidak tahu menulis nama. Sukar menyalin huruf walaupun dari kertas yang diberikan. Banyak kemahiran asas yang belum Suhairi ada; contohnya cara memegang pensil dan penggunaan pembaris dan gunting yang sangat lemah. Suhairi tidak ada kawan rapat. Saya rasa dia ada ciri-ciri murid istimewa.

Selama lebih empat  minggu saya telah melaksanakan latihtubi mengenal huruf kepada murid-murid KT dalam masa P&P Bahasa Inggeris dan di luar masa P&P. Setelah itu saya telah melaksanakan ujian pasca bertujuan melihat keberkesanan kaedah penggunaan modul yang saya gunakan.

Ujian pasca

Page 8: contoh kajian tindakan

1. Show me the lettersDate: 28 Mei 2009

Name a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u

HAFIZAM / / / / / / / / /

ROBELDO / / / / /

ROHAN / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

LOKMAN / / / / /

SHAHRIN / / / / / / / / / /

MARINA / /

NORASIKIN / /

NORYANI / / /

SARINA / / / / /

SUHAIRI / /

2. Tell me what it isContoh: These are my eyes.Hasil ujian ;Bil

Nama murid Hasil uijian

1 HAFIZAM Masih ada huruf yang tidak dikenali2 ROBELDO Beberapa huruf telah dikenali3 ROHAN Mengenali semua huruf4 LOKMAN Semua huruf tidak dikenali5 SHAHRIN Kenal kebanyakan huruf6 MARINA Semua huruf masih tidak dikenali7 NORASIKIN Cuba mengenali huruf tanpa mengikut

urutan8 NORYANI Semua huruf masih tidak dikenali9 SARINA Lebih kenal huruf voval10

SUHAIRI Masih tidak kenali banyak huruf

3. Ujian bertulisDilaksanakan pada 16 Jun – 19 Jun 2009. Murid sekali lagi telah diberikan satu lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan. Keputusannya adalah seperti berikut;Bilangan Hasil dari latihan mengisi ’missing alphabets’

Page 9: contoh kajian tindakan

murid1 Berjaya menulis semua jawapan dengan betul7 Membuat beberapa kesalahan dalam penulisan2 Masih tidak menguasai kemahiran menulis huruf

4. Keputusan ujian P1 dan P2 muridBerikut adalah keputusan peperiksaan P1 dan P2 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris murid

kajian tindakan;

MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TINDAKAN SUSULAN1.     Kekangan masa :- saya mengalami tekanan

yang banyak untuk mengajar huruf kepada murid-murid ini kerana murid lain telah mahir perkataan. Sekarang ini saya mengajar topic ‘parts of our body’. Saya guna teknik matching, label, copy words dan reading. Murid KT saya boleh menyebut perkataan mengikut guru. Mereka tidak kenal perkataan untuk melebel gambar yang diberi. Murid lain juga perlukan tumpuan dari saya. Jadi, saya terpaksa melayan setiap kerenah murid dan kadangkala terabai memberi tumpuan kepada murid KT. Modul yang saya gunakan baik untuk murid, namun saya tidak cukup masa untuk latihtubi di dalam kelas. Saya rasa saya perlu bawa murid-murid KT ke tempat lain contohnya ke Pusat Sumber Sekolah untuk sesi latihtubi menggunakan modul.2. Kehadiran murid:-tidak dapat saya bantu dengan lebih baik jika murid tidak hadir. Kesannya, mereka akan lupa akan apa yang telah saya ajarkan. Perlu ulang semula lagi dan lagi. Perkembangan mereka amat lemah. Pensel pun masih sukar dipegang, apatah lagi mahu menulis perkataan dengan betul.3. Murid lain:- saya tidak boleh abaikan murid lain dalam P&P saya. Nampaknya murid yang aktif itu sukakan cara saya mengajar mereka secara dekat (personal coaching) berbanding ‘whole class’ teaching. Kadangkala murid aktif ini sangat mengganggu sesi saya dengan murid KT.

REFLEKSISetelah dua bulan saya menggunakan modul tersebut sebagai bahan pengajaran kepada murid-murid lemah ini, saya mendapati terdapat sedikit peningkatan dari segi mengenal huruf telah diperolehi oleh 3 orang murid saya. Mereka telah dapat mengenali huruf a-z dengan baik dan boleh menulis huruf dengan kaedah yang betul. Tiga orang murid ini juga telah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian P2 Bahasa Inggeris dan juga matapelajaran lain. Saya rasa penggunaan modul yang saya

Bil Nama murid  P1 P21 HAFIZAM 10 62 ROBELDO 7 123 ROHAN 8 284 LOKMAN 12 255 SHAHRIN 5 256 MARINA Tidak hadir Tidak hadir7 NORASIKIN 2 Tidak hadir8 NORYANI Tidak hadir 69 SARINA 6 1010 SUHAIRI Tidak hadir 2

Page 10: contoh kajian tindakan

hasilkan ini akan juga dapat membantu murid lain sekiranya lebih masa diberikan kepada mereka agar dapat menggunakan modul dengan lebih baik. Saya bercadang untuk meminta pertolongan dari guru-guru matapelajaran lain dalam penggunaan mudul. Contohnya guru Bahasa Melayu, Moral, Muzik dan lain-lain. Saya berharap agar sesi 5 minit sehari untuk mendekati murid KT adalah langkah yang berkesan dalam usaha memulihkan mereka.

PENUTUPKesimpulannya saya amat berharap agar peningkatan celik huruf di kalangan murid dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar murid-murid lemah tidak akan ketinggalan dalam pelajaran mereka terutama dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penggunaan modul secara berterusan dan sistematik juga amat perlu dalam membantu murid cepat celik huruf dan dapat mengikuti P&P dengan lebih efektif dan setara dengan murid lain.

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madzniyah Md. Jaafar et al. (1995). Modul Kajian Tindakan (PIER). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

McNiff, J.(1993). Teaching As Learning: An Action Research Approach. London: Routledge.