Contoh Karangan Aku Sebatang Pokok Kelapa

2
Aku sebatang pokok kelapa. Aku hidup subur di kawasan persisiran pantai. Aku juga banyak terdapat di desa dan di luar bandar. Aku membawa banyak kegunaan kepada manusia. Hampir setiap bahagian badan aku boleh digunakan. Oleh itu, aku juga digelar pokok seribu guna. Isi buah muda aku boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan biskut. Air buah pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah yang tua boleh diparut dan diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah aku juga boleh diproses m enjadi minyak, sabun dan marjerin. Batang aku yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut badan aku pula boleh dibuat tali, berus dan bahan api. Tempurung aku boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

description

BBM

Transcript of Contoh Karangan Aku Sebatang Pokok Kelapa

Page 1: Contoh Karangan Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku hidup subur di kawasan persisiran pantai. Aku juga banyak terdapat di desa dan di luar bandar. Aku membawa banyak kegunaan kepada manusia. Hampir setiap bahagian badan aku boleh digunakan. Oleh itu, aku juga digelar pokok seribu guna.

Isi buah muda aku boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan biskut. Air buah pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah yang tua boleh diparut dan diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah aku juga boleh diproses m enjadi minyak, sabun dan marjerin.

Batang aku yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut badan aku pula boleh dibuat tali, berus dan bahan api. Tempurung aku boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

Daun aku boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat. Lidi pula boleh diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu lidi sesuai digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Walaupun aku telah tua, tetapi aku tetap berasa bangga dan gembira kerana setiap bahagian badan saya telah memanfaatkan manusia. Aku berharap bahawa manusia akan sentiasa menghargai tumbuhan seperti aku dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Page 2: Contoh Karangan Aku Sebatang Pokok Kelapa

(209 patah perkataan)