Contoh Karangan Jenis Wawancara

6
Contoh karangan jenis wawancara Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap. Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut. Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar? Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik. Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang- undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini? Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat. Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita? Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi. Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Transcript of Contoh Karangan Jenis Wawancara

Page 1: Contoh Karangan Jenis Wawancara

Contoh karangan jenis wawancara

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Page 2: Contoh Karangan Jenis Wawancara

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.Pegawai Polis : Sama-sama

Contoh Karangan BM PMR 2011

Karangan 5/2011 – Dialog/Wawancara

Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

Kelahiran ‘Detik Miasara’ adalah antara novel yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat penulis Sukma Dewi atau nama sebenarnya Nurin binti Naim. Saya sangat bertuah kerana dapat mewawancara beliau sehari selepas pelancaran novel tersebut. Yang berikut ialah skrip wawancara saya bersama dengan Puan Nurin.Sarimah : Apa khabar Puan Nurin?

Puan Nurin : Khabar baik.

Sarimah : Terima kasih kerana puan sudi meluangkan masa untuk sesi wawancara ini.

Puan Nurin : Sama-sama.

Sarimah : Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas karya terbaharu puan yang berjudul ‘Detik Miasara’. Bolehkah puan bercerita serba sedikit tentang novel terbaharu ini?

Puan Nurin :‘Detik Miasara’ merupakan karya saya yang ke-22. Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Miasara telah didera oleh ibu bapanya sejak kecil lagi. Semasa usianya menginjak remaja, dia nekad lari dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya dia telah ditangkap oleh sindiket pelacuran. Apa yang terjadi selepas itu merupakan detik-detik kehidupan yang telah saya kupas.

Sarimah : Adakah novel ini dihasilkan melalui pengalaman seseorang?

Puan Nurin : Novel ini dihasilkan bukan berdasarkan pengalaman seseorang. Novel ini dihasilkan selepas saya membaca satu artikel mengenai pengakuan seorang mangsa dera. Daripada sumber itu, saya mendapat ilham untuk mengolah cerita hingga terhasil novel ini.

Sarimah : Berapa lama masa yang puan ambil untuk menyiapkan novel ini?

Puan Nurin : Saya mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkannya. Novel ini merupakan karya saya yang terpantas pernah saya hasilkan. Biasanya saya mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk menyiapkan sebuah novel. Mungkin disebabkan banyak masa terluang, jadi saya dapat menyiapkannya dalam tempoh yang singkat.

Sarimah : Secara peribadi, dalam semua novel yang telah puan hasilkan, novel yang mana satu menjadi kegemaran puan?

Page 3: Contoh Karangan Jenis Wawancara

Puan Nurin : Boleh dikatakan saya suka akan kesemua novel yang saya hasilkan. Namun begitu, pada saya novel ‘Seputih Pasir Pantai’ merupakan novel yang istimewa kerana ilham novel ini diperoleh ketika pulang dari Thailand sehari sebelum kejadian Tsunami. Hasil daripada jualan novel tersebut telah saya dermakan kepada mangsa Tsunami di Kedah, Thailand dan Acheh.

Sarimah : Sebelum saya mengakhiri wawancara ini, jika tidak keberatan bolehkah puan berkongsi dengan kami mengenai penulis yang puan kagumi dan novel yang puan sukai?

Puan Nurin : Saya amat mengagumi karya Arenawati dan Keris Mas. Semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi saya sudah terdedah oleh hasil karya mereka. Novel pilihan saya ialah karya Keris Mas, iaitu ‘Korban Kesuciannya’. Saya sudah membaca novel ini berkali-kali. Namun, saya tidak pernah jemu membacanya.

Sarimah : Terima kasih Puan Nurin. Kami mendoakan agar puan terus berjaya dalam penghasilan novel-novel tempatan.

Puan Nurin : Sama-sama dan terima kasih kembali.

Saya sempat membaca sinopsis novel ‘Detik Miasara’ sebelum mengundurkan diri dari kediaman Puan Nurin.

Karangan 5/2011 – Dialog/Wawancara (Latihan - Melengkapkan Teks Karangan)

Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

Kelahiran ‘Detik Miasara’ adalah antara novel yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat penulis Sukma Dewi atau nama sebenarnya Nurin binti Naim. Saya sangat bertuah kerana dapat __________________ beliau sehari selepas pelancaran novel tersebut. Yang berikut ialah skrip wawancara saya bersama dengan Puan Nurin.

Sarimah : Apa khabar Puan Nurin?

Puan Nurin : Khabar baik.

Sarimah : Terima kasih kerana puan sudi __________ masa untuk sesi wawancara ini.

Puan Nurin : Sama-sama.

Sarimah : Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas karya terbaharu puan yang berjudul ‘Detik Miasara’. Bolehkah puan bercerita serba sedikit tentang novel terbaharu ini?

Puan Nurin :‘Detik Miasara’ merupakan karya saya yang ke-22. Novel ini ______________ seorang gadis yang bernama Miasara telah didera oleh ibu bapanya sejak kecil lagi. Semasa usianya menginjak remaja, dia nekad lari dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya dia telah ditangkap oleh sindiket pelacuran. Apa yang terjadi selepas itu merupakan detik-detik kehidupan yang telah saya kupas.

Sarimah : Adakah novel ini dihasilkan melalui pengalaman seseorang?

Puan Nurin : Novel ini dihasilkan bukan berdasarkan ____________ seseorang. Novel ini dihasilkan selepas saya membaca satu artikel mengenai pengakuan seorang mangsa dera. Daripada sumber itu, saya mendapat __________ untuk mengolah cerita hingga terhasil novel ini.

Page 4: Contoh Karangan Jenis Wawancara

Sarimah : Berapa lama masa yang puan ambil untuk menyiapkan novel ini?

Puan Nurin : Saya mengambil _______ selama sebulan setengah untuk menyiapkannya. Novel ini merupakan karya saya yang terpantas pernah saya hasilkan. Biasanya saya mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk menyiapkan sebuah novel. Mungkin disebabkan banyak masa terluang, jadi saya dapat menyiapkannya dalam ___________ yang singkat.

Sarimah : Secara peribadi, dalam semua novel yang telah puan hasilkan, novel yang mana satu menjadi kegemaran puan?

Puan Nurin : Boleh dikatakan saya suka akan kesemua novel yang saya hasilkan. Namun begitu, pada saya novel ‘Seputih Pasir Pantai’ merupakan novel yang istimewa kerana ________ novel ini diperoleh ketika pulang dari Thailand sehari sebelum kejadian Tsunami. Hasil daripada jualan novel tersebut telah saya dermakan kepada mangsa Tsunami di Kedah, Thailand dan Acheh.

Sarimah : Sebelum saya mengakhiri wawancara ini, jika tidak ______________ bolehkah puan berkongsi dengan kami mengenai penulis yang puan kagumi dan novel yang puan sukai?

Puan Nurin : Saya amat mengagumi karya Arenawati dan Keris Mas. Semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi saya sudah terdedah oleh hasil karya mereka. Novel pilihan saya ialah karya Keris Mas, iaitu ‘Korban Kesuciannya’. Saya sudah membaca novel ini berkali-kali. Namun, saya tidak ________ jemu membacanya.

Sarimah : Terima kasih Puan Nurin. Kami mendoakan agar puan terus _________ dalam penghasilan novel-novel tempatan.

Puan Nurin : Sama-sama dan terima kasih kembali.

Saya sempat membaca sinopsis novel ‘Detik Miasara’ sebelum mengundurkan diri dari kediaman Puan Nurin.