Contoh Kerta Kerja

download Contoh Kerta Kerja

of 7

Transcript of Contoh Kerta Kerja

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    1/7

    KERTAS KERJA

    KURSUS MOTIVASI CAKNA ILMU PELAJAR

    CEMERLANG

    PADA :14-16 MAC 2008

    TEMPAT :SEK. MEN. KEB. ABU BAKAR AL BAQIR,

    BAGAN SERAI PERAK

    ANJURAN :Pelajar Kursus Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

    Semester 6 Sesi 2007/2008

    Dengan Kerjasama:

    Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abu Bakar Al Baqir

    TEMA : ILMU MENJANA INSAN BERWAWASAN

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    2/7

    1.0 Tajuk

    KURSUS MOTIVASI CAKNA ILMU PELAJAR CEMERLANG

    2.0 Tema

    ILMU MENJANA INSAN BERWAWASAN

    3.0 Pengenalan

    Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi

    menyedarkan dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih

    sempurna. Bagi diri seseorang pelajar, dorongan adalah sangat perlu bagi merekamengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan

    masa depan mereka. Motivasi diri juga amat penting dalam membantu para

    pelajar membina keyakinan diri dalam menghadapi sesuatu cabaran yang bakal

    ditempuhi.

    Justeru itu, kursus Motivasi ini merupakan salah satu pendekatan dandiharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk

    menghadapi pelajaran, kehidupan seharian dan haluan masa depan mereka.

    Melalui pendedahan dalam kursus yang diberikan, adalah diharapkan para pelajarakan dapat mengenengahkan dan mengenalpasti potensi diri yang mereka miliki

    seterusnya membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menjelang.

    Selain itu, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat

    dan idea, berkongsi pengalaman bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.

    Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu samalain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal menghadapi

    peperiksaan. Oleh yang demikian, pelajar perlu diberikan input yang berbentuk

    peningkatan keintelektualan bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap dirimereka. Melalui program ini, elemen-elemen penting yang disebutkan di atas

    akan diterapkan bagi melahirkan pewaris bangsa yang berketrampilan dan

    berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    4.0 Rasional

    Rasional utama menjalankan program motivasi ini adalah untuk menyuntiksemangat baru kepada pelajar yang akan menjalani peperiksaan awam yang bakal

    menjelang pada akhir tahun ini.

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    3/7

    5.0 Objektif

    Impak yang dijangkakan dari program ini adalah:

    i. Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang pentingnya ilmu

    pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang.ii. Menanam sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah,

    berkesungguhan dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.

    iii. Melahirkan individu yang penyayang terhadap orang lain serta rasabersyukur di atas apa yang dianugerahkan untuk dirinya.

    iv. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan

    berkesan dalam menentukan matlamat hidup.

    v. Memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukanlebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

    6.0 Sasaran

    Pelajar tingkatan lima.

    7.0 Tempat dan Masa

    Tempat : Sek. Men. Keb. Jerantut

    Tarikh : 14, 15 & 16 Mac 2008

    8.0 Belanjawan

    Rujuk Lampiran C

    9.0 Ahli Jawatankuasa

    Rujuk Lampiran A

    10.0 Program Yang Dicadangkan

    Modul Dan Pengisian Kursus

    i. Ceramah Motivasi.

    ii. Kuliah Agama dan penerapan nilai-nilai kerohanian.iii. Latihan Dalam Kelompok.

    iv. Riadah dan Latihan Fizikal.

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    4/7

    11.0 Tentatif Program

    Rujuk Lampiran B

    12.0 Penutup

    Diharapkan kursus ini akan dapat memberi pengetahuan berguna dan

    mewujudkan semangat baru kepada peserta bagi menyediakan mereka

    menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar yang lebih berwawasan, berakhlakmulia dan meningkatkan keintelektualan mereka dalam kehidupan serta cara

    mereka bertindak. Selain itu, adalah diharapkan mereka akan lebih menumpukan

    kepada pelajaran dan peperiksaan SPM yang akan dihadapinya. Diharapkan juga

    kursus ini dapat membina benteng kerohanian yang kental bagi membantu merekamenangkis segala pengarauh negatif yang mungkin mereka hadapi semasa

    menjalani kehidupan seharian.

    Disediakan oleh :

    .

    (MOHD ZULFAZLI B. RAMLI)

    Pengarah Program,

    Program Motivasi Cakna Ilmu Pelajar Cemerlang

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    5/7

    Lampiran A

    ORGANISASI

    PROGRAM MOTIVASI CAKNA ILMU PELAJAR CEMERLANG

    TARIKH:

    15, 16 & 17 2007

    TEMPAT:

    Sek. Men. Keb. Jerantut

    Penasihat

    En. Mohd Noor Bin Idris

    Pensyarah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

    Pengarah Program

    En. Mohd Zulfazli Bin Ramli

    Timbalan Pengarah Program

    Nor Hasliza Binti Abdul Hamid

    Setiausaha

    Siti Rohani Binti Abu Bakar

    Penolong Setiausaha

    Aslison Gili

    Bendahari

    Fatin Aminah Binti Abdul Latif

    Penolong Bendahari

    Siti Laila Binti Che Lah

    AHLI - AHLI JAWATANKUASA;

    - AJK Logistik dan Pengangkutan Nazrul Izwan Bin Deraman

    - AJK Jamuan dan Jemputan Sofhul Jamila Binti Mohd Duzki

    - AJK Publisiti Aslison Gili

    - AJK Protokol dan Sambutan Azuadi Bin Mohammad

    - AJK Buku Cenderamata dan

    Cenderahati Yuhanis Binti Yazid

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    6/7

    Lampiran B

    TENTATIF PROGRAM

    TARIKH / MASA ATURCARA MAJLIS

    15 Februari 2008

    0800 Bertolak dari UPSI

    1200 Tiba di SMK Jerantut

    1515 Pendaftaran / Taklimat ringkas

    1630 Kudapan / Solat / Penginapan

    1700 Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan

    1900 Solat / Makan Malam

    2100 Aktiviti 1 Bersama FasilitatorModul dari fasilitator (Pelajar B.N.K)

    2300 Kudapan / Minum Malam

    16 Februari 2008

    0700 Senamrobik

    0730 Sarapan pagi

    0830 Aktiviti 2 - Ceramah

    1030 Minum pagi

    1100 Aktiviti 3 LDK

    1230 Makan Tengahari / Solat

    1400 Aktiviti 4 LDK

    1630 Minum petang

    1700 Aktiviti Luar (Treasure Hunt)

  • 7/28/2019 Contoh Kerta Kerja

    7/7

    1830 Makan Malan / Persiapan diri

    1915 Solat Maghrib berjemaah

    1945 Kuliah Maghrib / Solat Isya Berjemaah

    2100 Aktiviti 5 Persembahan (Malam Kebudayaan)

    2300 Kudapan / Minum Malam

    17 Februari 2008

    0600 Solat subuh

    0700 Senamrobik

    0730 Sarapan Pagi

    0830 Aktiviti 6 Refleksi Kumpulan & Rumusan Aktiviti

    1030 Minum pagi

    1100 Majlis Perasmian Penutup

    1230 Makan Tengahari / Solat / Bersurai

    1430 Bertolak ke UPSI

    Peralatan Yang Diperlukan Daripada Pihak Sekolah

    1. Dewan

    2. LCD

    3. PA system

    4. First Aid