Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

6
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN “Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan yang akan dilaksanakan”. Penjelasan itu menjawab persoalan seperti : _ Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? _ Apakah isu yang ingin dikenal pasti ? _ Apakah objektifnya? Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian? _ Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya? _ Berapakah kos yang diperlukan? Kertas cadangan / proposal kajian Kertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun. Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan _ Panduan yang menyatakan objektif. _ Langkah-langkah menjalankan kajian. _ Peralatan yang digunakan. _ Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang. Kandungan Dalam Kertas Cadangan Tidak mempunyai format khusus : _ Tajuk kajian _ Ahli kumpulan penyelidik _ Nama sekolah/Jabatan/Bahagian _ Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu _ Isu keprihatinan/Fokus kajian _ Objektif kajian/Tujuan kajian _ Kumpulan sasaran _ Strategi tindakan yang dicadangkan _ Jadual pelaksanaan kajian _ Anggaran kos kajian Membantu EPRD _ Membantu EPRD membuat keputusan yang sistematik dan bermaklumat apabila meluluskan sesebuah proposal. _ Menentukan jumlah peruntukan yang boleh ditawarkan.

Transcript of Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Page 1: Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN“Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan ataupelan tindakan yang akan dilaksanakan”.Penjelasan itu menjawab persoalan seperti :_ Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?_ Apakah isu yang ingin dikenal pasti ?_ Apakah objektifnya? Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?_ Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya?_ Berapakah kos yang diperlukan?Kertas cadangan / proposal kajianKertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajiantindakan dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan_ Panduan yang menyatakan objektif._ Langkah-langkah menjalankan kajian._ Peralatan yang digunakan._ Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.Kandungan Dalam Kertas CadanganTidak mempunyai format khusus :_ Tajuk kajian_ Ahli kumpulan penyelidik_ Nama sekolah/Jabatan/Bahagian_ Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu_ Isu keprihatinan/Fokus kajian_ Objektif kajian/Tujuan kajian_ Kumpulan sasaran_ Strategi tindakan yang dicadangkan_ Jadual pelaksanaan kajian_ Anggaran kos kajianMembantu EPRD_ Membantu EPRD membuat keputusan yang sistematik dan bermaklumat apabilameluluskan sesebuah proposal._ Menentukan jumlah peruntukan yang boleh ditawarkan.Syarat untuk mendapatkan pembiayaan kertas cadangan kajian bergantung kepada;_ Bilangan pelajar yg terlibat dalam kajian._ Objektif kajian._ Bilangan aktiviti yg akan dilaksanakan._ Bahan yang akan digunakan._ Kos yang terperinci dari segi:i. Jumlah bahanii. Harga bagi satu unit bahaniii. Jumlah kos secara keseluruhan.TAJUK KAJIAN

Page 2: Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

_ Menggambarkan fokus isu / masalah yang akan dikaji._ Dinyatakan dalam bentuk orientasi tindakan._ Ringkas, tepat dan padat.Contoh:_ Menangani Masalah Salah Laku Pelajar Melalui Kaunseling Kelompok._ Improving Students’ Motivation Through The Use Of Critical Thinking Skills._ Meningkatkan Dan Memantapkan Kemahiran Mengira Tempoh Masa DenganMenggunakan “Time Ruler”_ Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Mudah Dalam Penulisan BahasaInggeris Menggunakan “Little Book”NAMA PENYELIDIK_ Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan._ Nama Penyelidik : Pn. Zalinawati Bt Othman1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / LATAR BELAKANGKAJIAN_ Dapat menerangkan konteks kajian secara umum (sekolah, pengalaman, situasidan lain-lain)._ Perasaan secara umum berkaitan perkara / topik pengajaran / permasalahanyang ingin diperbaiki._ Tindakan/sikap pelajar yang membawa kepada permasalahan itu._ Reflek tentang diri sendiri.Mereflek Amalan P&P Yang LepasNyatakan secara umum dahulu:_Apa yang berlaku dalam kelas?_Apa yang anda rasakan sebagai seorang guru?_Apa yang perlu diperbaiki / diubah?Contoh:_ Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan sayadapati mereka kurang berminat . Apabila diajukan soalan mereka seringmenjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati kebanyakanmereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta untuk menulissatu ayat mudah seperti ; This is a pencil …_ Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlumemperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telahmembuat keputusan untuk memperbaik kelemahan diri serta mempertingkatkanpembelajaran murid-murid saya …..2. ISU KEPRIHATINANFOKUS KAJIAN_Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar isu / masalah_Fokus kepada satu isu / tajuk kecil_Apa? Kenapa?_Jika isu / masalah tidak diatasi apakah perkara-perkara yang dijangka akan

Page 3: Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

berlakuContoh :_ Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya,saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah dalam membina ayat mudah.Pelajar saya tidak menunjukkan minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan.Apabila amalan meniru menjadi kemestian ini menyebabkan mereka tidak dapatmenyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 2Cendekiawan dalam membina ayat dengan struktur yang betul kerana merekamemerlukan kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.3. OBJEKTIF KAJIAN_ Objektif umum dan khusus._ Sesuai dengan isu / masalah yang dikaji._ Berkaitan dengan aktiviti / tindakan._ Hendaklah boleh diukur._ Semua objektif khas hendaklah diukur / dinilai semasa menjalankan tindakan /aktiviti.OBJEKTIF UMUMContoh:1. Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis di dalamBahasa Inggeris serta mepertingkatkan keyakinan diri supaya menguasai BahasaInggeris bagi murid-murid Tahap 1.OBJEKTIF KHUSUSContoh:1. Membantu murid membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris.2. Membantu murid supaya menghasilkan buku mengikut kreativiti mereka sendiri.3. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran BahasaInggeris.4. Mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan Bahasa Inggeris adalahmata pelajaran yang mudah difahami.4. KUMPULAN SASARAN_ Bilangan pelajar hendak dikaji._ Pelajar yang diajar oleh penyelidik._ Nyatakan kelas pelajar tersebut.Contoh:Kajian ini melibatkan36 orang murid-murid Tahun 2 Cendekiawan yangterdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN(METHOD)_Intervensi (jenis dan cara melaksanakannya)_Instrumen (seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian, dokumen, dll)_Pengumpulan maklumat_Analisis data

Page 4: Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Contoh:_Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan._Contoh : Tindakan yang dicadangkan,_Aktiviti 1 Memotong kertas A4 jadikan sebuah buku kecil yang dinamakanLittle Book._Aktiviti 2 Membina 4 atau 6 ayat_Aktiviti 3 Melukis atau menampal gambar- gambar berdasarkan ayat sertamewarna mengikut kreativiti._Aktiviti 4 Tulis muka surat disetiap helaian._Aktiviti 5 Membaca Little Book bersama kawan-kawan.6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN(Gantt Chart)_ Boleh dibuat dalam bentuk jadual._ Masukkan aktiviti yang terkandung dalam pelan tindakan._ Masukkan tempoh pelaksanaan kajian yang akan dijalankan.Contoh : Jadual Pelaksanaan Kajian7. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHONJelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untukmenjalankan aktiviti-aktiviti seperti :_ Apa bahan-bahannya._ Bilangan._ Harga setiap bahan._ Harga keseluruhan._ Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukankewangan untuk menjalankan kajian tindakan._ Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan, cenderahati danperkara-perkara lain yang tiada kaitan._ Sila simpan semua resit perbelanjaan bahan/alatan yang digunakan untuk tujuantuntutan.Kandungan Dalam Kertas Cadangan:_ Tajuk kajian_ Ahli kumpulan penyelidik_ Nama sekolah/Jabatan/Bahagian_ Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu_ Isu keprihatinan/Fokus kajian_ Objektif kajian/Tujuan kajian_ Kumpulan sasaran_ Strategi tindakan yang dicadangkan_ Jadual pelaksanaan kajian_ Anggaran kos kajian