Contoh Kertas kerja OSHA Politeknik
-
Upload
hafez-hisham -
Category
Documents
-
view
1.041 -
download
24
description
Transcript of Contoh Kertas kerja OSHA Politeknik
SYARIKAT TAHARAN B’rang . SDN. BHD.
PENGENALAN…
Syarikat industri memproses buah-buahan kering tempatan Di Behrang, Perak ini merupakan projek pembangunan hasil ilham dan inspirasi sekawan sahabat iaitu En. Hafezuddin Hisham, En. Muhd. Faidz Kamaruddin, En. Asnawi Khairi dan En. Mohd. Yusrin Jamallullail. Syarikat ini diterajui oleh En. Mohd. Yusrin Jamallullail dan dibimbimngi oleh tiga biro/exco.
VISI
Menjadi syarikat pengeluar produk makanan dan minuman berasaskan buah-buahan serta sayur-
sayuran tropika yang ulung progresif serta berdaya saing di pasaran tempatan dan luar negara menjelang
2015.
MISI
Mengoptima penghasilan produk makanan dan minuman yang bermutu berasaskan buah-buahan dan
sayur-sayuran keluaran petani tradisional tempatan menerusi aplikasi teknologi pengeluaran yang lestari.
OBJEKTIF
o Menambah pendapatan petani dan pekebun kecil.
o Mewujudkan industri pemprosesan produk hiliran
dan tambah nilai kepada hasil pertanian tempatan.
o Menjadi alternatif penyelesaian kepada masalah
hasil buah-buahan tampatan.
o Memperkembangkan lagi aktiviti Taharan B’rang
bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
MATLAMAT SYARIKAT
1. Menambah pendapatan petani menerusi pasaran hasil pertanian yang sistematik dan konsisten.
2. Mengharmoni hubungan antara petani, pengeluar dan pengguna.
3. Menggerakkan petani kearah pertanian moden serta berskala komersial.
4. Mengadaptasi teknologi pengeluaran yang menepati piawai dalam dan luar negara.
5. Mengekalkan pengeluaran produk yang bermutu, inovatif, kos efisen dan berdaya saing.
6. Membantu mewujudkan industri hiliran berasaskan hasil sampingan industri buah-buahan dan sayur-sayuran.
En. Hafezuddin Hisham
En. Asnawi Khairi
PENGERUSI
N. PENGERUSI
SETIAUSAHA
BHG. KEWANGAN BHG. PEMASARAN
En. Mohd Yusrin Jamallullail
En. Mohd. Yusrin Jamalullail
En. Muhd. FaidzKamaruddin
CARTA ORGANISASI TAHARAN B’rang
PIAGAM PELANGGAN
1. Bahawa kami seluruh ahli dan pihak pengurusan Syarikat Taharan B’rang. Sdn. Bhd. Behrang, Perak, berjanji bahawa;
2. Kami akan sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan yang kami hargai.
3. Kami berpegang kepada prinsip 'pelanggan adalah raja'. Oleh yang demikian, kami akan sedaya upaya mempastikan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, barang serta produk yang kami sediakan.
4. Mengamalkan sikap mesra, amanah serta beretika tinggi semasa berurusan dengan para pelanggan.
5. Semua pelanggan akan dilayan dan perkhidmatan yang sama rata.
6. Mengurangkan waktu menungu terutamanya untuk mendapatkan sesuatu barangan serta perkhidmatan.
7. Bersedia menerima teguran, cadangan serta kritikan demi kebaikan bersama.
8. Tidak mengabaikan aspek kualiti dalam setiap perkhidmatan dan produk.
9. Menawarkanharga yang kompetitif dan tidak membebankan pengguna.