contoh kertas kerja prinsip perakaunan tingkatan 4

download contoh kertas kerja prinsip perakaunan tingkatan 4

of 2

description

2010/2011

Transcript of contoh kertas kerja prinsip perakaunan tingkatan 4

  • Contoh Kertas 3 SPM 2011 Tingkatan 4 2010

    2010 Hak Cipta Terpelihara http://cikgusila.blogspot.com 1

    ELEMEN 1.0 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

    1.1. Pengenalan Kepada Perniagaan

    a. Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.

    SILA BERJAYA ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan Milikan Tunggal yang

    dimiliki oleh Rusilawati Moin. Perniagaan ini dimulakan pada 1 Mac 2010 dengan

    modal wang tunai simpanan sebanyak RM50,000 dibankkan ke dalam RMS Bank.

    Aktiviti perniagaan adalah menjual beli barangan elektrik berjenama SMART.

    Premis perniagaan di alamat Lot E-1-1, Presint 11/1, 62300 Putrajaya. SILA

    BERJAYA ENTERPRISE dibantu oleh seorang pekerja dengan gaji RM800

    sebulan.

    b. Menyatakan sebab-sebab memilih perniagaan.

    SILA BERJAYA ENTERPRISE memilih perniagaan menjual dan membeli

    barangan elektrik berjenama SMART kerana :-

    i. Perniagaan ini milikan tunggal yang akan dimiliki oleh seorang pemilik

    sahaja. Untung atau rugi perniagaan adalah di bawah tanggungan pemilik

    seorang sahaja.

    ii. Barangan elektrik merupakan satu produk yang mana semua orang

    memerlukan untuk memudahkan urusan harian.

    iii. Barangan elektrik jenama SMART adalah satu produk yang memang disukai

    oleh pengguna kerana kualiti produk tersebut.

    c. Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.

    Kelebihan-kelebihan menjalankan perniagaan SILA BERJAYA ENTERPRISE

    adalah seperti berikut :

    i. Semua orang (pengguna) mesti menggunakan barangan elektrik untuk

    memudahkan urusan harian masing-masing.

    ii. Barangan elektrik merupakan satu barangan yang mempunyai jaminan

    sekiranya berlaku kerosakan pada sesuatu tempoh biasanya setahun (12

    bulan).

    iii. Kedudukan perniagaan berada di kawasan yang memang mudah untuk orang

    kunjungi.

  • Contoh Kertas 3 SPM 2011 Tingkatan 4 2010

    2010 Hak Cipta Terpelihara http://cikgusila.blogspot.com 2

    d. Menyatakan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

    Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh SILA BERJAYA ENTERPRISE ialah :

    i. Sekiranya mengalami kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh

    pemilik seorang diri.

    ii. Persaingan di antara kedai-kedai elektrik yang berdekatan contoh Mydin dan

    Carrefour.

    1.2. Profil Perniagaan

    i. Nama Perniagaan Sila Berjaya Enterprise

    ii. Nama Pemilik Rusilawati Binti Moin

    iii. Lokasi / Alamat Lot E-1-1, Presint 11/1, 62300 Putrajaya

    iv. Jenis Perniagaan Milikan Tunggal

    v. Tempoh Perakaunan Setahun : 1/03/2010 28/02/2011

    vi. Tempoh Rekod Sebulan : 1/03/2010 31/03/2010

    vii. Modal Perniagaan RM50,000

    viii. Jumlah Pekerja 1 orang

    ix. Status Perniagaan Memulakan perniagaan

    x. Nama dan Alamat Bank RMS Bank Berhad / Lot 1-5, Presint 11/1,

    62300 Putrajaya

    xi. Nombor Akaun 1036 957 2901 690