Contoh Kes Etika Kaunselor

2
6- CONTOH-CONTOH KES Kes 1: Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki ‘license of Mental Health’(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya. Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut. Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual , bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan ahli- ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat. Kes 2: Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas, kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya,Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa, dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor. Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

description

CONTOH KES

Transcript of Contoh Kes Etika Kaunselor

Page 1: Contoh Kes Etika Kaunselor

6- CONTOH-CONTOH KES

Kes 1:

Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki ‘license of Mental Health’(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya.

Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut. 

Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual , bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.

Kes 2:

Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas, kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya,Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa, dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor. Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

Kes 3:

Olympia- Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. Durham seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam mengendalikan bahan kimia . Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah. Tindakan disiplin dikenali sebagai ‘pergantungan tanpa perbincangan’bermaksud Durham yang mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai RC11842, didapati tidak dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan juga pakar mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula.

Page 2: Contoh Kes Etika Kaunselor

Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut. Durham ditahan di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak bermoral pada 3 June 2001.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001. sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan peribadi. Penyiasat yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati Durham gagal menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King. semasa permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . Rekod jenayah Durham sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada tahun 1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada Mac 2000. 

Merujuk kepada kes ini pula, kaunselor didapati melanggar etika serta menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan kaunselor. Oleh itu. Dengan tertubuhnya, Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998, dengan ini mengesahkan bahawa sebarang salahlaku , maka secara automatiknya, jawatan kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan.

Kesimpulan daripada kes-kes di atas, dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud isu-isu yang berlaku dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses ataupun sesi dari berjalan dengan lancar mengikut kaedah yang sebenarnya. Namun isu-isu ini dapat dielakkan jika pemimpin yang mengendalikan kelompok mempunyai etika yang telus.