Contoh Menjawab Soalan Rumusan

7
CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia. Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan. Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia. Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita

Transcript of Contoh Menjawab Soalan Rumusan

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Contoh Jawapan Lemah

Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan di negara kita dan langkah-langkahnya.Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Sesetengahnya pula menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet pula sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri. Pengkritik sukan berpendapat bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga mementingkan pelajar anak-anak mereka. Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah dan mengaku kalah.Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara dan juga antarabangsa. Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan tanah air.Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan segera.[123 patah perkataan]

Ulasan Pemeriksa

1.Pelajar mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci pertama.2.Isi tersurat-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang memberi 10 markah.Sewajarnya pelajar mestimengemukakan satu lagi isi tersurat3.Isi tersirat-Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi tersurat. Sewajarnya pelajar menulis sekurang-sekurangnya dua isi tersirat untuk memperoleh 4 markah.

4.Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung agar/supaya.

Jawapan Yang Dibaiki

Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1]di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2]Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3]Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4]di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5]Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1]Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju.[124 Patah Perkataan]

NORAZWIRA MOHD NAWI (L20122009499)30 Disember, 2013 17:06wsalam...selalunya terdapat lebih daripada 7 isi tersurat yang diberikan dalam petikan dan atas sebab itu digalakkan pelajar memberi sekurang-kurangnya 6 isi tersurat. Sekiranya pelajar ingin memberi nisbah 5:3 tiada kesalahan cuma dikhuatiri isi tersirat yang diberikan tidak tepat atau dalam komteks yang sama yang boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah yang besar. Isi tersurat yang diberikan sememangnya tepat dan betul cuma perlu diolah oleh pelajar agar tidak dikira menyalin bulat-bulat daripada petikan agar pelajar boleh memperoleh markah penuh untuk isi tersurat. Namun, saya juga turut menyarankan pelajar untuk menulis 7 isi tersurat selagi tidak melebihi 120 patah perkataan kerana skema yang diberikan kadang kala mengelirukan. Diharap dapat membantu melalui penjelasan ini.Wallahu a'lam...1. Tanpa Nama08 Mac, 2014 15:03Saya nak tanya sikit macamana kalau kita suda siap isi tersurat selapas itu isi tersirat buat dekat perangai kedua atau sambung terus,,,,,2. NORAZWIRA MOHD NAWI21 Mac, 2014 23:58para pelajar digalakkan untuk menulis rumusan dalam bentuk perenggan iaitu perenggan pertama bagi pendahuluan, perenggan kedua bagi isi tersurat, perenggan ketiga bagi isi tersirat dan perenggan terakhir bagi penutup. hal ini membolehkan pemeriksa memeriksa dengan lebih mudah dan efektif dari segi kekemasan.3. Tanpa Nama04 November, 2014 02:57Cikgu saya ada sedikit nak tanya cikgu ni..akibat berdebar sy lupa nk tukar petikan tadi masa jawas exam..peranan kaunselor dan langkah2 menarik minat pelajar terhadap kaunselor..saya buat macam ni ..petikan membincangkan langkah langkah menarik minat pelajar terhadao kaunselor..yg saya nk buatnya ialah petikan membincangkan tanggujawad kaunselor dan langkah2 menarik minat pelajar terhadap kaunselor..adakah rumusan saya ditolak atau markah dipotong??

Tanpa Nama24 Februari, 2014 00:27Assalmualaikum, saya ingin bertanya bolehkah isi tersurat yang pertama digabungkan pula dengan isi tersurat yang kedua dan manakala isi ke-3 bersama dengan isi ke-4 dan akhir sekali isi ke-5 digabungkan dengan isi ke-6?BalasBalasan4. NORAZWIRA MOHD NAWI22 Mac, 2014 00:02waalaikumusalam...boleh dan gunakan kata hubung yang sesuai.5. Tanpa Nama18 September, 2014 14:56Assalamualaikum cikgu ,saya nak tanye macam mane kita nk kenal pasti sama ada isi tersurat yang kita pilih itu tepat ker tidak....Balas