contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

8
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. MINIT MESYUARAT GURU 1/2014 Tarikh : 18 Disember 2013 Hari : Rabu Tempat : Dewan Sekolah Masa : 8.15 pagi Kehadiran : Rujuk Lampiran 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Puan Hj. Siti Aloyah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat guru kali pertama 1.2 Pengerusi memperkenalkan guru baharu yang bertukar ke sekolah ini 1.3 Pengerusi juga menyatakan terdapat 10 orang guru yang akan bertukar ke sekolah ini dan 3 orang guru telah berpindah keluar. 1.4 Makluman dari Puan Pengerusi: 1.4.1 Guru Tingkatan bertanggungjawab terhadap kelas masing –masing dari pelbagai segi. 1.4.2 Guru-guru juga perlu meningkatkan kualiti guru serta bekerja bertungku-lumus bagi tahun 2014 bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 1.4.3 Visi dan Misi Sekolah yang baru akan diedarkan

Transcript of contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

Page 1: contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD

70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT GURU 1/2014

Tarikh : 18 Disember 2013

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Sekolah

Masa : 8.15 pagi

Kehadiran : Rujuk Lampiran

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Hj. Siti Aloyah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat

guru kali pertama

1.2 Pengerusi memperkenalkan guru baharu yang bertukar ke sekolah ini

1.3 Pengerusi juga menyatakan terdapat 10 orang guru yang akan bertukar ke sekolah ini dan 3

orang guru telah berpindah keluar.

1.4 Makluman dari Puan Pengerusi:

1.4.1 Guru Tingkatan bertanggungjawab terhadap kelas masing –masing dari pelbagai

segi.

1.4.2 Guru-guru juga perlu meningkatkan kualiti guru serta bekerja bertungku-lumus

bagi tahun 2014 bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025

1.4.3 Visi dan Misi Sekolah yang baru akan diedarkan

1.4.4 Jawatankuasa-Jawatankuasa guru perlu berfungsi dengan aktif bagi meningkatkan

kualiti kerja dan prestasi sekolah.

1.4.5 Guru-Guru juga diberi peringatan untuk bertanggungjawab ke atas jagaannya atau

pelajarnya semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru juga perlu

memastikan pelajar menghantar buku latihan dan membuat latihan yang diberi.

1.4.6 Guru-Guru dan guru tingkatan perlu memastikan kebersihan dalam kelas terjaga

dan bersih sebelum memulakan pelajaran

Makluman: Semua guru

Page 2: contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

2.0 Tatacara Penjawat Awam

2.1 Cara berpakaian

2.1.1 Berkasut (tidak memakai selipar) terutamanya guru wanita

2.1.2 Pakaian mesti kemas.

2.2 Seorang penjawat awam mesti cekap. Patuhi deadline. Setiap program yang hendak

dijalankan mesti ada perancangan/kertas kerja dan sekiranya terdapat permohonan

kewangan mestilah melalui Nota minta.

2.3 Penjawat awam dinasihat supaya tidak terlibat secara langsung dalam menyebarkan risalah

atau khabar angin dalam media sosial.

Makluman: Semua guru

3.0 Senarai Tugas dan Analisis pemberatan

3.1 Guru-guru diminta merujuk edaran senarai tugas mengenai tugas dan tanggungjawab

3.2 Guru-guru diminta untuk mengemaskini Fail peribadi murid dan akan di selaraskan oleh Pn.

Nazliza

3.3 Senarai Jawatankuasa program tahunan telah disediakan untuk semua guru-guru. Guru-guru

yang berkenaan perlu membuat persiapan awal bagi menyelaras dan memastikan program

berjalan lancar

3.4 Jawatankuasa Kelab guru dan staf akan memegang jawatan selama 2 tahun iaitu 2014/2015.

Makluman: Semua guru

4.0 Taqwim Persekolahan

4.1 Bilangan hari persekolahan sebanyak 189 hari, dimana taqwin tersebut telah diedarkan

untuk semua guru

4.2 Perincianya mengikut penggal dan analisis peristiwa telah disediakan

4.3 Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut Taqwim

4.4 Guru juga perlu menyusun RPT sehingga tarikh melengkapkan sukatan, ikut cuti dan

minggu

4.5 LDP akan dijalankan sebanyak 7 kali bagi tahun 2014

Makluman: Semua guru

Page 3: contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

5.0 Senarai Guru Bertugas

5.1 Senarai guru bertugas Penggal 1 telah diedarkan. Pada Minggu 1 hingga 6 terdapat 5 orang

guru kerana bilangan hari persekolahan yang kurang.

5.2 Laporan guru bertugas mestilah lengkap. Guru dikehendaki mencatat pesanan, nasihat dan

kata-kata setiap ucapan semasa perhimpunan serta mengikut format

5.3 Guru ganti akan disediakan jika perlu dan maklumkan keperluan tersebut kepada pihak

pengurusan

Makluman: Semua guru

6.0 Pengurusan Guru ganti

6.1 Guru yang diganti perlu menandatangani penerimaan slip guru ganti

6.2 Guru ganti wajib untuk masuk ke kelas yang diarahkan kerana jika ketidakhadiran guru

kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini

6.3 Guru juga perlu mencatat tarikh tiada di sekolah dan tarikh atau waktu gantinya

Makluman: Semua guru

7.0 Melindungi Masa Instruksional

7.1 Kelas Aliran Agama dan Kelas MPV perlu ditamatkan pada 3.10 petang

7.2 Kelas Sains Agama dilaksanakan dari 3.10-4.30 petang

7.3 Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran semasa waktu ganti berdasarkan

perancangan bahan yang disediakan oleh guru yang diganti

7.4 Guru juga boleh diarahkan melaksanakan NILAM

7.5 Bagi guru yang akan meninggalkan sekolah perlulah mengisi borang Aktiviti MMI dan

menyerahkan kepada PK1 sehari sebelum meninggalkan sekolah agar agihan kerja dapat

dilaksanakan

Makluman: Semua guru

Page 4: contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

8.0 Jadual waktu persekolahan

8.1 Terdapat perubahan jadual waktu persekolahan adalah pada hari Rabu iaitu 30 minit (7.30-

8.00 pagi)bagi menjalankan program, MBMMBI dan kokukirulum . Pada Hari Jumaat pula

kelas agama tamat persekolahan pada pukul 12.30 tghari

8.2 Kebenaran hadir lewat bagi guru-guru yang ada PdP W12 dan W13 diubah kepada hadir

seperti biasa sepanjang tempoh ujian dan peperiksaan atau terdapat aktiviti petang yang

melibatkan semua warga sekolah.

Makluman: Semua guru

9.0 Jadual waktu guru

9.1 Jadual waktu guru akan diedarkan sebagai Deraf pertama agar guru-guru boleh mengetahui

subjek dan kelas yang akan diajar

9.2 Jadual waktu akan diubah apabila pergerakan pindah masuk guru diperoleh

Makluman: Semua guru

10.0 Pelan Sekolah

10.1 Terdapat perubahan dalam pelan sekolah bagi kedudukan kelas tertentu dengan tujuan

untuk memastikan perjalanan kelas lebih lancar dan guru-guru boleh rujuk dalam lampiran yang

diberikan

10.3 Status persediaan bilik khas perlulah lengkap dan sedia guna pada 2 Januari 2014. Guru

penyelaras diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya

Makluman: Semua guru

11.0 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

11.1 Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian perlu mengikut format iaitu ada

minggu, tajuk, objektif dan perancangan PBS

11.2 Penulisan RPH PBS akan diterangkan semasa mesyuarat PBS

11.3 Buku Rekod Mengajar perlu lengkap selewat-lewatnya Hari Jumaat 10 Januari 2014

Makluman: Semua guru

Page 5: contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah

12.0 Kebenaran Meninggalkan Pejabat semasa waktu bekerja

12.1 Guru-guru yang ingin meninggalkan pejabat untuk menyelesaikan urursan peribadi yang

terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja perlulah mengisi borang sehari sebelum keluar

12.2 Guru perlu mendapatkan kelulusan pengetua terlebih dahulu dan sertakan salinan kad

temu janji klinik atau hospital

12.3 Guru perlu menyambil Cuti Rehat Khas (CRK) apabila tempoh masa berada di luar

sekolah melebihi separuh daripada waktu bekerja sehari

12.4 Guru juga perlu mengemukakan time slip/lain-lain dokumen pengesahan

Makluman: Semua guru

13.0 Hal-hal lain

13.1 Waktu Rehat pelajar berubah dimana bagi Menegah Rendah pada 10.10 dan Rehat

Menegah atas dilewat kan 10.50-11.10 pagi bagi memudahkan pihak kantin untuk menyediakan

makanan

Makluman: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi

Disediakan oleh Disahkan oleh

(Pn.Noraziemah bt Azman) (Pn. Hjh. Norhayati bt Awang)

PK1 SMK Dato’ Sheikh Ahmad